Kehidupan ini umpama sehelai kain putih yang besar. Ada orang gunakannya untuk berlayar.. dengan iltizam berharap agar pulau cita dapat dijejaki. Ada orang pula gunanya sebagai kanvas.. dengan kesedaran bahawa dialah yang bertanggungjawab terhadap kanvas itu, serta berjanji untuk menunjukkan erti kemanusiaan melalui karyanya yang indah. Dan ada juga yang menggunakan kain putih itu untuk menyelimuti orang lain.. memberi kehangatan saat hujan derita mula merintik turun.
Tidak kisahlah analogi apa anda gunakan untuk melambangkan maksud hidup anda, pastika ianya bermakna. Pasti ia--apabila anda sudah sampai di penghujungnya--tidak menyebabkan anda mengeluh atas kesia-siaan yang terjadi. Kerana kesilapan pada kanvas, kesannya mungkin bergema dalam sejarah.
Begitupun manusia tidak dapat lari dari kesilapan, maka tidak adil untuk menganggap koyak layar itu sebagai salah sipelayar. Boleh jadi; kerana hembusan ribut dugaan terlalu kuat, sehingga bocor kain layar itu. Tidak mustahil. Namun, itu bukanlah lesen untuk menghalalkan kejatuhan dan mengangguk pada kejahatan. Kesilapan untuk dipelajari, bukan untuk dicari.
Tulisan ringkas ini (sudah tentu) belum cukup kondusif untuk mengisahkan rangkai irama kehidupan. Rangkai irama kehidupan panjang ceritanya, sangat panjang sehingga saya memerlukan seumur hidup saya untuk benar-benar melakukan sedemikian. Artikel kecil hanya berfungsi sebagai sekadar anekdot bagi kita (saya, terutamanya) dalam menjalani kehidupan.
Dalam menggunakan kanvas/layar/selimut nyawa.
Jadi... sudah terfikir mahu jadikan hidup anda apa? |
No comments:
Post a Comment