Tuesday, October 18, 2011

Ke Pavilion Tanpa Hazel Macam Ndak Berjalan Sama Sekali. Saya serius rindu dengan Hazel J20i Saya.

Salaam kawan-kawan. Hehehe. Sudah nampak 'Real Steel' kelmarin. Well, I will comment on it but first, lemme tell you a brief about our trip <my first trip> to Pavilion. Sorry arh, descriptive essay memang favourite saya, jadi saya ndakmau lepaskan peluang untuk menerangkan memori yang ini.

Seperti dirancang

Sebenarnya, rancangan untuk menonton wayang neh dicetuskan oleh Aizat pada Hari Keluarga Asy-Syakirin, dua hari lalu. Katanya, belum nampak wayang tuh dan dia ajak kami dua. Razvi angguk dan setuju. Bila dorang dua sudah setuju, bhaa saya apalagi; turut mengangguk. Turut dijemput adalah Ardie dan Zudien, tapi dorang ada errands masing-masing Ndapalah, bukan saya  yang rugi <PERGH! Touching bhaa>.

Gambar tiada kaitan, abaikan.
Jadinya esok, sebaik saja kelas habis, kami berehat sebentar. Nampak si kawan di tingkat bawah dan saya masa tu di tingkat satu, saya jerit, "Zat, pukul 2.30PM!". Dia angguk. So, yeah. 2.30PM.

2.30PM: Mana Ewi??

Pukul 2.30PM, saya bangkit dari perbaringan dan sarungkan baju bola sepak biru dan seluar jeans hitam. Sisir rambut dan  buat sedikit exercise muka di depan cermin. Solek sana-sini, terus meluru ke tingkat atas untuk mendapatkan Ewi. And he wasn't there. Saya saspek dia di bilik Amat, jadi saya pergi sana tapi tiada juga. Masa tu, Aizat sudah bersiap, tolong ikut cari dia. Ke bilik Leroy, ke surau, bahkan atas keterdesakan; saya cari di tandas. Entah apa rasional tindakan tu.

Jam 2.45PM, Aizat gave up. Dia balik sudah ke biliknya dengan muka kecewa, tapi saya masih dalam pencarian. No way this gonna be cancelled. Saya pergi balik bilik Ewi, berharap dia tengah bertiarap di atas katil dengan laptop. But then, again, he wasn't there. Saya tanya roomate diapun, dia kata ndak nampak sejak dari tadi. And alhamdulillah, my sense guided me to the restroom. Baru teringat dia suka online sana. Dan Ewi memang ada di situ, snoring <gahh>.

Saya pukul dia, dan dia terus duduk beristighfar. Punyalah penat kami cari, dia boleh tidur depan laptop dengan software Cocoon terbuka pada skrin. Layan YouTube pulak tu. Kebetulan pulak tu, masa dia bangkit, telefonnya berdering. Angkat, and it was Aizat. Bhaa, terus dia hambur kata-kata manis mau pergi. Gahh. Saya suruh Ewi bersiap cepat, dan bagitau dia saya tunggu di bilik. Set.

Kami jalan

Mulanya, Ewi mau bawa DSLR beliau. It'll be a great thing, sebab saya suka. But gahh. Dia cancelled bawa sebab kad memori ada dengan Abang Aiman, dia pinjam. Jadi, tinggalkan si cantik DSLR dalam bilik, keseorangan <kamu taukah, saya jatuh cinta neh, dengan DSLR. Adakah bakal menggantikan Hazel kesayangan? Entahlah... inshaAllah, tolong aminkan untuk saya. Mau jadi jurugambar manusia><lari sudah cerita>.

Kami belum decide bhaa, mau tengok wayang di mana, jadi masa tengah dalam perjalanan ke stesen teksi, kami masih bertengkar <ndakla bha bertengkar in a sense of bertengkar. Sekadar berbalah kecik>. Akhirnya,  kami sebulat suara pilih Pavilion. Wahh~belum pernah pergi...

Peringatan #1: And for those who want to go to Pavilion via domestic transport: mula-mula, pergi  Stesen LRT Bandar Tun Razak.  Lepas tuh, anda ambil LRT ke jalan Hang Tuah dan upon arrival, ambil keretapi ke Jalan Imbi. Sudah sampai, bhaa, andai-pandailah cari <hey you 4S, nanti kita pergi, OK?>. Huuh~

Sampai

Beforehand, buat mereka yang sudah habes baca sampai sini tanpa skip, ketahuilah; kamulah kawan terbaik saya. Gahahah. Ndabhaa... kalau kamu skip pun, saya faham. It is a 'TL; DR' story, but then, suka hati sayalah bha, kan? Kannn???

Gahh. Masa sampai tu kan, dan turun dari stesen keretapi tu, my jaw dropped. Almost, literally. Saya sangatlah kagum dengan kawasan tu. Waah- this is what Malaysia is all about, supposedly. Serius, kenapalah ndak dibangunkan Kuala Lumpur seperti yang dilakukan dekat Pavilion tuh. Subhanallah, indah.

Lautan manusia berlainan kulit, agama, adat budaya dan keturunan, beralun seakan lautan sebenar. Di kiri dan kanan, kedai-kedai tersusun rapi; ada kedai Arab, kedai arak, kedai makan dan restoran dengan binaan sangat eksklusif <Sephora paling mantap rekaannya><tiba-tiba cita-cita dulu untuk menjadi arkitek menggelodak>. Teksi berjejeran, begitupun pemandunya berkumpul, bercerita topik hidup. Ada pemandu teksi bergaduh dengan seorang pak Arab dalam bahasa Inggeris. Pasal mazhab, kot <sebab saya tangkap dialog sipemandu teksi, "Yes... in Malaysian... yess, I am a Muslim. Now, in Malaysia...">.

Trafik tidak berhenti mengalir, mengairi tempat itu dengan bunyi hiruk-pikuk dan bingit bunyi hon. Mendongaklah ke atas untuk melihat keindahan menara yang seakan ingin mencabar ketinggian syurga. Pelbagai bentuk dengan pelbagai warna. Pelbagai rupa dan tema, dan semuanya berpadu jadi suatu identiti yang saya tidak berapa pasti untuk menggelarnya apa. Satu perkara pasti: sepanjang perjalanan, saya ndak berhenti-henti memuji bahagian ini yang lebih aman- jauh lagi aman dan bahagian lain di KL <bhee, macam sudah teroka semua>.

Saya rayu Kerajaan untuk bangunkan Tawau seperti itu, if ever, they want to do it. Cuma part kedai-kedai arak tu, tolong buang. Ndamau Tawau tercemar dengan air kencing syaitan tu. 

Pavilion

Syurga di dunia... ndak kekal semua neh <ada macam Ustaz Kazim tak??>

Melangkah masuk ke dalamnya, saya rasa suatu derauan yang cukup kuat. Bersyukur sangat dengan keharmonian negara Malaysia. Kami pergi tingkat empat dan tingkat tiga. Ewi mau ambil duit. Sayapun ambil duit, takut terpokai pulak nanti. Lepas tu, kami jalan-jalan sekitar kedai outfit Converse dan Adidas <kahh?? Ndak ingat>. Well for a village boy like me, I can do nothing but to observe. Or in a much "kampung" term; cuci mata. Harga tali pinggang, RM189.90 dan saya maki dalam hat, "WOI! Kamu, pinggang kamu tu pinggang apa oh, pakai macam tu. Boros betul!" <cehh, emosi lebih. Biarlah bhaa, bukan duit kau>. Gahh, saya dihina miskin. But out of three of us, Aizat went out of that shitty <mind my manner> shop with something in hand. Lucky him.

Ehh, wait... saya lupa bagitau yang sebelum tu, kami pergi cari kedai makan dan ingatkan balik tu, saya gelak besar. Cari kedai makan murah di Pavilion saya rasa macam cari sebutir garam dalam gula <seriously, ndak jumpa, oewh>. Kami round itu Pavi and saw nothing but alcohol stalls and shops. Bila tengok dua orang pasangan Inggeris yang sudah tua pesan arak warna hijau, saya berkerut. Sedapkah? <Alhamdulillah dilahirkan Muslim> Di Pavilion, semua jenama khamar ada, Carlsberg, Tiger, vodka, tequila; you name it.  Sudah penat memerhati gelagat dan ragam manusia, dan berjalan turun naik tingkat, kami berhenti di tingkat lima dan membeli popcorn plus minuman lembut dan saya kawankan Ewi ke tandas.

Asar <kamu masih membaca? Thanks... and proceed, please>

Masa tengah syok menunggu lampu nombor panggung bernyala, tiba-tiba saya dipukul sesuatu- dan- oh ya... ah, betullah: Asar! Gelap dunia bila tersedar bahawa saya sudah lupa kewajipan. Astaghfirullah, memang Pavilion-lah paling seduktif. Sampai lupa obligasi dan hak Tuhan; Pemilik sebenar kompleks suka ria neh. Bagitau Aizat, bagitau Ewi; dan mereka pun serba-salah. Jam 4.55PM <dekat-dekat macam tulah>, wayang mula jam 5.00PM. Kalau cari surau, maka kami pasti missed sedikit. And you should know how much I hate that when it happens. Gahh. Tapi, suruhan tetap suruhan. Kalau kami masuk, dan layan dua jam; bhaa, terpaksa qada'. And you guys should also know how much more I hate qada'-ing my prayer. Aizat cadang begini dan begitu, dan kami setuju. Panggilan Tuhan didahulukan, dan diutamakan. 1Allah! 

Peringatan #2: Oh ya, kalau kamu jalan di sini dan mau bersolat, ada dua surau. They are not in the map, jadi kami perlu ingat, satu di B12, dan satu di tingkat lima. Di tingkat lima, dekat satu kedai permainan dan patung-patung beratus. Ah, situlah <I didn't quite remember the detail, but you can check out Level 5, Part A>.

Dengan popcorn yang menyejuk dalam jinjingan, kami round dan tanya banyak orang tentang di mana surau, dan yes... sampai. Ambil wudhu dan solat, lupakan sekejap dunia fana neh. Allah... nikmat. Lepas tu, doa ekspres dan berselipar. Badan disetkan ke mod turbo, and off we went. Berlarian seperti apa jaa. Dalam hati, berharap agar janganlah mula dulu. Dipujuk hati untuk tidak risau <saya risau ketinggalan minit pertama wayang>.

And guess what... masa kami sampai, jam sudah pukul 5.10PM. Kami dengan bangganya pergilah ke tempat ticket boy tu. Dia tengok tiket dan kemudian ucapkan ayat terindah: "Uhm... wait for 25 minutes". Saya rasa ada sedikit masalah teknikal dan saya macam mau sujud jaa sana. Alhamdulillah, sekali lagi Kau tunjukkan Kekuasaan-Mu. Memang betul, kalau kita ikut Tuhan dan suruhan-Nya, tiada yang mustahil. Dia siap boleh tundakan lagi untuk kami wayang tu <inshaAllah begitu>. So, we waited. Sambil-sambil tu, tangan merayap ke dalam plastik popcorn, dan OMNOMNOM. Yeah, we OMNOMNOM-ed the popcorn. Ndak sabar-sabar. Sambil-sambil tu, kami bincang mau ke mana lepas tengok wayang dan tengok trailers wayang yang disiarkan di LCD tersedia di sana. Mengkritik <huhh~saya mula tengok semua benda dengan serius dan dalam:- adakah ini tanda ketuaan? Oh no...>

OMNOMNOM <just to get your eyes active>
Balik. Solat, makan dan balik

Lepas tengok wayang, kami pergi tandas untuk membersihkan diri. Mengusir suatu rasa yang saya pendam sejak dalam panggung lagi LOL. Cuci muka dan buat sedikit senaman muka <you know what I mean>. Bersihkan muka yang penuh jerawat dan kawah. Keluar dari sana, masa Maghrib hampir tamat. Kami rushed pergi cari surau dan nasib baik jumpa. Solat ekspres dan keluar dari Pavilion.

Ewi memilih untuk makan KFC, so kami cari. Habis satu kawasan kami putar, penat. Masa tu jugak classmate Aizat telefon: ada latihan puisi bhaa pulak dorang. And it struck me, too. Ya bha... malam neh latihan. Why didn't I think of that? Bhaa, rasa bersalah menjalar. Astaghfirullahal aziim... kawan-kawan, sorry.

Dan...

Baru jaa kami menyerah kalah untuk mencari KFC, satu keanehan berlaku <cehh>. Kami berdiri di tepi jalan bhaa, Aizat surah give up, begitupun Ewi. Bila saya toleh kanan, ya... rupanya di kanan kami jaa benda tu. Bhaa, apalagi, melantak. Saya mau cuba KFC Tom Yam, but hellish delicacy it is. RM11.00!? Saya buat muka shrieked. Gila kentang pukul punya mahal. Saya cancelled, dan order KFC Rice Plate Combo. Mula-mula mau ambil burger, tapi bila tengok dorang ambil nasi, saya rasa tamahak. Mau jugak. Sakkali, ndak habis ahh...

OMNOMNOM KFC
Balik. We  went by train, cause harga teksi ke maktab RM25.00. Gahh, geli perut saya teringat harga tu. Boleh layan satu lagi wayang oh, kalau harga begitu. Naik train, salah stesen, pergi tandas dan sampai. Dan ambil teksi, bercerita dengan pemandu teksi, dan sampai. Dan buat latihan puisi selama 20 minit.

Naik bilik, mandi solat dan tidur. Penat gilaa, itulah baru mau start posting things neh. Sorry- no pictures. And one more thing; kalau kamu baca neh tanpa skip, tolong komen saya sudah habis baca. I'll appreciate it. Thanks.

11 comments:

NadJoliey said...

Saya sudah habis baca~~~

HAHA.

P/S: STILL REMEMBER UR RESPOND TL;DR d entri sy. EHEM.

Pencabar Samudra said...

Sayang Saya Awak.

HaHaHa. Itu respon untuk yang berjaya menghabiskan bacaan. Gahh. Hope people wouldn't get it wrong... *sigh*

farahida ibrahim said...

saya pn suda habis baca~~(mnx puji..sbb ada kisah...:p)
mungkin sebab kau nampak bnda2 tu kau kelaskan real steel 1/5..baru tau pavilion dekat2 situ jak..tp serius la..mahal la barang di situ..mlainkan ak kawen dgn org kaya.brulah bleh masuk situ hari2

Pencabar Samudra said...

Sayang Saya Awak.

Waah--ketara neh, kau selalu shopping situ. Mana kau tau mahal?? . Sakit perut saya sana, ketawa. Harga langsung ndak masuk ke akal.

NadJoliey said...

I got it wrong, Yassin! Why you play2 with my feeling??!!

GAHH. GOLI. Cukup dengan drama.

farahida ibrahim said...

nda la..ak prnah pergi sekali jak..masa skola dlu..haha..ak lbih ska pi ts~~~~

Pencabar Samudra said...

NadJoliey: Good, then.

farahida ibrahim: Behh.. nanti kami pergi, OK?

Mohd Ikhwan WaoNe said...

Saya Sudah Habis Baca :D

Pencabar Samudra said...

Sayang Saya Awak.

HeHeHe. Been blogwalking your blog. You sure have that talent of writing.

I'm looking forward to read another entry of yours. :)

Mohd Ikhwan WaoNe said...

thanks. & your descriptive posts do hit my heart much. :D

writing can be such a good remedy for a person who lives in chaos, like me. so pain is my drug which makes me high to write (sangat hyperbola :P)

miss you buddy (malu mo kestau sebenarnya. hihihi.)

*BLUSHING* :B

P/S - SSAJuga!

Pencabar Samudra said...

Welcome, and thanks. I write things just because I think I should.

Writing for me is a resolution, whether to entertain my agonizing heart or to just make others happy.

Miss you too, my buddy . You're now in second year, right? Time runs fast.

Three years more before we accomplish our ambition and having career. Oh life is so freakin' short.