Thursday, November 10, 2011

Fasal Jodoh & Kejutan

A S S A L A M U A L A I K U M W A R A H M A T U L L A H

Gilalah, beberapa puluh minit sebelum masuk ke dewan peperiksaan, sempat lagi menulis entri. Ini barulah saya katakan kemaruk <gembira bila dapat jiwa menulis tu semula :P>. Ndapabha, sikit jaa saya mau cakap.

Indah dunia

Kamu tahukah, apa yang menjadikan dunia ini indah? Sebab ianya tidak boleh/dapat diramal. Baru-baru neh, gempar dunia apabila ada ura-ura mengatakan bahawa akan terjadi suatu kebinasaan yang sangat besar pada 7 Disember, tahun ini. Cuma kamu pergi ke sini: illuminati.org dan tekan ctrl + A. Kan? Siap ada randik masa lagi <siapalah yang buat laman web itu, buat huru-hara jaa>.

Termasuk dalam ketetapan Allah SWT yang Maha Mulia adalah JODOH. Ya, you heard me. Walaupun saya kurang arif, tidak punya pengalaman dan terlalu junior <which means, cute> dalam bidang cintan-cintun neh, tapi biarlah bha saya huraikan perkara mengikut kefahaman sendiri. Boleh, kan?

Just imagine ...

Cuba bayangkan, lahir ke dunia ini, kamu sudah tahu pasangan kamu. Maksud saya, semua orang tahu siapa yang akan menjadi peneman hidupnya. Tidakkah kekok? Perhubungan mesti jadi rigid dan beku; tiada keseronokan. By happiness I mean in having relationship with other humans that are not your fated loved one. 

Dan bila berinteraksi berlawanan jantina, mesti rasa canggung sebab kena jaga diri dan orang lain yang sudah mereka ketahui pasangan mereka. Pergaduhan, pertelingkahan dan banyak lagi keburukan pasti akan berlaku. Inilah maksud ringkas saya.

Jodoh hanya akan diketahui setelah kita mengahwini seseorang. Ada elemen kejutan, di situ. Tuhan menciptakan manusia ini berpasangan, sangat indah metodologinya. Macamlah sambutan hari jadi; lagi seronok kan, bila kita menerima kejutan.

Rasa cinta akan jadi lebih indah bila kita sedar bahawa, "Inilah ia!". <Rasa macam mau kahwi pulak>. 

Sudah, Yassin. Jangan mengarut.


Made this ... looks kinda cool, isn't it? <Haiyya, what a narcissist>.

Wednesday, November 9, 2011

Realis

A S S A L A M U A L A I K U M W A R A H M A T U L L A H

Saringan
Huh. Sudah lama tidak menulis pos tl;dr dalam blog neh. Rasa macam mau buang jaa, semakin malas pulak menaip. Kalau dulu-dulu, seronok gila bila ada peluang untuk meletakkan jari di atas papan kekunci, memuntahkan pelbagai benda berkenaan hidup. Kebelakangan ini, tiada perkara yang menarik untuk dikongsikan, tambahan lagi tekanan peperiksaan yang sangat memeningkan kepala. Adoyai~

Mat Jenin bukan realis

Untuk siapa yang tidak tahu apa itu realis: ia adalah paradoks kepada perkataan idealis <sort of>. Orang sebegini mementingkan nilai praktikal sesuatu idea berbanding nilai estetik atau kefungsiannya. Tidak kiralah betapa hebat sesuatu idea, mereka akan tolak tepi kalau tidak boleh dilaksanakan. Seems familiar?

Mat Jenin itu bukanlah seorang realis, tetapi idealis. Dia bertenggek di pokok kelapa, lalu mengimaginasikan perkara-perkara yang sangat mengagumkan; memiliki ratusan ekor kambing, rumah bagai istana dan isteri yang cantik-cantik; namun apa yang didapatnya?

Heh, tiada. Itulah risikonya bila ingin menjadi idealis. Kadang-kadang, mereka terlalu mengimpikan yang indah-indah, tanpa sedar bahawa impian mereka itu tidak boleh dilaksanakan. Oh, tidak! Kamu tidak dilarang bermimpi~cuma kalau ingin berbuat demikian, biarlah memipi yang boleh dicapai.

Biasa-biasapun, sudah OK. Yang penting, hasilnya boleh dituai. :)

Ayuh!

A S S A L A M U A L A I K U M W A R A H M A T U L L A H


Tuesday, November 8, 2011

Skandal Seks Baginda SAWS??

A S S A L A M U A L A I K U M W A R A H M A T U L L A H

Hari neh, acara qurban lembu diadakan di kolej kediaman, dekat surau, inshaAllah. Khabarnya, lima ekor akan ditumbangkan. Tapi apa yang saya nampak ada empat jaa neh. Ahh, khabar angin. Seronok bila dapat menglibatkan diri dalam temasya sebegitu meriah. Dengan gurau senda dan gelak ketawa pensyarah serta seluruh guru pelatih yang sanggup mengorbankan sedikit masa belajar untuk sama-sama melaksanakan aktiviti qurban.

Fitnah dari seorang pembenci Islam

Lately, I've been bombarded with a few questions<I'd rather call it 'doubts'>. During my prostration towards Him, I thought about so many things; the meaning of all this <the prayer>. Well, you can't stop one from being skeptical towards his own dogma. Even Darwin doubted his own theory.

Situasinya macam begini:- saya buka laman sosial Facebook, dan terjumpa seorang yang menggelar dirinya 'Kafirin Kafirun'. Pada agakan saya, dia seorang murtad, dan saya memberanikan diri untuk membuka segala nota dan albumnya. Sehinggalah saya bertemu suatu gambar bersiri yang mengandungi fitnah terhadap Nabi Muhammad SAWS. Biasalah kalau murtad, memang itu jaalah kerjanya. Memesongkan orang lain.

Namun, bila saya perhatikan semua gambar itu, beserta kapsyen yang ditulis, saya terkedu. Dia siap memuatkan lagi segala macam hadith sohih dan ayatul Qur`an untuk menyokong fitnahnya itu. Fuhh~kalau tiada asas agama yang kuat, boleh tertipu dengan penceritaan gambar tersebut.

Skandal Nabi Muhammad SAWS dan Maria

Huh. Saya perkirakan, tidak perlulah dimuat naik gambarnya di sini, kerana saya rasa tidak sesuai <lucah!>. Saya cuma berharap agar dia terbaca penerangan mudah saya ini dan berfikir lebih dalam sebelum membuat fitnah berkenaan Nabi Muhammad SAWS. 

Berkenaan skandal seks antara Nabi Muhammad SAWS, terdapat tiga keralatan dalam penceritaan si murtadin ini. Mungkin dia main cherry-pick saja, atau mungkin itu bukan miliknya, sekadar dia mengepos semula, tapi nampak ketidakadilan dalam menjustifikasikan keadaan sebenar.

Pertama:

Dalam Al-Qur`an, telah disebutkan bahawa Allah SWT menghalalkan persetubuhan dengan hamba abdi. Begitupun, setelah si tuan hamba memerdekakan hamba yang ingin dikahwinkannya. Kerana dalam Islam, adalah tidak patut seseorang untuk memperhambakan pasangan yang lagi satu. Tambahan pula, haram untuk memaksa hamba untuk menikahi si tuan hamba.

Dalam kes Maria, sewaktu Zainab r.a baru pulang dari rumah saudaranya, beliau kononnya ternampak Nabi Muhammad SAWS bersetubuh dengan Maria, si budak hamba. Kemudian, si murtadin in menambah lagi bahawa Zainab r.a marah dengan tindakan Nabi Muhammad SAWS.

Ralatnya, tidak ada dalam hadith penceritaan sedemikian  rupa. Kisah Nabi Muhammad SAWS menipu Zainab r.a dan perbuatan zina Nabi Muhammad SAWS cumalah suatu asumsi atau boleh diperkirakan sebagai suatu tanggapan. Semasa ketiadaan Zainab r.a, mungkin Nabi Muhammad SAWS boleh dianggap mengajarkan Maria Al-Qur`an, atau mengajarkan Maria sembahyang, atau memberikan tazkirah. Pelbagai tanggapan bisa dibuat. 

Kedua:

Jika benar dalam Al-Qur`an menghalalkan seks dengan hamba abdi, maka saya rasa para isteri Nabi Muhammad SAWS lah yang paling `arif dan faham akan hal itu. Jeleknya dalam narasi si murtadin laknatullah ini, beliau menggambarkan Zainab r.a marah dan tidak suka akan hal itu. Kalau betul begitu, hanya ada dua resolusi; Zainab r.a tidak tahu akan hukum itu ataupun Zainab r.a mengingkari firmanullah itu dan berasa cemburu. 

Jika benar demikian, maka mengapa tidak baginda SAWS memperbetulkan tanggapannya atau menghukumnya atau mungkin membunuh Zainab r.a <kerana siapa yang mengingkari ayat Al-Qur`an, boleh jatuh murtad dan dihukum bunuh>. Peliknya, perkara sedemikian tidak berlaku.

Ketiga:  

Si murtadin ini juga menggunakan taktik kotornya dengan memetik ayatul Qur`an untuk mendokong penceritaan mitosnya itu. Katanya, Zainab r.a menceritakan perihal hubungan seks itu kepada para isteri baginda yang lain. Namun, menurut si murtadin ini, menurut Al-Qur`an, para isteri dilarang untuk menceritakan skandal seks tersebut kepada sesiapa dan hanya dalam kalangan mereka saja yang tahu. Nabi Muhammad SAWS mengancam para isterinya bahawa barangsiapa yang menyebutkan hal itu lagi, akan dihukum di neraka kelak.

Ralat di sebalik poin ketiga ini ada dua lagi: jika benar katanya mereka taat, dan tidak menceritakan perihal tersebut kepada sesiapa, bagaimana boleh cerita ini tersebar? Jelas sekali, si murtadin tidak boleh menolak bahawa segala penceritaannya cuma asumsinya saja, yang lahir dari kebencian. Satu lagi, jikalau kita anggap pun bahawa para isterinya membelot dan menceritakan kisah skandal itu kepada Para Sahabat atau tabi` tabi`in, maka seharusnya Para Sahabat mengecam tindakan si isteri yang memberitakan perkara tersebut. Heh, tidak pernah pula saja dengar perkara sedemikian berlaku.

Kesimpulan:

Fikirlah dahulu semasak-masaknya sebelum membuat fitnah sebegitu. Kalau pembaca kamu seorang yang tidak mudah ditipu, makin jauh orang dari kamu. Katanya kamu objektif, tapi perkara persangkaan yang sangat kabur berani pulak kamu buat. 

<Petang neh, pos kurang serius dan kurang formal akan saya buat. Tunggu~>

UGH *shrugs*

A S S A L A M U A L A I K U M W A R A H M A T U L L A H

Study postponed, revision halted. Procrastination after another procrastination, and I'm seeing a darker, gloomier thing awaits me in front. Gash. I need to do something about myself <right now, I don't feel like writing, so here's several pictures>.




Monday, November 7, 2011

Terbang

A S S A L A M U A L A I K U M W A R A H M A T U L L A H

Photoscape can't do anything? Think again <I forgot the shadow>.
<But before I start my entry, I would like to congratulate Datuk Nicole Ann David for her sixth World Champion title in squash. Surely, a very prideful Malaysian>

Penghidupan : tahu semua?

Dalam hidup ini, perlukah kita mempelajari semua benda; yalah, sebagai proses mendewasakan diri? Maaf, tiba-tiba pos dituliskan sebegini. Soalan ini terdetik apabila saya tersedar dengan suatu perkara yang aneh sudah lama berlaku, yang sepatutnya saya perasan dulu lagi. Manusia lembapkan saya, faham-faham jaalah.

Saya punya seorang sahabat yang berpendapat bahawa hidup ini cuma sekali, dan kita perlu jadi semua, termasuklah jadi jahat <mungkin sedang membaca pos ini dalam berkerut tidak setuju pada akhir entri. Hehe>. Menurutnya, kita perlu sedaya-upaya menjadi semua, cari guru dan pelajari semua. Hidup ini cuma sekali bha, maka logik untuk berfikiran sedemikian.

