Thursday, August 18, 2011

Sepatutnya Ndak Berlaku (Pos Serius)

Salaam..

Alhamdulillah.. hujan turun jugak. Tadi tengah hari punyalah main panas, sampai penng kepala saya. Kawan-kawan pun komplen dengan suhu yang melampau panas. Sakkali hujan turun.. adeddaa~memang paling best, arr. Bersyukur sangat dapat hidup di Malaysia ni..

Newai, bukan ini bha yang saya mau bagitau~yang saya mau bagitau adalah pasal perbuatan sesetengah kawan-kawan (terutamanya Muslim) semasa kelas Puan Mahani tadi. Saya kesal gilaa bila ada orang:

Mentertawakan amalan agama lain.. malah membuat perkara yang mem-vilify agama. 

Agama ni bukan main-main. Ia prinsip hidup yang perlu dipelihara dan sangat berharga; kenapa diketawakan? Qur`an ajar, dalam Surahtul Kafiruun ayat 6, "Bagimu agamamu dan bagiku agamaku". Bab mana dalam Islam yang menghalalkan perbuatan mentertawakan ajaran serta amalan orang lain?

Kita melatah bila agama dipersenda, bila hukum Islam dipinggirkan pemimpin. Tapi benda minor macam ni pun, kita ndakmampu buat.. haiyya. Dan satu lagi; taulah kamu gurau jaa. Naa~namanya pun agama, mana boleh buat gurau-gurau. Beringat bha..

Saya mengaku, sayapun ketawa jugak. tapi bila tengok ekspresi Kodi, saya rasa malu dan sedih dengan saudara sendiri. Kalau tengok dari sudut moral, dia menanglah--dan terdetik dalam hati saya, "Patutlah Islam susah mau berkembang sekarang...". Kita sudah hilang adab dalam berbeza agama.
Kodi... on the behalf of my fellow faith-mates, I beg pardon if you were--in anyway--hurt earlier on. It is truly a humanistic error and not of Islam. I'm sorry..



^P/S: Imagine your religion and your religious practice being laughed by them. what would you feel?


5 comments:

NadJoliey said...

Sokong.

FarahFoxy said...

at first ak rasa perbuatan tu x patot dibuat..kita kena hormat agama org lain..tp lepas tgk sahabat seagama dengannya pun ketawa berdekah2 mcm org lain.ak rasa kenapa org seagama dgnnya x mnentang prbuatan kita tu n mmbela kodi...hermm..

Pencabar Samudra said...

Nadjoliey: Nice. Tapi serius, memang nampak perubahan di mukanya. Saya kesian owh

FarahFoxy: Itu ndak menjadi lesen pulak untuk kita ketawakan dia..

FarahFoxy said...

ak x maksudkan kita patot ketawakan dy..cma pada ak..kwn dy yg lg dua hrus protect agama dorg..

Pencabar Samudra said...

Oh.. sorry, tersilap faham. Betuul.. biarlah dorang. Kita, kita.