Showing posts with label jengkel. Show all posts
Showing posts with label jengkel. Show all posts

Tuesday, November 8, 2011

Skandal Seks Baginda SAWS??

A S S A L A M U A L A I K U M W A R A H M A T U L L A H

Hari neh, acara qurban lembu diadakan di kolej kediaman, dekat surau, inshaAllah. Khabarnya, lima ekor akan ditumbangkan. Tapi apa yang saya nampak ada empat jaa neh. Ahh, khabar angin. Seronok bila dapat menglibatkan diri dalam temasya sebegitu meriah. Dengan gurau senda dan gelak ketawa pensyarah serta seluruh guru pelatih yang sanggup mengorbankan sedikit masa belajar untuk sama-sama melaksanakan aktiviti qurban.

Fitnah dari seorang pembenci Islam

Lately, I've been bombarded with a few questions<I'd rather call it 'doubts'>. During my prostration towards Him, I thought about so many things; the meaning of all this <the prayer>. Well, you can't stop one from being skeptical towards his own dogma. Even Darwin doubted his own theory.

Situasinya macam begini:- saya buka laman sosial Facebook, dan terjumpa seorang yang menggelar dirinya 'Kafirin Kafirun'. Pada agakan saya, dia seorang murtad, dan saya memberanikan diri untuk membuka segala nota dan albumnya. Sehinggalah saya bertemu suatu gambar bersiri yang mengandungi fitnah terhadap Nabi Muhammad SAWS. Biasalah kalau murtad, memang itu jaalah kerjanya. Memesongkan orang lain.

Namun, bila saya perhatikan semua gambar itu, beserta kapsyen yang ditulis, saya terkedu. Dia siap memuatkan lagi segala macam hadith sohih dan ayatul Qur`an untuk menyokong fitnahnya itu. Fuhh~kalau tiada asas agama yang kuat, boleh tertipu dengan penceritaan gambar tersebut.

Skandal Nabi Muhammad SAWS dan Maria

Huh. Saya perkirakan, tidak perlulah dimuat naik gambarnya di sini, kerana saya rasa tidak sesuai <lucah!>. Saya cuma berharap agar dia terbaca penerangan mudah saya ini dan berfikir lebih dalam sebelum membuat fitnah berkenaan Nabi Muhammad SAWS. 

Berkenaan skandal seks antara Nabi Muhammad SAWS, terdapat tiga keralatan dalam penceritaan si murtadin ini. Mungkin dia main cherry-pick saja, atau mungkin itu bukan miliknya, sekadar dia mengepos semula, tapi nampak ketidakadilan dalam menjustifikasikan keadaan sebenar.

Pertama:

Dalam Al-Qur`an, telah disebutkan bahawa Allah SWT menghalalkan persetubuhan dengan hamba abdi. Begitupun, setelah si tuan hamba memerdekakan hamba yang ingin dikahwinkannya. Kerana dalam Islam, adalah tidak patut seseorang untuk memperhambakan pasangan yang lagi satu. Tambahan pula, haram untuk memaksa hamba untuk menikahi si tuan hamba.

Dalam kes Maria, sewaktu Zainab r.a baru pulang dari rumah saudaranya, beliau kononnya ternampak Nabi Muhammad SAWS bersetubuh dengan Maria, si budak hamba. Kemudian, si murtadin in menambah lagi bahawa Zainab r.a marah dengan tindakan Nabi Muhammad SAWS.

Ralatnya, tidak ada dalam hadith penceritaan sedemikian  rupa. Kisah Nabi Muhammad SAWS menipu Zainab r.a dan perbuatan zina Nabi Muhammad SAWS cumalah suatu asumsi atau boleh diperkirakan sebagai suatu tanggapan. Semasa ketiadaan Zainab r.a, mungkin Nabi Muhammad SAWS boleh dianggap mengajarkan Maria Al-Qur`an, atau mengajarkan Maria sembahyang, atau memberikan tazkirah. Pelbagai tanggapan bisa dibuat. 

Kedua:

Jika benar dalam Al-Qur`an menghalalkan seks dengan hamba abdi, maka saya rasa para isteri Nabi Muhammad SAWS lah yang paling `arif dan faham akan hal itu. Jeleknya dalam narasi si murtadin laknatullah ini, beliau menggambarkan Zainab r.a marah dan tidak suka akan hal itu. Kalau betul begitu, hanya ada dua resolusi; Zainab r.a tidak tahu akan hukum itu ataupun Zainab r.a mengingkari firmanullah itu dan berasa cemburu. 

Jika benar demikian, maka mengapa tidak baginda SAWS memperbetulkan tanggapannya atau menghukumnya atau mungkin membunuh Zainab r.a <kerana siapa yang mengingkari ayat Al-Qur`an, boleh jatuh murtad dan dihukum bunuh>. Peliknya, perkara sedemikian tidak berlaku.

Ketiga:  

Si murtadin ini juga menggunakan taktik kotornya dengan memetik ayatul Qur`an untuk mendokong penceritaan mitosnya itu. Katanya, Zainab r.a menceritakan perihal hubungan seks itu kepada para isteri baginda yang lain. Namun, menurut si murtadin ini, menurut Al-Qur`an, para isteri dilarang untuk menceritakan skandal seks tersebut kepada sesiapa dan hanya dalam kalangan mereka saja yang tahu. Nabi Muhammad SAWS mengancam para isterinya bahawa barangsiapa yang menyebutkan hal itu lagi, akan dihukum di neraka kelak.

Ralat di sebalik poin ketiga ini ada dua lagi: jika benar katanya mereka taat, dan tidak menceritakan perihal tersebut kepada sesiapa, bagaimana boleh cerita ini tersebar? Jelas sekali, si murtadin tidak boleh menolak bahawa segala penceritaannya cuma asumsinya saja, yang lahir dari kebencian. Satu lagi, jikalau kita anggap pun bahawa para isterinya membelot dan menceritakan kisah skandal itu kepada Para Sahabat atau tabi` tabi`in, maka seharusnya Para Sahabat mengecam tindakan si isteri yang memberitakan perkara tersebut. Heh, tidak pernah pula saja dengar perkara sedemikian berlaku.

Kesimpulan:

Fikirlah dahulu semasak-masaknya sebelum membuat fitnah sebegitu. Kalau pembaca kamu seorang yang tidak mudah ditipu, makin jauh orang dari kamu. Katanya kamu objektif, tapi perkara persangkaan yang sangat kabur berani pulak kamu buat. 

<Petang neh, pos kurang serius dan kurang formal akan saya buat. Tunggu~>

Thursday, November 3, 2011

Prejudis

A S S A L A M U A L A I K U M W A R A H M A T U L L A H

Hari ini, saya mau membuat sedikit teguran kepada beberapa orang kawan saya yang saya perkirakan tindakan mereka agak tidak patut. Sekurang-kurangnya, sebagai warga Malaysia <saya jenis yang tidak pandai menegur secara berdepan, sebab itulah blog ini ditubuhkan pada awalnya>. 

Rahsia 

Kamu semua tahukah apa yang membina negara kita neh? Kamu semua tahukah apa yang merangkum dan membolehkan rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama hidup aman dan harmoni, sehingga mampu menjadi jisim merdeka? Kalau kamu tidak tahu, maka jujur saya katakan: keluar dari negara ini!

HAHAHAHA. Damn, I'm serious! Anyway, the secret was/is: no prejudice. People of the past didn't have prejudice among them. When one says it's red, then, it's red. No need to implicitly give meaning to their word. But people nowadays ah, they tend to do that. When an Indian says it contains no pork and completely safe for Muslims, some Muslims try their best in order to disbelieve that.

Hey, I'm a Muslim too, and I know things we shouldn't eat like alcohol, pork and et cetera. And I believe whenever my non-Muslim friends say the food that they're offering as halal. I think, they too, know that we Muslims cannot eat certain things.

Sungguh sedih apabila `amal semurah menerima pemberian orang lain tanpa rasa prejudis tidak mampu dilakukan. Sedangkan, benda-benda sekecil inilah yang membina sebuah tamadun kuat berlainan kefahaman. Cubalah fikir, untuk apa mereka menipu kita? Huh!

Sebuah kisah

Saya kongsi dua cerita ringkaslah pasal betapa kuatnya pengaruh non-prejudisme terhadap perpaduan dan sekali gus akidah saya. Baca ya, jadi pedoman.

Masa tu, perayaan Tahun Baru Cina baru saja habis. Kelas barupun bermula dan sedang asyik berbual dengan seorang kawan berbangsa Cina, mata saya tertangkap sebuah bungkusan yang tersisip pada beg kawan saya itu. Kuih bulan. 

Saya pun mintalah, sebab ayah pun dulu selalu bawa kuih bulan balik dari pejabat setiap kali Tahun Baru Cina berlangsung, bersama sekotak besar limau mandarin saiz L. Memang kegemaran saya bha, kuih bulan, khususnya yang berintikan kacang merah. 

Dia buka sudah begnya, untuk mengambil kuih bulan yang berwarna perang berkilat, sebelum geraknya terhenti. Saya hairan. Lepas itu, dia cakap dengan muka penyesalan <saya pasti itu bukan muka yang tidak mahu memberi>, dia cakap:
"Aiyya Yassin, saya tidak pasti ohh, halal. Sebab tiada tanda halal"
Harap jadi pengajaran. Wallahu`alam.

Wednesday, November 2, 2011

Berlawanan Dengan Realita

Salaam semua ... baru habis dua perjumpaan pagi ini. Dapatlah input sedikit <esp. masa ucapan Pengarah maktab><He's seriously a great man, with wisdom. I don't understand why people ignore him every time he talks>.

Saya tersentuh sedikit masa beliau meletakkan suatu soalan yang sangat retorik kepada kami. Entahlah, adakah saya jaa yang perasan, atau ada sebahagian lain yang berperasaan sama:- masa beliau berucap tu, macam mau isytiharkan perang. Saya macam pernah ada perasaan tu, long ago... anyway, persoalan beliau:
"Kita adalah umat yang terbaik. Maka, menjadi guru, kitalah sepatutnya yang menjadi guru terbaik".
Maaf, Tuan. Realitinya, cukuplah diperhatikan di maktab ini jaa, umat Islamlah yang terkebelakang dalam pelajaran <walaupun sebahagiannya cemerlang jugak> dan kurang teladannya <paling sakit hati tengok pasangan luar nikah tuu... adui, beginikah mau jadi pendidik?>

Something that we, teachers, need to fight against. Video games' influence.


Tuesday, October 11, 2011

Jangan




"Untuk mendapatkan sesuatu, ia tidak semestinya perlu dikejar. Umpama rama-rama, ia akan datang kembali kepada bunga,
Apabila bunga berhenti bergoyang." 
-Anonymously Me
Salaam. Kaifa haluki? Na`am? Auka ma khair? Agagagagaga~Arab Fushah yang sangat failed.

Di sini, saya ingin memberi sedikit peringatan kepada seorang saudara/brother. Kau-- saya malas mau tegur depan-depan sebab kau jenis yang keras kepala. Kau susah mau consider others' opinion, apalagi opinion tu berbentuk nasihat. Seperti yang saya bagitau di kotak sebelah kanan blog, di bawah header 'Apa Fungsinya', saya harap kamu semua paham kenapa saya lebih suka meluahkannya di sini. Saya pemalulah~AUWW!

Pesanan tulus ikhlas dari hati yang chomel d " TT " b 

Teruslah kepada tujuan entri, malas mau simpang-siur sebab kalau macam tu, last-last, penat jaa menaip; mesej ndak sampai. Jadi, bersedia semua pembaca dengan benteng hati masing-masing <memegang Tommy gun>. Mesti 40% terasa. percayalah.

KAUUU!!!
Sebenarnya, sudah lama bhaa saya simpan ni perasa- maksud saya, pesanan. Ya, pesanan. Tapi mulut ni paling buruk tahap bau longkang HUKM gamaknya, malas betul mau bukak mulut untuk luahkan pesanan yang tersimpan tadi. Kalau bergurau sakan sampai ketawa mengalir air mata sayalah yang paling pakar. Tapi bila bab-bab kebaikan, naa... berbisiklah hati suruh tangguh nasihatlah, suruh jangan jaga tepi kain oranglah. Gahh. Besalah, mulut douchebag, kan? (Hmm, sudah mula melencong).

