Salaam. Memandangkan saya tiada apa untuk dibuat (padahal baju banyak belum bercuci), maka izinkan saya untuk menulis sedikit lagi berkenaan perjalanan ke Midvalley pada hari Sabtu lalu. Sememangnya ia adalah suatu memori yang tidak akan dapat saya lupakan (ayat UPSR).
At Pet Shop
Selepas kami menikmati meal yang hyper-bombastic tu, terus saya cadangkan ke pet shop. Sebelum ni, Dien tunjuk dan tanya pernah saya pergi ndak. I shook head. So, we went there. All that I can say is:
AAWWWWWWWWWWWWWWW~
Serius, montel dan kiut-miut semua binatang yang ada di sana. Kucing, cicak of many types, hares, rabbits, small rodents and even fishes. Orang yang run kedai tu saya agak sangat kemas dan perfeksionis. Gedung haiwan dia stail habess!
Tetapi benda yang paling menarik perhatian saya dalam kedai itu adalah dua buah akuariumnya. Satu bertemakan hidupan air masin dan satu, hidupan air tawar. Cantiknya, serius. Kalaulah ada Hazel masa tu, mesti dia suka gila-gila-gila-gila. Suka tengok ikan-ikan berenang di celahan kelembutan dan kehalusan jejari anemon. Ada udang and I wondered if squids were there.
Akuarium kedua, yang temanya air tawar lagilah... adedda. Dalamnya ada kayu mati yang besar seperempat pemeluk, ditumbuhi rumput dalam air yang pelbagai. Ada lumut dan ada macam pokok duit-duit tu; macam-macam. Kayu tu ada rongga, tidak silap, dengan ikan-ikan kecil bersembunyi dalamnya. Macam mau cubit jaa semua ikan tu, nasib baiklah ikan orang.
And then an idea struck me. I was imagining the house that I will built once I get my job. I will build a wall that separates living room from kitchen, that has aquarium as a layer. You know, macam kuih seri muka tu bhaa, adakan lapisan di tengahnya? Hah, buat akuarium macam tulah.
Ehh, jauh pulak lari cerita. Where were we?
Oh yah, di pet shop. Bila jam 1:20PM, kami keluar dan buru-buru ke panggung wayang. Tayangan bermula 1:30PM. Habis tengok wayang, kami terus solat Zuhur. Lepas tu... (ingat balik, jap)... oh ya, kami enjoyed Carl's Jr. Memang kentang gorengnya terbaik, saya gian gila. Sampai kentang gorang orang lainpun saya tibai (sorry Ewi, kaupun buat macam tu dengan saya, kan?). Lepas tu, Azwan balik sebab dia ada second part jalan-jalan. Yang tinggal, kami main boling.
At Bowling Court
I didn't join them. I am not good at it, so playing would waste a lot.So I daringly said, "No!" (hati memberontak, paksa main. Iman larang). HAHAHA. Hanya jadi jurugambar.
Dekat sejam jugalah dorang main. Ewi menang satu mata di atas Aizat, dan Zudien di tempat ketiga. They're funneh, I say. Lucu bila lasat-last tu, Aizat strike dan spare. Ewi terkejut, ingat kalah sudah. Rupanya ndak. Tahniah, tahniah.
Hey, saya perasan sesuatu jugak masa dorang tengah bermain boling tu. I saw and watched other illicit activity, which, I put all my hatred on. indirect sexual activity. No, no, no noo.. there is no need to be shy whence reading this. They are the ones who should be ashamed of themselves. Jika tidak kerana nilai modesty yang tinggi (tinggilah sangat), mesti sudah lama saya jerit, "Get a room, both of you!".
Come on, this is a social place, not Hattyai. Not message premise or whatsoever. Darn! (Kemarahan membara). Lepas tu, kami solat `Asar dan
Balik
kami balik tu, dekat jam 7:30PM lah juga. KTM penuh, God gracious; macam ada demonstrasi jaa di stesen kereta api tu. Beratus orang. But somehow, we managed to get into it. Main tolak-tolak jaa. Kedzaliman, di situlah ia menjadi nyata.
Sudah sampai Bandar Tasik Selatan, kami ambil satu teksi. Bagitau pergi Maktab Teknik dan dia salah jalan pulak. Bolehnya la bha salah dengar Tasik Ace. Saya enraged sudah dalam hati, tapi kool jaa. Dia siap marah kami kenapa ndak bagitau dia salah jalan. Hey mister, who's the driver?
I suggested him to find some physiologist, if not psychologist to dig that ear wax out, cuma dalam hati jaalah. Mau dia tendang ke luar teksi. Domestic infringement betullah dia. Hadei... G'LOL. Jadinya, tambang jadi RM10.00.
Ndapalah, kalau dia betul-betul salah, halalkan jaalah. Tapi, kalau dia tipu, taulah nasibnya nanti. Wassalam.
The End.
^P/S: Masa tunaikan solat Maghrib, azan `Isyak berkumandang. Macam mana tu?
1 comment:
Geram juga kat teksi tu...ketara dia menipu....
Post a Comment