Wednesday, October 19, 2011

Kesia-siaan

Tunggu, yah!
Salaam. Kita berhenti rehat dulu dari sekuel kedua '20 Ciri Lelaki Ubërseksual', yah! Dengar dulu bisik hati saya <sengaja saya tulis bold>.



Alhamdulillah... beberapa hari ini, saya diuji dan diuji lagi. Saya sudah masak dengan kerenah hidup neh, saya kira. Didikan ayah ibu dan panduan Al-Qur`an yang berterusan meneguhkan pendirian saya, menjadi aset kebangkitan. Dugaan baru-baru ini saya rasakan amat berat. Huh~

Anak saudara...
Kadang-kadang, saya rasa mustahil juga untuk bertahan dengan sepak terajang minda dari orang lain ke saya. Yang diperlekeh itu bukan zahir, melainkan jiwa dan prinsip saya. Ndapalah, semoga Allah menyedarkan orang-orang sedemikian.

Saya selalu bertanya kepada diri, kenapa terlalu takut untuk berhadap semuka dengan orang yang engkau ada konflik... kenapa saya terlalu pengecut untuk cuba mencungkil kemungkinan yang sudah terang-terang terhidang peluangnya di depan mata. Sebenarnya, kamu tidak akan faham. Kamu tidak lalui apa yang saya terpaksa lalui untuk terus menjadi manusia.

Saya- seperti yang kamu tahu, adalah manusia hiper-sensitif dan sangat tidak ekspresif <melainkan di dalam blog>. Saya hanya tahu menangis dan menangis di dalam kamar sendirian, dan bila orang mengetuk pintu bilik, saya cepat-cepat lap air mata.


Kadang-kadang, saya rasa itu egoisme yang membendung diri dari memperkatakan apa yang patut saya perkatakan. Kalaulah kamu tahu betapa perit saya bunuh diri saya berulangan kali, menghijab realiti dengan jerit kehendak hati- pasti kamu turut menangis. Saudara sekelas, Arif pernah nasihat,
 "Kalau kau mampu lepasi semua tu, bukan maksudnya kau malang. Maksudnya kau sangat kuat. Kalau aku di tempat kau, mungkin aku dah takde dah!"
Nasib baik ada kawan-kawan yang membantu saya mengharungi hidup.

Saudara, terima kasih atas motivasi. Tapi itupun belum cukup untuk menghentikan tangisan saya bila terkenangkan betapa bertuahnya orang sekeliling dengan kemewahan serta kehebatan mereka. Betapa saya terbeban sangat-sangat dengan rasa cemburu sebagai manusia yang punya banyak cia-cita; Saya tabahkan ini juga. Namun umpama empangan, kadang-kadang air mata akan berderai juga. 

Saya selalu pujuk diri untuk tidak mengeluh, kerana mengeluh itu tandanya tiada kesyukuran. Mengeluh itu tanda kita lemah mengalah. Tidak mungkin ahsani takwiim seperti saya <dan kamu semua>boleh dikalahkan dengan kehendak membuta. Bil saya fikir balik semua ni, saya cepat-cepat lap air mata. Saya bisik, 
"Bukan ini caranya!"
Tadi pagi, saya bentak lagi diri sebab saya sudah mensia-siakan sesuatu yang sangat bernilai. Atas memoribilia tiga tahun lepas, saya undur setapak kebelakang dan amalkan prinsip orang `Arab, yakni 'berikan kepada mereka yang lebih mahu dan lebih layak' Saya hanya mampu melihat ianya berundur dengan wajah marah disia-siakan. Menjauh dari saya.

OK-lah

Maafkan saya ya, kawan. Sebab kamu terpaksa mendengar kesia-siaan ini. Hidupilah hidup kamu, bernafaslah dengan ceria. Jangan jadi seperti saya yang menyerahkan diri pada kelemahan dan akhirnya hilang arah tuju. Wassalam...


3 comments:

NadJoliey said...

Ehem, kenapa sy rasa mcm sy tahu? Macam.. MACAM LA, macam sy dapat teka suda sepa org tu.

Asalnya, memang mau teka org neh, tp nampak dr luaran, mcm no prob? Tp besa la 2, sy pun ada juga kwn2 yg pda zahirnya, nampak sangat kami xda prob, tapi, konflik dalaman, sepa yg tau, kan? (Believe it or not, I SERIOUSLY UNDERSTAND THE FEELING: WANT TO TELL, BUT COULDN'T. Especially, bila org tu kita kenal n tahu mcm mana reaksi yg dia akan bagi.)

Berabis neh sy cari sepa kawan ko d maktab yg sy x kenal. . . And, sy rasa, sy ada sebut (teka) nama orang tu juga tym d HUKM.
BUKAN NAMA YG PERTAMA.

Kalau salah, just ignore this. :)

Have a nice day!

P/S: If I ever hurt you, tell me ASAP (cari timing nice, sy boleh terima, tp mungkin take time untuk ubah, sebab I've been like this for. . . YEARS.

syahirah abas said...

Yassin, bibir yg lain mudah untk menuturkn sabar, tp hakikatnya hati kitalh yg sakit, menderita..
sy juga pernah merasa perasaan itu, tp sy rs tidaklh sehebat ap yg dirasai Yassin..

namun sy percaya, setiap kekurangan yg diciptakn ALLAH dlm diri hamba-hambaNYA bukanlah satu kelemahan, namun ia mengajar kita erti kekuatan yg sebenar, mendidik diri mengenal erti penghambaan pd ALLAH, kebergantungan kpdNYA yg maha hebat..

kekurangan adalah sumber kekuatan sebenar..jgn sedih dgn kekurangan yg ad..terima dgn hati t'buka n jdknlah ia sebagai penguat hubungan kita dgn ALLAH..InsyaALLAH, pasti ada kekuatan yg luar biasa drpdNYA..b'syukurlah krn ALLAH menyayangi kita dgn mengutus ujian peningkat iman b'banding ramai lg manusia yg terumbang-ambing tanpa mengenal siapa itu ALLAH..

berjuang itu mmg pahit, krn syurga ALLAH t'sangatlah manis..la tahzan, innallahamaana..=)..waallahu'alam.

Pencabar Samudra said...

Thanks guys ... saya mau menjauhkan diri bha, dari dia. Masalahnya, he's my best friend. That's the hardest part. :(