Friday, October 7, 2011

Debunga Dandelion Di Tengah Lautan

Salaam semua, salaam 1Malaysia dan salaam Wawasan 2020. Oh ya, salaam Sayyidul Ayyam juga kepada semua pembaca Muslim yang sedang mengunjungi laman sesawang ini (walaupun domain masih di bawah 'blogspot', tetapi ingin seperti FarahMusa. Ada domain baharu [tepuk-tepuk]). 

Apa tajuk?

Gahh.. kalaulah kamu semua tau part paling susah untuk menggarapkan sebuah penulisan adalah memutuskan topik apa yang perlu dipilih. Sesukar untuk menulis, bahkan lebih sukar. Seriously. That is why if you look my topic above, it is rather a result of a randomized brain. Foolish, kan?

Apapun, tema saya untuk entri ini adalah sesuatu berkenaan dengan kebebasan. Ahh, topik yang boring-lah, kamu kata (mungkin). Wait... give me chance to prove that I am different apart from those aesthetically well-built sentences of definitions. Saya ini pelik sedikit, jadi mungkin pendefinisian agak menarik. Beforehand saya petik dulu kata-kata seorang kawan saya:
"Waah... kerja sudah tiada, ceramah sudah habis... ...biasa kalau cuti, asyik fikir pasal assignment jaa. Ini barulah kebebasan..."
-anonimus, 7 Oktober 2011.
Apakah erti sebenar kebebasan? Bagi sayalah kan, based on my 19 years of living experience, saya definisikan kebebasan sebagai kesedaran bahawa kita tidak mungkin dapat melarikan diri dari dirantai dan dibumikan pada sesuatu. Pada kenyataan bahawa kita tidak mungkin sebenarnya merdeka.

Islam

Sebagai seorang Muslim, adalah menjadi kewajipan saya untuk mempersembahkan fikrah menurut apa yang saya rasakan sebagai "kebebasan" menurut acuan Islami. Perbuatan menyanggahi ideologi dan limitasi agama adalah suatu perbuatan yang boleh menjatuhkan seseorang kepada darjat kafir (semoga Allah melindungi saya daripada nasib sedemikian).

Islam, seperti mana yang semua tahu adalah suatu dogma yang telah bermula semenjak zaman nabi Adam A.S lagi. Meskipun bukan atas nama islam khususiyyah, ketauhidan seluruh Nabi- 143,000 Nabi kesemuanya (radiallahu `anhum)- adalah pejuang dogma islam yakni menundukkan diri kepada Allah SWT. Islam khususiyyah hanya terbit sekitar enam ratus tahun selepas keberangkatan Nabi `Isa A.S ke langit.

(Jikalau anda tertanya-tanya bagaimana ada dua jenis pengertian Islam, maka tunggu pos-pos seterusnya. Saya akan cuba explain. Now, we have to get back to the original subject: kebebasan)

Kebebasan

Antara perkara yang menarik saya untuk lebih mencintai Islam adalah pemahamannya terhadap "kebebasan". Islam menegaskan bahawa untuk merdeka, seseorang itu perlu menjadi hamba, dan bukan sebarang hamba tetapi hamba yang taat seratus persen kepada-Nya. Tapi tunggu, apalah maksud kebebasan kalau begitu?

Am I suggesting that Muslims will never be free?

It is indeed, in the contrary. To be free in Islam is literally to submit to Allah's Wills and Commandments, without pretty much asking about why so and so, and with being resilient to it. Ketegasan Islam dalam memperhambakan manusia terhadap hukum dan kehendak Tuhan sememangnya membebaskan manusia dari pencemaran ideologi yang bukan-bukan.

Apabila anda mengatakan bahawa kebebasan adalah keadaan di mana seseorang mempunyai autoriti terhadap diri sendiri, maka anda dalam pada masa yang sama mencadangkan bahawa kebebasan secara harfiah dan konseptualnya bermaksud mendedahkan diri kepada pelbagai jenis risiko yang kadang-kadang sukar untuk ditanggung oleh manusia. Itulah dalam Al-Qur`an, Allah SWT menjanjikan bahawa Dia "tidak akan membebankan orang-orang mukmin dengan ujian atau dugaan yang tidak dapat mereka tanggung". 

Maka, dengan berpegang kepada janji Allah, dan meletakkan sehabis upaya kepercayaan ke atas-Nya, seorang mukmin tidak perlu takut dengan proksi mahupun provokasi dogma materialis yang tidak terpuaskan. Islam itu sendiri akan menjadi kubu salimah untuk dirinya. Keberhasilan ini sangat tampak apabila kita melihat ketamadunan Turki Uthmaniyyah. Meskipun bersikap nepotisme dan monarki, kekuatan jati diri mereka terhadap komitmen memelihara umat Islam membuahkan hasil yang belum pernah disaksikan mana-mana tamadun lain. Bayangkan, dalam masa 200 tahun, hanya 3 kali kes kecurian berlaku dalam kerajaan itu. 

Sebagaimana debunga dandelion di tengah lautan, melepaskan diri dari induk pasti hanya akan menyebabkan ianya lemas dalam lautan ketidakpastian. Alihlah definisi kebebasan sekarang.

No comments: