Tuesday, October 18, 2011

Review Wayang: 'Real Steel'

Salaam. Baiklah... seperti yang dijanjikan, saya akan buat review pasal movie yang telah saya tonton semalam, iaitu 'Real Steel' <cut off that formal slang>. OK, tapi sebelum tu, saya mau ingatkan: ini bukan main-main punya komen. Ini kritis punya... <gahh. Bragging much!?>

1/5?? Why!?

Hebat kot.. grafik dia.
Heh. Ramai terkejut bila saya bagi 1 daripada 5 bintang, apabila diminta pendapat untuk menilai. Seriously, saya ndaklah begitu kejam bhaa. 1/5 adalah skor bagi kebolehdugaannya. Bingung? OKlah. Let us make this simple. 

Saya secara peribadinya mempunyai teknik sendiri dalam menilai sesuatu filem; aya ada beberapa aspek yang saya adili Bukan berlagak analitik, tapi begitulah; bila kawan tanya, saya boleh komen setelus-telusnya. Only several movies have made it through. I mean, through my judgment <saya intrikat, OK? And I'm also meticulous>. So, what aspects do I criticize? You'll see as you read through. 

1. Goosebump effect

Perkara pertama yang saya akan kritik adalah efek emosional filem tersebut kepada diri saya. Berapa kali saya rasa mau menangis, berapa kali saya rasa berdiri bulu roma dan berapa kali saya rasa marah. Jaranglah filem mampu pengaruhi saya <wayang Malaysia, satupun ndak pernah berjaya dalam aspek neh. Ketawakan mereka.. HaHaHaHaH> dan most of the time, filem dari Hollywood jaa yang mampu buat. 'Flipped' dan 'Mr Magorium's Wonder Emporium' adalah dua contoh filem yang mempunyai goosebump effect yang baik. Sangat baik.

Untuk Real Steel, saya bagi 9.87 dari 10. Sangat menarik. Emosi saya terpengaruh dengan mudah, pengarahnya pintar dalam memanipulasi nilai empati manusia untuk mengasihani beberapa watak dalam filem tu, terutamanya Atom. Atom... dia robot hero yang berupa humanoid. Ketaatannya terhadap Max, si budak penemunya betul-betul menggoyang rasa. Masa dia ditemui dalam kawasan junkyard dan masa dia tengok diri-sendiri dengan cermin umpama memberikan dia suatu kesedaran manusiawi, macam benda tu hidup.

Ohh.. inilah Atom, robot humanoid paling kool pernah saya nampak.

Babak yang paling meninggalkan kesan adalah apabila Max tanya dia, "Do you understand me?". Atom- yalah robotkan- diam jaa. Dan peliknya, saya nampak dia macam mengangguk and I think all the audience expect it to do so. Bila kamera zoom dekat muka, wau... sangat memberi kesan.

Ni robot masa Noisy Boy <milik Charles> lawan Midas. Bapak senang dikalahkan. Kahahaha... itulah, tamak biar bertempat.
Serius kool. PERGH!

Part lain yang turut memberi kesan adalah masa mereka menangi hati penonton dalam pertandingan WRB. Walaupun bukan juara, tapi Charles dan Max berjaya menemukan semula apa yang mereka selama ini kurang; hubungan anak dan bapa <mereka yang bergelar bapa, patut tengok filem ni>.

2. Adrenaline effect

Adrenaline effect hanya dapat dilihat pada wayang-wayang aksi dan thriller. Romantik dan kisah sedih tiada dan kalaupun ada, jarang. Bagi sesetengah orang, inilah yang paling penting, sebab ianya mampu menyebabkan penonton berfikir bahawa filem yang ditonton bersifat realistik. Adrenaline effect mampu menyebabkan orang melompat, bertinju dan berteriak di tempat duduk mereka dan wayang yang baik untuk dijadikan contoh adalah 'The Commander', sebuah wayang sci-fi dan 'Harry Potter: The Deathly Hallow'.

Untuk 'Real Steel', saya bagi 7.9 dari 10. Ndak padat dengan aksi, tapi lebih banyak percakapan demi percakapan; konflik kewangan dan sebagainya, which is quite good. Filem neh, kalau capai 10 dari 10 pada skala adrenaline effect jarang dapat markah tinggi untuk goosebump effect. Nampak terlalu rigid, teknikal dan kurang emosi. 'Real Steel'- walaupun agak teknikal, mampu memberi punchlines yang kuat pasal adrenaline effect. Berjaya, saya patut kata. Tahniah Steve Levy dan Steven Spielberg.

Kanak-kanak, buat perisian?? Hmm... who knows, right?
3. Audio effect

Audio effect- as its meaning says, is a quality that any film should aim high. Good audio and music blend will create certain atmospheres and if it can be synchronized well with the visual transitions, will be audience a smack. Quite a number of films can do this right, and again- in Malaysia, no film, I repeat, NO FILM can do it. They're all failed and foiled stuffs. Included in this audio effect are background music, conversation volume, emotion and vividness, sound effects, songs and setting sound, like the sound of rolling tires, et cetera, et cetera. If you ask my which movie have a very high mark on this, it is again, 'Mr Magorium's Wonder Emporium' and also, 'Das Fliegende Klassenzimmer'.

'Das Fliegende Klassenzimmer' bermaksud, 'The Flying Classroom'.
Serius best neh wayang. I'd even can conclude that this is
German's best motion picture <the nearest contender is 'Pan's Labyrinth'.
'Real Steel' has it, but is lacking. At the very beginning, I was anticipating the sound of wheat being blown by breeze and the sound of the truck's tires, driven by Charles. Potholes crossing gives an advantage and it pretty much symbolizing typical outskirts'  road. Heck. They're good at this.

Max pujok Charles untuk bawa Atom pergi satu pertandingan. Kiutt~~

Serius... saya macam mau peluk oh, ni benda. Macam manusia neh, kiut lagi <Wehh!? Adakaa robot cute??>.

But as the film progresses, all the components go banana. Background music dwindles, songs and setting sound effects reduce. Albeit, sound effects of actions:- especially when the robots are fighting really give me an adrenaline rush all over. Those mechanical SFX are Hollywood's expertise. No need to emphasize on that. Overall, I give 'Real Steel' 7.6 out of 10. Quite nice-lah.

4. Unpredictability

Ketidakbolehramalan adalah aspek yang agak penting jugak. Ianya adalah aspek di mana manusia/penonton tidak dapat meneka sama sekali pengakhiran filem dan plotnya. Sebabnya kalau terlalu mudah diramal, orang akan rasa bosan dan boleh tidur neh dalam panggung. Dua contoh yang sangat bagus adalah 'Bridge to Terabithia' dan 'Scream 4'.

'Bridge to Terabithia'. A must-see-seriously. Cari DVD dia capat!!

Nasib baiklah 'Real Steel' neh aspek lainnya cemerlang, sebab saya bagi 2.3 dari 10. Kalau ndak, habis muflis sipembuat filem. Jalan ceritanya sangat ringkas dan boleh diagak plot demi plot <mungkin disebabkan saya sudah nampak trailer-nya, kot>. My anticipation upon this film is a bit too high. Melainkan mereka buat sekuel, 'Real Steel: The Return of Zeus'; hah, baru best. Itu barulah nafas baru.

"Look at me!", kata Charles <tengok Max senyum, chomel neh>.
5. Cultural effect

Sesuatu filem merupakan identifikasi kultural mereka sendiri. Wayang yang baik <cehh, macam betul jak bhaa> adalah wayang yang mampu memperwakilkan budaya mereka. Contohnya; wayang Amerika perlu mewakili budaya Amerika; cara hidup dan keutamaan mereka dalam hidup. Wayang kultural yang baik kebiasaannya datang dari Timur <kecuali Malaysia. Mereka mau sangat meniru cara Barat, sehingga mmbunuh identiti mereka sendiri>. Wayang Amerika yang berjaya menonjolkan budaya Amerika adalah High School Musical', 'Flipped' dan 'Hairspray'.
Congratulation: 'HSM3,' 'Hairspray', and 'Flipped' kerana berjaya melepasi saya.
Untuk 'Real Steel', saya bagi 6.47 dari 10. Sungguhpun ketamadunan Jepun moden lebih terlihat, nilai kapitalisme, rutin makanan ringan dan sejarah tinju sangat bersifat Amerika. Paling best masa awal-awal, yang dorang masukkan lagu bergenre country. Sangat Amerika.

Saya suka owh, wayang neh. Masalahnya...


6. Visual effects


In Hollywood, none can exceeds Spielberg's visual quality. He's the best in it <cute bhaa, si Max neh>.




Saya malas mau cakap panjang pasal benda neh. Steven Spielberg knows his stuff. Anything that he does with camera and his CGI staffs proved to be perfect. I've got to say, 8.57 out of 10.


Kesimpulannya...

'Real Steel' dapat 7.12 dari 10. Saya sukakannya, apatah lagi goosebump effect dia terlalu tinggi. Namun malang; judgment is judgment. Mungkin analisis saya betul dan mungkin salah, sebab ndakboleh jugak terlalu kritikal dan analitik. Movies are to be watched and learned, not evaluated and criticized <though sometimes, it is necessary>. Kalau terlalu robotik pun, maksud 'enjoy wayang' tiada. It's up to someone to really decide what this movie deserves. I would say that it is a highly-recommended film; a must-see. 

That's all from me, wassalam.

4 comments:

NadJoliey said...

Ko suka juga~~ HAHA!

farahida ibrahim said...

ceh..tadi kau kata 1/5..haha

Pencabar Samudra said...

Nadiah: Of course, dear. Saya memang minat

Farah: Nampak sangat ndak dibaca :(

Pencabar Samudra said...

Nadiah: Of course, dear. Saya memang minat

Farah: Nampak sangat ndak dibaca :(