Showing posts with label kejutan. Show all posts
Showing posts with label kejutan. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

Ke Pavilion Tanpa Hazel Macam Ndak Berjalan Sama Sekali. Saya serius rindu dengan Hazel J20i Saya.

Salaam kawan-kawan. Hehehe. Sudah nampak 'Real Steel' kelmarin. Well, I will comment on it but first, lemme tell you a brief about our trip <my first trip> to Pavilion. Sorry arh, descriptive essay memang favourite saya, jadi saya ndakmau lepaskan peluang untuk menerangkan memori yang ini.

Seperti dirancang

Sebenarnya, rancangan untuk menonton wayang neh dicetuskan oleh Aizat pada Hari Keluarga Asy-Syakirin, dua hari lalu. Katanya, belum nampak wayang tuh dan dia ajak kami dua. Razvi angguk dan setuju. Bila dorang dua sudah setuju, bhaa saya apalagi; turut mengangguk. Turut dijemput adalah Ardie dan Zudien, tapi dorang ada errands masing-masing Ndapalah, bukan saya  yang rugi <PERGH! Touching bhaa>.

Gambar tiada kaitan, abaikan.
Jadinya esok, sebaik saja kelas habis, kami berehat sebentar. Nampak si kawan di tingkat bawah dan saya masa tu di tingkat satu, saya jerit, "Zat, pukul 2.30PM!". Dia angguk. So, yeah. 2.30PM.

2.30PM: Mana Ewi??

Pukul 2.30PM, saya bangkit dari perbaringan dan sarungkan baju bola sepak biru dan seluar jeans hitam. Sisir rambut dan  buat sedikit exercise muka di depan cermin. Solek sana-sini, terus meluru ke tingkat atas untuk mendapatkan Ewi. And he wasn't there. Saya saspek dia di bilik Amat, jadi saya pergi sana tapi tiada juga. Masa tu, Aizat sudah bersiap, tolong ikut cari dia. Ke bilik Leroy, ke surau, bahkan atas keterdesakan; saya cari di tandas. Entah apa rasional tindakan tu.

Jam 2.45PM, Aizat gave up. Dia balik sudah ke biliknya dengan muka kecewa, tapi saya masih dalam pencarian. No way this gonna be cancelled. Saya pergi balik bilik Ewi, berharap dia tengah bertiarap di atas katil dengan laptop. But then, again, he wasn't there. Saya tanya roomate diapun, dia kata ndak nampak sejak dari tadi. And alhamdulillah, my sense guided me to the restroom. Baru teringat dia suka online sana. Dan Ewi memang ada di situ, snoring <gahh>.

Saya pukul dia, dan dia terus duduk beristighfar. Punyalah penat kami cari, dia boleh tidur depan laptop dengan software Cocoon terbuka pada skrin. Layan YouTube pulak tu. Kebetulan pulak tu, masa dia bangkit, telefonnya berdering. Angkat, and it was Aizat. Bhaa, terus dia hambur kata-kata manis mau pergi. Gahh. Saya suruh Ewi bersiap cepat, dan bagitau dia saya tunggu di bilik. Set.

Kami jalan

Mulanya, Ewi mau bawa DSLR beliau. It'll be a great thing, sebab saya suka. But gahh. Dia cancelled bawa sebab kad memori ada dengan Abang Aiman, dia pinjam. Jadi, tinggalkan si cantik DSLR dalam bilik, keseorangan <kamu taukah, saya jatuh cinta neh, dengan DSLR. Adakah bakal menggantikan Hazel kesayangan? Entahlah... inshaAllah, tolong aminkan untuk saya. Mau jadi jurugambar manusia><lari sudah cerita>.

Kami belum decide bhaa, mau tengok wayang di mana, jadi masa tengah dalam perjalanan ke stesen teksi, kami masih bertengkar <ndakla bha bertengkar in a sense of bertengkar. Sekadar berbalah kecik>. Akhirnya,  kami sebulat suara pilih Pavilion. Wahh~belum pernah pergi...

Peringatan #1: And for those who want to go to Pavilion via domestic transport: mula-mula, pergi  Stesen LRT Bandar Tun Razak.  Lepas tuh, anda ambil LRT ke jalan Hang Tuah dan upon arrival, ambil keretapi ke Jalan Imbi. Sudah sampai, bhaa, andai-pandailah cari <hey you 4S, nanti kita pergi, OK?>. Huuh~

Sampai

Beforehand, buat mereka yang sudah habes baca sampai sini tanpa skip, ketahuilah; kamulah kawan terbaik saya. Gahahah. Ndabhaa... kalau kamu skip pun, saya faham. It is a 'TL; DR' story, but then, suka hati sayalah bha, kan? Kannn???

Gahh. Masa sampai tu kan, dan turun dari stesen keretapi tu, my jaw dropped. Almost, literally. Saya sangatlah kagum dengan kawasan tu. Waah- this is what Malaysia is all about, supposedly. Serius, kenapalah ndak dibangunkan Kuala Lumpur seperti yang dilakukan dekat Pavilion tuh. Subhanallah, indah.

Lautan manusia berlainan kulit, agama, adat budaya dan keturunan, beralun seakan lautan sebenar. Di kiri dan kanan, kedai-kedai tersusun rapi; ada kedai Arab, kedai arak, kedai makan dan restoran dengan binaan sangat eksklusif <Sephora paling mantap rekaannya><tiba-tiba cita-cita dulu untuk menjadi arkitek menggelodak>. Teksi berjejeran, begitupun pemandunya berkumpul, bercerita topik hidup. Ada pemandu teksi bergaduh dengan seorang pak Arab dalam bahasa Inggeris. Pasal mazhab, kot <sebab saya tangkap dialog sipemandu teksi, "Yes... in Malaysian... yess, I am a Muslim. Now, in Malaysia...">.

Trafik tidak berhenti mengalir, mengairi tempat itu dengan bunyi hiruk-pikuk dan bingit bunyi hon. Mendongaklah ke atas untuk melihat keindahan menara yang seakan ingin mencabar ketinggian syurga. Pelbagai bentuk dengan pelbagai warna. Pelbagai rupa dan tema, dan semuanya berpadu jadi suatu identiti yang saya tidak berapa pasti untuk menggelarnya apa. Satu perkara pasti: sepanjang perjalanan, saya ndak berhenti-henti memuji bahagian ini yang lebih aman- jauh lagi aman dan bahagian lain di KL <bhee, macam sudah teroka semua>.

Saya rayu Kerajaan untuk bangunkan Tawau seperti itu, if ever, they want to do it. Cuma part kedai-kedai arak tu, tolong buang. Ndamau Tawau tercemar dengan air kencing syaitan tu. 

Pavilion

Syurga di dunia... ndak kekal semua neh <ada macam Ustaz Kazim tak??>

Melangkah masuk ke dalamnya, saya rasa suatu derauan yang cukup kuat. Bersyukur sangat dengan keharmonian negara Malaysia. Kami pergi tingkat empat dan tingkat tiga. Ewi mau ambil duit. Sayapun ambil duit, takut terpokai pulak nanti. Lepas tu, kami jalan-jalan sekitar kedai outfit Converse dan Adidas <kahh?? Ndak ingat>. Well for a village boy like me, I can do nothing but to observe. Or in a much "kampung" term; cuci mata. Harga tali pinggang, RM189.90 dan saya maki dalam hat, "WOI! Kamu, pinggang kamu tu pinggang apa oh, pakai macam tu. Boros betul!" <cehh, emosi lebih. Biarlah bhaa, bukan duit kau>. Gahh, saya dihina miskin. But out of three of us, Aizat went out of that shitty <mind my manner> shop with something in hand. Lucky him.

Ehh, wait... saya lupa bagitau yang sebelum tu, kami pergi cari kedai makan dan ingatkan balik tu, saya gelak besar. Cari kedai makan murah di Pavilion saya rasa macam cari sebutir garam dalam gula <seriously, ndak jumpa, oewh>. Kami round itu Pavi and saw nothing but alcohol stalls and shops. Bila tengok dua orang pasangan Inggeris yang sudah tua pesan arak warna hijau, saya berkerut. Sedapkah? <Alhamdulillah dilahirkan Muslim> Di Pavilion, semua jenama khamar ada, Carlsberg, Tiger, vodka, tequila; you name it.  Sudah penat memerhati gelagat dan ragam manusia, dan berjalan turun naik tingkat, kami berhenti di tingkat lima dan membeli popcorn plus minuman lembut dan saya kawankan Ewi ke tandas.

Asar <kamu masih membaca? Thanks... and proceed, please>

Masa tengah syok menunggu lampu nombor panggung bernyala, tiba-tiba saya dipukul sesuatu- dan- oh ya... ah, betullah: Asar! Gelap dunia bila tersedar bahawa saya sudah lupa kewajipan. Astaghfirullah, memang Pavilion-lah paling seduktif. Sampai lupa obligasi dan hak Tuhan; Pemilik sebenar kompleks suka ria neh. Bagitau Aizat, bagitau Ewi; dan mereka pun serba-salah. Jam 4.55PM <dekat-dekat macam tulah>, wayang mula jam 5.00PM. Kalau cari surau, maka kami pasti missed sedikit. And you should know how much I hate that when it happens. Gahh. Tapi, suruhan tetap suruhan. Kalau kami masuk, dan layan dua jam; bhaa, terpaksa qada'. And you guys should also know how much more I hate qada'-ing my prayer. Aizat cadang begini dan begitu, dan kami setuju. Panggilan Tuhan didahulukan, dan diutamakan. 1Allah! 

Peringatan #2: Oh ya, kalau kamu jalan di sini dan mau bersolat, ada dua surau. They are not in the map, jadi kami perlu ingat, satu di B12, dan satu di tingkat lima. Di tingkat lima, dekat satu kedai permainan dan patung-patung beratus. Ah, situlah <I didn't quite remember the detail, but you can check out Level 5, Part A>.

Dengan popcorn yang menyejuk dalam jinjingan, kami round dan tanya banyak orang tentang di mana surau, dan yes... sampai. Ambil wudhu dan solat, lupakan sekejap dunia fana neh. Allah... nikmat. Lepas tu, doa ekspres dan berselipar. Badan disetkan ke mod turbo, and off we went. Berlarian seperti apa jaa. Dalam hati, berharap agar janganlah mula dulu. Dipujuk hati untuk tidak risau <saya risau ketinggalan minit pertama wayang>.

And guess what... masa kami sampai, jam sudah pukul 5.10PM. Kami dengan bangganya pergilah ke tempat ticket boy tu. Dia tengok tiket dan kemudian ucapkan ayat terindah: "Uhm... wait for 25 minutes". Saya rasa ada sedikit masalah teknikal dan saya macam mau sujud jaa sana. Alhamdulillah, sekali lagi Kau tunjukkan Kekuasaan-Mu. Memang betul, kalau kita ikut Tuhan dan suruhan-Nya, tiada yang mustahil. Dia siap boleh tundakan lagi untuk kami wayang tu <inshaAllah begitu>. So, we waited. Sambil-sambil tu, tangan merayap ke dalam plastik popcorn, dan OMNOMNOM. Yeah, we OMNOMNOM-ed the popcorn. Ndak sabar-sabar. Sambil-sambil tu, kami bincang mau ke mana lepas tengok wayang dan tengok trailers wayang yang disiarkan di LCD tersedia di sana. Mengkritik <huhh~saya mula tengok semua benda dengan serius dan dalam:- adakah ini tanda ketuaan? Oh no...>

OMNOMNOM <just to get your eyes active>
Balik. Solat, makan dan balik

Lepas tengok wayang, kami pergi tandas untuk membersihkan diri. Mengusir suatu rasa yang saya pendam sejak dalam panggung lagi LOL. Cuci muka dan buat sedikit senaman muka <you know what I mean>. Bersihkan muka yang penuh jerawat dan kawah. Keluar dari sana, masa Maghrib hampir tamat. Kami rushed pergi cari surau dan nasib baik jumpa. Solat ekspres dan keluar dari Pavilion.

Ewi memilih untuk makan KFC, so kami cari. Habis satu kawasan kami putar, penat. Masa tu jugak classmate Aizat telefon: ada latihan puisi bhaa pulak dorang. And it struck me, too. Ya bha... malam neh latihan. Why didn't I think of that? Bhaa, rasa bersalah menjalar. Astaghfirullahal aziim... kawan-kawan, sorry.

Dan...

Baru jaa kami menyerah kalah untuk mencari KFC, satu keanehan berlaku <cehh>. Kami berdiri di tepi jalan bhaa, Aizat surah give up, begitupun Ewi. Bila saya toleh kanan, ya... rupanya di kanan kami jaa benda tu. Bhaa, apalagi, melantak. Saya mau cuba KFC Tom Yam, but hellish delicacy it is. RM11.00!? Saya buat muka shrieked. Gila kentang pukul punya mahal. Saya cancelled, dan order KFC Rice Plate Combo. Mula-mula mau ambil burger, tapi bila tengok dorang ambil nasi, saya rasa tamahak. Mau jugak. Sakkali, ndak habis ahh...

OMNOMNOM KFC
Balik. We  went by train, cause harga teksi ke maktab RM25.00. Gahh, geli perut saya teringat harga tu. Boleh layan satu lagi wayang oh, kalau harga begitu. Naik train, salah stesen, pergi tandas dan sampai. Dan ambil teksi, bercerita dengan pemandu teksi, dan sampai. Dan buat latihan puisi selama 20 minit.

Naik bilik, mandi solat dan tidur. Penat gilaa, itulah baru mau start posting things neh. Sorry- no pictures. And one more thing; kalau kamu baca neh tanpa skip, tolong komen saya sudah habis baca. I'll appreciate it. Thanks.

Monday, October 17, 2011

Terima Kasih, Kawan

Salaam semua. Sebenarnya, banyak gilak kerja, sekadar mau me-release-kan tekanan, saya buka blog ini- and blabber. Hahah. It's going to be shorter than I usually write, sebab laporan KKBI perlu disiapkan dengan kadar segera. Gahh. Bila kerja bertimbun, rasa rindu dengan printer hilang. Benci buat kerja~

LOL. Entri neh. . .

Saya mau ucapkan terima kasih kepada saudara Aizat. Aizat Akram, I mean <banyak betul Aizat di maktab ni sekarang, itu yang bagi teliti tu>. He'd done something wonderful tonight, seriously. Kau- macamana saya putarbalik dunia neh pun- is still the best buddy around. Terima kasih, ging.

Mungkin semua tertanya-tanya apa yang sudah dia buat. Kehh <istilah baru yang menunjukkan rasa jengkel siiiiikit dengan sesuatu persoalan>, penyibuk gila bhaa kamu neh. Apapun, saya ndakkan ceritakan perihal tu di sini, sebab happiest moments are better to be kept alone.

OK-lah, bye... and to Aizat, if you- by anyway- read this, saya kata: I'll repay your deed; somehow. Thanks for it, my friend. Serius susah cari kawan macam kau neh.

Semasa di Konvensyen Guru Muda (KOGUM) anjuran GPMS pada . Syiokk, sebab line sana laju gila-gila.




Monday, October 10, 2011

Hidup Penuh Kejutan

My tribute to Steve Jobs. Apple will no longer be as exciting as when you were around.

Salaam semua. Semoga ibu-ibu dan bapak-bapak sihat-sihat aja gitu, donk!

Apakah??

Hari ni, dua surprises paling WIN-lah saya bilang. Ada dua ujian yang susahnya... indescribable. Ujian Kimia boleh-boleh lagi bhaa jawab. Soalannya: apakah kepentingan dan keadaan ozon dan penerangan secara ringkas tindak balas ozon dengan prop-1-ene. Nennek susah, tapi dapat jugaklah. Alhamdulillah...

The second quiz... this is what really tackled me till I smacked my face on the ground. Nampak soalan pertama jaa, terus blank maut. Soalan, "Sebutkan jenis kacukan yang digunakan untuk mengenal pasti genotip bagi alel yang homozigus".

And I was like, "Buckshot." Mau jaa saya jawab, "Entah, kacukan Pranakan kot?"

Siapakah??

Saya sudah jugak check kumpulan MUET tadik, semasa pulang dari sejam <kuiz> yang menyiksakan itu. Yet, another surprise: all my teammates are TESL-ians, and to add to that: two of them are senior.Senior TESL-ians. GoshGoshGoshGoshGosh~ it's gonna be a bumpy road.

But then, I take it positively. I mean, it'd be better if I consider this as a challenge, and not as a burden or something to that effect (gWaHaHaHa. You're dead meat, Yassin. Dead meat).

Kenapakah??

Tolonglah, stop making random assumptions. Should ya have any doubt and unverified rumor about me, jumpa depan-depan. Tanya. And if I answer it with a darn serious face, it means I am serious. 

Seram

Salaam. Memandangkan NadJoliey dan GuruJiwang bercerita pasal kisah seram, saya pun mau. Tapi ini bukan seram sangatlah. Based on my own experience. Okeh, kita mula boleh? 

Sebelum tu, buat satu benda ni:

Periksa dulu bawah katil... nanti ada 'sesuatu'. Jangan lupa baca ayatul Kursiy (seram pulak tengok gambar ni *cepat-cepat periksa bawah katil*)


Bolehh *erkk!*

Betul apa yang orang tua selalu pesan, kalau waktu maghrib jangan bermain di tempat kotor, terutamanya tandas. Ustaz saya sewaktu di asrama pun dulu pernah tekankan perkara yang sama. Apabila ditanya sebabnya, dia jawab, "Syaitan bersembunyi dari laungan azan di situ.

Terbukti, ini lebih dari sekadar mitos tradisi berwaris mahupun teori kolot nenek moyang. I experienced this two times in just one month. Heck hell. Sangat menakutkan.

Kali #1

Gahh. Considering that I am a claustrophobic, saya takut rasa terkepit dengn situasi yang sangat merimaskan.
Masa tu, saya sedang memberus gigi. Tiada sesiapa di tandas kecuali saya, dan beberapa batang lampu pendarfluor yang bernyala putih. Begitupun bernyala terang, kesuraman lebih beraja. Tahan jaala rasa takut (eiii.... PANAKUT bha si Yassin). Layan memberus gigi.

Tiba-tiba, saya perasaan ada 'seseorang' sedang duduk di squatting toilet bowl tu. Saya ingat orang, jadi buat nda kisah. Suddenly, that 'thing' stood up, macam baru habis berak tu bha. I was shocked, sebab macam bayangan perempuan. Rambut pendek keriting, badan kurus. Time 'dia' berdiri tu, saya terus toleh ke arahnya, but as fast as her appearance, she vanished into thin air. 

Been wondering who or WHAT is 'she'. I was left with no more but boggled mind, trying to figure the mystery (why I sounded like some sort of ghost writer??). Apapun, itulah pengalaman yang paling menyeramkan setakat ni.

You see, one of my habit everyday is, I always take ablution right before I jump onto bed. Kebiasaan inilah yang selalu merisaukan saya. Sebab kalau nda buat rasa gelisah, kalau buatpun, risau. Yalah, pukul dua bha ging, masakan kau nda takut ke tandas sendirian. Paling lewat tu, jam 2 pagi arh. Bhaa, takut gila-gilalah.

Untuk menghadapi rasa takut, saya selalu berdehem, menyanyi sendiri dan yang paling berkesan; tutup mata dan bisik dengan diri sendiri: "Kalau sudah jumpa, then what?? Bukan 'dia' mau bunuh atau strangle sampai matipun. Kita bertuhan". Cakap ini macam, hati manyak lega ohh! (Ehh, sudah jauh menyimpang ni. Lets get back to business).

Kisah #2

Kisah kedua terjadi at the very same toilet. Masa tu hujan(kah??), baru habis `Asar. Jadi saya berus gigi, mandi awal. Masa tengah syok berus gigi, ada sekilas kaki saya nampak melalui cermin tandas sedang memasuki tandas. Bapak seriau!

Saya cerita dengan kawan-kawan, most of them believed. There must be somethin, rather, 'unresolved'  business had happened here. Walaupun inkuiri membuak-buak, rasa cuak kadang-kadang melonjak, mengatasi keberanian. Tapi ada satu hari, saya teriak, "If you're there, then come out!"

Budduhh. Sakkali 'dia' muncul, konfem putih mata ketakutan.

Thursday, October 6, 2011

"Sometimes when you innovate, you make mistakes. It is best to admit them quickly, and get on with improving your other innovations."            -Steve Jobs 
"Innovation distinguishes between a leader and a follower."                       -Steve Jobs
"Design is not just what it looks like and feels like. Design is how it works." -Steve Jobs  
"Be a yardstick of quality. Some people aren't used to an environment where excellence is expected.-Steve Jobs 

Sunday, October 2, 2011

Eksodus (II)

Seorang pelajar perempuan bingkas bangun apabila mendengarkan sahaja kata-kata Steve Job itu tadi. Entahlah apa perasaan yang mendorongnya, namun dia sangat ingin meluahkan rasa. 
"I'm not quite agree with what that mat salleh said about living someone else's life. Because for you information, I'm living someone else's life, and I have no problem with it. Why? It is a personal matter..." 
-Konvensyen Guru-Guru Muda (KOGUM), 2011.
Salaam. Fuhh, ingatkan sudah siap semua kerja. Sekali dibelek balik senarai, ada satu lagi rupanya- maksud saya, dua. Ceramah dan kertas kerja ceramah tu. Tajuk gah gila, entahlah bolehkah saya sampaikan dengan betul. Ahh, layan blog dulu bha (beginilah baru gengster...)(habislah esok).

Frankly, this is not my house Tapi saya tetap rindu rumah saya, biarpun rumah saya ndak secantik ini.

Menanggung amanah keluarga

Percaya atau tidak, sayalah yang kedua dalam keseluruhan keluarga saya yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Melayu, selepas ibu saya. Kenyataan ini dianggap sebagai suatu junjungan keluarga yang agung. Sentimen di Sabah begitulah; siapa yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Semenanjung, tambahan lagi KL, maka dianggap berjaya. 

Apabila begitu, keluarga saya meletakkan suatu bebanan amanah yang berat ke atas bahu saya. Walaupun mereka tidak pernah memaksa (saya yang rela) saya untuk melakukan ini, rasa tidak enak akan bersarang apabila aspirasi keluarga tidak tercapai. Saya tidak suka bila terpaksa mengecewakan orang yang saya sayangi.

Sebelum tu, saya bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Sosial di Australia dengan mengharapkan tajaan MARA. Tidak dapat, and I was shocked. But then, as I re-thought about it; I whispered to myself, "Yassin, your life won't over if your don't get the offer". Well, somehow I managed to overcome the utter disappointment.

Alternatif lain

Selain Sains Sosial, saya juga meminati Kejuruteraan Sivil, Georfai dan macam tertarik mau jadi pustakawan. Seriously. It took me nearly a couple months before I made my decision. Dengan preskripsi ibu ayah, kakak and mostly me, I filled in the SPA application in Geology, Archaeology and Engineering. Gosh.

Lepas tu, ibu suruh isi borang maktab and to my filial, I did. Akan tetapi, saya tidak mengharapkan permohonan saya diterima sebab excited mau ambil Diploma SPA dalam Geologi. Jadi pembantu pegawai geologi pun, jadilah. Sadly, I got that maktab-thingy~

*self-slapping* Appreciate, Yassin. Appreciate!

FYI, saya dapat jugak matrikulasi, Sains Hayatkah (entah, ndak ingat). Tapi saya tidak pergi:- cool people do not go to such places! (saya dengar dengusan. Jangan sakit hati, matrikulasi-ans... terimalah kamu tidak cool). Uhm. Actually, I didn't quite remember this part. Move on.

Masa temuduga, sayalah manusia paling hiperak- salah, paling gigaaktif bersoal-jawab. Ngoll...

Amiinn... semoga dapatlah menjadi barang dalam gambar.
HaHaHaHa. Sangat lucu, but I did. Masa temuduga tu, saya dan lima lelaki lain dimasukkan di dalam sebuah bilik berpendingin hawa dan diberi sekeping kertas. Sebatang pen dihulurkan kepada setiap seorang. Silly tajuk perbincangan: peperangan.

Kami diberi seminit dua untuk menyenaraikan point, dan lepas tu, mamat di sebelah kanan saya mula. Bapak, cara dia bercakap macam pensyarah (okay, I made it up. Bukan macam pensyarah). Yeah, but so close to it. Dalam hati saya kata: "Shuuh, keluar kau... kau sudah confirm dapat". HaHaHaHa (okay, I made that up, too).

Masa saya bercakap: entah bagaimana semangat berkobar-kobar. Deep down 10,000 leagues under, I knew it was my parents' prayers that caused me to behave so. Masa temuduga tu, diorang sedang menunggu di dalam kereta, di bawah matahari. Oh gosh, saya rasa macam mau menangis bila teringatkan masa ni. Baru saya terfikir.

Lepas tu, temuduga sendiri: I was quite cool. Tajuk PPSMI di Malaysia dan perbandingannya dengan masharakat Jepun. Ambik engkau! Nasib baiklah ibu suruh bua preparation untuk tu awal-awal. Kurang sikit nervous. 

The best part pasal temuduga tu...

Dulu pernah fobia dengannya.
I met many friends (I even met my old, genius friend: Ismail Lapagang. Tell you, he is the most genius-est [to emphasize indefinitely] person I have ever encountered. Mengalahkan kawan saya yang dihantar di Rusia tu [LOL, kalau terasa, sorry]. Seriously, si Mail ni, kalau apply doktor, senang-senang jaa pass. Baru-baru ni, pointer semester dia 3.67. DEVILL!! [okay, jum keluar dari bracket]). *Bernafas* lebih selesa, di luar ni. Ahh, sambung!

Selain jumpa Ismail dan Rusdiansyah, perkara yang paling saya akan ingat adalah apabila ibu surh bawa senarai Menteri Kabinet Malaysia. HaHaHaHa-- yalah, beliau kan senior dalam hal perguruan ni (beliau sudah berkecimpung dalam bidang ni selama 18 tahun, tahu?). So, I did not question much about the significance of her action. I just go with the music.

Walaupun benda tu tidak termasuk dalam mana-mana slot temuduga, I'd say that it probably had influence towards my interview result. Imagine this; you are the interviewer and you see a candidate brings along that thing with clowns' faces on it. Sudah pastilah hati kau akan kata, "Wahh, budak ni betul-betul serius dalam memilih kerjaya guru. Sampai bawa senarai Menteri Kabinet segala". HaHaHaHa.

HaHaHaHa.... senarai yang saya bawa masa interview  buaknlah macam ni, dalam bentuk perkataan jaa.
Thanks ibu and ayah, and my fellow naughty siblings. Dan paling berterima kasihlah kepada Allah SWT. Kerana memberikan saya peluang untuk menjadi pendidik. Ini kerja nabi tau, bukan semua boleh jadi.

Untuk ibu, ayah; walaupun di sini aku main-main jaa kerja, tiada belajar dan tiada persediaan; I'll do my best. Aku akan buktikan bahawa aku anak Linda Arellano dan Mohd Yunus Abdul Hamit.

Thursday, September 29, 2011

Terbilang [Exceptional]

"Untuk orang lain sedar betapa beratnya tanggungjawab kita, kita perlu sedar betapa beratnya tanggungjawab orang lain."  
-Puan Nor`azah
Salaam. Adihh... tengah  pening kepala menulis rencana Bahasa Melayu, datang pula petikan Puan Nor`azah dengan tiba-tiba. Memang beliau seorang yang benar-benar mencintai dan berasa bangga dengan pekerjaan beliau sebagai pendidik. Orang kata (orang katalah), jika kita letakkan obsesi pada kerja dengan komitmen yang mendalam, karisma pasti akan datang pada kita (karisma: kemahiran membujuk; menarik perhatian).

Masa kami berdiskusi tentang permuafakatan komuniti sekolah, saya sibuk berfikir tentang bagaimana ahli komuniti yang kumpulan saya wakili:- PIBG, mampu merapatkan jurang beza antara kesemua ahli komuniti sekolah itu sendiri. Wuhuu~macam di universiti neh saya rasa, tahap kematangan dan pemikiran nampak di sana. And I whispered: kenapalah dorang ndak macam begini selalu di kelas?

Antara ramai-ramai penyampai tu, saya suka tiga orang penyampai yang pemikiran mereka sangat tinggi. Nda sangka (sangkalah, tapi ndalah setinggi tadi pagi). Kagum gila dengan dorang and tribute for their words will be written here.

i. Nadiah
"Sebagai komuniti, setiap murid perlu dilihat macam anak sendirilah. Bukan macam kalau anak orang lain buat kacau, pedulilah; anaknya, anaknyalah..."
Antara ramai-ramai, beliaulah (wahahah, beliau [menunjukkan senioriti hidup di dunia, OK? Got nothing to do with age ][well, actually there's a bit about age]). Pemikirannya sangat jelas, mudah dan jernih. Tiada perlu belok ke kiri dan ke kanan dan tidak berselindung di sebalik retorik/indah kata-kata. She says what her head wanna say, I think.

Apa yang paling saya kagumi dengan ini gal adalah kebolehannya menggunakan pelajaran dari pengalaman lepas sebagai jawaban kepada persoalan saya. Ortodoks. Macam contoh: saya pernah cerita dengan dia melalui blog ini, kesangapan saya berdepan pensyarah untuk bersajak. Dia reply dengan entri ini. Dia pernah juga cakap, "Saya juga macam kau", cuba menyamakan dia dengan saya.

Matter-of-fact: mengikut usia, tahap pemikirannya akan sentiasa setahun lebih matang dari dia. And I love her posts, too. Sangat ikhlas.

ii. Ardie
"Kami (sekolah) tidak boleh melakukan semuanya. Di luar sekolah contohnya, kami sangat mengharapkan agar masyarakat luar membantu kami menyelesaikan masalah disiplin. Peranan masyarakat seperti yang telah dibentangkan oleh pihak PIBG tadi adalah wajar..."
Dia ni adalah orang Bugis yang paling cool dan pragmatik pemikirannya (bhee~) selepas bapa saya. Peminat Ustad Das`at dan Syeikh Ahmed Deedat dan saya rasa dia punya kualiti seorang penghujah. Damn serious! Apabila dia bercakap untuk menyuarakan pendapat, jarang saya menggeleng. Saya sangat setuju.

Dia ada blog, dan saya menantikan penulisannya berkenaan kehidupan: mesti best dan satu lagi yang saya notice pasal budak ni adalah, dia ada 'sesuatu yang cuba keluar dari dirinya sekarang'. I'm not sure what and why, but I have always that kind of feeling whenever I got near him, or listening to his words.

iii. Zudien
"Kita semua ini ibarat tiang, tiang, tiang... yang mana kesemuanya memainkan peranan dalam membina kerjasama komuniti sekolah."
Macam Tuan Guru Nik Aziz. HeHeHeHe. Beliau adalah pengagum Tuan Guru dan untuk itu, kami kadang-kadang berbalah. Tapi ndapa bhaaa, perbalahan yang sihatlah melalui maya. Tapi di dunia sebenar, macam Tom & Jerry (saya Tom). Sangat rapat.

Beliau, boleh saya cakap simple macam begini: Islamik. Tindak-tanduk dan komitmen yang ditunjukkannya terhadap kerja, sahabat, tugasan dan amanah sebagai ketua kelas sangat-sangat menggambarkan peribadi Islam yang terpuji. Meskipun mempunyai sense of humor yang tinggi, dia ndak melampaui batas. 

I like it when he gets serious with work. Komited habess! Bila berbincang, average: namun impaknya ketara. Boleh jadi guru yang baik. Ada blog jugak, and I really hope that he can update it more frequently! (merenung dengan mata setajam Katana).

Itu jaalah bagi dia.

Kepada yang ndak termasuk dalam senarai, jangan risau. Ewi, Nerah dan Syahirah: kamu jugak the best. Betul kot apa orang kata: budak Sains paling cepat matang (OMG. does that mean, paling cepat tua?). Senarai di atas cumalah exceptional sedikit. Sedikit jaa...  

OKlah, rencana belum mula apapun. Habislah kalau terus begini.

Monday, September 26, 2011

Bercakap Dengan Diri-Sendiri: In Literal Sense

LOLOLOLOLOL.

Ehm. Salaam, saudara-saudari pembaca budiman,

(sambung) LOLOLOLOLOLOLOLOL and LOL. Trafik blog ni makin berkurang neh, setiap hari. Entah kenapa begitu jadinya; apa salah saya? Anyway, saya LOLled tadik bukan sebab mengetawakan diri yang semakin tidak gojes- in return, ndak popular. Tidak.

Yang saya ketawakan adalah bila terfikir:- oh, selama ni saya cakap dengan diri-sendiri bhaa pulak. :D Di tambah lagi si FarahFoxy, NadJoliey, SyafiYna dan SifuBugis yang jarang gilaks update. Mau blogwalking pun susah. Hadeih. Tolonglah bhaa, update. Saya rindu dengan jenaka kamu semua. 

Oh ya, sebenarnya, mau bagitau yang saya baru nampak (atau perasan??) something eerie di tandas tadi. Masa tengah sibuk membasuh tuala tangan di sinki, tiba-tiba anak mata menangkap suatu jasad seolah-olah wanita kurus ingin keluar dari jamban. Ilusi? Entahlah. Tapi masa cepat-cepat toleh untuk, well... check it out, it instantly vanished. OMG.

Sudahlah, malas mau cakap sendiri panjang-panjang. Layan Webcam untuk camwhore lagi syiokk. Rindu gila-gila dengan Hazel bila sesi camwhore ni...biasanya, dialah yang dengan derita gembiranya mengambil gambar saya. Salaam.


^P/S: Fuhh~


Sunday, September 18, 2011

Terkejut Dengan Tulisan Sendiri

Salaam. Terkejut. Apabila buka blog ni awal pagi, saya baca pos yang ditulis oleh saya sendiri berupa kejiwangan tahap apa entah. I questioned myself, "Did I really type that?"

OMG, OMG, OMG.. mestti banyak tohmahan yang tidak-tidak nanti. Heyy tangan.. kalau kau tiada benda untuk ditaip, jangan taip. Hah, lepas ni jadi bahan fitnah orang pulak. Insaff... ndakmau update blog selepas jam dua pagi. Matilah I lepas ni...

Saudara-saudari, abaikan pos semalam (jika anda membacanya). Semua tu mengarut, its not true enough. I don't know what possessed me to write such obscenity. God resorts us.
I am sorry for that dirty post. It was an unintended.



^P/S: Punyalah main buruk isi entri tuu. Menjahanamkan blog saya ajaa. Friends, remind me to not writing anything on this blog after 02:00AM. I am embarrassed, seriously.

Monday, September 5, 2011

Lama Ndaa Update

Salaam. Huhuu~lama gilak ndak update blog ini. Adalah sedikit kesukaran yang saya alami semenjak ni yang sangat membebani. Tapi benda-benda seprivate itu ndapatut kali diberitakan di sini. Sekarang saya mau kasi cerita kejutan-kejutan yng saya hadapi time balik raya.

1. Masa jumpa sepupu saya....punya makin tergezutt. Sudah besar panjang dan lebar budak ni. Sama makin hensem lorh. Ndaboleh kalah oh, mesti cari akal untuk rebut title tu. HAHAHA; abaikan, miscellaneous case. Cuma memang nda puas hati sebab di kampung, ada sudah pencabar.

2. Adik saya....semakin besar dan semakin tinggi. Rumah macam sangat sesak rasanya, mau limpang pun, mesti tengok bawah dulu. Sebab takut terduduk (sebenarnya, ndakla bha seekstrem ini). Apapun, kakak sayalah paling beda. Sudah makin cantik; mana boleh, adik mesti ikut berevolusi.

3. Rumah....dicat dengan warna favourite yakni warna biru langit. Rasa luas jaa rumah dengan wallpaper bunga-bungaan yang menggoda. Memang pandai kakak saya hias rumah, boleh jadi bakal isteri mithali. kalau berjalan denagn sekilas, rasa macam dalam kebun bunga, serius.

4. Hazel....dia hilang dari genggaman saya. Ndataulah, merajuk kali bila dengar saya mau beli Satio. HAHAHAHAHAHAHAHA. Seriously, I missed her and her attitude. Sekarang tengah matahari terbenam, mesti dia suka.




^P/S: Khurafat...

Wednesday, August 31, 2011

Raya Kedua

Salaam. Hmm, raya kedua agak seronok + memenatkan. Dapatlah jugak sedikit duit raya (walaupun memang ndak layak sudah sebab dah besar). Apa boleh buat, sudah rezeki; bantai jaalah. Gambar lagi kali ni, malas mau tulis. 
Gambar profil terbaharu dengan kapsyen:
 "Kemeriahan tidak merubah skeptisisme sesetengah orang".
Dibuli??? Anak saudara yang berkacuk (Cina + Bugis = manusia sempurna).
Ah Chai, namanya.
Wahahaahahaha~curi gambar dari album adik. Macam anggur, kan?
Fotogenik + narsisisme
Itu jaalah. Bye, selamat malam. Saya belum solat Isya' ni (maluu~) gara-gara tunggu turn guna lappy. Hey... dunia, dunia. Wassalam. =)


^P/S: Esok inshaAllah, lagi seronok~~~~~

Monday, August 29, 2011

Sampai Ke Penghujungnya

Salaam. Akhirnya Ramadhan sudah sampai ke hujungnya. Agak terkilan jugak saya, sebab ndak banyak amal (apalagi masa sepuluh hari terakhir ni~). Ndatau kenapa, saya macam rasa sedih sangat tinggalkan Ramadhan; serius. Tapi syukuur alhamdulillah. Rasa semakin kuat.

Semalam, saya ndak pergi solat terawih, sebab syok mencari baju raya dengan famili. Kami singgah si satu gerai bakso dan enjoy dua mangkuk bakso. Masa tengah hanyut dengan kelazatan, mata saya tertangkap sebuah masjid yang penuh sesak dengan manusia yang sedang masuk dan keluar. Yang masuk, terus terawih dan yang keluar, terus ke shopping mall. LOL. But this is not the part of story that I wanna tell you guys.

Tiba-tiba ni, tekeluar dari mulut saya soalan dengan adik saya nombor tiga, "Kamu tawarikhkah jugak masa abang teda?". Dia mengiyakan, lepas tu dia cakap, "Bha, besoklah kita tarawikh sama-sama" dan giliran saya pulak mengangguk. Lepas tu fikir-fikir balik, baru perasan. Dia cakaplah, "Ehh, esok manada tarawikh lagi, kan?"

Terus saya kecewa. Ramadhan, I'll be missing and longing for you.


^P/S: Hope Allah still give me life, long enough to fulfill that.

Wednesday, August 17, 2011

I Love You, Guys~

Salaam. Brace yourself for what tomorrow's gonna give, but unfortunately only several people will get it. Sincerely from me..


^night-mumbling