Showing posts with label addiction. Show all posts
Showing posts with label addiction. Show all posts

Sunday, October 30, 2011

Haiyou... Ada Lagi Gambar Belum Dipos

Salaam dan selamat pagi. Wes kabare/aga kareba? <Just sharing some of my linguistic knowledge. The latter and former share the same meaning: Apa khabar?>

Sebelum apa-apa, saya mengucapkan jutaan tahniah kepada pasukan bola sepak Negeri Sembilan yang berjaya meraih kemenangan bagi Piala Malaysia menentang Terengganu. Agagaga -- buat yang naib johan, jangan bersedih. Bagus tu kamu sampai final.  Pasukan saya <Sabah>, separuh akhirpun ndak sampai. Heck <but we're cool>

Ini... semalam, saudari Rahi menulis di Facebook bha, pasal entri bergambar. Saya tau maksud dia apa, tapi saya ndaklah balas. Dia mau tengok putera dia dan saya berhenti komen. Keliru. Nanti tersalah komen kah, apakah ... biasalah saya neh, mulut puaka telaga biru <ehh, bukan tasik birukah?>. Ahh, hntam jaklah!

Apapun, komennya tu mengingatkan saya pada baki gambar di Pavilion yang belum saya poskan. Gahh, kenapalah. OK-lah, tengok jaalah, sayapun malas menulis neh.

I did some editing, so you can't expect to have an original look of these <hey, did you just being sarcastic to yourself?>
Comel, kan .... .... Domo tu. Besar, cute and most importantly: HUG-ABLE!
Thanks to Ewi for this delicious shoots. I took some and edited it. Quite nice, don't you think?
I know what's on your mind and I want you to guess ...
Mine?? No way. I still crave for the MoonRaider.
Kalau colour enhance lagi sikit neh, mesti lagi mantap <kah... retro mode?><Saya prefer vintage. Will do it, for tutorial>
Atai ... what was he seeing?? o.O'
Nice. Cuma view mereng sedikit <kamu taukah maksud miring tuu??>
Di mana-mana, perlu ada makanan. It's like, the largest industry in any building.
Berangan adalah suatu perkara yang baik, tahu?
My friends.
I simply heart this one <single lens akan terlihat lagi cantik, kan?> Cerewet!
Sephora after rain <saya ingat saya sudah pos bhaa, benda neh>. Hantamlah!

^P/S: Masuk elaun neh, sayamau jalan lagi ke sini: tengok wayang 'Don't Be Afraid of the Dark'. Mau join? Tinggalkan komen di bawah <skil kasi banyak komen bhaa>

Wednesday, October 26, 2011

Efek 'Subject Projection' (SP)

Salaam ... malam neh, kita belajar satu lagi tutorial yang quite nice. Ianya saya panggil sebagai efek 'SP', sebabnya ia bertujuan untuk menonjolkan subjek sebagai seakan-akan terkeluar dari gambar. I'm quite a dipshit; I didn't really succeed in using this effect, below is the best I could do <please ... commandment is below the picture>.

  1. Buka Photoscape dan pilih gambar <pastikan gambar: berlatarkan langit biru dan ada subjek yang ketara. Sedia pada tab Home.
  2. Filter > Noise Reduction > Medium
  3. Filter > Graduated Tint > Letakkan cross hair pada kaki langit > Shade: 100%; Feather 20%
  4. Filter > Deepen > Medium
  5. Filter > Fake Tilt-Shift > Letakkan crosshair pada subjek > Contrast: 0%; Blur: 20% <optional percentage
  6. Filter > Texture > noise_hard_04.jpg
  7. Ready!
Advance

Kalau kamu mau kasi advance sikit proses neh, cari mana-mana gambar surat khabar <optional, tapi di-recommend. Kalau mau guna gambar lain pun boleh> di Internet dan pastikan subjek sudah di-crop dari gambar yang sudah di-edit. Sayugia diberi peringatan: lepas crop subjek, sila 'save as' dan jangan 'save'. Gambar yang sudah di-edit sebentar tadi diperlukan. Sila baca dan lihat contoh bawah:

  1. Buka Photoscape dan pilih gambar yang sudah di-edit dengan efek 'SP' tadik. Haa ... pandai!
  2. Pergi tab Object > Klik ikon gambar tu <alaa, yang ada mataharinya dan gunungnya tuu>, lepas tu > Photo. Pilih gambar surat khabar yang sudah di-download dari Internet.
  3. Tindihkan gambar yang ingin di-edit dengan objek surat khabar tadi > klik dua kali pada objek > opacity 64
  4. Pergi lagi tab Object > Ikon gambar > Photo. Pilihlah sunjek yang sudah di-crop tadi 
  5. Superimposed-kan dengan gambar yang ingin di-advance suntingannya. Pastikan subjek pada gambar betul-betul overlap dengan cropped subject.
  6. Save dan sedia.

Thursday, October 20, 2011

Unreleased Photos (Saja Jaa: Kurangkan Tekanan)

Salaam. Gahh. Ke-cuak-an melanda diri ini. MUET akan berlaku sejam 30 minit dari sekarang. Sudahlah semua candidates senior. Tapi ndapaa, latihan saya rasa dusah cukup and for that; thanks to all my friends who have been supporting me <esp., those who involved in MUET practices with me>.

Bencinya jadi kumpulan terlambat. Doakan saya berjaya dan dapat band cemerlang -- band empat pun, jadilah.

Tuesday, October 18, 2011

Ke Pavilion Tanpa Hazel Macam Ndak Berjalan Sama Sekali. Saya serius rindu dengan Hazel J20i Saya.

Salaam kawan-kawan. Hehehe. Sudah nampak 'Real Steel' kelmarin. Well, I will comment on it but first, lemme tell you a brief about our trip <my first trip> to Pavilion. Sorry arh, descriptive essay memang favourite saya, jadi saya ndakmau lepaskan peluang untuk menerangkan memori yang ini.

Seperti dirancang

Sebenarnya, rancangan untuk menonton wayang neh dicetuskan oleh Aizat pada Hari Keluarga Asy-Syakirin, dua hari lalu. Katanya, belum nampak wayang tuh dan dia ajak kami dua. Razvi angguk dan setuju. Bila dorang dua sudah setuju, bhaa saya apalagi; turut mengangguk. Turut dijemput adalah Ardie dan Zudien, tapi dorang ada errands masing-masing Ndapalah, bukan saya  yang rugi <PERGH! Touching bhaa>.

Gambar tiada kaitan, abaikan.
Jadinya esok, sebaik saja kelas habis, kami berehat sebentar. Nampak si kawan di tingkat bawah dan saya masa tu di tingkat satu, saya jerit, "Zat, pukul 2.30PM!". Dia angguk. So, yeah. 2.30PM.

2.30PM: Mana Ewi??

Pukul 2.30PM, saya bangkit dari perbaringan dan sarungkan baju bola sepak biru dan seluar jeans hitam. Sisir rambut dan  buat sedikit exercise muka di depan cermin. Solek sana-sini, terus meluru ke tingkat atas untuk mendapatkan Ewi. And he wasn't there. Saya saspek dia di bilik Amat, jadi saya pergi sana tapi tiada juga. Masa tu, Aizat sudah bersiap, tolong ikut cari dia. Ke bilik Leroy, ke surau, bahkan atas keterdesakan; saya cari di tandas. Entah apa rasional tindakan tu.

Jam 2.45PM, Aizat gave up. Dia balik sudah ke biliknya dengan muka kecewa, tapi saya masih dalam pencarian. No way this gonna be cancelled. Saya pergi balik bilik Ewi, berharap dia tengah bertiarap di atas katil dengan laptop. But then, again, he wasn't there. Saya tanya roomate diapun, dia kata ndak nampak sejak dari tadi. And alhamdulillah, my sense guided me to the restroom. Baru teringat dia suka online sana. Dan Ewi memang ada di situ, snoring <gahh>.

Saya pukul dia, dan dia terus duduk beristighfar. Punyalah penat kami cari, dia boleh tidur depan laptop dengan software Cocoon terbuka pada skrin. Layan YouTube pulak tu. Kebetulan pulak tu, masa dia bangkit, telefonnya berdering. Angkat, and it was Aizat. Bhaa, terus dia hambur kata-kata manis mau pergi. Gahh. Saya suruh Ewi bersiap cepat, dan bagitau dia saya tunggu di bilik. Set.

Kami jalan

Mulanya, Ewi mau bawa DSLR beliau. It'll be a great thing, sebab saya suka. But gahh. Dia cancelled bawa sebab kad memori ada dengan Abang Aiman, dia pinjam. Jadi, tinggalkan si cantik DSLR dalam bilik, keseorangan <kamu taukah, saya jatuh cinta neh, dengan DSLR. Adakah bakal menggantikan Hazel kesayangan? Entahlah... inshaAllah, tolong aminkan untuk saya. Mau jadi jurugambar manusia><lari sudah cerita>.

Kami belum decide bhaa, mau tengok wayang di mana, jadi masa tengah dalam perjalanan ke stesen teksi, kami masih bertengkar <ndakla bha bertengkar in a sense of bertengkar. Sekadar berbalah kecik>. Akhirnya,  kami sebulat suara pilih Pavilion. Wahh~belum pernah pergi...

Peringatan #1: And for those who want to go to Pavilion via domestic transport: mula-mula, pergi  Stesen LRT Bandar Tun Razak.  Lepas tuh, anda ambil LRT ke jalan Hang Tuah dan upon arrival, ambil keretapi ke Jalan Imbi. Sudah sampai, bhaa, andai-pandailah cari <hey you 4S, nanti kita pergi, OK?>. Huuh~

Sampai

Beforehand, buat mereka yang sudah habes baca sampai sini tanpa skip, ketahuilah; kamulah kawan terbaik saya. Gahahah. Ndabhaa... kalau kamu skip pun, saya faham. It is a 'TL; DR' story, but then, suka hati sayalah bha, kan? Kannn???

Gahh. Masa sampai tu kan, dan turun dari stesen keretapi tu, my jaw dropped. Almost, literally. Saya sangatlah kagum dengan kawasan tu. Waah- this is what Malaysia is all about, supposedly. Serius, kenapalah ndak dibangunkan Kuala Lumpur seperti yang dilakukan dekat Pavilion tuh. Subhanallah, indah.

Lautan manusia berlainan kulit, agama, adat budaya dan keturunan, beralun seakan lautan sebenar. Di kiri dan kanan, kedai-kedai tersusun rapi; ada kedai Arab, kedai arak, kedai makan dan restoran dengan binaan sangat eksklusif <Sephora paling mantap rekaannya><tiba-tiba cita-cita dulu untuk menjadi arkitek menggelodak>. Teksi berjejeran, begitupun pemandunya berkumpul, bercerita topik hidup. Ada pemandu teksi bergaduh dengan seorang pak Arab dalam bahasa Inggeris. Pasal mazhab, kot <sebab saya tangkap dialog sipemandu teksi, "Yes... in Malaysian... yess, I am a Muslim. Now, in Malaysia...">.

Trafik tidak berhenti mengalir, mengairi tempat itu dengan bunyi hiruk-pikuk dan bingit bunyi hon. Mendongaklah ke atas untuk melihat keindahan menara yang seakan ingin mencabar ketinggian syurga. Pelbagai bentuk dengan pelbagai warna. Pelbagai rupa dan tema, dan semuanya berpadu jadi suatu identiti yang saya tidak berapa pasti untuk menggelarnya apa. Satu perkara pasti: sepanjang perjalanan, saya ndak berhenti-henti memuji bahagian ini yang lebih aman- jauh lagi aman dan bahagian lain di KL <bhee, macam sudah teroka semua>.

Saya rayu Kerajaan untuk bangunkan Tawau seperti itu, if ever, they want to do it. Cuma part kedai-kedai arak tu, tolong buang. Ndamau Tawau tercemar dengan air kencing syaitan tu. 

Pavilion

Syurga di dunia... ndak kekal semua neh <ada macam Ustaz Kazim tak??>

Melangkah masuk ke dalamnya, saya rasa suatu derauan yang cukup kuat. Bersyukur sangat dengan keharmonian negara Malaysia. Kami pergi tingkat empat dan tingkat tiga. Ewi mau ambil duit. Sayapun ambil duit, takut terpokai pulak nanti. Lepas tu, kami jalan-jalan sekitar kedai outfit Converse dan Adidas <kahh?? Ndak ingat>. Well for a village boy like me, I can do nothing but to observe. Or in a much "kampung" term; cuci mata. Harga tali pinggang, RM189.90 dan saya maki dalam hat, "WOI! Kamu, pinggang kamu tu pinggang apa oh, pakai macam tu. Boros betul!" <cehh, emosi lebih. Biarlah bhaa, bukan duit kau>. Gahh, saya dihina miskin. But out of three of us, Aizat went out of that shitty <mind my manner> shop with something in hand. Lucky him.

Ehh, wait... saya lupa bagitau yang sebelum tu, kami pergi cari kedai makan dan ingatkan balik tu, saya gelak besar. Cari kedai makan murah di Pavilion saya rasa macam cari sebutir garam dalam gula <seriously, ndak jumpa, oewh>. Kami round itu Pavi and saw nothing but alcohol stalls and shops. Bila tengok dua orang pasangan Inggeris yang sudah tua pesan arak warna hijau, saya berkerut. Sedapkah? <Alhamdulillah dilahirkan Muslim> Di Pavilion, semua jenama khamar ada, Carlsberg, Tiger, vodka, tequila; you name it.  Sudah penat memerhati gelagat dan ragam manusia, dan berjalan turun naik tingkat, kami berhenti di tingkat lima dan membeli popcorn plus minuman lembut dan saya kawankan Ewi ke tandas.

Asar <kamu masih membaca? Thanks... and proceed, please>

Masa tengah syok menunggu lampu nombor panggung bernyala, tiba-tiba saya dipukul sesuatu- dan- oh ya... ah, betullah: Asar! Gelap dunia bila tersedar bahawa saya sudah lupa kewajipan. Astaghfirullah, memang Pavilion-lah paling seduktif. Sampai lupa obligasi dan hak Tuhan; Pemilik sebenar kompleks suka ria neh. Bagitau Aizat, bagitau Ewi; dan mereka pun serba-salah. Jam 4.55PM <dekat-dekat macam tulah>, wayang mula jam 5.00PM. Kalau cari surau, maka kami pasti missed sedikit. And you should know how much I hate that when it happens. Gahh. Tapi, suruhan tetap suruhan. Kalau kami masuk, dan layan dua jam; bhaa, terpaksa qada'. And you guys should also know how much more I hate qada'-ing my prayer. Aizat cadang begini dan begitu, dan kami setuju. Panggilan Tuhan didahulukan, dan diutamakan. 1Allah! 

Peringatan #2: Oh ya, kalau kamu jalan di sini dan mau bersolat, ada dua surau. They are not in the map, jadi kami perlu ingat, satu di B12, dan satu di tingkat lima. Di tingkat lima, dekat satu kedai permainan dan patung-patung beratus. Ah, situlah <I didn't quite remember the detail, but you can check out Level 5, Part A>.

Dengan popcorn yang menyejuk dalam jinjingan, kami round dan tanya banyak orang tentang di mana surau, dan yes... sampai. Ambil wudhu dan solat, lupakan sekejap dunia fana neh. Allah... nikmat. Lepas tu, doa ekspres dan berselipar. Badan disetkan ke mod turbo, and off we went. Berlarian seperti apa jaa. Dalam hati, berharap agar janganlah mula dulu. Dipujuk hati untuk tidak risau <saya risau ketinggalan minit pertama wayang>.

And guess what... masa kami sampai, jam sudah pukul 5.10PM. Kami dengan bangganya pergilah ke tempat ticket boy tu. Dia tengok tiket dan kemudian ucapkan ayat terindah: "Uhm... wait for 25 minutes". Saya rasa ada sedikit masalah teknikal dan saya macam mau sujud jaa sana. Alhamdulillah, sekali lagi Kau tunjukkan Kekuasaan-Mu. Memang betul, kalau kita ikut Tuhan dan suruhan-Nya, tiada yang mustahil. Dia siap boleh tundakan lagi untuk kami wayang tu <inshaAllah begitu>. So, we waited. Sambil-sambil tu, tangan merayap ke dalam plastik popcorn, dan OMNOMNOM. Yeah, we OMNOMNOM-ed the popcorn. Ndak sabar-sabar. Sambil-sambil tu, kami bincang mau ke mana lepas tengok wayang dan tengok trailers wayang yang disiarkan di LCD tersedia di sana. Mengkritik <huhh~saya mula tengok semua benda dengan serius dan dalam:- adakah ini tanda ketuaan? Oh no...>

OMNOMNOM <just to get your eyes active>
Balik. Solat, makan dan balik

Lepas tengok wayang, kami pergi tandas untuk membersihkan diri. Mengusir suatu rasa yang saya pendam sejak dalam panggung lagi LOL. Cuci muka dan buat sedikit senaman muka <you know what I mean>. Bersihkan muka yang penuh jerawat dan kawah. Keluar dari sana, masa Maghrib hampir tamat. Kami rushed pergi cari surau dan nasib baik jumpa. Solat ekspres dan keluar dari Pavilion.

Ewi memilih untuk makan KFC, so kami cari. Habis satu kawasan kami putar, penat. Masa tu jugak classmate Aizat telefon: ada latihan puisi bhaa pulak dorang. And it struck me, too. Ya bha... malam neh latihan. Why didn't I think of that? Bhaa, rasa bersalah menjalar. Astaghfirullahal aziim... kawan-kawan, sorry.

Dan...

Baru jaa kami menyerah kalah untuk mencari KFC, satu keanehan berlaku <cehh>. Kami berdiri di tepi jalan bhaa, Aizat surah give up, begitupun Ewi. Bila saya toleh kanan, ya... rupanya di kanan kami jaa benda tu. Bhaa, apalagi, melantak. Saya mau cuba KFC Tom Yam, but hellish delicacy it is. RM11.00!? Saya buat muka shrieked. Gila kentang pukul punya mahal. Saya cancelled, dan order KFC Rice Plate Combo. Mula-mula mau ambil burger, tapi bila tengok dorang ambil nasi, saya rasa tamahak. Mau jugak. Sakkali, ndak habis ahh...

OMNOMNOM KFC
Balik. We  went by train, cause harga teksi ke maktab RM25.00. Gahh, geli perut saya teringat harga tu. Boleh layan satu lagi wayang oh, kalau harga begitu. Naik train, salah stesen, pergi tandas dan sampai. Dan ambil teksi, bercerita dengan pemandu teksi, dan sampai. Dan buat latihan puisi selama 20 minit.

Naik bilik, mandi solat dan tidur. Penat gilaa, itulah baru mau start posting things neh. Sorry- no pictures. And one more thing; kalau kamu baca neh tanpa skip, tolong komen saya sudah habis baca. I'll appreciate it. Thanks.

Friday, October 14, 2011

Craving

Salaam. I am craved to have all of the below. 

Gahh. The look, the colors, the textures... they're simply awesome! I miss Tawau, I miss everything about its delights and delicacies. Still could remember the taste of each and every food in this frame. Someone please cook/make them from me.. I beg you guys.. <dahh, banyak lagi posting yang perlu dibuat untuk memecahkan rekod. Teruskan ke pos seterusnya>


Dari atas kiri ke kanan:
roti murtabak <empat kali ganda lebih besar dari yang ada di sini, dengan dua kali ganda harga>, ABC jagung <dessert paling masyhuk di seluruh semesta. RM 2.30, endless enjoyment>, nasi kuning <gahh. Tiada nasi kuning di Semenanjung yang boleh di-compare-kan dengan nasi kuning Komfa>

Kiri ke bawah: roti John <kenapa namanya roti John? Entah. Tapi satu benda yang saya tau, roti John Tawau eksklusif dan bombastik>,  keropok bawang <gilalaah, makanan favourite kami sekeluarga>

Gambar besar: bubur jagung ibu <simply the best food around. Ndaksabar rasanya mau balik and have a big bowl of this splendid thing by myself XP>

Kegilaan Bermula... Sekarang!

Salaam. Hari ni saya mau pecah rekod peribadi: buat 10 pos dalam sehari. Rekod lama 6 pos per hari. Gahahahaha-poor readers. Now you have to keep your eyes open because for every excruciating hour, I will post a new entry. =O Ini barulah postomaniak. Kita mulakan dengan dua homemade poster ni dulu:

Thursday, October 13, 2011

Mencuba: Aerobik & Pengalaman (Versi Gambar II)

Salaam. Tanpa banyak ugly blabbering, kita teruskan. Penat oh, edit semua gambar neh <siapa suruh edit jugak, kan?> Gahh. Konflik dalaman yang kritikal. Diam kau, Yassin!



Oh jap... bad news; at least just for me 

Saya disuruh buat semula laporan untuk KKBI Bahasa Melayu oleh Puan Mahani. Didn't and couldn't blame her, sebab saya tengok sendiri pun, memang hasil kerja yang asal mau siap. Saya baca teguran yang beliau tulis di hujung helaian laporan tu, saya lagi kelucuan dari sedih. Gahh, mau belajar menawan stres supaya dia tidak conquer kita. Sedang berusaha ke arah itu <divergence, divergence>. Oklah, mau tau apa dia tulis:
"Ini bukan laporan... ...laporan yang sangat tidak masuk akal."
But persembahan dia puji gila-gila. Kombang kompis eden~ :8D. Thanks to my teammate, Maiyhurri A/P Gunasekaran. Dia paling tenang buat kerja; yalah, treasurer berpengalaman. Bhaa, sambung tengok gambar!

Farah Musa, FYI; I have that video, from a dedicated friend of mine. Gahh. Damn Pinocchio!

Sunday, October 9, 2011