Showing posts with label kak ieka. Show all posts
Showing posts with label kak ieka. Show all posts

Friday, October 21, 2011

Efek 'Just Nice'

Salaam. Selamat pagi, kawan-kawan ... hari nikan, saya macam mau tutor-kan <behh, macam pro jaa> satu efek yang kamu boleh guna untuk mencantikkan lagi mana-mana gambar portrait yang kamu ada <esp., yang already huduh gila-gila punya portrait>. Agagagaga -- I kid. 

Baiklah, saya mau kasi tengok dulu kamu contoh untuk dijadikan rubrik <di bawah gambar tu, ada commandment untuk efek> Kalau kamu nampak efek neh nice, bhaa, guna. Saya namakan efek neh, efek 'Just Nice'. Agagaga -- ehh, ndaksalah bha, commandment efek neh, saya yang reka <hah, baru sikit sudah ria'>. OK-lah, ini gambarnya:

Memandangkan kakak saya paling tante', saya jadikan dia model. Agagaga -- sorry Kak, ndak mintak kebenaran.

  1. Buka Photoscape, dan buka gambar potret yang ingin di-edit <pastikan gambar potret, sebab kalau selain itu, ndak jadi>. Berada dalam tab Home.
  2. Bright, Colour > Deepen > Middle
  3. Filter > Noise Reduction > Middle
  4. Filter > Film Effect > Cinema > Middle <bergantung dengan lighting gambar>
  5. Filter > Film Effect > Velvia > Low 
  6. Filter > Film Effect > Provia > Low
  7. Filter > Graduated Tint > letakkan crosshair warna oren tu pada dagu potret. Pastikan, Feather: 50; Shade: 40
  8. Filter > Film Effect > Agfa > High 
  9. Bright, Color> Colorize > Pick any color < highly recommended: 20>. Pastikan Saturation: 153; Level 33
  10. Filter > Fade Style > Pilih warna yang sama dengan warna yang kamu guna untuk 'Colorize'. Level: 15%
  11. Letaklah aksesori, clip art atau apapun
  12. Siap dihidang <uishh, macam buat kuih pulak>. Another example:
Sorry jugak Dien ... malas cari subjek lain.

Wednesday, October 12, 2011

Kakak Terbaik Abad Ini (II)

Salaam. GEMO. Kenapa kamu ndak bagitau saya kelas jam 9. Buru-buru sudah tadi, bertuala. Kasi stop posting. Aduhh... kalau saya tau, saya tulis panjang-panjang. Bhaa, sambunglah cerita kakak saya. GaHaHaHaX <lain gila ketawa><tapi ya, if I found something to be very funneh, I'll laugh GaHaHaHaHaX. Don't believe? Well, make me!>

Semasa berumur tujuh tahun, saya...

...suka berebut tengok jam sama dia. Ibu pandai mendidik anaknya untuk saling bersaing. Kadang-kadang, soalan yang memang dia sudah tau jawapannya, dia saja-saja jaa tanya. Uji minda. So, satu soalan yang paling femes dan paling saya ingat adalah;

"Siapa sayang ibu, pergi tengok jam berapa sudah"

Bhaa, berebut neh mau tengok jam yang tergantung di dinding. Saya masa tu mana pandai tengok jam lagi, eksyen jaa lebih. Supaya nampak saya sayang ibu saya dulu. Saya jeritlah, "Jam 12!"; kakak saya jerit "Jam 10.30!", lepas tu bergaduh siapa betul, siapa salah. Gahh! Those memories~

"Siapa mau pergi kedai, dapat sepuluh sen!"

Waah- ten cents during that time is like a million dollar. Segala benda yang tengah dibuat, ditinggalkan. Bergegar rumah papan pusaka tu, apabila kami be-race kepada ibu. Gahh. Kak Ieka menang most of the races, jadi dia yang selalu dapat duit 10 sen. Tapi, dia selalu jugak pujuk ibu supaya bagi saya jugak, ndamau dia nampak saya nangis. 

Lepas tu, kami berduet ke kedai Pak Cik Abas, jiran sebelah. Beli ais krim potong, kalau ndakpun, beli tapak/gambar-gambar. Tapi, seingat saya, kami selalu beli cumi-cumi. Ndak kenal?? Alaa, yang macam jeli tu bhaa <keluar semua istilah Sabah, KASK>

Pak Cik Abas orangnya garang; dia jarang senyum. Saya suka tengok dia sapu-sapu hampas kelapa dekat mesin pemarut kelapa tu, sambil halau ayamnya yang mau keluar dari kawasan rumahnya. Dia suka berkopiah, berbaju kemeja taris-taris dan berseluar slack. Walaupun dia garang, dia caring dengan almarhum nenek. Selalu tanya khabar nenek dan berkunjung ke rumah, bawa pisang sesikat. 

Kakak is my warrior. 

Bhaa, mekirayou...  <baju oversized>
Masa tadika. Adik yang paling kanan tu bhaa, chumil gila =3=

Dialah defender saya kalau saya bergaduh dengan anak jiran sebelah. Kami disekolahkan di prasekolah yang sama; PASTI. Paaaaaaaaaaaaaling nakal saya kalau di sana, suka main kejar-kejar dengan seorang budak perempuan, Fatimah namanya. Gahh, my first love LOL <ehh, ini pos untuk cerita kakak saya, bukan saya. Ndakmalu, owh>

Di prasekolah dulu, kami turut bersaing, siapa lagi pandai. Konfem dia lagi pandai, jadi ustazah yang mengajar sayang dia lebih. Saya yang nakal, ndak berapa digemari <kott> oleh tenaga pengajar. But one thing was sure; kalau dapat susu kotak, mesti tengok bontot kotak. Pada sesetengah kotak, di bawahnya ada corak petak-petak pelbagai warna. Kepercayaan masa tu, kalau dapat yang ada petak-petak di bawahnya, dapat hadiah. :D

Kakak saya jugalah pencabar terdekat saya masa tu, dalam mendapatkan kasih-sayang ibu dan ayah. Walaupun saya percaya ibu ayah sangat adil dalam membahagikan kasih sayang, tapi taulah budak-budak... ada jaa yang mau direbutnya. Tapi ibu dan ayah ndak ambil port-pun. Dorang kool-

Kak Ieka pembela saya

Babies... I mean, cutest babies.

Bibir saya mungil. Gahahahah. Time fled fast, don't you think?

Saya bersama adik beradik and sepupu-sepapat. Sekarang semuanya remaja, ndakrapat sebab kami sudah jarang berjumpa, bermain sama-sama. Taukah, pernah kami main masak-masak guna tanah. Dorang makan neh, tanah tu. Saya jaa lelaki yang ndak berani buat, adik saya berani. Dia ambil seketul tanah dan telan. Gahh, I could already tasted it the moment he put it in his mouth. Saya mau repot dengan ibu, kak Ieak larang. LOL.

Saya teringat masa umur 6 tahun, saya ada buat salah besar <terlalu jijik untuk diceritakan; biarlah saya dan kakak saya jaa tahu>. Jadi, ayah marah saya. Teka siapa yang bela saya? My sister. Dialah yang tolong saya cover salah tu, masa ayah keluar. Haish... geli pulak teringatkan kesalahan tu.

Dulu, masa ibu mau jalan, kak Ieka selalu bawa main-main di bawah kolong <ndatau perkataan lain>, main tepuk amai-amai. Ndakpun, main masak-masak dan tanah liat. Behh, macambetul-betul jaa bha. And I'm not sure if you know these songs:
"Pak Amat penjual tomat... yang beli harus hormat... kota Bandung lautan api... yang pergi haru mati"
Atau:
"Malamnya sepi, pi, pi, pi.. Pak Amat menjual topi.... topinya koyak, yak, yak... Pak Amat menjual tempoyak... tempoyaknya basi, si, si, si.. Pak Amat menjual nasi..."
Atau:
"U bleks, ikan masin... sibi aibi obo... abu bakar curi duit, emak fikir gaji hari..."
Paling ndakboleh lupalah, lagu-lagu neh. Semuanya kakak saya yang ajar, untuk menenangkan saya yang ditinggal ibu. Saya dulu spoilt kid; manja gila dengan ibu. Jadi, bila ibu jalan, macam siput; mau jugak ikut. Kalau ibu tinggalkan, saya nangis. Dan my sister will come to the rescue, dengan patung di tangan. Ndakpun, duit dua puluh sen, bawa ke kedai Pak Cik Abas.

Kadang-kadang, dia bawa tengok kartun Teletubbies atau Tom & Jerry. Masa tu, family masih guna cassette video player. Saya yang pilih kaset mana.  Lepas tu, pasang dan tengok sampai tertidur. Gahh, selalu berebut siapa Tom dan siapa Jerry.

Kasian... ditinggalkan. 
Pernah jugak masa ibu pergi mengajar, saya ditinggalkan. Berabisan menangis ahh, sedih. Bila dengar jeritan tuu, ibu cepat-cepat suruh kak Ieka carikan baju yang bagus-bagus <baju Power Rangers oren>, lepas tu kasi pakai. Dia pegang tangan saya, tarik saya ikut ibu. How could I forget that moment.

It's a sad thing that we're growing, and leaving those memories further and further away. It's a sad thing for us to not having a second chance to re-do those adventures that I have had; playing in the rain with our neighbors' children and catching tadpoles.

Kakak saya guru terawal

Masa "kawan"kan ibu ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan almarhum nenek <Al-Fatihah>

I still could remember one day, when rain came down and flood occurred, surrounding our house. Saya nampak kakak saya main perahu kertas. Dia lipat, lipat, lipat... and voila: jadi perahu. Lepas tu, dia letak perlahan-lahan atas air and then tiup sampai ke tengah. Lepas tu kami ketawa, tengok perahu tu tenggelam oleh lemparan batu kami, atau tersangkut di mana-mana.

Lepas tu, saya kepingin mau ada perahu kertas sendiri. Jadi, saya mintak ajar dengan Kak Ieka. Dia ambil buku sekolahnya, koyak di tengah-tengah, dan belah dua kertas tadi. Kami duduk di tangga rumah, dan di situ dia ajarlah; "Begini, lepas tu begini...". Gahh, I was/am a slow-learner. Lepas kena ajar, I still didn't know how to. Jadi, kakak saya buatkanlah satu. "Nah!", dia kata kalau sudah siap. Lepas tu, kami kasi lepas ke air banjir sama-sama, dan kocakkan air supaya kapal laut kami bergerak. Wahahaha, bertanding jo. Kalau saya kalah, terus baling perahu kakak saya <jahat>. But she never cared <sepanjang ingatan saya>

I simply love her.

Do'a


Kak, always love you. Semoga kak Ieka dapat apa yang kakak inginkan. Aku selalu di sini, mendoakan kejayaan kakak. Amiiinn.. :')

Kakak Terbaik Abad Ini (I)


Salaam and a very good morning, guys.

Gahh. Saya suka perkataan 'gahh' ni. Kredit diberikan kepada NadJoliey sebab you're the one who first  introduced this word to me. Lavya! :D (let see how many times I use this word in this entry).

*sesuatu menerpa otak*

Bila cakap pasal NadJoliey, fikiran saya terus melayang kepada seorang wanita yang sangat, sangat saya sayang. Gahh* <tengok, saya guna lagi>, rindu mahu bertumbuk berpukul dengan dia. Remaja paling hot abad ini.
Perkenalkan...

Kenal tidak, perempuan di atas? Kalau kamu ndak kenal, memang kamu belum kenal saya deep enough. Saya sedih bila orang ndak kenal saya deep enough <gahh*, poyo gila>. OK-lah, jum kenal this beautiful lady.

Dia adalah my one and only kakak. Namanya Nur Atieka binti Mohd Yunus dan berusia 20 tahun 6 bulan <sorry-lah Ardie>. Menyambung pelajaran di Politeknik dan status... saya pun ndak pasti. Mungkin sudah divorced, kot. Bha, siapa mau borang?? <Pandai-pandai jaa buat hipotesis. Mesti dia pukul nanti>

Dia adalah kakak terbaik di dunia. Dia sporting gila-gila-gila, dan selalu pos di 'Wall' saya, bertanyakan khabar saya. Saya suka kalau dia buat lawak, lucu bhaa manusia neh. Kalau nda percaya, cuba buka blog dia and baca. And laugh as loud as you can!

Sekarang neh, dia menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan di Politeknik Kota Kinabalu. Ibu kami kata kami terbalik kerjaya; si perempuan ambil engineer, si lelaki pulak ambil perguruan. Gahh*, ironis gila. Tapi yalah, sudah dia keras sikit dan saya... hm. ..saya kurang keras (kalau bergaduh bertumbuk, mesti dia yang menang. Heh).

Bhaa, siapa kasi nangis anak orang neh?? Gahaha, it shows right; betapa SUAVE-nya saya dibandingkan dengan kakak saya. Sejak kecil lagi :|) <I was cute; really really cute, back then> Heh, masihlah.

Apa yang saya suka dengan dia adalah kasih-sayang tidak berbelah bagi dengan family. Dia jarang tunjukkan sayang dan cintanya, tapi kalau sudah jauh dari mata, habis dirisaukannya semua. Caring sangat dan memahami saya. I mean, none understands me better than her <of course, after my God, and parents>. She's like a whole world for me.

Kenangan bersama dia... gahh*, kalau mau cerita kenangan, sampai Hari Raya Aidil Adha ndakkan habis. Saya ceritakan secara ringkas jaala arh, sebab mengejar masa. Mau kuliah sudah. Untuk entri neh, saya cerita memori di KFC. Jangan marah, ya kak! 

Naa... paling basar mulut, sampai boleh telan bhaa tangan sendiri. Chomelnya kakak saya dulu <sekarang kureng sudah! Hahahah :D Kiddin', bro>

Saya sangat rindu masa kami kecik-kecik dulu, pergi ke KFC bersama family. Tujuan utama bukanlah KFC, tapi mainan yang ada di situ. Kamu ingatkah lagi kalau dulu-dulu, ada ruang untuk pelanggan kanak-kanak. Hah, di situlah kami main puas-puas. Bhahahaha~paling saya ndak boleh lupa tuu, kami pakai baju yang sama. Garis-garis warna-warni yang mendatar. Ajajajajajaja-

Kami biasanya pergi malam. Naik pick-up ayah <sekarang pick-up tu ndaktau mana sudah>. Lepas ratah ayam KFC laju-laju dan minum air merah laju-laju <F&N kot, airnya tu. Ndak pasti>, kami terus berebut ambil buaian. Padahal ada dua buaian, saja jaa. Sama jugak kalau main gelongsoran tu, bhaa berebut. Bertolak-tolak memanjat tangga besi berantai. Saya ingat, pernah bhaa saya jatuh ditolak oleh dia. Kahkahkah, padan muka saya, erk! <Huh, dari kecil memang nampak sudah siapa lagi ganaz dan gangsta>

Pose maut, yaww!
Inilah yang selalu kami rebutkan. Kamilah adik-beradik yang conquer KFC. Budak-budak lain takot dekat <gangsta>




Die hard fan Pak Cik Colonel Sanders

Kakak saya minat dengan Pak Cik KFC tu. Asal pergi KFC, msti mau bergambar dengan patung replika yang di-install di depan restoran. Siap buat isyarat tangan finger lickin' good lagi. Muka kanak-kanak Ribena. Japp, saya cari dulu dalam desktop saya, ada kali.

Senyuman Darlie <selipar paling manang!!>
Bhaa, ingat cincai! GAH*AHAHAHAHAHAHAHA... .. .-_-. I miss you, sister. Sangat rindu zaman kita dulu. Huhuu~ <saya serius menangis>

Bhaa, tangguh dululah. Nanti sambung lagik. Wassalam.

Saturday, September 24, 2011

Buat Ieka_Mylin

Salaam. Woohh~siap kutuk aku (pembahasaan saya dengan kakak saya) kurang chomel lagi tu. Itu suatu kesalahan yang sukar dimaafkan (memalingkan muka dengan sekeras-kerasnya sambil menutup mata rapat). Taulah kakak banyak fans, sampai boleh tubuhkan Page di Facebook (bha, buatlah Page.). Ndapaa, ada jugak balasannya...

Ehh!? Ada sudah pembalasannya:

Sila klik jika ingin lihat lebih jelas
PADAN MUKA!! BLUEKK :P (apapun, takziah- eh, silap- tahniah sebab di-hack oleh KaitoKidz. Bukan semua dapat and don't worry-lah, he won't do any harm kepada blog kakak. Releks, jangan gopoh)


^P/S: Kami adik-beradik memang begini.