To make the short story to become even shorter, saya cuma mau pesan satu benda ni. Tolong jaga hati orang. Berapa kali bhaa sudah saya tulis dalam blog ni dan blog yang sebelumnya berkenaan jangan ganggu sensitiviti orang lain. 

Kalau aku nampak orang macam nda suka, JANGAN buat sama sekali. Atau dua kali. Atau tiga, empat dan lima kali. Untuk selama-lamanya. Taulah kau tu hebat macam Merong Mahawangsa, bhaa; dengan kehebatan itulah patutnya kau bela yang tertindas. Ini ndak, dialah yang pencetus perbuatan tindas-menindas.

Kau, sifat kau memang saya ndak boleh komen sudah. Perangai tikus, bak kata Ewi. Kick gam, gam pun karing. Saya pernah nasihat dulu, jaga sensitiviti orang lain, sampai kita quarrel dekat sebulan. Now you have done it again. Kali ni, saya pulak yang jadi mangsanya. Ndapala.

Bila kena tindas oleh kau:

Saya rasa awkward gila-gila. Muka gengster akan beransur-ansur hilang, sebaliknya ditukar dengan muka janggal. Canggung sesangat, sampai mulut kaku untuk membela diri. PERGH! Tadi pagi sudah kena, arh satu kali oleh kau. 

Satu lagi: stop boasting

Unless you have this, you do not
deserve the proper title of bragger
Saya ndataulah sidang pembaca, but I personally have this high tendency to hate braggers, boasters and fellow think-he-is-perfect guys. They are so not realistic, jika kita bandingkan dengn hakikat hari ni. Ambil satu poin-lah: Keagungan untuk dipertontonkan.

Ah, shoot kalau berfikiran begini. Cuba kita imaginasikan keagungan sebagai permata; kalau ianya betul-betul berharag, apakah kau akan tunjukkan selalu atau simpan? Jeng-jeng-jengg.. fikir sendirilah ging. Like adults used to say, "You have been living for 19 years, and I trust your maturity".

Jujur biskut Merry-lah ah, semakin hilang neh, rasa percaya saya dengan kamu. Yang benaran. Sedikit demi sedikit, fragmen hipokrasi semakin luntur menampakkan kilas wajah kau. your trus color. Kau boleh tipu seluruh dunia belemon-lemon kali, tapi kau ndaboleh tipu saya. Seriously-

And this is not for Nadiah, Farah dan Zudien. So, jangan pandai-pandai terasa

Dan satu lagi: comelkan, anjing prairie tu... and the post is rather ironic. Terasa owh, dengan entri sendiri.

Saturday, October 8, 2011

Lovestruck [Pos Versi Ganas]





Salaam. Pos ni sudah lama bha saya mau masukkan, tapi kurang bahan untuk dibincangkan (sekarang nipun kurang bahan). Jadi, kalau macam pelik ayat, atau ndak cukup idea sokongan, harap faham.

(AMARAN: Seratus-peratus pedas. Seriously, for those who are in love and yet to marry, better not reading this)

L.O.V.E.S.T.R.U.C.K

It was not long ago when I started to hate couples. I hated them very, very much; as much as I hate dog poops (!?). Seriously, I saw these groups of humans as rather disturbances to our society. Baby abortion, raping, 'tangkap basah' and et cetera. They, I once called subhumans. Check out the definition.

A.N.D

Realizing that I was also once of a relationship; a love and affection- I started to think deep about the sentiment that I held as principle. (alih bahasa). I mean, kenapa saya benci mereka-mereka ini? Apa salah mereka? Salahkah untuk mencintai satu dengan yang lain? Salahkah untuk memiliki seseorang yang meng-wish kau selamat malam dan mengucap selamat pagi setiap hari?

Y.A

Salah! Maaflah, ya. No tolerance in principle. Whence one is bad in my eyes, it will always be so, unless you do something really miraculous so that I can give you ovation and say, "You can continue your relationship" (tukar bahasa. Hei, kenapalah selalu ber-switch bahasa ni).

Perkara pertama yang buat saya geli-geleman dengan orang-orang seperti ini (maksud saya, yang berpelesaran dan berduaan macam ungka [!?]) adalah apabila sentimen keagamaan disentuh oleh bukan Muslim. Wehh, malulah bila nampak yang Muslim sekepala dengan si kafir dalam bersosial.

Nabi Muhammad SAAS kalau nampak berdua ni, apa baginda akan buat? Puji? Paling minimumpun, dinikahkan mereka di situ juga. Ikutilah Sunnah Nabi, terus jaa. HaHaHa. Tidak mampu? Habis kenapa berjanji bulan bintang dan matahari segala? Di situ manusia silap.

K.E.J.A.M

WaHaHaHaHa... katalah apapun, I won't budge, even a bit. Dalam ajaran agama saya, kalau suka, terus nikah. Tiadanya couple Islamiklah, apalah... heh.

Actually, saya pernah debatkan perkara ini dengan seorang senior. Beliau menguatkan hujjah dengan berkata bahawa zaman Nabi, tiada istilah couple Islamik. Gahh, mesti menyakitkan buat mereka yang terbabit.

S.O.R.R.Y.-.L.A.H

Maaflah geng... sebenarnya, saya cintakan betul dua merpati memadu kasih pada perdu kasih Illahi berbunga janji dan satu hati. Cumanya, jalan ini tidak kena. Saya sayangkan agama saya, dan umatnya; apatah lagi jika umat itu adalah sahabat sendiri.

P/S: Ini adalah inspection... kalau kamu bersalah, kamu akan terasa. Kalau kamu betul, maka kamu tidak akan rasa bersalah. Tapi ndak rasa bersalah tu lagi teruk, kan? Penat saya taip.
Ishh...

Tuesday, September 27, 2011

Gangsterkah Kita??

Salaam. Selamat petang, anak-anak buahku sekalian. What's up!

Gengsterlah sangatt...
Wuhuu~*3*... kecewa gila hari ni. Sebab saya kurang gengster. Sebab saya nda melibatkan diri dalam slot pidato dan syarahan tadi. Sebenarnya, saya sudah janji dengan diri mau participate, dari sebulan lalu menyimpan keinginan.

Jadinya tadi, menunggu peluang dipanggil ke hadapan. Saya, kalau ndak didorong, maka ndaklah bergerak. Bad boy, I know. Bad boy.

Sekarang baru kechelek (kecewa) apabila mengenang balik peluang yang Puan Rahmah bukak seluas-luasnya tadi. Menampar-nampar diri: kenapa ndak bangun dan bersyarah di depan tadi?

Manalah gengster kalau begini. Gengster mesti pandai berpidato/bersyarah sebab itu aset memenangi hati anak buah. Sekarang gigit bantallah, menangis. Kecewa dengan diri sendiri.

(Waiiiiiiiiiiiiiiiiii.............. gengster mana menangis. Gengster mesti kuat #lapmanlytears)

...dan masa balik dari lunch, nampak notis: 

'Pidato Kebangsaan. Setiap kelas diminta untuk menghantar seorang wakil dan nama diserahkan kepada En.Radzi.'

God, is this a hint?

Thursday, September 22, 2011

OMG~

Salaam. Apa masalah saya sebenarnya, ah, dalam berkomunikasi? Saya selalu gegar tahap dewa and kehilangan idea yang sepatutnya saya cakap. Tergagap-gagap dan rasa cuak. Heilah



^P/S: I'm not done with you, Bro Nadz...

Saturday, August 20, 2011

Expression: Me

Salaam

Oh gosh... I have written two posts today, and now this is the third. HAHAHA, ain't I the most addicted man to blog? ... well, it can't be helped.

Anyway, today; I want to express. Like everybody with blog, they express thing, whether it's bad or good, routine-based or controversial (just to raise traffic). Me? I express myself in here because this is my territory and I have built it with all my heart. I don't buy people's words such as "Geez, he's talking to himself", or "You'd better get some sleep, dude", or worse yet "FFFFUUUUUUUUUUUUU". I didn't.

So yeah. Brace yourself for another hypocritical and critical post. Before that (winding a small knob): switch language.

