Friday, October 7, 2011

Eksodus (III)

"Teruslah bergaul dengan khalayak ramai dengan baik. 
Lebihkan masa untuk masa untuk rakan berfikir sebelum menilai dan membuat keputusan untuknya. 
Teruskan keberanian untuk menunjukkan perkara yang betul dengan hikmah. 
Manfaatkan waktu berfikir tentang agama dengan menggunakan kelebihanmu [cari sendiri]." 
-Aizat Akram, Mei 2011.
Salaam semua. Salam perpaduan, salam 1Malaysia (LOL) dan salam Wawasan 2020 (yeahh!!).  Punyalah main best hari ni bila kelas mula jam 02:30PM. Keadaan menjadi bertambah best apabila ujian yang dicanang-canang untuk dilaksanakan rupanya hanya latihan berbentuk diskusi/referensial. GaHaHaHa~I love Miss Dayang.

Baiklah, terus kepada topik tanpa penyimpangan (an inch divergence can cause a million miles' off course. #credit: Shafwan Nizam. Add-lah dia). Malas jugak mau menulis ni, tapi demi kawankan... OK bha kalau ko!!

Punca

Setiap apa yang berlaku ada punca. Sunnatullah memang begitu, setiap perbuatan dan kejadian ada puncanya. Kalau sesuatu itu jatuh ke bumi, puncanya graviti. Kalau sejilid buku habis dibaca, puncanya komitmen dan kesungguhan. Kalau blog ini habis diteroka, puncanya rasa cinta/sayang dengan penulis (gahh).

Tidak susah untuk kita menerangkan mengapa perkara ini termaktub dalam undang-undang Allah SWT jika kita mempelajari ilmu mantiq (saya pun tidak banyak tau pasal ilmu ni; sikit-sikit bolehlah). Lihat contoh di bawah:

"When a thing is the cause for  several things, then eventually we will end up with One Cause. In Islam, that Cause is Allah. The absence of one thing can also means a cause for the secondary generation of it to not exist. For instance; the absence of goodness is the cause of the absence of trust/betrayal. Refer Surahtul Mulk, verse 24.
Keperluan teori Punca

Saya percaya, selain untuk menuju makrifatullah, teori teofilsafat ini juga diciptakan oleh Allah SWT untuk mempermudahkan makhluk-Nya menyelesaikan segala kekusutan dalam kehidupan harian. Dalam otak manusia ni, ada satu bahagian (bahagian kortikel) yang berfungsi untuk membuat pena`akulan (reasoning). 

Bayangkan jika Allah tidak menjadikan bahagian itu... maka apalah bezanya kita dengan haiwan? Apalah bezanya kita dengan makhluk lain yang hanya tahu membiak, meragut di perumputan dan menetekkan anak? Justeru itulah, Allah SWT menempelak manusia yang tidak menggunakan otak mereka untuk menemukan kenyataan wujud-Nya. Buka Surah At-Tiin, ayat 5 dan 6; Surahtul Mulk, ayat 10.

Menyangkut fungsi lebih dalam

Dalam kehidupan ini, adalah penting untuk kita mena`akulkan sesuatu sebelum menerimanya bulat-bulat. Perihal reasoning dan mengetahuilah yang menjadikan kita khilafah di muka Bumi ini. Buka Al-Qur`an, Surahtul Baqarah, ayat 30 sehingga 34.

Saya percaya, berfikir adalah salah-satu proses keagamaan, bahkan dari situlah iman dapat diperoleh. Ingat, iman adalah pencarian yang aktif, bukan warisan tradisi/zaman-berzaman.

Konteks dengan kehidupan saya

Apabila saya melakukan sesuatu, saya mempunyai kecenderungan untuk memikirkannya dalam-dalam, sampai ada yang mengatakan saya lembap. Saya tidak kisah. Bak kata Tun Dr Mahathir Muhammad saat visi beliau dikritik "Biaq pilah depa kata apa!" dan "I do it my way". Dan lagi satu; saya jarang berfikir dengan emosi. Salah guna tu... dalam Islam, penyalahletakan kegunaan dengan alat adalah suatu kezaliman. 

Instead of making accusation, vilification and yada, yada; I'd be better if I could find meanings behind all things. Membuang masa untuk menghukum orang lain, lebih baik digunakan masa itu untuk meningkatkan iman saya. InshaAllah...

Maksud saya tag-kan label 'kawan' dalam pos ini adalah untuk mengingatkan diri dan kawan-kawan agar sentiasa mencari punca and once finding it, nail it. Do not let things rust away without care. Karat dalam hati, kalau ditompokkan akan meracuni hati. 

Punca saya di sini adalah secara mutlaknya kerana Allah SWT, begitu juga anda semua. Memandangkan kita datang dari satu Punca, maka tidak salah untuk saling menasihati, saling menegur. Bersaudara adalah kita. Ingat kisah Nabi Adam, kan? Wassalam.

....tidak diciptakan langit ini sia-sia. Kesempurnaan langit adalah manifestasi sebuah Penciptaan oleh yang Maha Sempurna. Buka Surahtul Mulk, ayat 3. [Gambar diambil menggunakan SE J20i Hazel pada  07:34AM, 18 Mei 2011].

No comments: