Saturday, October 15, 2011

Kesia-siaan

Salaam Ini pos keenam untuk hari ini. Barang diingat, saya menyahut cabaran pada 11:59AM, 14/10/2011. Jadi, due date untuk cabaran 10 entri adalah pada jam 11:59AM, 15/10/2011. Gahahahah. Boleh bhaa, diruntuhkan rekod lama. Azwan Lai Azahari, you better take back your words. I am going to accomplish this challenge <10 entries in a day challenge>.

Huha Huha. Kalah BlogSerius dan ItsMeSaiful

Memang sayalah penulis blog paling sarkastik dan addicted. Untuk cabaran ini, saya main bersih, arh. Curi entri orang adalah perbuatan yang tidak macho, tahu. Gahh... empat lagi, kan? OK-lah, teruskan dengan tajuk yang tertera di atas nama pos. Saya tulis memang untuk bagi orang-orang berkenaan terasa dan buat yang mana patut.

Ini adalah blog sarkasme, tempat di mana pelaku maksiat akan dihentam teruk-teruk dengan jarum halimunan saya. No need to use harsh method. Words; they are more powerful than anything God has given all of us. 

But persediaan; tisukah, apakah... anda mungkin memerlukannya untuk mengelap air mata. Sakit woo, ayat saya <actually, ragu-ragu neh mau tulis, saya minta maaflah awal-awal, yah>. Bha, let the tear drops begin!

Kesia-siaan

Ndataulah sama ada kamu notice atau ndak, makin banyak neh couple di maktab kita <penuntut IPG Teknik>. Orang yang saya nda sangka ada special one-pun, sudah ada dalam hati. Ini, saya ndakkan perdebatkan. Cuma saya mau sentuh satu perkara.

Saya pernah bha, terdengar suatu tazkirah yang menyebut bahawa remaja yang menghabiskan masa mudanya dengan Allah SWT akan menjadi antara beberapa golongan yang diberi naungan `Arasy dari pancaran matahari yang sejengkal jauh dari ubun-ubun <susah gila untuk membayangkan siksa masa tu>. Lainlah kalau kamu yakin akan dapat perlindungan-Nya, tak perlulah buat seruan ni.

Sentimen umum golongan pencinta.
Mengapa saya pilih tajuk kesia-siaan? Sebab saya berani berkata; ianya adalah suatu kesia-siaan. Sebabnya saya tulis ringkas jaalah; dorang tu bukannya jodoh kamu. Seriously, cuba tengok mereka yang sudah kahwin dan bertahan perkahwinan mereka... semuanya jauh jarak umur <biasanya lelaki lebih tua minimum 3-5 tahun, berdasarkan observation saya>. Kamu neh? Masih muda, beza umur ndak sampai setahun. Dalam hubungan yang sihat, perlu ada seorang dari pasangan yang lebih matang.

Beginilah, cuba duduk diam-diam, dan tutup mata, fikirkan; adakah betul dia akan jadi isteri/suami saya nanti? Apakah hubungan neh akan kekal, tanpa mengganggu komitmen, pencapaian dan segala apa yang saya patut capai? Dan paling penting, soalan neh: kalau saya posting nanti, adakah kami tetap akan bersama? Jika tidak, kenapa perlu bother ganggu hidupnya dan sakitkan hatinya?

Perkara beginilah yang paling dirisaukan. Kalau sudah kahwin, ndapalah. Memang sweet... tapi kalau belom?
I once have a friend during the time of our pre-SPM. Masa tu, kami duduk berborak pasal hubungannya dengan seorang sahabat. Boyfriend-nya tu sahabat baik saya juga. Begini saya runtuhkan "cinta" mereka:
"Z, kau yakinkah A to jodoh kau?""Eeeeeeeeeee... Yassin! Kenapa kau cakap macam tu!?""Yalah, kamu bercinta, kita neh SPM...""Jadi!?""Habis SPM, then what? Lagipun, saya nampak kau lagi rapat dengan dia apabila jadi kawan dari jadi girlfriend-nya." Z terdiam. 
-MRSM Kota Kinabalu, kelas 4 Mutiara, somewhere around 2009.
Satu lagi benda yang digunakan oleh golongan pencinta neh, adalah cinta itu fitrah. Manusia dilahirkan saling mencintai:- my reply is, "How can you be so sure that she's/he's your life partner? Bukankah jika hubungan kamu batal, kamu akan lebih menjauh dan menzalimi hati sesama kamu?"

Jangan lukakan hati manusia dengan harapan senipis helaian rambut.
Satu lagi: tolong jangan guna alasan "cinta itu fitrah" demi menghalalkan tindakan buas kamu <ARGH! Pedas gilaa>. Cinta itu suci, jernih, indah dan murni. Sepatutnya, cinta adalah apa yang mendekatkan kita kepada Tuhan, bukan yang menjauhkan kita dari-Nya. Ini indikator cinta sejati. 

Abang Akram, salah-seorang pentarbiyah kami masa kami melaksanakan `usrah pernah pesan; 
"Lebih baik cinta selepas kahwin, sebab kalau kita bercinta; kita sudah tahu perangai si perempuan. Lelaki neh, suka kejutan, kalau sudah tahu, mereka akan bosan. Sebab tulah banyak kes penceraian sekarang berlaku di KL". 
-Abang Akram dalam sesi tadabbur Surahtun Naas. 7:45PM, 12/10/2011. Surau Asy-Syakirin.
Fikir semula, memang betul cakap Abang Akram. Zaman Nabi, kebanyakan pemuda dikahwinkan dulu setelah ta'aruf <bukan setelah sebulan dua bercinta>. Zubair Al-Awwam, anak angkat Baginda SAWS sebagai contoh. Saya berpegang kepada ini; bercinta selepas kahwin. Ustaz Khairi pernah cerita bagaimana indahnya perkahwinan selepas kahwin. Memang romantik gila-gila. Kalau kamu dengar cerita dan berita dari beliau pasal munakahat, mesti kamu rasa mau kahwin sebelum bercinta.

Resolusi

But no worry! Setiap perkara ada penyelesaiannya <mati jaalah, yang tiada penyelesaian>. Biar saya utarakan beberapa resolusi. 
Pertama: Break up jaalah. Lagi lama kamu simpan hubungan tu, semakin sakit untuk tinggalkannya. Macam addiction bha, cinta palsu neh Semakin lama, semakin susah mau berhenti.
Kedua: Kalau berkeras jugak, bhaa; packing barang, balik kampung dan minta tok kadi kahwinkan. Ini bersesuaian dengan hadith Nabiyullah SAWS yang menyarankan para remaja untuk bernikah awal. Jangan disimpan, kalau sudah serius-merius. Sebab takut diambil orang, takut fitnah dan takut berlaku sesuatu yang tidak diingini. Kot-kot terlanjurkah, apakah... hah, kan susah.
Kalau betul kamu appreciate cinta kau dan percaya apa yang kamu perjuangkan sebagai tulus dan benar, mengapa takut menghadapi dunia? Mengapa takut untuk memberi konformasi kepada si dia dengan meminangnya? Nda perlu majlis besar-besar, cukup kenduri KFC <jemput saya sekali>. Pasal nafkah, saya rasa, RM430/bulan cukuplah. Lagipun, makruh jaa. Ndak haraam.

Yaa, saya ndak layak memberi nasihat sebab saya ndakda pengalaman dan saya bukan berada di kasut kamu, merasai getarannya cinta <ptuih!>. But at least I know the garrison of life, and I managed <so far, alhamdulillah> to adhere to it. So, lucky me!

So, are you brave enough?




Gahh. I knew it. Awak ayam. Ayam yang gemuk dan besar <translate ke English, yaa> Wallahu`alam bi tsawwab.

No comments: