Showing posts with label gemo. Show all posts
Showing posts with label gemo. Show all posts

Monday, October 17, 2011

Akhirnya Terlaksana

Salaam. Alhamdulillah, akhirnya siap jugak tugasan laporan KBBM. Fuhh~penat kowt, walaupun benda tu guna jari-jemari jaa pun. Now that I have one more task to go, but heck- I'll save it for my boring class, later.

The thing I wanna share to you guys is...

HaHaHa. Ini mana boleh jadi, ni. Blog sekarang sudah mencuri hak peribadi saya, mana bolehh!!  KASK. Saya yang relakan, bha untuk buat semua neh. Jadi jangan kisah. Kalau boleh hiburkan hati yang larakan mahupun dijadikan panduan riwayat jiwa, maka apa salahnya. Al-Qur`an sendiri selalu bercerita pasal kisah hidup satu-satu manusia. Lihat kisah `Imran dan Qarun, sebagai contoh.

So frankly, saya suka untuk terus berkongsi pasal kisah hidup saya <dan berharap agar Fatimah baca? Begitukah pelan awak?> Gahh Sembarangan semberono jaa buat konklusi. I simply like it-lah. Dunno why.

My picture with miniature effect on it. Did it really make it to be called as one? <I'm asking FarahMusa>


Back to the storyboard, semalam kami Asy-Syakiriin ada buat makan malam perdana sempena bagi menyempurnakan watikah perlantikan mas`ul-mas`ulah baru. Saya tersentuh apabila rakan selajnah bertukar lajnah, bahkan jadi mas`ul. Buat saudara Razvi dan saudari Nurul Syahirah <PERGH! Dua-dua klasmet>, selamat menjalankan tugas. Harap Asy-Syakiriin akan jadi lagi mantap dengan pimpinan kalian. Kak Engku Fazedah, mas`ulah Lajnah Akademik & Tamrin, atau LAT> pulak resigned dari jawatannya. Mestikureng meriah LAT nanti, sebab Kak Engku-lah ya selalu membawa keceriaan ke dalam perbincangan lajnah.

Malam tu, sesiapa yang mau ikut sepatutnya bayar RM25.00. Jadinya, saya sudah bhaa, bagitau Abang Haniff, saya ndak pergi sebab saya ndak bayar <saya pun sebenarnya masih bingung kenapa saya ndakmau pergi>. Sakkali, masa saya pergi mintak itu 'barang panas' sama Ewi-meaning, saya pergi biliknyalah-Ewi sudah bersiap. Naah... bercerita jap, sambil saya usik dia yang belum hantar 'barang' yang sudah lama saya minta. Masa bercerita tu, dia tengah bersiap. And he said he forgot about the 'stuff'. Ndapala, saya bilang. Lepas tu, dia tanya lagi:
"Yassin, kau ndak pergi??""Malulah Wi... saya belum bayar neh.""Pigi sejak!!""Ishh...""Eee Yassin, pigi sejak. Kamu ambil gambar.""Bahh..."
Atas keminatan mengambil gambar, saya relakan diri. Ditauliahkan DSLR is not something everyone can get everyday. You must be trustworthy for someone to do that thing, so...  rasa bangga. Thanks, Wi. Saya pun pergi berturutan dengan Ewi. Dia masyk dulu, sebelum saya masuk. Malu kowt... <ehh, gengster mana pandai malu. OK, I take back my words. Imma gangster! LOL

Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan. Bahkan Dia berikan pula peluang untuk saya menjamah makan di sana <ndapa, nanti saya bayar. 25 ringgit, kan? Okehh...>. Saya jarang buat macam ni. Namun demi kawan bhaa, bak kata Ardie- I'll do anything for them <sudah masuk bahagian poyo, sudah dia>. Makan saya... kalah orang yang membayar. Siap makan tiga mangkuk bubur jagung dan dua gelas dadih lagi. Astaghfirullahal aziiim...

Lepas bhabis, bergambar sakan and turut juga menolong mengemas apa yang patut dikemas. Serius; nasib baik pergi, kalau ndak... I would certainly missed the memory. And one more thing; hos kami pada malam tu adalah Abang Naqib <wuhuu, my ex-naqib> and Abag Matnor <wuhuu, my coursemate>. 

Menyiapkan tugasan <plagiat ekstrim... jangan tiru aksi ini yah, kawan-kawan>
I plagiarized assignments... problem, bro?
<alaa, semua kitapun pernah buat, even once. Betul ndak??>
<langsung ndaktakut dengan Tuhan>
<Tapikan, kalau saya buat research pun, hasilnya tetap sama>
<sudahh.. sudah bertengkar. Jadikan ini pengajaran>
Gosh... you sure do have problems, dude.
Lepas tu, saya Isyak jap <jam 12.30AM punya Isya'... boleh qiam terus. Gahh, orang kurang imannya mana berqiamullail, kan? Sebab tu saya ndakbuat. Layan Facebook. And before long, saya teringat laporan yang peru dihantar hari Isnin nih. Bhaa, belum apa-apa. Templat <format> pun ndatau. Jadinya, layan lagi Facebook.

...saya bukak Gmail, keluar nama Ardie. Saya buka, ada attached file, pasal laporan and unattached in <download>. Jadi saya saya buka, and mau edit sana-sini. Tapi, Facebook dan blog menjadikan saya hilang interest, bahkan lenyap langsung ingatan untuk hantar benda tu esok. Ditambah penat pagi dan malam tadi yang belum reda <sampailah sekarang, saya rasa>, maka saya lentokkan kepala pada bantal yang dari tadi menjeritkan nama saya. Kick bhaa, kalau tiada tugasan, ndakpulak bantal neh berperangai begini. Apalagi Mr. Crab tuu-

And so... I failed to overcome the utterance of nature. I was defeated. Totally, being defeated. Saya bisik diri, 30 minit jak arh, tidur. Lepas tu bangun and do your darn work! Gahh. Proceed.

Tiba-tiba...

Terbangon jam 4.30AM... and... and I.... I haven't done anything yet. Putih bersih jaa Microsoft Word. WARGH!!!!! I HAZ RAGEEEEEE!!!!!!!!!!!!! Gahh. Kenapalah kautidur, mata. Naah~
Why???????????? But then, alhamdulillah. When you put all trusts to your
Creator, nothing is impossible. Seriously, you've got to believe what I'm saying.
But in the end, siap jugaklah. Ngam-ngam azan Subuh neh. Ingat balik, I thank God for waking me up. Memang selalu terbangun 4.30AM kalau ada tugasan belum siap. Entah kenapa macam tu, I bet I have this sort of alarm clock in me. And again, I praise God, the Most Merciful and the Most Bounteous. Alhamdulillah, siap kowt. Sekarang tunggu Bro Nad print-kan untuk saya. Dialah my printing agency; thanks bro.

 And poster for today, for you guys <who read this blabber till its very end. Gahh, love you guys sooo much><credit again to Ewi. This picture is just...>:


Sunday, October 16, 2011

Pengiktirafan

"What it is in our body is more than what it is outside it"
-deux, ex machina, 16/10/2011.
Ugh. Penatnyaaa~~

Salaam, saudara-saudari para hakim yang adil lagi bijaksana, dan audiens yang dikasihi sekalian <$&#@#@$%#; kenapa macam pidato pulak neh. Tukar, tukar!!> Ahahaha. Yassin poyo.

OK-lah, malas mau tulis yang ndak-ndak. Pagi ni, kami mengadakan sukaneka anjuran Asy-Syakirin di court tenis. Aktiviti best belakalah! Wahahaha- but serious. Serius seronok <besides mengurangkan lemak di badan neh><ehh, saya ada lemakkah? Check japp...manada!>. DUH, masih merepek.

Aktiviti yang dijalankan ialah perah span, konda-kondi versi Asy-Syakirin, kepit kelapa, dan imbang guli. Ada jugak Frisbee, bola keranjang dan bola tampar + sepak takraw, tapi tiada dalam tentatif. Bida`ah! Ahahahaha.

Hari ini adalah hari rekreasi/riadah paling seronok oh, saya rasa. Ndatau kenapa, mungkin sebab peserta ahli muttaqin semuanya <except me, that's obvious>. Tapi ndak kira panaskah, rintik-rintikkah, semuanya seronok dan memorable. YassinYunus AnimaFidelis IudexFinalis wants another round!

Kumpulan kami, Kumpulan Empat <terdiri dari: Abang Naqib, Abang Fariq, Abang Aiman, Akmal dan saya sendiri> kalah neh. Mungkin kedudukan ikot nama kumpulan kot. Gahh, benci kalah. Disebabkan mata skor terlalu jauh bezanya, saya prejudis. But then, saya terima jaa bha. Saya sendiripun, noob gila-gila neh.

Yang paling ndapuas hati tu, masa lawan konda-kondi dengan kumpulan 3 <ehem, ehem>. Habes... tiga puluh beza markah. Gahh, teruk kot. Tapi ndapalah, saya cakap dengan seorang peserta, "Kita ada Hakim di atas". Waah, padahal saya pun menipu bhaa main <tapi bukan menipu tuu. Saya patuhi semua syarat, bhaa>

Sorry-lah tiada gambar. Time nilah paling saya ndak boleh tahan. RINDU DENGAN HAZEL!! Wahai beloved, manakah sudah engkau? Mengapa kauulang sejarah Fatimah yang pergi jauh dariku. Serius, saya rindu. :'[

Sudahlah, pergi topik sebenar

Sebenarnya, saya cuma mau ucapkan beribu terima kasih kepada manusia-manusia mulia yang memberikan saya motivasi untuk meneruskan lagi minat saya. You guys are great, I give that to you. Terutamanya senior yang sedap suaranya tuu, memang terbaiklah nasihat. Demi mendapatkan sebuah personal DSLR, I will! InshaAllah...


 Dan sedikit nasehat untuk kalangan pembaca. Semoga Allah menunjuki kita. Wallahu`alam.

Friday, October 14, 2011

'Gahh'mophobia

"Siapa nak saya??. Diam. Diam dan sunyi; "Gahh."
-singly me, 6:53AM, 15/10/2011.
Salaam. Wahahaha~abaikan petikan di atas, mikirayou jaa tu. Hari ni, saya mau buat confession berani mati. Orang matipun ndak berani begini, AHAHAHAHAHA *no one's laughing, not even smiling. Everyone look at me with one eyebrow tilted, whilst another one, curved down* bad joke, I know.

Naluri. <Gahh, goli-nya topik. Tapi sudah janji dengan diri, mau tulis jugak. Lepas ni kalau berjalan, terpaksalah tutup muka>

Dulu saya ingat, saya pernah cakaplah dengan Farah, Dien dan Nadiah pasal pendapat saya mengenai perkahwinan and about having babies <seriously, I want to throw up. Japp..>

*#$&%^#@$#^&%$#&$%##* <sipping Nescafe. Try to stabilize self>

Ahh, okay. Sudah tenang, sudah. Gahh. Topik neh memang menyiksa. It's gonna be a looooooooooong journey for me. Ndapa, sambung!

Jadinya, saya pernah bagitau dorang di KFC Jusco beberapa bulan dulu that I have exactly no interest in matrimony/marriage. Ardie pernah jugak tanya kenapa, kehairanan dia. Saya pun ndatau mau jawab macamana. Saya sedih, ndatau jawab. Gahh, Yassin. 

Kawan-kawan bagi nasihat berlambak, but I'm still with my stance. Kalau betulpun saya akan kahwin, mungkin dalam umur 40 tahun. Atau 35 tahun. I think my life; many people depend on it. Adik-beradik saya masih banyak bersekolah, mau bantu ibu bapa lagi yang semakin uzur <tapi masih sweet 18 oh, dorang. Kehkehkeh>

Selena Gomez... remaja perempuan kedua terkaya di Hollywood.
Dia pernah neh, minta ber-couple dengan saya, tapi saya tolak :D
<oh how I wish this is true>
Lepas kahwin dia, cekik sampai mati and hijack harta-benda beliau.
<wow, that seems to be a plan>
Saya kira, kalau dorang masih perlukan bantuan; dan saya kahwin, tiga pihak akan didzalimi. Pertamanya; family. Punyalah selfish kalau kahwin, sedangkan komitmen dengan keluarga masih belum selesai. Kedua; si isteri <Fatimah, I wish I'll be seeing you, somehow. Seriously, still have heart  towards you :D>. Dan ketiga; saya. Jadinya, bukankah perkahwinan yang bernatijahkan kezaliman haram?

Lagipun, kalau belum ada keinginan untuk kahwin, lepas tu kahwin; hilanglah maksud nikah. Hilang maksud bersatu. Betul ndak?

Satu hari, di Velo....

Beberapa hari lalu, saya dan Dien pergi Velo untuk dinner <padahal kafe bukak>. Lepas menunggu order, cerita sikit pasal kucing di sana dan pasal seorang budak gemuk macam Shin Chan yang limpas depan kami. Before long, I saw this midget. A small and cute infant, carried pickaback by a woman. Bulat gilaa muka, lepas tu senyum dengan senyuman yang sangat menenangkan. Saya tercakap;
"Best-nya kalau ada anak, kan?"
"Ada anak kandung best"
, balas Dien dengan statement serius goli. Saya cuba elak topik marriage.
"Nanti saya mau ambil anak angkat banyak-banyak. Kalau sudah besar, saya lepaskan dorang". Dien senyum.
Seriously, betullah apa yang orang cakap; anak mata memang menenangkan. Seolah-olah hidup kau sudah perfect bha, kalau begitu. But then, again; I am gamophobic. There's nothing much I could do to change that.

Gamophobia!? Adakah awak kekacang!? Awak sedang pergi pisang! <sila translate ke Bahasa Inggeris kalau mau tau maksud>

Gahh. Sweet-nya. Why I have absolutely no feeling towards being/having one??

Ndataulah. Gahh; saya ndatau sejak bila saya dapat keabnormalan neh. Saya tau kahwin sunnah Nabiyullah SAW. Atas sebab inilah, saya ndamau kahwin. Ndamau mencemarkan Sunnah baginda. Saya bukan benci kahwin tu, cuma... cumanya, saya rasa tiada feeling langsung untuk ber-couple, apatah lagi having one as my soulmate. Satu-satunya makhluk yang boleh saya jadikan soulmate adalah si Kiko, yakni kucing saya. Dia... macam memahami jiwa saya. Kalau adalah tekanan dalam keluarga <alaa, biasalah tu> saya akan jumpa dia. Tarik dia dari bawah katil and put her on my chest. As I caress her fur, I whisper all my problems to her. Tau dia ndakkan respon; and it is better that way. <Uish, macam luar tabi'i jaa, saya baca <gahh, jangan fikir bukan-bukan, arh!>

Serius rindu dengan Kiko. 

I missed this view. From my house yard.

I supposed, I will be the last in my family to have "someonse special". Adik saya ada yang sudah berpunya LOL.
Ada juga kata nikah penyempurna iman. Penerus legasi "kepintaran" saya. Saya sukak bagi respon pendek jerr. Imam Nawawi r.a ndak kahwin sepanjang hidupnya. Ndakkanlah imannya ndak sempurna- gahh. 

Sudahlah weh, makin intense debat. Biarlah, kalau jodoh tu mau datang, kita ndakperlu duduk bincang-bincang begini. Kalau ada, adalah. Kalau tidak, harap dapat yang di syurga.

AND one more thing, if you wanna try your luck, just take the application form there <pointing one table>. Before filling in the form, make sure kamu lebih atau sama cantik dari tiga gambar di bawah:

I like hijabist. They're always soothing to the eyes.
My love... fantasilah. Emma Roberts.
Ratu Jordan... Queen Rania. She's elegantly elegant.
So??

Tuesday, October 11, 2011

Mencuba: Aerobik & Pengalaman

"Saya tanyalah; kenapa kau ndakda perasaan terhadap perempuan", Ardie bertanya kepadaku. 
Berhadapan enam orang yang lain, saya tiada ruang untuk menipu, maka, persoalan dijawab dengan senyuman. Semuanya menunggu-nunggu jawab dariku. 
"Ndatau...". Senyum, lalu menyambung, "...nanti sampai masanya." 
-halaqah di Surau Asy-Syakirin, 5 Oktober 2011.
Salaam semua. Apa khabar? Baikkah? Arh, sakit!? ...bhaa, jadi kenapalah. HeHeHe. HaHaHaHa. HuHuHuHu. HiHiHiHi (Yassin, cut that off!). GwaHaHaHa :D

Mesti kamu heran kenapa saya gumbira dan bukan gundah-gulana despite tekanan mega hebat baru-baru ni. Sebenarnya, kelas kami menyertai suatu pertandingan seni aerobik anjuran Kelab Sihat Cergas. And they put me as one of the reps. I was like, "Darn you!! Suka-suka jaa letak nama orang." But now, saya menyesali ungkapan itu sebab guess what?? We're the second runner up!

Jangan mengeluh pada keadaan yang kita tiada pilihan

I did learn something out of the aerobic contest. Apabila kau diamanahkan suatu tugas tanpa kau mengetahuinya, maka ketahuilah bahawa kau dipilih kerana mereka yang memilih kau tau kau mampu melakukannya. Well, I'm not sure if this happened to me:- but I know deep down they (those people who chose me) were forced to choose. Saya sepatutnya ndak marahkan mereka, sebab ini enforcement untuk 3PPISMP.

Sorry kawan-kawan, you're the best peeps in da house!

Enjoy the journey

Apabila mula-mula dapat tau, saya rasa geram dan ndamau ikut. Saya berontak, marah-marah bila masa rehearsal, ada orang ndak datang. Sedangkan itu perkara kecil jaa pun. Orang Putih kata, "No big deal!". Muka jaa gembira, tapi hati masih malas mau buat.

But then, bila saya toleh balik memori dua hari berlatih, dan hasilnya di akhir pertandingan, saya rasa menyesal sebab ndak betul-betul enjoy moments tu. Saya nda pernah bhaa, ikut pertandingan aerobik. Jadi rasa canggung neh di atas pentas, orang dok sorak nama lagi:- gementar owh. Masa latihan, kami gelakkan ke'lembut'an lenggok pinggul Ardie. WaHaHaHa- HaHaHaHa. (Ehm, kalau saya dapat gambar dari Ewi, saya poslah).

Lepas tu, buat pose maut lagi. PERGH! Rasa macam ahli kumpulan Super Junior (totally extreme exaggeration & hoax). Ditambah lagi lagu Korea, rasa macam di kampung halaman saya <Korea>. Ahahahaha... :D .Yeah... puke, people. You are now having the right.

Jadi moralnya, bila kamu ditolak ke suatu lorong and there's no way to get out of it... just enjoy the road. Try. Sebenarnya, saya terfikir; kalau saya ndak ikutpun; kalau saya menolak untuk turut serta, apa jaalah yang saya buat. Tidur? Main Facebook?? Life's excellent when you think it that way.

Ndak kiralah kau pandaikah atau ndak, yang penting cuba. Because the issue here is not whether you're good at it or not; it is whether you want it or not. And I thought up much; life's too short to not wanting something. Saya mana minat aerobik neh, tapi bila member pujok cuba, I found it entertaining.

I

...am looking forward to participate in more aerobic-orientated activities. Betul kata Ewi; kasi hilang stress neh. Kesakitan hati dan kegemo'on orang itu segara saya lupa masa beraksi di atas pentas.

Galncing at my recent status, dude; I need a lot of aerobic exercise. Wassalam.

Jangan




"Untuk mendapatkan sesuatu, ia tidak semestinya perlu dikejar. Umpama rama-rama, ia akan datang kembali kepada bunga,
Apabila bunga berhenti bergoyang." 
-Anonymously Me
Salaam. Kaifa haluki? Na`am? Auka ma khair? Agagagagaga~Arab Fushah yang sangat failed.

Di sini, saya ingin memberi sedikit peringatan kepada seorang saudara/brother. Kau-- saya malas mau tegur depan-depan sebab kau jenis yang keras kepala. Kau susah mau consider others' opinion, apalagi opinion tu berbentuk nasihat. Seperti yang saya bagitau di kotak sebelah kanan blog, di bawah header 'Apa Fungsinya', saya harap kamu semua paham kenapa saya lebih suka meluahkannya di sini. Saya pemalulah~AUWW!

Pesanan tulus ikhlas dari hati yang chomel d " TT " b 

Teruslah kepada tujuan entri, malas mau simpang-siur sebab kalau macam tu, last-last, penat jaa menaip; mesej ndak sampai. Jadi, bersedia semua pembaca dengan benteng hati masing-masing <memegang Tommy gun>. Mesti 40% terasa. percayalah.

KAUUU!!!
Sebenarnya, sudah lama bhaa saya simpan ni perasa- maksud saya, pesanan. Ya, pesanan. Tapi mulut ni paling buruk tahap bau longkang HUKM gamaknya, malas betul mau bukak mulut untuk luahkan pesanan yang tersimpan tadi. Kalau bergurau sakan sampai ketawa mengalir air mata sayalah yang paling pakar. Tapi bila bab-bab kebaikan, naa... berbisiklah hati suruh tangguh nasihatlah, suruh jangan jaga tepi kain oranglah. Gahh. Besalah, mulut douchebag, kan? (Hmm, sudah mula melencong).

To make the short story to become even shorter, saya cuma mau pesan satu benda ni. Tolong jaga hati orang. Berapa kali bhaa sudah saya tulis dalam blog ni dan blog yang sebelumnya berkenaan jangan ganggu sensitiviti orang lain. 

Kalau aku nampak orang macam nda suka, JANGAN buat sama sekali. Atau dua kali. Atau tiga, empat dan lima kali. Untuk selama-lamanya. Taulah kau tu hebat macam Merong Mahawangsa, bhaa; dengan kehebatan itulah patutnya kau bela yang tertindas. Ini ndak, dialah yang pencetus perbuatan tindas-menindas.

Kau, sifat kau memang saya ndak boleh komen sudah. Perangai tikus, bak kata Ewi. Kick gam, gam pun karing. Saya pernah nasihat dulu, jaga sensitiviti orang lain, sampai kita quarrel dekat sebulan. Now you have done it again. Kali ni, saya pulak yang jadi mangsanya. Ndapala.

Bila kena tindas oleh kau:

Saya rasa awkward gila-gila. Muka gengster akan beransur-ansur hilang, sebaliknya ditukar dengan muka janggal. Canggung sesangat, sampai mulut kaku untuk membela diri. PERGH! Tadi pagi sudah kena, arh satu kali oleh kau. 

Satu lagi: stop boasting

Unless you have this, you do not
deserve the proper title of bragger
Saya ndataulah sidang pembaca, but I personally have this high tendency to hate braggers, boasters and fellow think-he-is-perfect guys. They are so not realistic, jika kita bandingkan dengn hakikat hari ni. Ambil satu poin-lah: Keagungan untuk dipertontonkan.

Ah, shoot kalau berfikiran begini. Cuba kita imaginasikan keagungan sebagai permata; kalau ianya betul-betul berharag, apakah kau akan tunjukkan selalu atau simpan? Jeng-jeng-jengg.. fikir sendirilah ging. Like adults used to say, "You have been living for 19 years, and I trust your maturity".

Jujur biskut Merry-lah ah, semakin hilang neh, rasa percaya saya dengan kamu. Yang benaran. Sedikit demi sedikit, fragmen hipokrasi semakin luntur menampakkan kilas wajah kau. your trus color. Kau boleh tipu seluruh dunia belemon-lemon kali, tapi kau ndaboleh tipu saya. Seriously-

And this is not for Nadiah, Farah dan Zudien. So, jangan pandai-pandai terasa

Dan satu lagi: comelkan, anjing prairie tu... and the post is rather ironic. Terasa owh, dengan entri sendiri.

Monday, October 10, 2011

Hidup Penuh Kejutan

My tribute to Steve Jobs. Apple will no longer be as exciting as when you were around.

Salaam semua. Semoga ibu-ibu dan bapak-bapak sihat-sihat aja gitu, donk!

Apakah??

Hari ni, dua surprises paling WIN-lah saya bilang. Ada dua ujian yang susahnya... indescribable. Ujian Kimia boleh-boleh lagi bhaa jawab. Soalannya: apakah kepentingan dan keadaan ozon dan penerangan secara ringkas tindak balas ozon dengan prop-1-ene. Nennek susah, tapi dapat jugaklah. Alhamdulillah...

The second quiz... this is what really tackled me till I smacked my face on the ground. Nampak soalan pertama jaa, terus blank maut. Soalan, "Sebutkan jenis kacukan yang digunakan untuk mengenal pasti genotip bagi alel yang homozigus".

And I was like, "Buckshot." Mau jaa saya jawab, "Entah, kacukan Pranakan kot?"

Siapakah??

Saya sudah jugak check kumpulan MUET tadik, semasa pulang dari sejam <kuiz> yang menyiksakan itu. Yet, another surprise: all my teammates are TESL-ians, and to add to that: two of them are senior.Senior TESL-ians. GoshGoshGoshGoshGosh~ it's gonna be a bumpy road.

But then, I take it positively. I mean, it'd be better if I consider this as a challenge, and not as a burden or something to that effect (gWaHaHaHa. You're dead meat, Yassin. Dead meat).

Kenapakah??

Tolonglah, stop making random assumptions. Should ya have any doubt and unverified rumor about me, jumpa depan-depan. Tanya. And if I answer it with a darn serious face, it means I am serious. 

Sunday, October 9, 2011

Saturday, October 8, 2011

Lovestruck [Pos Versi Ganas]





Salaam. Pos ni sudah lama bha saya mau masukkan, tapi kurang bahan untuk dibincangkan (sekarang nipun kurang bahan). Jadi, kalau macam pelik ayat, atau ndak cukup idea sokongan, harap faham.

(AMARAN: Seratus-peratus pedas. Seriously, for those who are in love and yet to marry, better not reading this)

L.O.V.E.S.T.R.U.C.K

It was not long ago when I started to hate couples. I hated them very, very much; as much as I hate dog poops (!?). Seriously, I saw these groups of humans as rather disturbances to our society. Baby abortion, raping, 'tangkap basah' and et cetera. They, I once called subhumans. Check out the definition.

A.N.D

Realizing that I was also once of a relationship; a love and affection- I started to think deep about the sentiment that I held as principle. (alih bahasa). I mean, kenapa saya benci mereka-mereka ini? Apa salah mereka? Salahkah untuk mencintai satu dengan yang lain? Salahkah untuk memiliki seseorang yang meng-wish kau selamat malam dan mengucap selamat pagi setiap hari?

Y.A

Salah! Maaflah, ya. No tolerance in principle. Whence one is bad in my eyes, it will always be so, unless you do something really miraculous so that I can give you ovation and say, "You can continue your relationship" (tukar bahasa. Hei, kenapalah selalu ber-switch bahasa ni).

Perkara pertama yang buat saya geli-geleman dengan orang-orang seperti ini (maksud saya, yang berpelesaran dan berduaan macam ungka [!?]) adalah apabila sentimen keagamaan disentuh oleh bukan Muslim. Wehh, malulah bila nampak yang Muslim sekepala dengan si kafir dalam bersosial.

Nabi Muhammad SAAS kalau nampak berdua ni, apa baginda akan buat? Puji? Paling minimumpun, dinikahkan mereka di situ juga. Ikutilah Sunnah Nabi, terus jaa. HaHaHa. Tidak mampu? Habis kenapa berjanji bulan bintang dan matahari segala? Di situ manusia silap.

K.E.J.A.M

WaHaHaHaHa... katalah apapun, I won't budge, even a bit. Dalam ajaran agama saya, kalau suka, terus nikah. Tiadanya couple Islamiklah, apalah... heh.

Actually, saya pernah debatkan perkara ini dengan seorang senior. Beliau menguatkan hujjah dengan berkata bahawa zaman Nabi, tiada istilah couple Islamik. Gahh, mesti menyakitkan buat mereka yang terbabit.

S.O.R.R.Y.-.L.A.H

Maaflah geng... sebenarnya, saya cintakan betul dua merpati memadu kasih pada perdu kasih Illahi berbunga janji dan satu hati. Cumanya, jalan ini tidak kena. Saya sayangkan agama saya, dan umatnya; apatah lagi jika umat itu adalah sahabat sendiri.

P/S: Ini adalah inspection... kalau kamu bersalah, kamu akan terasa. Kalau kamu betul, maka kamu tidak akan rasa bersalah. Tapi ndak rasa bersalah tu lagi teruk, kan? Penat saya taip.
Ishh...

Tuesday, October 4, 2011

Debate: Globalization, Education & "Sempit"

"Saya rasa, pihak Pembangkang berfikiran sempit, kerana mereka hanya memandang dari satu sudut saja, iaitu sejarah" 
-Nadiah bte Lamri, Tuesday, 4th October 2011.
Salaam. Pos ini bukan ini untuk memarakkan bara yang hampir padam, sekadar ingin merefleksi apa yang kelas kami sudah belajar dalam kelas Pengantar Pendidikan tadi. Buat pihak pembangkang:- sorry sebab kasar sangat tadi. Agresif bila jadi pihak Pencadang, apalagi topik dan sisi yang kau disuruh pertahankan memang kau sokong penuh.

Lets get back to business. Beforehand, I would also like to make a remark that this writing will be in English... DUH! I need to hone my linguistic skill as much as I could. MUET's around the corner now I shouldn't make any procrastination about the preparation (optimistic!)

Introduction: Globalization

Our debate was initiated by Ardie. He briefly explained what globalization is, using Rusdiansyah's words (??). He said that globalization is important in order for us to compete healthily with other developing country. If  am not mistaken, he also said something about globalization as mean in being a modern , and being ultra-conservative or as in Bahasa Melayu proverbs, "katak bawah tempurung".

Globalization is a noun that describes a process of making world a more efficient place to live in. Some also suggest that it refers to the effort or process of worldwide economical, political and social unification; a kind of novus ordo seclorum, I would say.

Globalization does not only happen in the materialistic point of view. In the light of education, globalization is very much a process of improvising or creating a more conducive, effective and efficient education scenarios/atmospheres via technology implementation into the said sector.

It is important to note here that globalization does not only occur in technical scope, it also happens in many other scopes such as mental, emotional, epistemology, strategical and spiritual point of views.

Secularism??

In response to our first general contention, the Opposition said that in order to fully executing globalization, we- the teachers- need to face a series of challenges which somehow do not worth the pay. Take Darwinism; if we are to educate our generation with this theory, sooner or later our nation will turn atheistic. They fear that we will re-turn to primates; not believing God, angels, et cetera. 

Or that is merely their conjecture.

Though they had diverged from the real SOD (subject of debate), I could not resist but to defend globalization by addressing that our country already has what it needs in protecting our society against this atheistic dogma. In our Country Commandments , the first commandment is to believe in God. In our educational syllabuses, we have Moral and Islamic Education slots. Even in our society, we are rich with multitudes of religious figures who can be as back-ups, should there be any dogmatic crisis happen.

Stating that Darwinism is an irrefutable challenge does not only smearing the dignity of our religious trust, it also causes one to think that our religious figures and laws as rather impotent. In essence, this is also proven to be more dangerous that Darwinism itself.

Personal understanding and consciousness

One of my friends- also a Proposer- stood up and presenting his own idea. He went back to the REAL responsibility of teacher, which is to educate, give realization and open ways to the truth. There is no harm in teaching Darwinism, if it is only to accomplish study and not to be taken as dogma/faith. Teachers who teach the Theory of Evolution can use their autonomic force upon the classes that they are taking by explaining the real fact. 

He further added that globalization has nothing to do with dogmatic poisoning- as the Opposition had proposed. In essence, I would say that my same-sided friend had explaining with very strange, yet vivid opinion.

Sadly...

Our lecturer thus mistress chairman decided to end the debate at its most intense moment. They momentum and vector of debate was nearly at its climax when she announced that both were right. Gosh... I felt so unjustified when she said that. GwaHaHaHaHaHa-- I am really an anarchist, aren't I?

This happened on 27th April 2010 in Ukraine. Gosh... how much I had hoped for our debate to end like this. Been a long time since I last punched a man (me, evil-minded).

Thursday, September 29, 2011

Love Is Not Goli

Salaam. PERGH!! Gila hot topik (saja jaa, mau pancing trafik). Wei, saya ikhlas tau tulis benda ni. Tiada niat langsung mau menambah rating atau apapun. Mau be-rating kesiann~blog ini hanya picisan. Anyway, let us get back to the intention of this topic. Half English, half Bahasa Melayu, OK?

LOVE = GOLI? Well, not actually. In fact, it is to the contrary. Bila kita cakap pasal benda euw-wy dan ndak gengster langsung ni, jangan sempitkan fikrah pada perhubungan "ehem-ehem" jaa. Buka mata pada prospek yang jauh lebih besar. Yakni pada ruang lingkup kehidupan. Seorang optimis romantika akan melihat cinta lebih dari sekadar keinginan lahiriah tetapi fitrah juga. And when we're talking about fitrah, it is in the blood of all of us. Mengaliri setiap gerak-geri.

Love is not a goli at all, not until you put it lower than desire, disgracing this holy noun. Cinta adalah tangga ke syurga, jika dikendalikan dengan niat serta wadah yang betul. Cinta itu menyegarkan jiwa yang berlumpur, membernafaskan hati yang lemas diasak dunia dan desakannya. Orang yang paling ndak romantik serta yang paling gengster pun nda boleh menolak keinginan untuk dicinta dan mencinta (OMG, did I really said that?)

(Tentulah jawaban ini membosankan, sebab ini jaalah jawaban yang paling rasional)

Cuma sedih apabila sesetengah daripada kita mengorbankan prinsip demi menghalalkan cinta Islamik: yalah, sentimen berubah. Masa mula-mula melihat, mesti anggap najis. Bila sudah ikut tersiram nafsu, baru menghalalkan. Begitulah lucunya manusia.

Di sini, saya belajar banyak benda.
Tidak salah bercinta, memang tidak salah. Asalkan jaga adab, jauhi dari sebarang zina hati (bolehkah tiada zina hati bila bercinta dengan ajnabi berlawanan jantina?). Seingat saya, kalau dulu-dulu terus dinikahkan. Entahlah, malas mau komen, takut terasa tahap naga Pompeii.

Sudahlah. Tiba-tiba hilang mood. (mengalirkan air mata [kununlah])

Tenang, kan?

Tuesday, September 27, 2011

Gangsterkah Kita??

Salaam. Selamat petang, anak-anak buahku sekalian. What's up!

Gengsterlah sangatt...
Wuhuu~*3*... kecewa gila hari ni. Sebab saya kurang gengster. Sebab saya nda melibatkan diri dalam slot pidato dan syarahan tadi. Sebenarnya, saya sudah janji dengan diri mau participate, dari sebulan lalu menyimpan keinginan.

Jadinya tadi, menunggu peluang dipanggil ke hadapan. Saya, kalau ndak didorong, maka ndaklah bergerak. Bad boy, I know. Bad boy.

Sekarang baru kechelek (kecewa) apabila mengenang balik peluang yang Puan Rahmah bukak seluas-luasnya tadi. Menampar-nampar diri: kenapa ndak bangun dan bersyarah di depan tadi?

Manalah gengster kalau begini. Gengster mesti pandai berpidato/bersyarah sebab itu aset memenangi hati anak buah. Sekarang gigit bantallah, menangis. Kecewa dengan diri sendiri.

(Waiiiiiiiiiiiiiiiiii.............. gengster mana menangis. Gengster mesti kuat #lapmanlytears)

...dan masa balik dari lunch, nampak notis: 

'Pidato Kebangsaan. Setiap kelas diminta untuk menghantar seorang wakil dan nama diserahkan kepada En.Radzi.'

God, is this a hint?

Sunday, September 25, 2011

Berjalan Di Midvalley...Lagi (II)

Salaam. Memandangkan saya tiada apa untuk dibuat (padahal baju banyak belum bercuci), maka izinkan saya untuk menulis sedikit lagi berkenaan perjalanan ke Midvalley pada hari Sabtu lalu. Sememangnya ia adalah suatu memori yang tidak akan dapat saya lupakan (ayat UPSR).

At Pet Shop

Selepas kami menikmati meal yang hyper-bombastic tu, terus saya cadangkan ke pet shop. Sebelum ni, Dien tunjuk dan tanya pernah saya pergi ndak. I shook head. So, we went there. All that I can say is:

AAWWWWWWWWWWWWWWW~

Serius, montel dan kiut-miut semua binatang yang ada di sana. Kucing, cicak of many types, hares, rabbits, small rodents and even fishes. Orang yang run kedai tu saya agak sangat kemas dan perfeksionis. Gedung haiwan dia stail habess!

Tetapi benda yang paling menarik perhatian saya dalam kedai itu adalah dua buah akuariumnya. Satu bertemakan hidupan air masin dan satu, hidupan air tawar. Cantiknya, serius. Kalaulah ada Hazel masa tu, mesti dia suka gila-gila-gila-gila. Suka tengok ikan-ikan berenang di celahan kelembutan dan kehalusan jejari anemon. Ada udang and I wondered if squids were there.

Akuarium kedua, yang temanya air tawar lagilah... adedda. Dalamnya ada kayu mati yang besar seperempat pemeluk, ditumbuhi rumput dalam air yang pelbagai. Ada lumut dan ada macam pokok duit-duit tu; macam-macam. Kayu tu ada rongga, tidak silap, dengan ikan-ikan kecil bersembunyi dalamnya. Macam mau cubit jaa semua ikan tu, nasib baiklah ikan orang.

And then an idea struck me. I was imagining the house that I will built once I get my job. I will build a wall that separates living room from kitchen, that has aquarium as a layer. You know, macam kuih seri muka tu bhaa, adakan lapisan di tengahnya? Hah, buat akuarium macam tulah.

Ehh, jauh pulak lari cerita. Where were we?


Oh yah, di pet shop. Bila jam 1:20PM, kami keluar dan buru-buru ke panggung wayang. Tayangan bermula 1:30PM. Habis tengok wayang, kami terus solat Zuhur. Lepas tu... (ingat balik, jap)... oh ya, kami enjoyed Carl's Jr. Memang kentang gorengnya terbaik, saya gian gila. Sampai kentang gorang orang lainpun saya tibai (sorry Ewi, kaupun buat macam tu dengan saya, kan?).  Lepas tu, Azwan balik sebab dia ada second part jalan-jalan. Yang tinggal, kami main boling. 

At Bowling Court


I didn't join them. I am not good at it, so playing would waste a lot.So I daringly said, "No!" (hati memberontak, paksa main. Iman larang). HAHAHA. Hanya jadi jurugambar. 

Dekat sejam jugalah dorang main. Ewi menang satu mata di atas Aizat, dan Zudien di tempat ketiga. They're funneh, I say. Lucu bila lasat-last tu, Aizat strike dan spare. Ewi terkejut, ingat kalah sudah. Rupanya ndak. Tahniah, tahniah.

Hey, saya perasan sesuatu jugak masa dorang tengah bermain boling tu. I saw and watched other illicit activity, which, I put all my hatred on. indirect sexual activity. No, no, no noo.. there is no need to be shy whence reading this. They are the ones who should be ashamed of themselves. Jika tidak kerana nilai modesty yang tinggi (tinggilah sangat), mesti sudah lama saya jerit, "Get a room, both of you!".

Come on, this is a social place, not Hattyai. Not message premise or whatsoever. Darn! (Kemarahan membara). Lepas tu, kami solat `Asar dan

Balik

kami balik tu, dekat jam 7:30PM lah juga. KTM penuh, God gracious; macam ada demonstrasi jaa di stesen kereta api tu. Beratus orang. But somehow, we managed to get into it. Main tolak-tolak jaa. Kedzaliman, di situlah ia menjadi nyata.

Sudah sampai Bandar Tasik Selatan, kami ambil satu teksi. Bagitau pergi Maktab Teknik dan dia salah jalan pulak. Bolehnya la bha salah dengar Tasik Ace. Saya enraged sudah dalam hati, tapi kool jaa. Dia siap marah kami kenapa ndak bagitau dia salah jalan. Hey mister, who's the driver?

I suggested him to find some physiologist, if not psychologist to dig that ear wax out, cuma dalam hati jaalah. Mau dia tendang ke luar teksi. Domestic infringement betullah dia. Hadei... G'LOL. Jadinya, tambang jadi RM10.00.

Ndapalah, kalau dia betul-betul salah, halalkan jaalah. Tapi, kalau dia tipu, taulah nasibnya nanti. Wassalam.

The End.


^P/S: Masa tunaikan solat Maghrib, azan `Isyak berkumandang. Macam mana tu?

Friday, September 23, 2011

Untuk FaraFoxy (II)

Salaam.































PLEASE....





































UPDATE YOUR BLOG.









^P/S: Kesian abang kita berabisan update sendirian...
^^P/S: Jarang ni guna ink warna merah; (maksudnya serius).

Thursday, September 22, 2011

OMG~

Salaam. Apa masalah saya sebenarnya, ah, dalam berkomunikasi? Saya selalu gegar tahap dewa and kehilangan idea yang sepatutnya saya cakap. Tergagap-gagap dan rasa cuak. Heilah



^P/S: I'm not done with you, Bro Nadz...

Wednesday, September 21, 2011

Saja Pos


Salaam. Dalam kekalutan menyiapkan kertas kerja GERKO, saya curi sdikit masa untuk meng-update blog. Kenapa begitu? Sebab saya sayang kawan saya... akan cuba buat terbaik untuk menunaikan apa yang korang minta saya buat (poyo)(I'm serious).

Begini: sebenarnya, saya rasa sedih tau dengan seorang kawan ni. Ehh, bukan sedih bhaa, tapi rindu. Rindu dengan tazkirah beliau. Selalu dulu, beliau datang ke bilik Ardie dan cerita segalanya berkenaan kehidupan. Tentang bagaimana erti sebenar hidup ni and all sorts of other motivational stuff.

Kalau kamu tanya siapa yang paling saya sayang di maktab ni; dialah. Dia asbaab saya berubah sedikit demi sedikit di sini dan menjadi lebih matang. Sekarang entahlah, masih adakah lagi rasa sayang dan hormat tu. KL merubah banyak jiwa. Dan saya rasa, sekuat manapun manusia, kalau tekad didahului kemahuan- manusia itu tidak akan dapat lari dari hukum ini. He had become a victim, and I'll try to save `im.

Kawan, saya harap awak baca ini dan terasa. You've changed a lot I don't know whether I should blame myself or not. 


^P/S: Ataukah saya yang belum cukup kenal dia??

Wednesday, August 17, 2011

Apa Salahnya?

Salaam... sekarang mau luah perasaan ni dengan kamu semua (lap air mata). Sebenarnya benda ni sudah lama saya pendam dalam hati saya, sudah lama saya bertahan. Tapi ndatau kenapa malam ini macam mau kasi habis cerita ni di sini:

Apa salahnya menjadi kurus?

"Kurusnya kau, Sin."

"You should gain some weight, dear.."

Dan banyak lagi konotasi lain, yang membawa maksud sama. Orang kata saya tidak sihat dan perlu naikkan berat badan, perlu jadi lebih tough. Guys, I'm asking you; what advantage would it bring to me? Rather than looking fit, awesome and et cetera, et cetera; why should I gain weight?

Orang kata saya tidak sihat, saya akui itu. Kalau berlari, palinglah macam kura-kura. But looking back, I saw there are still numerous people who run much slower than me. Jadi, apa masalah?

Pertahanan badan? OK, ini point best jugak. Memang kalau lawan orang, mesti ada kepakaran dalam martial art tertentu. Setakat saya yang berbadan kurus ni, kuntau ja yang dipandaikan. But again, there is nothing wrong with not having expertise in martial art, selagi kita pandai ikut panduan yang boleh menghindarkan kita dari bahawa. jalan di tempat terang, dalam kumpulan dan menyediakan senjata pertahanan antara perkara yang logik untuk mengatasi perkara itu.

Looking confident. Hell. Yeah, big time hell. Nda pernah diajar dalam Sunnah badan besar, keyakinan tinggi. Confidence requires imaan, not fit body. Berapa banyak manusia yang sixty packs di luar sana yang masih kaku utuk bercakap masa disuruh memberi pendapat?

Can pray to God easily. It can't be doubted that this is a fact. Tiredness or cramp may happen during our prayer. Saya pernah, suatu malam terbangun dan merengek sebab kaki tiba-tiba cramped. Tuhan jaa tau sakinya.. jadi, ndak boleh ditolak poin ini. And again; so far, I have no serious problem in executing the five prayers on time. Not tryin' to brag, but; tengoklah orang-orang yang fit di asrama, adakah semuanya pandai jaga solat? Naa.

Bukan mau kasi checkmate kamu, tapi ini apa yang saya rasa. I'm feeling good abut who I am and how I appear as one of the society members. I feel confident to my every ideas dan sangat suka untuk dengar idea orang lain. I have no problem in prayer and through less physical activities, I can make full use of the time to study or revising or something that worth the same.

Menggulung hujah, saya sekali lagi memohon keampunan kepada Allah SWT dan para pembaca yang terkilan/terharu. Tuu bha, kotak komen tu (tulislah banyak-banyak, saya konfem baca semuanya)

Wallahu`alam.