Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Saturday, November 5, 2011

Kepimpinan

A S S A L A M U A L A I K U M W A R A H M A T U L L A H

Mantapnya sudah belajar tiga subjek dalam sejam. Faham-fahamlah kalau ekspres begitu, berapa peratus jaa yang masuk <ada dekat tiga, empat subjek untuk diulang kaji. Yang baru dihabiskan inipun, perlu diulang ulang kaji><ya, ulangan perkataan 'ulang' itu disengajakan, bukan typo>.

Sebelum saya memulakan penulisan: maafkan saya sebab ada sesetengah pembaca yang terluka dengan maksud dan tujuan penulisan pos sebelum ini. Serius, itu tidak disengajakan. Niat saya cumalah untuk merubah tradisi jelek berpecah-belahm itu saja.

Tidak layak

Sebenarnya, saya memang manusia paling tidak layak menuliskan perihal seperti kepimpinan ini. Pertama; saya tidak pernah ada pengalaman memimpin <adalah, tapi tidak besar mana> dan kedua; sebab saya memang tidak berapa menggemari posisi pemimpin. Rimas, apalagi yang bercorak demokratik; di mana, semua kehendak pengikut perlu dipertimbangkan dan semua tanggungjawab seremeh jamuan akhir tahun terpaksa dikendalikan sendiri. Pendek kata: tidak suka! Apapun demi kawan.

Rindu pulak dengan junior tiga orang neh <yang selain dibulatkan, saya tidak berapa rindu>.
Pernah terjadi suatu insiden di mana saya dilantik menjadi ketua bagi sebuah persatuan GERKO di sekolah lama <Persatuan Petanque>. Gamaknya saya tidak pandai bermain petanque, apalagi mengajarkan undang-undangnya, semua orang bergantung kepada saya. Nasib baiklah cikgu masa tu jenis toleran, penyayang dan bertimbang-rasa <yang kebetulan cikgu Matematik Moden saya>. Jadinya, tidak perlu kelas teori, terus kepada praktikal. Senyum-senyum saya sendirian.

Memandangkan saya ketua, memang seronok boleh perintah orang lain kesana-kemari untuk saya. Suruh panjat tangga ambil bola petanque; suruh susun bola petanque; macam-macamlah. Nikmat siot! <Walaupun kadang-kadang, saya terpaksa guna teori 'do-it-yourself' untuk menjayakan aktiviti persatuan>.

Pengalaman [hidup itu roda, Yassin]

Ini Persatuan Bolasepak maktab. Tiada kaitan dengan pos.
Tapi apa nama, orang bilang: karma. Segala sikap zalim dan tirani saya itu berbalas apabila memasuki maktab ini. Atas kuasa demokrasi, saya dilantik menjadi orang kuat persatuan di sini. Wehh~jawatan yang paling saya bencilah: setiausaha.

Walaupun kapten persatuan kami tidaklah sezalim saya dulu <Healery orangnya bertolak-ansur dan komited, walaupun nampak ganas><hah, mengumpat!>. Hehehe... tapi serius, perangai dia jadi kapten jauh bezanya dari saya dulu. Begitupun, bebanan sebagai pengurus segala jadual persatuan, belum menyebut kesukaran saya yang agak <!?> buta IT neh, maka huru-hara jadinya. Baru saya rasa bagaimana bebanan orang bawahan. Teringat muka si Khairul Pidato, Jourdain Milkmaid dan Hafiz Angkasawan yang dahulunya kuli-kuli saya. 

Moral cerita saya

Menjadi pemimpin, kita perlu ada EMPATI yang tinggi. Cuba gambarkan bagaimana perasaan kamu bila dia di atas dan kamu berada di bawah naungannya. Cuba renungkan kemungkinan bahawa, pada masa akan datang--bila-bila saja--kamu pula yang akan berada di bawah, diherdik dan diperintah.

Saya tidak menganjurkan prinsip karma seperti boddhisvatta mengajar di bawah pokok bodha pasal nirvana, tetapi saya mengajarkan Sunnatullah alam. Yang baik, akan dibalas baik juga akhirnya, dan yang jahat: pasti akan dihambat setimpalnya. Saya kira, semua agama mengajarkan ini, jadi pos ini sesuai untuk setiap manusia < =.=' macam promosi blog jaa??>. 

Hehe, tidaklah. Saya ikhlas :) <Lagi ralat. Orang ikhlas mana ada beritahu dia ikhlas. Aduhailah>.

Si diktator yang insaf <insaflah sangat>.


Friday, November 4, 2011

Jamuan Lajnah Akademik & Tarbiyyah (LAT)

A S S A L A M U A L A I K U M W A R A H M A T U L L A H

Semalam, lajnah saya <nama tertera di atas> mengadakan jamuan yang serba sederhana bagi meraikan setahun bekerjasama dalam satu lajnah, dan merayakan kejayaan akhi Razvi bin Musily <orang yang selalu saya pinjam DSLRnya> dan Kak Shaby, kerana mereka mengorak setapak lagi jauh dengan menjadi mas`ul dan mas`ulah secara respektifnya. Tahniah kamu dua, dan selamat menjalankan tugasan. I know you both can do it. :D

Walaupun jamuan sederhana sangat <zuhud, bha><bayarpun RM10.00>, saya sangat bersyukur sebab ianya sangatlah meriah. Ceria jaa lajnah kami neh. Dan lagi satu; saya rasa saya akan kekal untuk terus menerajui lajnah ini, walaupun sebagai ahli jawatankuasa biasa. Siapa setuju?

*angin bertiup perlahan, dedaunan kering berterbangan*

Ahh!

Merenung papan kenyataan. Banyak memoir ditampal di situ.
Abang Fariq. Ketua naqib dalam kumpulan `usrah saya. Tinggi ilmu beliau, percayalah.
Suasana Surau Asy-Syakirin. I didn't get the mode right. Will improvise this picture.
'Peace & Strangled' is this picture's name/title <inilah kesan kebosanan + kelaparan>.
Sedang membuat persiapan.
Khusyuk. `Ilmuwan memang tidak boleh berpisah lama-lama dari buku. Merana jiwanya.

Sempat pula berlagak ulat buku. XS
Akhi Husni yang tenang dan Akhi Razvi yang periang. Bagaimana ironis lagi ia boleh terjadi?
Turut serta <shuuh, shuuh!!!>.
Ceria dan bergelak-tawa. Some people say, "The smaller number yet the happier, is the better".
Semalam, baru saya nampak alibi penyataan tersebut.

Meriah, walaupun sebelas orang jaa. Paling mahsyuk masa makan ais krim tu. :9
Cenderakenangan. Sedihnya, nama saya dieja salah <hehehe, tapi nama tu macam sedap didengar ...Yasser>.
P/S: Buat ahli LAT... kamulah yang terbaik! Mari teruskan jihad ini demi menegakkan Islam. 

Seperti Yang Sudah Dijanjikan

A S S A L A M U A L A I K U M W A R A H M A T U L L A H

Berikut merupakan beberapa keping gambar yang berjaya saya peroleh <dalam komerib saya, ada 200 gambar yang setiap satunya bersaiz 3-4MB. Bayangkanlah, sampai lembap komerib neh><saya akan cuba muatnaik sebanyak yang saya mampu>. Malas mau membebel panjang malam neh, jadi tengok jaalah. Namun serius, ia mengingatkan saya dengan Hazel J20i. Rindu betul dengan HP yang itu.

Ardie, cool as always.
Mandarin guys and gals.
Saya suka ini.
Dia dengan senyumannya. Selalu.
Tarian mantap dari TaSeK. Tapi ...
VIP datang menjenguk.
Susah-payah fokus neh ... baru dapat.
Keramaian yang sesak sangat. Mau ambil makananpun, beratur bagai pergi mengundi.
Pasangan hos yang mantap.
Sibuk...tahun 2010 dulu, Ariff merupakan ketua aras.
Agagaga ... entah stail apalah posing budak neh.
Senior dan junior.
Mendapatkan kupon makan,
Maher Zain in the house.
Adess ... ngam-ngam pula Rusdi membelakangi lensa.
Ranggi dan bergaya. Inilah kasut yang saya suka dan kalau mau hadiahkan saya sesuatu, hadiahkanlah ini.
"Amer!!".
Imam.

Kawan...pendefinisiannya memerlukan pemerhatian.
Random shot.

Thursday, November 3, 2011

Meriah

Salaam dan selamat pagi ... huhuu~ceria jaa saya hari neh. Lagu blog kakak saya, kalau diputarkan pagi-pagi, memang sesuai. Menenangkan. 

Semalam

... merupakan malam terakhir di mana seluruh warga kolej kediaman boleh berkumpul. Sedih, sebab ia juga <mungkin> malam gala terakhir untuk maktab ini, sebab kami akan berpindah ke ENSTEK tahun depan. Gahh. Meskipun baru menetap kurang dua tahun di sini, pengalaman dan memori sudah banyak <bagaimana pulalah perasaan senior yang sudah jauhlebih lama membina masa muda di sini, lagilah menderita>. Rasa sedih pula mau meninggalkan teratak konkrit ini. 

<apa sudah saya mau cakap tadi *garu kepala*>

Oh ya, sekadar memberitakan: pada awal pesta, agak suram sambutannya. Yang paling meriahpun, semasa TaSeK mempersembahkan tarian mereka. Bersorak bagai sudah gila. But then, tonnes of appreciation I credit to Br. Razvi and Sr. Aina for their wonderful program hosting. Some parts of their hosting were funny and dang! He said he couldn't do it. 

Semakin lama, penonton semakin susut; semuanya yang sudah memenuhkan tembolok, pulang <adakah tarikan Facebook lagi kuat??>. Entahlah, mungkinkah tidak mau disuruh mengatur semula kerusi ATAU sebetulnya mau pulang memeriksa notifikasi 'Facebook'; saya tidak tahu. Biarlah mereka.

Yang ironisnya, bahagian paling meriah semalam adalah ketika sesi mengemas kerusi dilakukan. Kami bebas mengambil makanan dan meragut snek-snek yang masih bersisa. Lagu demi lagu rancak dipasang, sambil kami bergelak ketawa mengemas seluruh dewan. Dan kepada 'The Borneos': tahniah. You guys did a very wonderful job in entertaining me <it's not easy to entertain me, ya know?>.

Saya ada ambil gambar dengan menggunakan lensa Aizat. InshaAllah, saya akan cuba dapatkan beberapa keping daripadanya <janji dulu pun, belum tertunai lagi>.

Monday, October 31, 2011

Adakah Condoleeza Rice Wanita Terkuat? Tidak.

Salaam. Lega bila sudah berbilas tengah malam, lepas gunting rambut. Terima kasih kepada Razvi Musily atas perkhidmatan percuma kau <lain kali, saya minta tolong kaulah; murah><habess kalau sudah percuma, mestilah murah>. Apapun, sedikit canggung bila bila boleh kata dengan nada selamba sambil menarah rambut saya, "Ini first time saya gunting rambut orang". Adakah wajah yang tampan ini serupa tikus makmal??

Saya baru jaa habis melancong dan melawat ke beberapa blog, dan bergerak ke stesen segala blog di Facebook. Jujur saya cakap, tanpa merasa segan silu dan terdesak, kadang-kadang ianya melucukan; tentang bagaimana terdesaknya mereka untuk meraih 'Followers' dan minta dikomen entri terbaharu. Saya tidak kata ianya salah, mahupun tidak mengiya, tapi sedih:- entahlah kenapa rasa sedih. BTW< masing-masing ada pandangan respektif tentang seni berblog. Dan saya kena akur itu.

Oh ya, saya mahu bagitau ni, mulai sekarang, bahasa Melayu baku akan digunakan di dalam blog ni. Cuma beberapa istilah tertentu akan dikekalkan seperti "neh", "bha" dan "lah". Yang lain, semuanya serba skema. Harap bersikap toleran. <kenapa tiba-tiba? Heck. Saya mahu sambung perjuangan bahasa Melayu saya. Sudah lama ditinggalkan>.

Entah kenapa tengah malam neh, saya teringat ibu, dan tulis entri pasal dia

Ibu adalah wanita yang paling kuat di dunia, sebab dia memiliki anak lelaki ternakal di dunia <sayalah>. Dekat 20 tahun sudah dia jaga saya, dan memandangkan 20 tahun itu masa yang panjang, dia lebih kenal saya, dan itu menjelaskan kenapa saya serahkan kuasa autonomi memilih menantu di tangannya <tentulah, dengan preskripsi ayah juga <gahh, janggalnya berbahasa SPM neh. Sabar jalaah:- ini barulah perjuangan>. 

Ibu, dia banyak tumpahkan keringat untuk saya. Banyak piring nasinya disendukkan dan letak dalam piring saya. Banyak gelas kopi yang baru saja dia ingin hirup, dituangkan ke cawan saya. Beribu duit dan hartanya habis untuk saya. Ibu, orangnya sederhana, dan saya kira tidaklah sekaya wanita berkerjaya yang lain. Cumanya, dia kaya satu benda.

Sewaktu menghantar saya ke lapangan terbang Tawau.
Kasih sayang. Sesuatu yang tidak ada samanya dengan mana-mana wanita <dan saya bercakap sebagai manusia>. Kayanya ibu dengan kasih sayang, kalau dijenguknya mangkuk lauk tinggal seketul ikan basung di dalamnya, dia terus ke dapur. Memberikan kami peluang untuk makan. Ini cerita betul, tiada tokok-tambah.

Kadang-kadang, saya hairan dengan wanita yang bergelar ibu. Lumrahnya, mereka lebih lemah, tapi kalau dalam bidang emosi, keteguhan dan segalanya yang berpautan, mereka berlemon-lemon kali lebih kuat. Masalah sebesar dunia, mereka punggah dengan bahu, sedang kita syok jaa bermain di bawah sanggahan mereka. Ibu:- memang hebat <saya geleng kepala masa tulis neh. Serius>.

Satu lagi yang saya sangat-sangat kagum pasal ibu saya, dia jarang merungut. Optimis dengan hidup dan perancangan Tuhan. Dia asyik bersyukur, bersyukur dan bersyukur. Bersyukur ada anak macam sayalah, bersyukur gaji sudah dinaikkanlah; banyaklah <entah dia sedar atau tidak, sayalah manusia yang paling bersyukur ada ibu semacam dia><ibu lain ndak seronok XD>

Selalu suruh pergi beli gula sekilo, lepas tu dapat duit sepuluh sen.

Ndatau semasa ke mana neh. 
Gahh. Saya sudah cerita bha, benda ni dalam pos 'Kakak Terbaik Abad Ini' tu. Memang ibu begitu, dulu. Asal jaa kami ke kedai disuruhnya membeli sekilo beras atau menghutang sebungkus minyak masak, mesti ada sekeping duit syiling perak di tangan. Balik bawa barang yang diperintahkan, bersama seketul ais batang. Ibu sambut barang sambil tersenyum <senyuman yang masih kekal walau sudah 12 tahun berlalu>, terus cakap, "Terima kasih, sayang". Belai wajah.

Selalu suruh tidur siang. Kalau ndak, disembunyikan hantu kokko'

Wahahaha~hantu kokko'. Orang Semenanjung panggil hantu kopek, sebab saiz kopeknya yang besar nyiru <serius ndak boleh bayangkan>, dan selalu sembunyikan budak-budak di bawahnya <saya selalu terhibur bila mengenangkan betapa polosnya dulu pemikiran, dan betapa itu membentuk peribadi saya sekarang>.

Cara ibu pujuk supaya tidur siang mudah. Kalau tengah hari, dia baring di ruang tamu. Lepas tu, dia ketuk dinding, dan cakap dalam separuh menjerit, "Siapa tuu!!" dan ibu sendiri juga yang balas dengan suara yang diubah sedikit, "Nenek kebayan...". Kami yang asyik bermain tanah cepat-cepat berlari naik, merebut tempat ke dalam pelukan ibu. Saya selalu lambat <noob> dan selalunya cuma dapat tekup muka di belakang ibu. Seumpama nenek kebayan itu berdiri seela saja dari hujung kaki saya.

Ibu ... inilah manusia yang dahulu kaudodoi. Sudah besa dia, sudah ada fikiran sendiri.
Maafkan dia atas sekalian banyaknya dosanya kepadamu.
Lepas tu, ibu tepuk-tepuk bahu, tepuk-tepuk punggung dan nyanyikan lagu Fauziah Latif. Atau lagu Ziana Zain, dan paling koman: lagu 'Wahai Kauburung Dalam Sangkar'. Gahh.

Selalu ibu tiupkan bubur yang masih panas

Dalam hidup saya, satu resepi yang paling lazat dan tidak dapat dilupakan adalah bubur nasi dituang kicap manis. PERGH! Memang kalau zaman kecil, kalau ibu keluar dari dapur ke ruang tamu dengan sepiring bubur ditatang, memang sampai bercakar. Padahal benda tu, ringkas gila =,='. Biasanya, ibu letak Bovril jugak.

Hatinya tabah.
Kadang-kadang kalau ibu suap, saya jerit, "Panashh!" <sesuatu macam itulah>. Cepat-cepat ibu pujuk dan tiup bubur tadi. Mabil kipas kemetot tu, dan tujukan pada piring. Lepas tu, main giliran ah, kena suap. Comel dulu, hidup saya <sekarang pun ...masih>.

Saya sayang ibu saya

"Kami cool".
Dua manusia terkuat di dunia.
Serius. Pernah dengar tidak, kisah pemuda yang ingin berjihad lalu dihalang Rasulullah SAWS? Baginda SAWS bersabda, "Apakah kamu masih mempunyai ibu bapa di rumah? (Jika ya) maka peliharalah mereka."
Saya akan lakukan ini.

Semasa ber-chat. Rindu betul dengan ibu <walaupun kalau di rumah, ndak layan sangat. Jahat bha, saya>.

Friday, October 28, 2011

Berjalan Ke Pavilion ...Lagi!

Salaam, selamat pagi dan salam 1Malaysia, guys. What, you're missing me? Aww~ that's too kind of you. Agagaga:- all right, you can puke <serahkan baldi kecil>. Baru jaa makan mee segera sepuluh bungkus dengan dorang Ewi ... eiww~~is that my noodle. Gahh. Horrible me.

Hari ini

... hari Jumaat. Dan bermaksud, ada seminggu lagi sebelum peperiksaan <wait-- FUUUUUUUUUUU!!!! I've just realized that!!! Haiyoo ... I didn't revise a thing. I'm so dead meat>.  But anyway, we put that aside, first, because today I want to share some pictures that we took during our journey to Pavilion.

Walking via car, and then LRT and then by foot. Humans are wonderful creation

We made several sojourns before and after went in Pavilion, don't know why, just wanted to ma comparison. Lots of love to Razvi, the DSLR whom was willing to lend me his optical gun. Had plenty of fun, using it, but No: Hazel's still the best. Mind you.

Seriously, looking back at all those photos, I really want to lay my fingers on Photoscape. There's so much thing I could do with each and every photo. Anyhow, during the process, I found four pictures were defective. So, I dumped it. 

Bha, let us go straight to the picturesque. I have no mood commenting today. Just read the captions, OK?

Malaysian... I used to hear the phrase, 'typical Meleis'. Can someone define for me that, please???
Near Pavilion.
WARNING: Extreme sexiness :P
A rather, undiscovered part of the building.
UGH! I duck-faced myself. Hate it, hate it, hate it!!! <But still, looks provocative Nadiah, you know which side of provocativeness, right?
Here we are ... finally arrived after a long, half an hour journey.
I like the fountain. They're magical.
From Level 3 ... agora, isn't it? <And also, acro>
Ini bangunan apa entah. Looks nice- a well-done architectural design. 
Hectic and busy. Sometimes, suffocating.
Level 5, if I'm not mistaken. During the time Hazwan bought that ice cream. Delicious, it's just that the price is absurd.
"Yassin, look up!", asked Razvi. I don't know what kind of pose was that, but I did. Imma photogenic!
Yakuza. :D
Ultraman ... he's a human, ya see? He needs to do some shopping, too.
Pretending prestigious. Ironic combination of singleness and fancy. But, amiiin . if this is a du'a.
Photogenic.
Again, photogenic <seldom, OK?>
=,=" this is getting ...
...
Woah ... I thought the stuff here are more expensive <well, some of them ARE expensive. For instance: Turkey passion fruit: RM22.00 for one>. It turned the otherwise. Some goods here are cheaper than in Midvalley, Times Square, MyMart <Agagagaga><KASK>.
I just noticed that the woman in the middle is an actress.
"Breake the rule".
From Pavilion's foyer. After rain; wet and slippery.
"Ahh, there you are...", when we found this, parked in front of Fahrenheit.
Solitude.
In the nick of time <the elevator's door was just about to close, when I took this>.
Nice. Looks industrious and mechanical. The kind which I prefer. 
I want my future's wife to have this name.
AGAGAGAGA ... censorship is self-discretion. :D :P
Sharing the same passion.
Nice, right?
Indie-themed photo. I really enjoy this type of perspective. Razvi said that it is abnormal and weird. Welp, we always and should have different perspective. Otherwise, life will turn into boredom.
Like a boy band or something.
Hana Tajima? Ainan Tasnim? Don't know. Don't care. I like, either both.
We are so strangled with laws.
Educating self to educational stuff. Not me character. Never, see.
Railway of life. Not because it ease life; but it has consumed many.
"Be prudent here ... I sensed danger". XD
Loikee~
Funny <this is an uncompleted picture>.