Tidak pula dia berfikir bahawa itu bisa jadi kesia-siaan. Mana boleh tamak dalam hidup ni, kan?

Bagi saya

Orang kata, hidup ini adalah suatu proses membuat pilihan yang panjang, berterusan dan kadangkala berulang pilihan itu. Bagi suatu pilihan, seseorang cuma ada satu peluang untuk membuat keputusan. Menambah kerumitan, pilihan yang dibuat tidak boleh diundur <meskipun boleh diulang>. Kalaupun mau dipilih kedua-duanya, kualiti mesti berkurang.

Senang fikir; macam soalan SPM esei Bahasa Inggeris seksyen C. Ada dua pilihan, kan?  Kalau kita pilih satu soalan dan fokus pada soalan jaa, mesti boleh buat yang terbaik. Tapi kalau mau pilih dua-dua, mesti huru-hara sedikit esei, walaupun bagaimana hebatpun kau.

Tidak perlu tahu semua, yang penting, tahu apa yang kita buat dan gunakanlah sebaik-baiknya perkara yang kita tahu. 

I made this one, this early morning.

Sunday, November 6, 2011

Seruan Ilahi: Qurban Mendekatkan Diri

A S S A L A M U A L A I K U M W A R A H M A T U L L A H

Fuhh~membengkak abdomen setelah perut diisi dengan pelbagai benda pada jamuan, selepas solat sunat Aidiladha pagi tadi. Ada mi kari, laksa, kek cawan Kelantan; macam-macam lagilah. Rugi gila buat yang tidak pergi tu <skil mencemburukan orang>. Serius bha!

Apapun, saya tertarik dengan isi khutbah yang disampai oleh khatib tadi. Tajuk khutbah adalah seperti tajuk yang tertera di atas. So, don't expect to read Maria Ozawa's literature in this very entry <... nanti, pada entri lain saya buat><Sven, today's raya. It's rude to say that>. Entri kali neh Islamik sikit, jadi yang rasa dirinya panas kalau baca benda-benda Islamik, sila keluar dari laman ini. Sekarang. 

Qurban

Ngeri tak? 
Pengertian perkataan qurban secara literal bukanlah bermaksud "berkorban apa saja, harta ataupun nyawa" seperti yang didendangkan oleh P. Ramlee itu. Maksud harfiahnya ternyata lebih bersifat spiritual <walaupun korban itu sendiri bersifat spiritual>, yakni bermaksud; mendekatkan atau mendapatkan. Asal perkataan qurban adalah taqarrub.

Justeru, senang untuk difahami mengapa Hari Raya Aidiladha penting buat umat Islam. Pertama sekali, pengamalan istilah mengorbankan sebagai suatu cara mendekatkan diri kepada Tuhan telah dilakukan seawal zaman Nabi `Adam a.s lagi, dan kedua; kerana hadith yang menyatakan bahawa daging qurban tidak akan sampai kepada Tuhan, tetapi keikhlasan dalam melakukan pengorbanan tersebut. Jelas?

Ditambah, qurban diertikan secara tradisional di negara kita sebagai suatu upacara simbolik pengorbanan Nabi `Ismail a.s dan Nabi Ibrahim a.s yang dituntut Allah SWT <yang kemudiannya digantikan dengan domba/kibas>. Pengagungan tidaklah diletakkan kepada Khalilullah tersebut, tetapi kepada Allah SWT yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Senang cerita: Hari Raya Qurban seharusnya menjadi titik tolak ketersedaran kita terhadap sifat Allah SWT yang Maha Bijaksana lagi Maha Penyayang.

Di sinilah, dengan bermakrifatullah secara sedar sendirian, kita mampu mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kan orang kata, tak kenal maka tak cinta. Kalau sudah kenal Allah, senanglah dan kuranglah konflik dalam melahirkan rasa cinta itu.

Dengan itu, sekaligus; maksud literal dan metaforikal perkataan qurban itupun, tercapai.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam, tidak kira dimanapun kamu berada.