Friday, September 30, 2011

Harga Diri VS Pencapaian

Salaam. Gilak, gilak, gilak, gilak... saya nda boleh tidur, oh. Rasa pelik jaa; antara ingin dan tidak mampu, atau mahu tetapi tidak perlu. Jap, jap, jap... apa saya rapukan ni? OK, Back to topic. Anyway, bersyukur sebab kesemua, I repeat: KESEMUA tugasan sudahpun berjaya dilaksanakan. Terima kasih kepada pihak yang berwajib dan yang terlibat dalam menjayakan puluhan assignments untuk semester ini (parodi gila), esp., to my group members whom gave extra patience in working together with me. Hell, I am a potato couch. Jum, kita teroka maksud tajuk entri ini.

Jum... masuk kandang lembu dan kandang kambing!

Semuanya bermula dengan ini.
Ada orang katakan, pencapaian diri itu sangat dan lebih penting berbanding dari diri sendiri. Dan pencapaian ini tidak perlukan pengorbanan jati diri yang besar untuk mencapai apa yang dihajati. Dirujuk, dalam istilah epistemologi atau pendidikan negara, inilah fahaman eksistensialisme, loporan Carls Roger. 

Segelintiran masharakat berpendapat bahawa perubahan itu perlu untuk mencapai kejayaan. Pembelajaran dua hala antara dua tamadun berbeza memerlukan proses saling tukar imej, yakni, kita mempunyai beberapa set imej atau personaliti, bagi menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Ada bhaa, peribahasa Melayu tu:
"Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak, masuk kandang manusia memaki"
(Fine, I made the last clause :D). Well, I kinda hate these both former's and latter's postulation. Because first thing first: semua kita ni ada harga diri, kan? Dan harga diri itu ditentukan dengan melihat tingkat keunikan diri kita. Macamlah kalau kau beli kucing bhaa, semakin unik, semakin mahal. This is the law (though mysterious). 

Jadi, satu-satunya cara untuk kita memelihara harga diri ini adalah dengan memelihara keunikan yang kita adalah; cara kita berjalan, cara kita marah dan tersenyum, bahkan cara kita melayan diri di tandas. Semua-semua ini adalah jigsaw kepada diri anda sendiri.
"Segelintiran masharakat" tadi salahnya di sini, apabila menyokong perbuatan dalam aspek pembangunan insan dan sekali gus melenyapkan nilai keunikan diri tadi. Pro-eksistensialisme nasib bangkit untuk melawan tindak-tanduk revolusionis melampau ini, demi memelihara jati diri (harga diri).

Dalam Islam, Tuhan telah menentukan bahawa Allah tidak akan menzalimi seseorang dengan perkara-perkara yang tidak mampu hambaNya lakukan. Cumalah terletak pada akal, hati dan perbuatan hamba itu sendiri yang sudah disinergikan dengan kudrat serta tulang empat kerat untuk merubah diri dan orang lain.

Ndatau siapa.... tapi masa saya buat carian Google dengan kata kekunci, 'personal achievement', gambar dia keluar.
Justeru itu, apabila kita menyedari bahawa semua yang kita ada, sudah lengkap, dan apa yang Tuhan kurniakan juga sudah mantap untuk mencapai cita-cita masing-masing; what is the reason for one's befall in the course of pursuing his or her goals?

Ada tiga resolusi: sama ada usaha belum mantap, atau itu memang bukan rezeki atau kifarah dosa. In all, Allah Knows the best for His servants. Kalau kamu kejar mahu jadi angkasawan dan sudah try untuk capai tetapi gagal, maka jangan bersedih, karena: ada berpuluh juta lagi karier lain selain angkasawan yang dia cita-citakan itu. Tapikan, ada juga mulut-mulut hot  (manusia lebih selesa by differs) yang minta penjelasan kepada jawaban saya:
"Yassin, bukankah itu menunjukkan pembunuhan aspirasi?"
I replied by replaying my radio and wound that song up again. I said: Allah knows best. Our death and demise, despair and de-motivational; all sorts of ideology that you could have think off. Face it, fat slug. Eksistensialisme bukanlah ruang untuk membunuh jati diri orang lain, tapi cakra untuk saling bertukar pandangan dan ikhtiar yang boleh dalam mengetatkan lagi ikatan persaudaraan antara komuniti.

(Sebenarnya, bukan ini bhaa, yang saya mau kupas Nda jadilah... lain kali)


No comments: