Showing posts with label craving. Show all posts
Showing posts with label craving. Show all posts

Friday, November 4, 2011

Jamuan Lajnah Akademik & Tarbiyyah (LAT)

A S S A L A M U A L A I K U M W A R A H M A T U L L A H

Semalam, lajnah saya <nama tertera di atas> mengadakan jamuan yang serba sederhana bagi meraikan setahun bekerjasama dalam satu lajnah, dan merayakan kejayaan akhi Razvi bin Musily <orang yang selalu saya pinjam DSLRnya> dan Kak Shaby, kerana mereka mengorak setapak lagi jauh dengan menjadi mas`ul dan mas`ulah secara respektifnya. Tahniah kamu dua, dan selamat menjalankan tugasan. I know you both can do it. :D

Walaupun jamuan sederhana sangat <zuhud, bha><bayarpun RM10.00>, saya sangat bersyukur sebab ianya sangatlah meriah. Ceria jaa lajnah kami neh. Dan lagi satu; saya rasa saya akan kekal untuk terus menerajui lajnah ini, walaupun sebagai ahli jawatankuasa biasa. Siapa setuju?

*angin bertiup perlahan, dedaunan kering berterbangan*

Ahh!

Merenung papan kenyataan. Banyak memoir ditampal di situ.
Abang Fariq. Ketua naqib dalam kumpulan `usrah saya. Tinggi ilmu beliau, percayalah.
Suasana Surau Asy-Syakirin. I didn't get the mode right. Will improvise this picture.
'Peace & Strangled' is this picture's name/title <inilah kesan kebosanan + kelaparan>.
Sedang membuat persiapan.
Khusyuk. `Ilmuwan memang tidak boleh berpisah lama-lama dari buku. Merana jiwanya.

Sempat pula berlagak ulat buku. XS
Akhi Husni yang tenang dan Akhi Razvi yang periang. Bagaimana ironis lagi ia boleh terjadi?
Turut serta <shuuh, shuuh!!!>.
Ceria dan bergelak-tawa. Some people say, "The smaller number yet the happier, is the better".
Semalam, baru saya nampak alibi penyataan tersebut.

Meriah, walaupun sebelas orang jaa. Paling mahsyuk masa makan ais krim tu. :9
Cenderakenangan. Sedihnya, nama saya dieja salah <hehehe, tapi nama tu macam sedap didengar ...Yasser>.
P/S: Buat ahli LAT... kamulah yang terbaik! Mari teruskan jihad ini demi menegakkan Islam. 

Sunday, October 30, 2011

Haiyou... Ada Lagi Gambar Belum Dipos

Salaam dan selamat pagi. Wes kabare/aga kareba? <Just sharing some of my linguistic knowledge. The latter and former share the same meaning: Apa khabar?>

Sebelum apa-apa, saya mengucapkan jutaan tahniah kepada pasukan bola sepak Negeri Sembilan yang berjaya meraih kemenangan bagi Piala Malaysia menentang Terengganu. Agagaga -- buat yang naib johan, jangan bersedih. Bagus tu kamu sampai final.  Pasukan saya <Sabah>, separuh akhirpun ndak sampai. Heck <but we're cool>

Ini... semalam, saudari Rahi menulis di Facebook bha, pasal entri bergambar. Saya tau maksud dia apa, tapi saya ndaklah balas. Dia mau tengok putera dia dan saya berhenti komen. Keliru. Nanti tersalah komen kah, apakah ... biasalah saya neh, mulut puaka telaga biru <ehh, bukan tasik birukah?>. Ahh, hntam jaklah!

Apapun, komennya tu mengingatkan saya pada baki gambar di Pavilion yang belum saya poskan. Gahh, kenapalah. OK-lah, tengok jaalah, sayapun malas menulis neh.

I did some editing, so you can't expect to have an original look of these <hey, did you just being sarcastic to yourself?>
Comel, kan .... .... Domo tu. Besar, cute and most importantly: HUG-ABLE!
Thanks to Ewi for this delicious shoots. I took some and edited it. Quite nice, don't you think?
I know what's on your mind and I want you to guess ...
Mine?? No way. I still crave for the MoonRaider.
Kalau colour enhance lagi sikit neh, mesti lagi mantap <kah... retro mode?><Saya prefer vintage. Will do it, for tutorial>
Atai ... what was he seeing?? o.O'
Nice. Cuma view mereng sedikit <kamu taukah maksud miring tuu??>
Di mana-mana, perlu ada makanan. It's like, the largest industry in any building.
Berangan adalah suatu perkara yang baik, tahu?
My friends.
I simply heart this one <single lens akan terlihat lagi cantik, kan?> Cerewet!
Sephora after rain <saya ingat saya sudah pos bhaa, benda neh>. Hantamlah!

^P/S: Masuk elaun neh, sayamau jalan lagi ke sini: tengok wayang 'Don't Be Afraid of the Dark'. Mau join? Tinggalkan komen di bawah <skil kasi banyak komen bhaa>

Thursday, October 27, 2011

I Haz Humor

Salaam. Just listen and see this:


I'm "impressed" with the 2,941 dislikers. I mean, how can you resist such adorableness? :3

Tuesday, October 25, 2011

Kamu Punya Bakat yang Saya Cemburu

Salaam ... lancar pulak tangan menulis hari neh. Layan jaalah, OK? Entri kali ni, pendek jaa <kunun>. Betul bha, ndak tipu ... pasal gambar. Nominasi 8 gambar paling paling cun untuk tahun 2011. Buat yang layak dan mendapat tempat, teruskan hingga ke peringkat yang lebih tinggi. And for those who are not qualified, don't worry; this is just a small recognition from a typical boy. Sepanjang menilai, saya mungkin ada buat ralat or something yang menjejaskan markah penilaian.

Intro

Hmm. Dalam Facebook, saya ada ramai kawan yang memiliki bakat fotografi. Kagum, bangga dan dalam masa yang sama; jealous dengan kelebihan itu. I've tried so hard to be- at least- as equal as them, but then; it's almost a Mat Jenin's dream. Mustahil kowt!

Saya senang terhibur dengan foto yang cantik, ndak kiralah; misterius,sufistik, mistik, ekspresif atau implisit; saya suka dengan foto. Di sini, saya senaraikan beberapa link kepada gambar-gambar yang paling menarik perhatian saya. Sila klik pada nama yang saya senaraikan sebagai pemenang hati saya. Pergi periksa ia di luar <translate to English, please>.
1. El Ferdowsi 
2. Haniff Ramli 
3. Razvi Musily 
4. Haziq Saharuddin 
5. Farah Musa 
6. Fazze Elan 
7. Guru Jiwang 
8. Aizat Akram <belum dapat foto, nanti inshaAllah akan dimuat naik>

Sunday, October 16, 2011

Pengiktirafan

"What it is in our body is more than what it is outside it"
-deux, ex machina, 16/10/2011.
Ugh. Penatnyaaa~~

Salaam, saudara-saudari para hakim yang adil lagi bijaksana, dan audiens yang dikasihi sekalian <$&#@#@$%#; kenapa macam pidato pulak neh. Tukar, tukar!!> Ahahaha. Yassin poyo.

OK-lah, malas mau tulis yang ndak-ndak. Pagi ni, kami mengadakan sukaneka anjuran Asy-Syakirin di court tenis. Aktiviti best belakalah! Wahahaha- but serious. Serius seronok <besides mengurangkan lemak di badan neh><ehh, saya ada lemakkah? Check japp...manada!>. DUH, masih merepek.

Aktiviti yang dijalankan ialah perah span, konda-kondi versi Asy-Syakirin, kepit kelapa, dan imbang guli. Ada jugak Frisbee, bola keranjang dan bola tampar + sepak takraw, tapi tiada dalam tentatif. Bida`ah! Ahahahaha.

Hari ini adalah hari rekreasi/riadah paling seronok oh, saya rasa. Ndatau kenapa, mungkin sebab peserta ahli muttaqin semuanya <except me, that's obvious>. Tapi ndak kira panaskah, rintik-rintikkah, semuanya seronok dan memorable. YassinYunus AnimaFidelis IudexFinalis wants another round!

Kumpulan kami, Kumpulan Empat <terdiri dari: Abang Naqib, Abang Fariq, Abang Aiman, Akmal dan saya sendiri> kalah neh. Mungkin kedudukan ikot nama kumpulan kot. Gahh, benci kalah. Disebabkan mata skor terlalu jauh bezanya, saya prejudis. But then, saya terima jaa bha. Saya sendiripun, noob gila-gila neh.

Yang paling ndapuas hati tu, masa lawan konda-kondi dengan kumpulan 3 <ehem, ehem>. Habes... tiga puluh beza markah. Gahh, teruk kot. Tapi ndapalah, saya cakap dengan seorang peserta, "Kita ada Hakim di atas". Waah, padahal saya pun menipu bhaa main <tapi bukan menipu tuu. Saya patuhi semua syarat, bhaa>

Sorry-lah tiada gambar. Time nilah paling saya ndak boleh tahan. RINDU DENGAN HAZEL!! Wahai beloved, manakah sudah engkau? Mengapa kauulang sejarah Fatimah yang pergi jauh dariku. Serius, saya rindu. :'[

Sudahlah, pergi topik sebenar

Sebenarnya, saya cuma mau ucapkan beribu terima kasih kepada manusia-manusia mulia yang memberikan saya motivasi untuk meneruskan lagi minat saya. You guys are great, I give that to you. Terutamanya senior yang sedap suaranya tuu, memang terbaiklah nasihat. Demi mendapatkan sebuah personal DSLR, I will! InshaAllah...


 Dan sedikit nasehat untuk kalangan pembaca. Semoga Allah menunjuki kita. Wallahu`alam.

Friday, October 14, 2011

Craving

Salaam. I am craved to have all of the below. 

Gahh. The look, the colors, the textures... they're simply awesome! I miss Tawau, I miss everything about its delights and delicacies. Still could remember the taste of each and every food in this frame. Someone please cook/make them from me.. I beg you guys.. <dahh, banyak lagi posting yang perlu dibuat untuk memecahkan rekod. Teruskan ke pos seterusnya>


Dari atas kiri ke kanan:
roti murtabak <empat kali ganda lebih besar dari yang ada di sini, dengan dua kali ganda harga>, ABC jagung <dessert paling masyhuk di seluruh semesta. RM 2.30, endless enjoyment>, nasi kuning <gahh. Tiada nasi kuning di Semenanjung yang boleh di-compare-kan dengan nasi kuning Komfa>

Kiri ke bawah: roti John <kenapa namanya roti John? Entah. Tapi satu benda yang saya tau, roti John Tawau eksklusif dan bombastik>,  keropok bawang <gilalaah, makanan favourite kami sekeluarga>

Gambar besar: bubur jagung ibu <simply the best food around. Ndaksabar rasanya mau balik and have a big bowl of this splendid thing by myself XP>