Saya budak nakal dan jahat. Sangat jahat.

Bukankah telah saya bagitahu dulu, betapa dalamnya lahar yang mengempang dalam hati saya. Serius:- setakat ini, belum pernah ada seorangpun manusia yang betul-betul bahagia bila berkawan dengan saya (terdapat beberapa exception). Semester ini, saya sudah lukakan enam orang yang satu kursus dengan saya. Bukan mahu berbangga, tetapi ini adalah statistik sebenar. Now, hate me! HAHAHA~

Dan saya masih ingat sewaktu berada dalam 1PPISMP dulu, saya bisik dengan beberapa kawan saya, kejahatan yang saya tunjukkan ketika memecah-belahkan 4S dulu adalah cuma 15%. Ada antara mereka buat muka lepas tu cakap, "Yelah tu" dan ada yang tersenyum. Heh, tidak pandang serius.

Apakah?
Kawan-kawan, in case you didn't know, amaran adalah bertujuan untuk mengindikasikan kemusnahan sesuatu, bukan untuk menghalang sesuatu. Menyelamatkan diri itu, lain cerita. Jadi, bila saya bagi amaran jaaauuuuuuuh sebelum 'The Big Fight' dalam 4S, I meant it. Dan amaran dianggap bergurau, maka terimalah.

Ndak pernahkah kamu terfikir kalau-kalau perbuatan saya selama ini sekadar untuk mendapat perhatian jaa. Tidak pernahkah terlintas sedikitpun di minda kamu bahawa saya mungkin seorang penjahat dan perlu dijauhi? And yes, some may ask, what is the purpose of being a bad guy? Selamba saya jawap, "Ndatau.." :)

Percayalah, akan ada ramai lagi yang akan terkorban selepas ini. Saya serius. Dan kalau kamu sayangkan diri, better watch out. HAHAHAHAHAHA. Selepas raya, akan ada lagi mangsa yang terjerut antara jemari zalim saya. Jika kamu ragu, wait and see; watch and learn.

I love these fingers. They do things...


^P/S: Boleh jadi pelakon 'The Ring' bha..
.

Monday, August 8, 2011

Kebencian Saya

Salaam....tajuk macam apa jak (menggulung lengan baju). Mau tulis satu kebencian saya yang saya sangat, sangat jengkel bila dibuat.

"Romantic verses. And heavily-poetic sentences, intended to lure someone."

Seseorang baru jak buat benda ni depan saya. Berdiri bulu roma; bukan sebab malu atau suka, tapi jengkel dan benci. Maaf jika terasa, tapi walaupun barang bermain, janganlah sampai ke situ. Saya benci bila manusia terlalu ikut kepala lutut dia, tanpa fikir perasaan orang lain.

Let me tell you, something... I hate hypocrisy dan sandiwara berlagu. Usah kamu buat perkara berunsur ke-romantik-an di depan saya. Tidak suka saya. Silap hari bulan dan tempat, ada yang melayang diterajang.

Saya jenis yang straight (90%-lah~). Kalau kau sukak dengan wanita/lelaki tu, luah jaa. Kalau dia tolak, maka habislah. Its the end of the road for you (poor~):- jangan mau berjaga malam, memikir ayat untuk mencuba lain kali. Itu perbuatan yang kurang akli.

Kalau mau/terdesak sangatpun, terus jer lompat depan dia; propose. Jimat masa, tenaga, dakwat pen dan air liur. Ini begitulah, beginilah.. HAHAHA. Lucu. 

Heh. I have to admit that I am quite a poetic guy. Tapi kalau bab-bab rumah tangga, pintu dan pagar ni, lebih baik terus-terang. I learnt from past experience, dowh. I know how it feels like.. so be straight and sharp.

"I love you!". Apa susah?

Ndapalah, mungkin dia ndak perasan betapa bencinya saya dengan perbuatan sedemikian. Cuma agak-agak bha bergurau/bermain. Tengok reaksi orang tu:- kalau dia benci, better stop. For once.

Buat-buat muka benci, dia balas muka benci balik. BENCII!!!

(P/S: Hey, I sense Sven's existence here. Hmm...)