Saturday, October 15, 2011

Secangkir Ucapan Terima Kasih

Salaam semua. Nampaknya, cabaran '10 Pos Sehari' ndak dapat dilaksanakan. Ugh. Bencinya perasaan gagal tu. Ndapa, lain kali kita try <gemo arh kau, emosi!>

Gahh. Menormalkan diri selepas confession depan NadJoliey & FarahFoxy

Woi kamu dua- HaHaHaHa. Jangan bagitau orang lain pasal apa yang saya confessed tadi pagi, arh! Mulut ni perlu dicabai bha, sekali-sekala. Ndak boleh terlampau jujur begini <jujurlah sangat>.

<Sebelum tu, saya mau ucapkan terima kasih kepada Bro Nad dan Kak Rahi kerana sudi menemankan saya yang fragile dan tidak berdaya ini *mata dikelip-kelipkan dengan lajunya*. Okay, I think this does it. Mari kembali kepada posting><oh ya, lain kali kalau mau pergi KFC, inform. Sama kalau diajak sudah, jangan jual mahal>

Saya sebenarnya tadi mau mengelakkan diri dari terus diasak dengan sangkaan dan pertanyaan yang bukan-bukan dari Bro Nad. Jadinya, itu jaa modal yang saya ada untuk mempertahankan diri dari berterusan dipasang-pasangkan dengan orang sembarangan. Frank; I hate it! DX

Mungkin sukar untuk ramai percaya kalau saya cakap "I'm taken" atau "I already have someone", jadi saya ndakkan buat statement macam tu. Kalaupun buat, kepada orang-orang yang saya betul-betul have faith on. And Farah, Nadiah; you guys are deserving my secret. Do not betray *sharp gaze*


Be Thankful

Kesia-siaan

Salaam Ini pos keenam untuk hari ini. Barang diingat, saya menyahut cabaran pada 11:59AM, 14/10/2011. Jadi, due date untuk cabaran 10 entri adalah pada jam 11:59AM, 15/10/2011. Gahahahah. Boleh bhaa, diruntuhkan rekod lama. Azwan Lai Azahari, you better take back your words. I am going to accomplish this challenge <10 entries in a day challenge>.

Huha Huha. Kalah BlogSerius dan ItsMeSaiful

Memang sayalah penulis blog paling sarkastik dan addicted. Untuk cabaran ini, saya main bersih, arh. Curi entri orang adalah perbuatan yang tidak macho, tahu. Gahh... empat lagi, kan? OK-lah, teruskan dengan tajuk yang tertera di atas nama pos. Saya tulis memang untuk bagi orang-orang berkenaan terasa dan buat yang mana patut.

Ini adalah blog sarkasme, tempat di mana pelaku maksiat akan dihentam teruk-teruk dengan jarum halimunan saya. No need to use harsh method. Words; they are more powerful than anything God has given all of us. 

But persediaan; tisukah, apakah... anda mungkin memerlukannya untuk mengelap air mata. Sakit woo, ayat saya <actually, ragu-ragu neh mau tulis, saya minta maaflah awal-awal, yah>. Bha, let the tear drops begin!

Kesia-siaan

Ndataulah sama ada kamu notice atau ndak, makin banyak neh couple di maktab kita <penuntut IPG Teknik>. Orang yang saya nda sangka ada special one-pun, sudah ada dalam hati. Ini, saya ndakkan perdebatkan. Cuma saya mau sentuh satu perkara.

Saya pernah bha, terdengar suatu tazkirah yang menyebut bahawa remaja yang menghabiskan masa mudanya dengan Allah SWT akan menjadi antara beberapa golongan yang diberi naungan `Arasy dari pancaran matahari yang sejengkal jauh dari ubun-ubun <susah gila untuk membayangkan siksa masa tu>. Lainlah kalau kamu yakin akan dapat perlindungan-Nya, tak perlulah buat seruan ni.

Sentimen umum golongan pencinta.
Mengapa saya pilih tajuk kesia-siaan? Sebab saya berani berkata; ianya adalah suatu kesia-siaan. Sebabnya saya tulis ringkas jaalah; dorang tu bukannya jodoh kamu. Seriously, cuba tengok mereka yang sudah kahwin dan bertahan perkahwinan mereka... semuanya jauh jarak umur <biasanya lelaki lebih tua minimum 3-5 tahun, berdasarkan observation saya>. Kamu neh? Masih muda, beza umur ndak sampai setahun. Dalam hubungan yang sihat, perlu ada seorang dari pasangan yang lebih matang.

Beginilah, cuba duduk diam-diam, dan tutup mata, fikirkan; adakah betul dia akan jadi isteri/suami saya nanti? Apakah hubungan neh akan kekal, tanpa mengganggu komitmen, pencapaian dan segala apa yang saya patut capai? Dan paling penting, soalan neh: kalau saya posting nanti, adakah kami tetap akan bersama? Jika tidak, kenapa perlu bother ganggu hidupnya dan sakitkan hatinya?

Perkara beginilah yang paling dirisaukan. Kalau sudah kahwin, ndapalah. Memang sweet... tapi kalau belom?
I once have a friend during the time of our pre-SPM. Masa tu, kami duduk berborak pasal hubungannya dengan seorang sahabat. Boyfriend-nya tu sahabat baik saya juga. Begini saya runtuhkan "cinta" mereka:
"Z, kau yakinkah A to jodoh kau?""Eeeeeeeeeee... Yassin! Kenapa kau cakap macam tu!?""Yalah, kamu bercinta, kita neh SPM...""Jadi!?""Habis SPM, then what? Lagipun, saya nampak kau lagi rapat dengan dia apabila jadi kawan dari jadi girlfriend-nya." Z terdiam. 
-MRSM Kota Kinabalu, kelas 4 Mutiara, somewhere around 2009.
Satu lagi benda yang digunakan oleh golongan pencinta neh, adalah cinta itu fitrah. Manusia dilahirkan saling mencintai:- my reply is, "How can you be so sure that she's/he's your life partner? Bukankah jika hubungan kamu batal, kamu akan lebih menjauh dan menzalimi hati sesama kamu?"

Jangan lukakan hati manusia dengan harapan senipis helaian rambut.
Satu lagi: tolong jangan guna alasan "cinta itu fitrah" demi menghalalkan tindakan buas kamu <ARGH! Pedas gilaa>. Cinta itu suci, jernih, indah dan murni. Sepatutnya, cinta adalah apa yang mendekatkan kita kepada Tuhan, bukan yang menjauhkan kita dari-Nya. Ini indikator cinta sejati. 

Abang Akram, salah-seorang pentarbiyah kami masa kami melaksanakan `usrah pernah pesan; 
"Lebih baik cinta selepas kahwin, sebab kalau kita bercinta; kita sudah tahu perangai si perempuan. Lelaki neh, suka kejutan, kalau sudah tahu, mereka akan bosan. Sebab tulah banyak kes penceraian sekarang berlaku di KL". 
-Abang Akram dalam sesi tadabbur Surahtun Naas. 7:45PM, 12/10/2011. Surau Asy-Syakirin.
Fikir semula, memang betul cakap Abang Akram. Zaman Nabi, kebanyakan pemuda dikahwinkan dulu setelah ta'aruf <bukan setelah sebulan dua bercinta>. Zubair Al-Awwam, anak angkat Baginda SAWS sebagai contoh. Saya berpegang kepada ini; bercinta selepas kahwin. Ustaz Khairi pernah cerita bagaimana indahnya perkahwinan selepas kahwin. Memang romantik gila-gila. Kalau kamu dengar cerita dan berita dari beliau pasal munakahat, mesti kamu rasa mau kahwin sebelum bercinta.

Resolusi

But no worry! Setiap perkara ada penyelesaiannya <mati jaalah, yang tiada penyelesaian>. Biar saya utarakan beberapa resolusi. 
Pertama: Break up jaalah. Lagi lama kamu simpan hubungan tu, semakin sakit untuk tinggalkannya. Macam addiction bha, cinta palsu neh Semakin lama, semakin susah mau berhenti.
Kedua: Kalau berkeras jugak, bhaa; packing barang, balik kampung dan minta tok kadi kahwinkan. Ini bersesuaian dengan hadith Nabiyullah SAWS yang menyarankan para remaja untuk bernikah awal. Jangan disimpan, kalau sudah serius-merius. Sebab takut diambil orang, takut fitnah dan takut berlaku sesuatu yang tidak diingini. Kot-kot terlanjurkah, apakah... hah, kan susah.
Kalau betul kamu appreciate cinta kau dan percaya apa yang kamu perjuangkan sebagai tulus dan benar, mengapa takut menghadapi dunia? Mengapa takut untuk memberi konformasi kepada si dia dengan meminangnya? Nda perlu majlis besar-besar, cukup kenduri KFC <jemput saya sekali>. Pasal nafkah, saya rasa, RM430/bulan cukuplah. Lagipun, makruh jaa. Ndak haraam.

Yaa, saya ndak layak memberi nasihat sebab saya ndakda pengalaman dan saya bukan berada di kasut kamu, merasai getarannya cinta <ptuih!>. But at least I know the garrison of life, and I managed <so far, alhamdulillah> to adhere to it. So, lucky me!

So, are you brave enough?




Gahh. I knew it. Awak ayam. Ayam yang gemuk dan besar <translate ke English, yaa> Wallahu`alam bi tsawwab.

Becoming A Humble Hot Stuff

Salaam. Walaupun cita-cita nampak ndakkan terlaksana, saya mau cuba jugak kasi 10 entri. Nothing is impossible, bha. Kalau terdesak sangat, saya copy/paste jaalah entri orang lain <memang gila segila-gila makhluklah, saya bilang>

Barang panas, or in a more proper word; hot stuff. Gahh. Kenapalah dunia ini menghukum manusia
mengikut rupa paras.
<Note: Mario Maurer, my favorite Thailand actor. He's dubbed to be the most prolific Thai's teen star>
Hot stuff. Apalah kunun??

Ada beberapa kawan saya di maktab yang bolehlah dikatakan hot stuff. Ndak kira lelakikah perempuan, ada. Mereka neh memang selected few-lah, maksud saya, wajah dan gaya memang pemberian Tuhan. Saya suka tengok kesemua mereka ni, sebab can learn many things. For instance, I now know how to always be happy despite your utter ugliness <butt-hurt much??>

Namun di sini, saya juga mau berterus-terang bahawa keindahan anda-anda semua sepatutnya ndak boleh dijadikan umpan memperlekehkan hati manusia. Mentang-mentanglah kau hot stuff, kau boleh-boleh kasi main hati orang. Gua panas macam ni, beb!

Especially lelaki yang perasan hot stuff <hot stuff kunun, padahal suam-suam kuku jaa pun. Perasan jaa lebih><saya tekankan lelaki sebab perempuan serius-merius pasal bercinta. Ndak meriah neh, hidup dorang. GaHaHaHa> Ughm. Saya kata: use your brain! Kau mana mau kalau adik/kakak/anak/nenek perempuan kau dipermainkan oleh some hot guys hanya kerana lelaki tadi hot, kan? Ini salah guna bhaa <coz I hate dayus guys. Mempermainkan wanita is my main hatred>

Islam

Dalam Islam, populariti disebut sebagai 'al-jah' dan hukumnya harus <menurut makalah 'Pendakwah', edisi 1996> atas alasan, ianya boleh digunakan untuk menyebarkan Islam. Lagipula, itu ada fitrah manusia; untuk dikenali. Namun, bongkak dan takkabur dengan rupa paras sendiri, apalagi digunakan ke jalan haram dan maksiat; mendekati zina dan kezaliman jiwa; ianya haram. Seratus peratus, tanpa ragu lagi saya cakap neh.

Maka, saya ndak suggest jadi famous haram. It's just that... being popular without getting anywhere near to arrogance is not something anyone can really be. Saya, saya ndamau ambil risiko tu <cehh, trip commercial lageh> and  am happy the way I am. Untuk saya, kita ndak perlulah jadi terlampau famous neh, berbahaya.

Perbuatan yang bertentangan dengan mana-mana agamapun.
Kemasyhuran akan jadi lebih manis bila ia datang unintentionally, tanpa kita pinta atau buat sebarang perkara untuk mendapatkannya. Ia menjadikan kita lebih berharga dan dihormati. Yalah, kalau setakat tayang muka tanpa jerawat, rambut dye sepuluh warna atau berjalan lagak Tom Cruise untuk attract perhatian orang, mana best. Serius. Kau bukan jadi ranggi atas kualiti diri-sendiri kalau begitu, kau sudah jadi orang lain <orang yang kau tiru gayanya>

Berbalik kepada isu... is it wrong to use popularity wrongly?

Hujah mereka;
"Alaa, sudah dapat, buat macamana. Kitakan remaja lagi, perjalanan masih jauh. Masih banyak masa untuk repent." 
Foolish. Dipsh*t for those who utter this. Cukup saya bidas dengan bertanya satu soalan mudah ni: pakai apa kamu mengukur "masih jauh" tu?

Heh. Kalau kita berfikir secara logik dan kurang Islamik, sudah tentulah kita akan cakap, "lama lagi" atau "masih muda bha" atau apa-apa saja yang sinonim dengan itu. Tapi kita ni ada agama, dan agama kita kata salah buat begini dan begitu. Berfikir bahawa usia masih terlalu panjang untuk bertaubat adalah suatu tindakan kurang waras <satu jari menunjuk, empat jari kembali kepada penunjuk><shrunken> 

I cannot brain this kind of cheating. Woman-to-woman??
Gahh. World sure is full of surprises.
So, kita boleh sum up bahawa perbuatan mempopularkan diri adalah harus dan harus. Untuk tujuan menyebarkan kebaikan, kebenaran dan agama khususnya. 

Kesimpulannya <ehh, belum habes lagi rupanya>

Buat yang sedang mempermain-mainkan hati orang lain tu, berubahlah. Kalau kau mau hancurkan diri-sendiri, saya ndak boleh komen. Badan kau kan, suka hatilah. Tapi ini melibatkan hati dan perasaan orang lain. Berabisan dia meletakkan harapan pada kau, kau persendakan pulak. If you cannot start loving, don't start cheating. Memang kau manusia paling bodohlah kalau begitu <oops, sorry kasar gila. Gengster, kan...>

Kawan-kawannya si dayus, nasihatilah kawanmu yang hot stuff neh. Suruh dia quit lying to him/herself and to the one he's/she's cheating on. Entri ini; ini jaa yang saya boleh offer.

Friday, October 14, 2011

Craving

Salaam. I am craved to have all of the below. 

Gahh. The look, the colors, the textures... they're simply awesome! I miss Tawau, I miss everything about its delights and delicacies. Still could remember the taste of each and every food in this frame. Someone please cook/make them from me.. I beg you guys.. <dahh, banyak lagi posting yang perlu dibuat untuk memecahkan rekod. Teruskan ke pos seterusnya>


Dari atas kiri ke kanan:
roti murtabak <empat kali ganda lebih besar dari yang ada di sini, dengan dua kali ganda harga>, ABC jagung <dessert paling masyhuk di seluruh semesta. RM 2.30, endless enjoyment>, nasi kuning <gahh. Tiada nasi kuning di Semenanjung yang boleh di-compare-kan dengan nasi kuning Komfa>

Kiri ke bawah: roti John <kenapa namanya roti John? Entah. Tapi satu benda yang saya tau, roti John Tawau eksklusif dan bombastik>,  keropok bawang <gilalaah, makanan favourite kami sekeluarga>

Gambar besar: bubur jagung ibu <simply the best food around. Ndaksabar rasanya mau balik and have a big bowl of this splendid thing by myself XP>

Kegilaan Bermula... Sekarang!

Salaam. Hari ni saya mau pecah rekod peribadi: buat 10 pos dalam sehari. Rekod lama 6 pos per hari. Gahahahaha-poor readers. Now you have to keep your eyes open because for every excruciating hour, I will post a new entry. =O Ini barulah postomaniak. Kita mulakan dengan dua homemade poster ni dulu:

'Gahh'mophobia

"Siapa nak saya??. Diam. Diam dan sunyi; "Gahh."
-singly me, 6:53AM, 15/10/2011.
Salaam. Wahahaha~abaikan petikan di atas, mikirayou jaa tu. Hari ni, saya mau buat confession berani mati. Orang matipun ndak berani begini, AHAHAHAHAHA *no one's laughing, not even smiling. Everyone look at me with one eyebrow tilted, whilst another one, curved down* bad joke, I know.

Naluri. <Gahh, goli-nya topik. Tapi sudah janji dengan diri, mau tulis jugak. Lepas ni kalau berjalan, terpaksalah tutup muka>

Dulu saya ingat, saya pernah cakaplah dengan Farah, Dien dan Nadiah pasal pendapat saya mengenai perkahwinan and about having babies <seriously, I want to throw up. Japp..>

*#$&%^#@$#^&%$#&$%##* <sipping Nescafe. Try to stabilize self>

Ahh, okay. Sudah tenang, sudah. Gahh. Topik neh memang menyiksa. It's gonna be a looooooooooong journey for me. Ndapa, sambung!

Jadinya, saya pernah bagitau dorang di KFC Jusco beberapa bulan dulu that I have exactly no interest in matrimony/marriage. Ardie pernah jugak tanya kenapa, kehairanan dia. Saya pun ndatau mau jawab macamana. Saya sedih, ndatau jawab. Gahh, Yassin. 

Kawan-kawan bagi nasihat berlambak, but I'm still with my stance. Kalau betulpun saya akan kahwin, mungkin dalam umur 40 tahun. Atau 35 tahun. I think my life; many people depend on it. Adik-beradik saya masih banyak bersekolah, mau bantu ibu bapa lagi yang semakin uzur <tapi masih sweet 18 oh, dorang. Kehkehkeh>

Selena Gomez... remaja perempuan kedua terkaya di Hollywood.
Dia pernah neh, minta ber-couple dengan saya, tapi saya tolak :D
<oh how I wish this is true>
Lepas kahwin dia, cekik sampai mati and hijack harta-benda beliau.
<wow, that seems to be a plan>
Saya kira, kalau dorang masih perlukan bantuan; dan saya kahwin, tiga pihak akan didzalimi. Pertamanya; family. Punyalah selfish kalau kahwin, sedangkan komitmen dengan keluarga masih belum selesai. Kedua; si isteri <Fatimah, I wish I'll be seeing you, somehow. Seriously, still have heart  towards you :D>. Dan ketiga; saya. Jadinya, bukankah perkahwinan yang bernatijahkan kezaliman haram?

Lagipun, kalau belum ada keinginan untuk kahwin, lepas tu kahwin; hilanglah maksud nikah. Hilang maksud bersatu. Betul ndak?

Satu hari, di Velo....

Beberapa hari lalu, saya dan Dien pergi Velo untuk dinner <padahal kafe bukak>. Lepas menunggu order, cerita sikit pasal kucing di sana dan pasal seorang budak gemuk macam Shin Chan yang limpas depan kami. Before long, I saw this midget. A small and cute infant, carried pickaback by a woman. Bulat gilaa muka, lepas tu senyum dengan senyuman yang sangat menenangkan. Saya tercakap;
"Best-nya kalau ada anak, kan?"
"Ada anak kandung best"
, balas Dien dengan statement serius goli. Saya cuba elak topik marriage.
"Nanti saya mau ambil anak angkat banyak-banyak. Kalau sudah besar, saya lepaskan dorang". Dien senyum.
Seriously, betullah apa yang orang cakap; anak mata memang menenangkan. Seolah-olah hidup kau sudah perfect bha, kalau begitu. But then, again; I am gamophobic. There's nothing much I could do to change that.

Gamophobia!? Adakah awak kekacang!? Awak sedang pergi pisang! <sila translate ke Bahasa Inggeris kalau mau tau maksud>

Gahh. Sweet-nya. Why I have absolutely no feeling towards being/having one??

Ndataulah. Gahh; saya ndatau sejak bila saya dapat keabnormalan neh. Saya tau kahwin sunnah Nabiyullah SAW. Atas sebab inilah, saya ndamau kahwin. Ndamau mencemarkan Sunnah baginda. Saya bukan benci kahwin tu, cuma... cumanya, saya rasa tiada feeling langsung untuk ber-couple, apatah lagi having one as my soulmate. Satu-satunya makhluk yang boleh saya jadikan soulmate adalah si Kiko, yakni kucing saya. Dia... macam memahami jiwa saya. Kalau adalah tekanan dalam keluarga <alaa, biasalah tu> saya akan jumpa dia. Tarik dia dari bawah katil and put her on my chest. As I caress her fur, I whisper all my problems to her. Tau dia ndakkan respon; and it is better that way. <Uish, macam luar tabi'i jaa, saya baca <gahh, jangan fikir bukan-bukan, arh!>

Serius rindu dengan Kiko. 

I missed this view. From my house yard.

I supposed, I will be the last in my family to have "someonse special". Adik saya ada yang sudah berpunya LOL.
Ada juga kata nikah penyempurna iman. Penerus legasi "kepintaran" saya. Saya sukak bagi respon pendek jerr. Imam Nawawi r.a ndak kahwin sepanjang hidupnya. Ndakkanlah imannya ndak sempurna- gahh. 

Sudahlah weh, makin intense debat. Biarlah, kalau jodoh tu mau datang, kita ndakperlu duduk bincang-bincang begini. Kalau ada, adalah. Kalau tidak, harap dapat yang di syurga.

AND one more thing, if you wanna try your luck, just take the application form there <pointing one table>. Before filling in the form, make sure kamu lebih atau sama cantik dari tiga gambar di bawah:

I like hijabist. They're always soothing to the eyes.
My love... fantasilah. Emma Roberts.
Ratu Jordan... Queen Rania. She's elegantly elegant.
So??

Thursday, October 13, 2011

Mencuba: Aerobik & Pengalaman (Versi Gambar II)

Salaam. Tanpa banyak ugly blabbering, kita teruskan. Penat oh, edit semua gambar neh <siapa suruh edit jugak, kan?> Gahh. Konflik dalaman yang kritikal. Diam kau, Yassin!



Oh jap... bad news; at least just for me 

Saya disuruh buat semula laporan untuk KKBI Bahasa Melayu oleh Puan Mahani. Didn't and couldn't blame her, sebab saya tengok sendiri pun, memang hasil kerja yang asal mau siap. Saya baca teguran yang beliau tulis di hujung helaian laporan tu, saya lagi kelucuan dari sedih. Gahh, mau belajar menawan stres supaya dia tidak conquer kita. Sedang berusaha ke arah itu <divergence, divergence>. Oklah, mau tau apa dia tulis:
"Ini bukan laporan... ...laporan yang sangat tidak masuk akal."
But persembahan dia puji gila-gila. Kombang kompis eden~ :8D. Thanks to my teammate, Maiyhurri A/P Gunasekaran. Dia paling tenang buat kerja; yalah, treasurer berpengalaman. Bhaa, sambung tengok gambar!

Farah Musa, FYI; I have that video, from a dedicated friend of mine. Gahh. Damn Pinocchio!

Mencuba: Aerobik & Pengalaman (Versi Gambar I)

Salaam. Banyak gila gambar ni, so I will post serially in two posts. Untuk pagi neh, kita layan 24 keping dulu. Kamera DSLR Razvi bin Musily, editor: gahh, teka sendiri <OMA this "gahh" pandemic is getting worse> Thanks, bro.

HaHaHaHaHaHa <> HaHaHaHa <ndaktau apa yang mau ditulis>. OK, jum layann. 

Wait! Ada satu lagi yang saya lupa: terima kasih kepada semua yang melibatkan diri secara langsung dan tidak langsung dalam sesi ber-camwhore neh. Memang korang yang terbaik. Buat yang candid dan ndak sukak dirinya diperlakukan, saya minta maaf. Kamu terlalu indah untuk diendahkan.