Monday, October 3, 2011

Eksodus (III)

Salaam. Sebelum apa-apa, marilah kita merafakkan berjuta rasa syukur dan pujian kepada-Nya, Allah SWT. Inilah adab interaksi yang terbaik bagi semua umat Islam. Dengan berkat kudrat dan kekuatan yang Ia berikan, kita berjaya mengharungi lautan tugasan/assignments dengan jayanya. Alhamdulillah~

Kawan-kawan, kita masih ada banyak masa lagi!

Ndak pernah terfikir neh..

Bahawa saya akan sampai juga ke seberang setelah lenguh dan penat merenangi lautan assignment. Bahawa menggunung lambakan kerja akhirnya dihabisi dengan jayanya (walaupun kebanyakannya, tidaklah sempurna. Ehh, semua pun tidak sempurna). Puas hati kurang, tapi ketenangan tuu.. PERGH!

Peneman di saat ada assignment, mahupun tiada.
Masa saya mula-mula masuk maktab ni dulu, keinginan terbesar saya adalah untuk belajar. Yalah, setelah ditinggalkan selama lima bulan; buku-buku mula saya rindui. Saya menulis dan berlatih bercakap di depan cermin dalam tempoh masa bambongan tu, mengharap apabila apa-apa temuduga diterima, sapat diselesaikan dengan sempurna. Kiranya optimislah masa tu.

Sakkkkkkaliiiii---- sudah masuk maktab, keterujaan dan nafsu untuk menatap buku puas-puas itu bertukar angin. Kalau dulu rindu, sekarang rasa alah memandang buku revisi tu lama-lama. Pening kepala. Silap-silap boleh resdung (HaHaHa... me with my lameshitties, guys! Lemme be).

Ndataulah

Kalau kamu peminat setia saya (behh, mekirayou gilaa) but serious, kalau kamu pembaca blog saya sejak dari 'akusvenpencarikebenaran' edisi pertama, mesti kamu masih ingat entri ni. Entri pasal saya kena bubuh berabisan oleh seorang hamba Allah yang soleh berkenaan betapa mistiknya kehidupan ini. Bagaimana saya ulas panjang lebar tentang segelintir daripada kita yang lebih rela di"robot"kan. Fuhh-

Ikhlas neh, masih padu mesej anda, saudara. Masih berbekas. Cuma kesedaran yang masih banyak untuk diperbaharui, perlu ditazkirah bersungguh-sungguh. Kesongsangan, banyak saya lakukan dan kalau diceritakan di blog ini, mesti kamu semua terbeliak. Dahu jatuh pada lantai; terkejut.

Anyway, saya akan cuba sekali lagi, pada semester depan. Cuba untuk menyelami dan menghayati apa yang  telah anda sampaikan, inshaAllah.

OKlah... 

Saya mau cari juadah untuk berbuka lagi. Nantilah besok lusakah, nanti malamkan saya sambung penulisan. And please... please don't missed me people. I'll be coming back in a short while. And in conjunction to the examination to come, I give you this: and assalamualaikum to all of you.

Hahahaha.... jagalah kamu, examination is around the corner. Matilah...

No comments: