Showing posts with label zudien. Show all posts
Showing posts with label zudien. Show all posts

Friday, October 21, 2011

Efek 'Just Nice'

Salaam. Selamat pagi, kawan-kawan ... hari nikan, saya macam mau tutor-kan <behh, macam pro jaa> satu efek yang kamu boleh guna untuk mencantikkan lagi mana-mana gambar portrait yang kamu ada <esp., yang already huduh gila-gila punya portrait>. Agagagaga -- I kid. 

Baiklah, saya mau kasi tengok dulu kamu contoh untuk dijadikan rubrik <di bawah gambar tu, ada commandment untuk efek> Kalau kamu nampak efek neh nice, bhaa, guna. Saya namakan efek neh, efek 'Just Nice'. Agagaga -- ehh, ndaksalah bha, commandment efek neh, saya yang reka <hah, baru sikit sudah ria'>. OK-lah, ini gambarnya:

Memandangkan kakak saya paling tante', saya jadikan dia model. Agagaga -- sorry Kak, ndak mintak kebenaran.

  1. Buka Photoscape, dan buka gambar potret yang ingin di-edit <pastikan gambar potret, sebab kalau selain itu, ndak jadi>. Berada dalam tab Home.
  2. Bright, Colour > Deepen > Middle
  3. Filter > Noise Reduction > Middle
  4. Filter > Film Effect > Cinema > Middle <bergantung dengan lighting gambar>
  5. Filter > Film Effect > Velvia > Low 
  6. Filter > Film Effect > Provia > Low
  7. Filter > Graduated Tint > letakkan crosshair warna oren tu pada dagu potret. Pastikan, Feather: 50; Shade: 40
  8. Filter > Film Effect > Agfa > High 
  9. Bright, Color> Colorize > Pick any color < highly recommended: 20>. Pastikan Saturation: 153; Level 33
  10. Filter > Fade Style > Pilih warna yang sama dengan warna yang kamu guna untuk 'Colorize'. Level: 15%
  11. Letaklah aksesori, clip art atau apapun
  12. Siap dihidang <uishh, macam buat kuih pulak>. Another example:
Sorry jugak Dien ... malas cari subjek lain.

Thursday, October 20, 2011

I Love Photoscape

Salaam. Have I ever told you guys how much I love 'Photoscape'? ... You can do almost a million modifications with it. I've been using it quite awhile, and so far, I'm totally satisfied with its performance. Kudos to 'Photoscape' creator. Here's a several photos which I have edited using the said software. Now, judge as you will

Thursday, September 29, 2011

Terbilang [Exceptional]

"Untuk orang lain sedar betapa beratnya tanggungjawab kita, kita perlu sedar betapa beratnya tanggungjawab orang lain."  
-Puan Nor`azah
Salaam. Adihh... tengah  pening kepala menulis rencana Bahasa Melayu, datang pula petikan Puan Nor`azah dengan tiba-tiba. Memang beliau seorang yang benar-benar mencintai dan berasa bangga dengan pekerjaan beliau sebagai pendidik. Orang kata (orang katalah), jika kita letakkan obsesi pada kerja dengan komitmen yang mendalam, karisma pasti akan datang pada kita (karisma: kemahiran membujuk; menarik perhatian).

Masa kami berdiskusi tentang permuafakatan komuniti sekolah, saya sibuk berfikir tentang bagaimana ahli komuniti yang kumpulan saya wakili:- PIBG, mampu merapatkan jurang beza antara kesemua ahli komuniti sekolah itu sendiri. Wuhuu~macam di universiti neh saya rasa, tahap kematangan dan pemikiran nampak di sana. And I whispered: kenapalah dorang ndak macam begini selalu di kelas?

Antara ramai-ramai penyampai tu, saya suka tiga orang penyampai yang pemikiran mereka sangat tinggi. Nda sangka (sangkalah, tapi ndalah setinggi tadi pagi). Kagum gila dengan dorang and tribute for their words will be written here.

i. Nadiah
"Sebagai komuniti, setiap murid perlu dilihat macam anak sendirilah. Bukan macam kalau anak orang lain buat kacau, pedulilah; anaknya, anaknyalah..."
Antara ramai-ramai, beliaulah (wahahah, beliau [menunjukkan senioriti hidup di dunia, OK? Got nothing to do with age ][well, actually there's a bit about age]). Pemikirannya sangat jelas, mudah dan jernih. Tiada perlu belok ke kiri dan ke kanan dan tidak berselindung di sebalik retorik/indah kata-kata. She says what her head wanna say, I think.

Apa yang paling saya kagumi dengan ini gal adalah kebolehannya menggunakan pelajaran dari pengalaman lepas sebagai jawaban kepada persoalan saya. Ortodoks. Macam contoh: saya pernah cerita dengan dia melalui blog ini, kesangapan saya berdepan pensyarah untuk bersajak. Dia reply dengan entri ini. Dia pernah juga cakap, "Saya juga macam kau", cuba menyamakan dia dengan saya.

Matter-of-fact: mengikut usia, tahap pemikirannya akan sentiasa setahun lebih matang dari dia. And I love her posts, too. Sangat ikhlas.

ii. Ardie
"Kami (sekolah) tidak boleh melakukan semuanya. Di luar sekolah contohnya, kami sangat mengharapkan agar masyarakat luar membantu kami menyelesaikan masalah disiplin. Peranan masyarakat seperti yang telah dibentangkan oleh pihak PIBG tadi adalah wajar..."
Dia ni adalah orang Bugis yang paling cool dan pragmatik pemikirannya (bhee~) selepas bapa saya. Peminat Ustad Das`at dan Syeikh Ahmed Deedat dan saya rasa dia punya kualiti seorang penghujah. Damn serious! Apabila dia bercakap untuk menyuarakan pendapat, jarang saya menggeleng. Saya sangat setuju.

Dia ada blog, dan saya menantikan penulisannya berkenaan kehidupan: mesti best dan satu lagi yang saya notice pasal budak ni adalah, dia ada 'sesuatu yang cuba keluar dari dirinya sekarang'. I'm not sure what and why, but I have always that kind of feeling whenever I got near him, or listening to his words.

iii. Zudien
"Kita semua ini ibarat tiang, tiang, tiang... yang mana kesemuanya memainkan peranan dalam membina kerjasama komuniti sekolah."
Macam Tuan Guru Nik Aziz. HeHeHeHe. Beliau adalah pengagum Tuan Guru dan untuk itu, kami kadang-kadang berbalah. Tapi ndapa bhaaa, perbalahan yang sihatlah melalui maya. Tapi di dunia sebenar, macam Tom & Jerry (saya Tom). Sangat rapat.

Beliau, boleh saya cakap simple macam begini: Islamik. Tindak-tanduk dan komitmen yang ditunjukkannya terhadap kerja, sahabat, tugasan dan amanah sebagai ketua kelas sangat-sangat menggambarkan peribadi Islam yang terpuji. Meskipun mempunyai sense of humor yang tinggi, dia ndak melampaui batas. 

I like it when he gets serious with work. Komited habess! Bila berbincang, average: namun impaknya ketara. Boleh jadi guru yang baik. Ada blog jugak, and I really hope that he can update it more frequently! (merenung dengan mata setajam Katana).

Itu jaalah bagi dia.

Kepada yang ndak termasuk dalam senarai, jangan risau. Ewi, Nerah dan Syahirah: kamu jugak the best. Betul kot apa orang kata: budak Sains paling cepat matang (OMG. does that mean, paling cepat tua?). Senarai di atas cumalah exceptional sedikit. Sedikit jaa...  

OKlah, rencana belum mula apapun. Habislah kalau terus begini.

Potret Di Midvalley

Salaam. 

Punyalah main bahagia ini hari, sebab kami habis kelas jam 10:00PM. Puan Mahani tiada, pensyarah semuanya ber-meeting-an lagi nanti petang. HEAVENNNNNNN~HaHaHaHa. Ni jaa yang saya mampu ungkap (harap-harap esok pun camni).

Sekejap lagi mau sambung buat rencana. Saya curi sedikit masa untuk mengepos sedikit lagi gambar yang diambil masa kami jalan tengok movie dengan Azwan itu hari. Diambil menggunakan kamera DSLR Ewi (Wii, thanks), kebanyakannya bertemakan potret. 

Kepada Azwan:

You are right. Saya terlalu cepat menghakimi kau, walaupun baru pertama kali jumpa face-to-face. Saya ndaboleh elak bha, tendency untuk melakukan first impression sama kau. It's the law of attraction, dude. Anyhow, kita adakan lebih kerap, perjumpaan sebegini. Boleh?

Amaran: 

Jangan ambil gambar sesuka hati. Ini hak peribadi orang ni, gambar ni. Minta kebenaran kepada si pemilik badan yang ada gambarnya di dalam gambar yang hendak diambil. Allah nampak, tau.

Sesak. Sangat sesak.
Personally, I like this picture the most.
I took this picture in Rasamas restaurant. Try to guess, what it is.
Cute-nya. Ini kipas saya jumpa masa hari terakhir kemerdekaan di Putrajaya. Masa tu, sudah mau naik bas, bila saya nampak ia tersadai di jalan raya. Saya kutip, tapi penutup baterinya pula jatuh. Suruh si Aizat jugaa ambil.
Melakukan perbincangan kritis terhadap juadah yang hendak dipilih.

Sunday, September 25, 2011

Berjalan Di Midvalley...Lagi (II)

Salaam. Memandangkan saya tiada apa untuk dibuat (padahal baju banyak belum bercuci), maka izinkan saya untuk menulis sedikit lagi berkenaan perjalanan ke Midvalley pada hari Sabtu lalu. Sememangnya ia adalah suatu memori yang tidak akan dapat saya lupakan (ayat UPSR).

At Pet Shop

Selepas kami menikmati meal yang hyper-bombastic tu, terus saya cadangkan ke pet shop. Sebelum ni, Dien tunjuk dan tanya pernah saya pergi ndak. I shook head. So, we went there. All that I can say is:

AAWWWWWWWWWWWWWWW~

Serius, montel dan kiut-miut semua binatang yang ada di sana. Kucing, cicak of many types, hares, rabbits, small rodents and even fishes. Orang yang run kedai tu saya agak sangat kemas dan perfeksionis. Gedung haiwan dia stail habess!

Tetapi benda yang paling menarik perhatian saya dalam kedai itu adalah dua buah akuariumnya. Satu bertemakan hidupan air masin dan satu, hidupan air tawar. Cantiknya, serius. Kalaulah ada Hazel masa tu, mesti dia suka gila-gila-gila-gila. Suka tengok ikan-ikan berenang di celahan kelembutan dan kehalusan jejari anemon. Ada udang and I wondered if squids were there.

Akuarium kedua, yang temanya air tawar lagilah... adedda. Dalamnya ada kayu mati yang besar seperempat pemeluk, ditumbuhi rumput dalam air yang pelbagai. Ada lumut dan ada macam pokok duit-duit tu; macam-macam. Kayu tu ada rongga, tidak silap, dengan ikan-ikan kecil bersembunyi dalamnya. Macam mau cubit jaa semua ikan tu, nasib baiklah ikan orang.

And then an idea struck me. I was imagining the house that I will built once I get my job. I will build a wall that separates living room from kitchen, that has aquarium as a layer. You know, macam kuih seri muka tu bhaa, adakan lapisan di tengahnya? Hah, buat akuarium macam tulah.

Ehh, jauh pulak lari cerita. Where were we?


Oh yah, di pet shop. Bila jam 1:20PM, kami keluar dan buru-buru ke panggung wayang. Tayangan bermula 1:30PM. Habis tengok wayang, kami terus solat Zuhur. Lepas tu... (ingat balik, jap)... oh ya, kami enjoyed Carl's Jr. Memang kentang gorengnya terbaik, saya gian gila. Sampai kentang gorang orang lainpun saya tibai (sorry Ewi, kaupun buat macam tu dengan saya, kan?).  Lepas tu, Azwan balik sebab dia ada second part jalan-jalan. Yang tinggal, kami main boling. 

At Bowling Court


I didn't join them. I am not good at it, so playing would waste a lot.So I daringly said, "No!" (hati memberontak, paksa main. Iman larang). HAHAHA. Hanya jadi jurugambar. 

Dekat sejam jugalah dorang main. Ewi menang satu mata di atas Aizat, dan Zudien di tempat ketiga. They're funneh, I say. Lucu bila lasat-last tu, Aizat strike dan spare. Ewi terkejut, ingat kalah sudah. Rupanya ndak. Tahniah, tahniah.

Hey, saya perasan sesuatu jugak masa dorang tengah bermain boling tu. I saw and watched other illicit activity, which, I put all my hatred on. indirect sexual activity. No, no, no noo.. there is no need to be shy whence reading this. They are the ones who should be ashamed of themselves. Jika tidak kerana nilai modesty yang tinggi (tinggilah sangat), mesti sudah lama saya jerit, "Get a room, both of you!".

Come on, this is a social place, not Hattyai. Not message premise or whatsoever. Darn! (Kemarahan membara). Lepas tu, kami solat `Asar dan

Balik

kami balik tu, dekat jam 7:30PM lah juga. KTM penuh, God gracious; macam ada demonstrasi jaa di stesen kereta api tu. Beratus orang. But somehow, we managed to get into it. Main tolak-tolak jaa. Kedzaliman, di situlah ia menjadi nyata.

Sudah sampai Bandar Tasik Selatan, kami ambil satu teksi. Bagitau pergi Maktab Teknik dan dia salah jalan pulak. Bolehnya la bha salah dengar Tasik Ace. Saya enraged sudah dalam hati, tapi kool jaa. Dia siap marah kami kenapa ndak bagitau dia salah jalan. Hey mister, who's the driver?

I suggested him to find some physiologist, if not psychologist to dig that ear wax out, cuma dalam hati jaalah. Mau dia tendang ke luar teksi. Domestic infringement betullah dia. Hadei... G'LOL. Jadinya, tambang jadi RM10.00.

Ndapalah, kalau dia betul-betul salah, halalkan jaalah. Tapi, kalau dia tipu, taulah nasibnya nanti. Wassalam.

The End.


^P/S: Masa tunaikan solat Maghrib, azan `Isyak berkumandang. Macam mana tu?

Berjalan Di Midvalley...Lagi (I)

Salaam (menguap). Mengantuk ni, tapi mau menulis jugak... pasal perjalanan kami ke Midvalley to catch some actions (movie-lah, 'Johny English: Reborn'). 

Pada mulanya, hanya saya dan Zudien jaa yang bercadang mau pergi. Tapi, sense of setiakawan Zudien menyebabkan dia terpanggil untuk turut menjemput Ewi and Aizat. Soyeah, it was the four of us. Fantastic Four (quit it!).

Pagi tu, saya buka Facebook, saya terus chat dengan Dien. Walaupun jarak bilik hanya sekitar 15 meter, saya pemalas. Berjalan is not my style. Saya tanyalah dia, jam berapa jam dan dia kata jam 10:55AM. Thus, I went upstairs, waking Ewi up and calling Aizat, and he hung up (probably was sleeping).

Setelah semuanya bersiap, kami bertiga terus turun dan bergerak kebus stop. Before long, I remembered Aizat, gosh.. we abandoned him. So, I ran again upstairs (boleh hilang bha lemak terus kalau begini)(macamlah ada lemak sangat) and knocked his door endlessly. He opened, we had a brief conversation about the whole plan. Well, I proposed that the three earlier of us will go by public transports, since he has motorcycles, he will go by it. Off we go.

At the KTM

It was my very first time setting foot on this station, and was my very first to ever ride on KTM. I imagined it to be super duper comfortable, with air-conds, TVs and dainty stuff I could think of about having a perfect train ride. Damn, it's like totally the opposite.

Everywhere you I turned, I saw hairs, ears, eyes, noses, necks and armpits. I was standing, and so did the majority of the passengers. No smile, but the ugliness of stresses, and this was the thing that I saw the most. Malaysians sometimes are 'dead'- almost literally.

Tapikan, kalau kamu ada jiwa ekspresif, kamu akan lihat betapa kayanya atmosfera gerabak KTM itu dengan perangai manusia. Kebanyakannya lucu dan comel, seriously, chomel. Allah ciptakan kita ini dengan keindahan yang sangat berwarna-warni, when I thought about that, disgust turned to love. I should celebrate my first KTM ride.

Oh ya, saya lupa mau kasi cerita suatu insiden yang sangatlah romantik dan chomel jugak (bolehlah). Masa tu, orang sedang bersesak-sesak untuk masuk ke dalam gerabak, when this tall, Chinese guy and his girlfriend hurried themselves to enter the train. Teka apa jadi? Lelaki tu dapat masuk, pintu keretapi terkunci, sebelum dia sedar bahawa girlfriend-nya di luar. HAHAHHAHA~kesian aweknya, hanya mampu melihat keretapi bergerak. Sudahlah muka Korean dua-dua, macam sedang tengok wayang Korea jaa, saya rasa.

At Midvalley

Kami pergi ke kaunter tiket dulu, untuk membeli tiket. Setelah setengah baris tinggal, kami sedih. Skrin menunjukkan tiket 'Johny English: Reborn' sudah habis. Punyalah main sedih, sebab itulah tujuan sebenar kami tengok wayang. SAD, SAD, SAAAADDDDDDDDDD!!!!!!!!!!! (dan nampak kelibat Azwan. Fuhh, kurang macho kot). Tiket pukul 7 PM ada, cumanya.. itu terlalu lewat. Takut Azwan mengejar masa.

So, kami berbincang untuk tengok wayang mana. Dien kata 'Abduction' best, jadi layan. RM12 melayang, but it worth. Serius (nantilah saya ceritakan pasal movie tu, kalau ada masa).

Lepas tu, kami rancang untuk pergi makan. Ada berpuluh bha restoran dan gerai di situ, jadi pening kepala memikirkan mana satu patut dilanggani. Bila tanya tetamu dari Raja Melewar, dia boleh kata, "Aku ikut jee...". WAHAHA. Jawapan klasik.

Kami turut singgah ke beberapa booth yang memasarkan produk kaca mata (kenapa ayat macam bunyi ayat karangan laporan??). Zudien, haritu dia try kaca mata Arif, dan terus macam gian untuk pakai.Dia beli satu, harganya RM30. Mungkin baginya, berkca mata tu nampak matang and macam Conan, juga. Well, its his wallet. Ewi masa tu sedang duduk berbual dengan tetamu.

At Rasamas (Favourite Stop)

Selepas mengambil Aizat yang baru tiba, berbaju merah, kami terus turun, dan turun, dan turun dengan eskalator ke seksyen makanan. And hell, restoran yang dorang pilih, hell. Rasamas. I was like, "Atttooooookk eiii~" dalam hati. Ndak mahalkah? 

Bila belek menu, ndaklah mahal sangat. kami ambil pakej, harga total RM50++. Satiating, in fact, makanannya jauh labih "bermakna" dari makanan Barat. Seriously, you have got to try this restaurant. Now, go now! GO!!! HAHAHA.

Licin tanpa apa-apapun ketinggalan, melainkan tulang dan sayur, buat mereka yang allergik dengannya. Menikmati Sprite dan roti mentega yang dicelup ke dalam semangkuk sup cendawan pekat. Perghh~nice gila ni (kalau pergi Midvalley, mau ke situ lagi)(thanks Zat, for that delightful meal accessories).

Dalam restoran itu jugalah kami bercerita pelbagai benda. Berseronok dan bergurau senda. Suka tengok ke-serius-an Azwan dan kemeriahan Aizat dan Ewi bercerita. Zudien pula masih sibuk menggomoli (Farah and Nad, remember this word?) ayam sampai ke cebisan terakhir. Hey, whats his difference from me? Saya pun tengah sibuk mencai petanda ayam masih adakah. RM50 is not a small sum of bucks, so I wanted to make it worth (skill cover tambuk).

(bersambung)


^P/S: (penat bha, cerita... ada bahagian kedua lagi)(sori tiada gambar dalam pos ini, Hazel sudah hilang)(hey, kenapa banyak betul kurungan ni...)

Wednesday, August 10, 2011

Melayan Shin Chan

Salaam. Sebelum bersiap untuk pergi iftar jama'ie di surau, sempat pulak saya dengan Zudien tengok beberapa siri Shin Chan; dekat sejam setengahlah. Bayangkan, dari jam lima setengah sampai jam tujuh. HAHAHA~banyak gila koleksi beliau. Katanya, dia peroleh dari Za`im.


Selalu saya terbayang kalau posting nanti, lepas tu; dapat murid macam Shin Chan. Lurus bendul satu, nakalnya lagi... hmmm. Konfem saya, cubit-cubit pipinya yang montel kalau dia buat salah jawabnya. Taulah, saya ni obses dengan budak kecil. Suka sangat tengok telatah budak-budak yang agak nakal,apalagi yang kiut macam Shinosuke tu.

Yang best dan menggiankan pasal animasi ini adalah, kegeniusan penulis/pelukisnya membentuk perwatakan bagi setiap karakter yang ada. Shin Chan yang nakal, Nohara yang gatal dan Kazama yang berakal; semuanya macam suatu realia bagi hidup kita. Seperti cerminan dan sekali gus sindiran buat penonton. HAHAHA, mungkin tujuan sebenar pelukis/penulis adalah semata-mata berlibur. But hey, audience have the right to verdict, remember?

Apapun, saya dapat jugak bha, banyak benda dari sekadar gelak ketawa yang menyebabkan saya lupa seketika perut yang lapar bernyanyi. Belajar akan dugaan yang mungkin akan saya hadapi bila posting nanti dari Cikgu Yoshinaga; belajar menjadi kawan se-caring Shin Chan, malah saya jugak belajar 'ancaman dan risiko' berumah tangga dari Tuan Nohara serta Puan Misae. HAHAHA .=,=.

Harap dapat tengok banyak lagi. Zudien, harap kau sedang baca ni dan ambil tindakan :D