Showing posts with label impian. Show all posts
Showing posts with label impian. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

Realis

A S S A L A M U A L A I K U M W A R A H M A T U L L A H

Saringan
Huh. Sudah lama tidak menulis pos tl;dr dalam blog neh. Rasa macam mau buang jaa, semakin malas pulak menaip. Kalau dulu-dulu, seronok gila bila ada peluang untuk meletakkan jari di atas papan kekunci, memuntahkan pelbagai benda berkenaan hidup. Kebelakangan ini, tiada perkara yang menarik untuk dikongsikan, tambahan lagi tekanan peperiksaan yang sangat memeningkan kepala. Adoyai~

Mat Jenin bukan realis

Untuk siapa yang tidak tahu apa itu realis: ia adalah paradoks kepada perkataan idealis <sort of>. Orang sebegini mementingkan nilai praktikal sesuatu idea berbanding nilai estetik atau kefungsiannya. Tidak kiralah betapa hebat sesuatu idea, mereka akan tolak tepi kalau tidak boleh dilaksanakan. Seems familiar?

Mat Jenin itu bukanlah seorang realis, tetapi idealis. Dia bertenggek di pokok kelapa, lalu mengimaginasikan perkara-perkara yang sangat mengagumkan; memiliki ratusan ekor kambing, rumah bagai istana dan isteri yang cantik-cantik; namun apa yang didapatnya?

Heh, tiada. Itulah risikonya bila ingin menjadi idealis. Kadang-kadang, mereka terlalu mengimpikan yang indah-indah, tanpa sedar bahawa impian mereka itu tidak boleh dilaksanakan. Oh, tidak! Kamu tidak dilarang bermimpi~cuma kalau ingin berbuat demikian, biarlah memipi yang boleh dicapai.

Biasa-biasapun, sudah OK. Yang penting, hasilnya boleh dituai. :)

Tuesday, October 25, 2011

Kamu Punya Bakat yang Saya Cemburu

Salaam ... lancar pulak tangan menulis hari neh. Layan jaalah, OK? Entri kali ni, pendek jaa <kunun>. Betul bha, ndak tipu ... pasal gambar. Nominasi 8 gambar paling paling cun untuk tahun 2011. Buat yang layak dan mendapat tempat, teruskan hingga ke peringkat yang lebih tinggi. And for those who are not qualified, don't worry; this is just a small recognition from a typical boy. Sepanjang menilai, saya mungkin ada buat ralat or something yang menjejaskan markah penilaian.

Intro

Hmm. Dalam Facebook, saya ada ramai kawan yang memiliki bakat fotografi. Kagum, bangga dan dalam masa yang sama; jealous dengan kelebihan itu. I've tried so hard to be- at least- as equal as them, but then; it's almost a Mat Jenin's dream. Mustahil kowt!

Saya senang terhibur dengan foto yang cantik, ndak kiralah; misterius,sufistik, mistik, ekspresif atau implisit; saya suka dengan foto. Di sini, saya senaraikan beberapa link kepada gambar-gambar yang paling menarik perhatian saya. Sila klik pada nama yang saya senaraikan sebagai pemenang hati saya. Pergi periksa ia di luar <translate to English, please>.
1. El Ferdowsi 
2. Haniff Ramli 
3. Razvi Musily 
4. Haziq Saharuddin 
5. Farah Musa 
6. Fazze Elan 
7. Guru Jiwang 
8. Aizat Akram <belum dapat foto, nanti inshaAllah akan dimuat naik>

Wednesday, October 5, 2011

Randomization

Salaam. Baru habis tengok 'Johny English: Reborn'. Teringin betul mau tunggang snowmobile, bila tengok dia menaikinya. Sungguh best, nampaknya di situ.
Wahh- indahnya pemandangan ni. 
Saya berjanji dengan diri-sendiri!

Akan usahakan apa jaa cara untuk naik snowmobile. Ehh, yang halal punya jalanlaa. Mau rasa macamana snowflakes jatuh ke muka dan mencair. Mau tengok rusa atau moose bertempiaran saat mendengar deruman enjin snowmobile saya. And I need to see snow and play with it badly. Semoga Allah mengabulkan doa saya ni, amiin...

Seperti yang saya pernah story dengan kalian semua, saya pernah anticipating untuk beajar di Australia, tidakpun di Stockholm, UK (bhee, detail lagi arh). Semua tu sebab saya mau rasa bagaimana berbaring di atas salji. Mau tengok kanggaru and give/have a hug to/from the koalas. Those marsupials are awesome!

(mungkin sebab nda jujur untuk belajar kot, yang menyebabkan saya tidak layak ke sana)(nanti epas kasi naik haji ayah dan ibu baru boleh naik haji sendiri and make my own journey)(I really want to be somebody with a backpack, a long shirt, with humongous camera constantly hung over me. Amiin juga).

Sudah dipotong rambut saya.
Susun. Jangan tidak susun; susun.
Secebis budaya.