Saturday, October 15, 2011

Becoming A Humble Hot Stuff

Salaam. Walaupun cita-cita nampak ndakkan terlaksana, saya mau cuba jugak kasi 10 entri. Nothing is impossible, bha. Kalau terdesak sangat, saya copy/paste jaalah entri orang lain <memang gila segila-gila makhluklah, saya bilang>

Barang panas, or in a more proper word; hot stuff. Gahh. Kenapalah dunia ini menghukum manusia
mengikut rupa paras.
<Note: Mario Maurer, my favorite Thailand actor. He's dubbed to be the most prolific Thai's teen star>
Hot stuff. Apalah kunun??

Ada beberapa kawan saya di maktab yang bolehlah dikatakan hot stuff. Ndak kira lelakikah perempuan, ada. Mereka neh memang selected few-lah, maksud saya, wajah dan gaya memang pemberian Tuhan. Saya suka tengok kesemua mereka ni, sebab can learn many things. For instance, I now know how to always be happy despite your utter ugliness <butt-hurt much??>

Namun di sini, saya juga mau berterus-terang bahawa keindahan anda-anda semua sepatutnya ndak boleh dijadikan umpan memperlekehkan hati manusia. Mentang-mentanglah kau hot stuff, kau boleh-boleh kasi main hati orang. Gua panas macam ni, beb!

Especially lelaki yang perasan hot stuff <hot stuff kunun, padahal suam-suam kuku jaa pun. Perasan jaa lebih><saya tekankan lelaki sebab perempuan serius-merius pasal bercinta. Ndak meriah neh, hidup dorang. GaHaHaHa> Ughm. Saya kata: use your brain! Kau mana mau kalau adik/kakak/anak/nenek perempuan kau dipermainkan oleh some hot guys hanya kerana lelaki tadi hot, kan? Ini salah guna bhaa <coz I hate dayus guys. Mempermainkan wanita is my main hatred>

Islam

Dalam Islam, populariti disebut sebagai 'al-jah' dan hukumnya harus <menurut makalah 'Pendakwah', edisi 1996> atas alasan, ianya boleh digunakan untuk menyebarkan Islam. Lagipula, itu ada fitrah manusia; untuk dikenali. Namun, bongkak dan takkabur dengan rupa paras sendiri, apalagi digunakan ke jalan haram dan maksiat; mendekati zina dan kezaliman jiwa; ianya haram. Seratus peratus, tanpa ragu lagi saya cakap neh.

Maka, saya ndak suggest jadi famous haram. It's just that... being popular without getting anywhere near to arrogance is not something anyone can really be. Saya, saya ndamau ambil risiko tu <cehh, trip commercial lageh> and  am happy the way I am. Untuk saya, kita ndak perlulah jadi terlampau famous neh, berbahaya.

Perbuatan yang bertentangan dengan mana-mana agamapun.
Kemasyhuran akan jadi lebih manis bila ia datang unintentionally, tanpa kita pinta atau buat sebarang perkara untuk mendapatkannya. Ia menjadikan kita lebih berharga dan dihormati. Yalah, kalau setakat tayang muka tanpa jerawat, rambut dye sepuluh warna atau berjalan lagak Tom Cruise untuk attract perhatian orang, mana best. Serius. Kau bukan jadi ranggi atas kualiti diri-sendiri kalau begitu, kau sudah jadi orang lain <orang yang kau tiru gayanya>

Berbalik kepada isu... is it wrong to use popularity wrongly?

Hujah mereka;
"Alaa, sudah dapat, buat macamana. Kitakan remaja lagi, perjalanan masih jauh. Masih banyak masa untuk repent." 
Foolish. Dipsh*t for those who utter this. Cukup saya bidas dengan bertanya satu soalan mudah ni: pakai apa kamu mengukur "masih jauh" tu?

Heh. Kalau kita berfikir secara logik dan kurang Islamik, sudah tentulah kita akan cakap, "lama lagi" atau "masih muda bha" atau apa-apa saja yang sinonim dengan itu. Tapi kita ni ada agama, dan agama kita kata salah buat begini dan begitu. Berfikir bahawa usia masih terlalu panjang untuk bertaubat adalah suatu tindakan kurang waras <satu jari menunjuk, empat jari kembali kepada penunjuk><shrunken> 

I cannot brain this kind of cheating. Woman-to-woman??
Gahh. World sure is full of surprises.
So, kita boleh sum up bahawa perbuatan mempopularkan diri adalah harus dan harus. Untuk tujuan menyebarkan kebaikan, kebenaran dan agama khususnya. 

Kesimpulannya <ehh, belum habes lagi rupanya>

Buat yang sedang mempermain-mainkan hati orang lain tu, berubahlah. Kalau kau mau hancurkan diri-sendiri, saya ndak boleh komen. Badan kau kan, suka hatilah. Tapi ini melibatkan hati dan perasaan orang lain. Berabisan dia meletakkan harapan pada kau, kau persendakan pulak. If you cannot start loving, don't start cheating. Memang kau manusia paling bodohlah kalau begitu <oops, sorry kasar gila. Gengster, kan...>

Kawan-kawannya si dayus, nasihatilah kawanmu yang hot stuff neh. Suruh dia quit lying to him/herself and to the one he's/she's cheating on. Entri ini; ini jaa yang saya boleh offer.

1 comment:

NadJoliey said...

Eh.. ada ka betul2 si 'hot stuff' neh dlm kalangan org yg ko kenal? Oh, okey..

P/S: perempuan pun ada juga tau mcm 'hot stuff' neh. SERIUS. ANDD.. Perempuan, walaupun serius dalam perhubungan, dorg x laa hidup mendatarrr jaaa okey!