Friday, September 30, 2011

Hari Penuh Kejutan


Hari ini memenatkan!

Salaam. Walaupun hari ini sudah tiga pos, saya mau buat jugak pos keempat. Gila, kan? HaHaHaHa, life's full of stories, you could put it that way. I guess. 

Anyway, cerita yang saya mau ceritakan ini agak sedih dan sangat menuntun rasa. At least for me-lah. Baca ja laa, OK?

Hari ini, semuanya berjalan macam hari-hari Juma'at yang biasa. Cumanya di kelas hari ini saya agak pasif. Dimarah Puan Ajurun atas ke-kurang ajar-an merampas kerusi pensyarah, dan derita menahan rasa lapar semasa kelas sedang berjalan betul-betul menguji saya. Rasa macam puasa lagaknya. 

(Jap, divergence jap... buat semua saya punya classmates, sorry sebab sayalah kamu berdiri untuk lima minit semasa kelas Puan Ajurun. Masa tu tengah sibuk meng-up date sehingga pensyarah masuk tidak disedari. Sorry.... [.-_-.] )

Lepas balik dan makan tengah hari semua-semua, saya terus balik be hostel dan melawat bilik Dien yang gempar apabila diceroboh oleh 'orang dalam' pagi tadi. Bukan biliknya jaa, bilik ataspun sekali, disambar aset mereka. Tiga lappy hilang OMG. dO.Ob (banyak betul distraction, mau terus kepada ceritapun, susah).

OKlah, lepas tu baru kami pergi solat Juma'at. Saya pergi lambat sedikit, atas alasan fisiologi yang sangat mendesak (perut memulas). Lepas diri dibersihkan, dan wudhu' diambil, saya bersisir dan terus bergerak ke surau. This is where the story gets interesting.

Kamu tau jugakan, kalau solat Juma'at, ramai gila klorin orang bersesak-sesak untuk menunaikan solat. Masa solat fardhu lain, tiada pulak, macamlah solat lima waktu tu sah, kalau meninggalkan jemaah (given ada kemampuan untuk berjemaah). 

Saya dengan- seperti istilah Azwan Lai Azahari II- selamba dadahnya mengambil tempat di belakang dua orang lelaki yang menurut pemerhatian, budak SM Teknik. So yeah, memandangkan lambat, saya dengar sedikit jaa dari keseluruhan teks khutbah. Sedih!

Bersolat dengan pergelutan perasaan

"Aqimissolah!", laung Hazwan, JPPI kami. Dia masa tu bilal. Dengar jaa seruannya, seluruh jema`ah berdiri untuk mengambil tempat masing-masing. Semua cari jalan untuk berada dekat dengan kipas dan ada yang dengan ikhlas hatinya merebut saff depan yang lebih afdhal. Dan tiba-tiba suatu kekosongan saff di hadapan terbuka untuk saya. Malu-malu.

Ya, malu-malu saya. Entah kenapa, saya lepaskan peluang itu dengan mempelawa seorang pemuda di sebelah kiri saya untuk mengisi kekosongan penuh rahmat itu. Saya tengok dia dan persilakan dia dengan isyarat tangan kanan, macam kalau mau suruh tetamu duduk. Pelik, dia tidak maju ke depan bahkan tetap pada lokasinya. Punyalah main malu, masa tu!

Yalah, pelawaan kau ditolak (walaupun dengan cara lembut) dan peluang kau dirampas (seorang budak datang mengisi kekosongan tadi). Kalau saya tau, bagus saya yang isi jaa. Huh. Saya solat dengan keadaan separuh kacau. Pada raka'at pertama, saya tanyai diri: kenapa dia menghiraukan saya?

Selesai saja solat. Sedikit zikir dan selawat, tidak lupa juga istighfar dilafadzkan sang imam. Sayup jaa~lepas tu baca doa dan akhir sekali bersalaman. Salam orang kanan dulu, baru salam orang yang menolak pelawaan saya tadi. Saya hulurkan tangan untuk bersalam, sebelum saya perasan.





Dia buta.

No comments: