Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Thursday, November 10, 2011

Fasal Jodoh & Kejutan

A S S A L A M U A L A I K U M W A R A H M A T U L L A H

Gilalah, beberapa puluh minit sebelum masuk ke dewan peperiksaan, sempat lagi menulis entri. Ini barulah saya katakan kemaruk <gembira bila dapat jiwa menulis tu semula :P>. Ndapabha, sikit jaa saya mau cakap.

Indah dunia

Kamu tahukah, apa yang menjadikan dunia ini indah? Sebab ianya tidak boleh/dapat diramal. Baru-baru neh, gempar dunia apabila ada ura-ura mengatakan bahawa akan terjadi suatu kebinasaan yang sangat besar pada 7 Disember, tahun ini. Cuma kamu pergi ke sini: illuminati.org dan tekan ctrl + A. Kan? Siap ada randik masa lagi <siapalah yang buat laman web itu, buat huru-hara jaa>.

Termasuk dalam ketetapan Allah SWT yang Maha Mulia adalah JODOH. Ya, you heard me. Walaupun saya kurang arif, tidak punya pengalaman dan terlalu junior <which means, cute> dalam bidang cintan-cintun neh, tapi biarlah bha saya huraikan perkara mengikut kefahaman sendiri. Boleh, kan?

Just imagine ...

Cuba bayangkan, lahir ke dunia ini, kamu sudah tahu pasangan kamu. Maksud saya, semua orang tahu siapa yang akan menjadi peneman hidupnya. Tidakkah kekok? Perhubungan mesti jadi rigid dan beku; tiada keseronokan. By happiness I mean in having relationship with other humans that are not your fated loved one. 

Dan bila berinteraksi berlawanan jantina, mesti rasa canggung sebab kena jaga diri dan orang lain yang sudah mereka ketahui pasangan mereka. Pergaduhan, pertelingkahan dan banyak lagi keburukan pasti akan berlaku. Inilah maksud ringkas saya.

Jodoh hanya akan diketahui setelah kita mengahwini seseorang. Ada elemen kejutan, di situ. Tuhan menciptakan manusia ini berpasangan, sangat indah metodologinya. Macamlah sambutan hari jadi; lagi seronok kan, bila kita menerima kejutan.

Rasa cinta akan jadi lebih indah bila kita sedar bahawa, "Inilah ia!". <Rasa macam mau kahwi pulak>. 

Sudah, Yassin. Jangan mengarut.


Made this ... looks kinda cool, isn't it? <Haiyya, what a narcissist>.

Tuesday, October 25, 2011

Apabila Si Pemalu Berjodoh dengan Si Ceria

Salaam ... selamat pagi Malaysia
Two best friends; a guy and a gal were gazing the star-filled sky while having BFF conversation; 
A :  We've been friend since ... kindergarten, right? 
B :  Yeah, guess so. Hey, what's the big idea? Hoho, you wanna 
say you've fall in love with me ... 
A :  No ... it's just that ... did you ever think that we're in LOVE? 
B :  Well, I have no experience in it; I'll say no. 
A :  Oh, okay ...
Salaam semua ... agagaga~ rasa 'hidup' bila dapat menulis semula dalam bahasa Melayu. Sehebat-hebat bahasa Inggeris, bahasa Melayu is still the best language, there is <the irony has spoken!>.

Semalam : detiknya saya ingat semua

Semalam, saya dengan Hazwan, Atai, Ardie, Rusdi <optimis>, Ewi <Sang Jurufoto>, Aizat, Azizi dan Ainul pergi ke Velodrum, mengisi perut, selepas solat `Isyak ditunaikan. Bermotor beramai-ramai, Ardie dengan yakin ndak berlesen lagi tuu menunggang motorsikal sendiri. Kalau dicilok polis, baru tau <ada sekali tuu, kereta peronda limpas. Agagaga- I'll never forget his sudden facial change :D>. Lepas sampai, Azizi berputar balik ke stesen minyak untuk me-refill tangki minyak yang kering. Kalau diketuk, berdenting. Kami pilih-pilih gerai, and ordered meals. Aktiviti semalam mengingatkan saya dengan satu cerita yang <I think cute> unik seorang kawan saya.

Mengingatkan insiden dulu

Ndak lama dulu, saya diajak keluar untuk minum bersama segerombolan kawan. Gahh. Memandangkan kebuhsanan sangat-sangat, apalagi perut mula berdondang sayang, saya turutkan permintaan. I've tried as hard as I could to not dragging my feet <orang yang kenal lama dengan saya, mesti tau yang sayalah manusia paling ndak suka keluar di dunia. My room is my world!>. Sebelum tu, maaf kalau ada unsur penipuan dan tokok-tambah yang melampau. Ianya untuk menjaga privasi watak yang terlibat. But still, it's based on a true story.

Kami duduk beramai-ramai di dalam restoran tuu, and ordered food. Kawan baik saya neh, duduk di sebelah kanan <kah?? Ndak ingat. Depan kott>. Tiba-tiba, dia kuis saya dan muncungkan mulut ke depan. Saya cari-cari, apa yang dia tunjuk. Ohh ... a girl. A girl with long shirt. Saya senyum biasa-biasa, dia <kawan saya> siap tanya, "Siapa yang bertudung hitam tuu" ... and right after he asked, he lowered his sight right onto his served food. Saya ndatau, tanya geng lain. Dorang kata, perempuan yang agak kecil tu Fastra. 

"Dia tu phodeographer, ada banyak material pasal itu," saya tambah. Si kawan neh, asyik senyum jaa, bila disebut nama tu. Saya mula buat assumption profesional; this guy's in love <profesionalkah tu?>. But anyway, it shined on his eyes;- he's up for something. Then, I looked back at the girl with a black veil who was sitting directly in opposition to my buddy. And I looked back again at him: can you imagine, sepanjang masa dia makan, tersenyum. Mau menyuap pun, dia senyum lagi.

Well, if you were in my place, there's no doubt that you can't resist the temptation of making "smart" hypothesis. When a man asks who's that someone, and ends up smiling after hearing her name, you know that he's in love. Ahahaha -- someone's in love. 

Apa yang saya rasa

If they are--by any means--be a couple, I'd say YES! YESS!! YESSS!!!. They'd be a very perfect couple. Saya sebenarnya agak rapat jugak dengan perempuan tu, kira best friend forever (BFF) jugaklaa, kami. Jadinya, saya tau minat dia, keinginan, passion dia dan sedikit latar hidup dia. And it seems that this guy and this gal have almost everything in common. 

<smiling>

Saya ndakpasti kalau buddy ni betul-betul ada 'sesuatu' dalam hatinya dengan perempuan neh. Saya doakan dan aminkan jaa. Dan kau <you know who you are>, go now; race for your love! Ahahaha <seriously, saya sangat suka happy ending>. Though it'll be EXTREMELY hard, I know you can do it. Lepas dapat tu, ta`aruf sekejap then kahwin. DO NOT POSTPONE/HESITATE!! 

I wrote it on Facebook. :)
Never expected

Serius: saya ndak pernah jangka owh, he'll fall in love. He used to be very sensitive when we're talking about love. Dia jenis yang sangat strict dalam perihal begineh and sangat berfalsafah. And truthfully speaking; I think no girl would have the chance to approach him <dia kaya, dia baik dan dia pintar. What's more to offer?>.

Jangan cuba jadi sempurna ... jadilah yang terbaik.
But then, dia jugak manusia biasa. Jatuh cinta, inter-sexually attracted jugak perkara biasa. Masa saya sedar anomali dalam perangainya, terus saya jerit dalam hati neh, "Akhirnya kau jumpa jugak jodoh kau, AHAHAHA!" <dalam hati jaalah>. I'll say, jangan salahkan dia, bila melayan fitrah and he's quite far from me now. Paling pun, boleh PM dia jaa, dari Facebook. Bercakap hadap semuka adalah suatu kemustahilan sekarang neh. Dengan kekangan yang cukup besar, yah; mustahil <kalau saya nampak macam ganjil jaa, saya bantu-bantulah dia, kan?>.

Thursday, October 20, 2011

20 Ciri Lelaki Ubërseksual (ii)

Adakah anda semua bersedia???
Salaam. Huh-- ada sepuluh lagi poin yang perlu dikomen. It's going to be a very long night for me KASK. Ndapa:- ganbatte!!! <Padahal esok MUET. InshaAllah, sudah training beberapa hari lepas. Dapat band 3, OK-lah sudah>.

Oh, jap... saya mau tambah announcement. Malam neh, saya tulis dan komen lima points dan selebihnya esok <OK tak?? OK.... <cara Ooi>>. Nice. Next up to be a ubersexual man:

11. Maskulin/berotot

Cute ... <lucu tengok badannya oversized baju tinju> XD
Well, this seemingly is more about the physical instinct <sila jadi matang>. Seperti yang kita tahu, sesuatu organisma yang bersaing dengan spesis lain akan sentiasa berusaha untuk mencari pasangan yang dirasakan oleh mereka sebagai terbaik. Hal ini bagi memastikan agar baka dan keturunan spesis lahir dalam keadaan yang baik, dari baka yang sihat. Dalam darah manusia, ada jugak sifat haiwani ini, ianya digelar nafsu.

Wanita lebih suka lelaki berotot kerana bagi mereka, these guys can give them some sorts of comfort and warmth every time something bad is trying to disturb her. A robust man does give even to male that sense of protection. But sadly, most of the time; men with hard packs also have hard-boiled heart. Most of the time, they don't have emotional equilibrium and can get enraged just seconds after an intense debate takes place.

12. Kaya

I have thick wallet and nice tuxedo. What's next?
Dunia ini memang ndak dapat ditolak dari keinginan lahiriah. Pada lapisan masharakat manapun kita, desakan harta dan kemewahan kita menjadi umpama sebuah perang saga yang tidak henti-henti. Kejayaan golongan kapitalis telah berjaya mencemar pandangan manusia <esp., orang Malaysia> dengan suntikan materialisme yang tiada jedanya <I sound like History lecturer> -- dan ketakutan kita terhadap sikap resistans kepada kapitalisme menjadikan kita selamanya tergari pada keperluan materii. Wanita- seperti yang kita tau, punya banyak cita-cita dan keinginan.


Serius dalam segala benda dan sangat berfikir dalam pasal masa depan mereka <lelaki buat cool jaa pasal masa depan>.  Perempuan selamanya: belum capai umur 20 tahun, sudah uruskan bajet harian keluarga untuk membina rumah tangga. Gahh, WOMEN!

Bukan mau tuduh sembarangan, tapi atas dasar inilah kadang-kadang, perempuan pilih cash love. Ndak kisahlah umur seabad beza, yang penting dapat kikis harta. But then, not all. And but then, more than the minority of women would choose a man whose financial state is stable.

13. Muzikal/Literatur

Salah satu atribut Hawa adalah mereka suka dibelai dan dipuja dengan kata-kata hiperbola dn metafora. "Kaulah bulanku," dan "Kan kurenangi jurang angkasa demi memetikkanmu sebutir bintang" adalah dua contoh. Walaupun mereka tau si lelaki ndakkan pernah mampu merenangi ruang angkasa tadi, perempuan terbabit tetap akan rasa bersyukur dengan kesanggupan si lelaki untuk berjanji.

Lelaki yang meminati sastera selalunya bersikap misterius.

Dan mereka yang punya kemahiran sastera atau muzikal ndakkan masalah dalam kes neh. Mereka pandai menyusun kata, merenggut kesadaran si Hawa dalam beberapa ketika. Ekspresi secara sastera dan muzikal adalah nilai tambah seorang lelaki sempurna yang menunjukkan bahawa dia akan melakukan apapun demi korang <gurls, listen up!>.

14. Keturunan ternama

Yang Mulia Putera Charles
Ada jugak lelaki yang diminati atas dasar nepotisme <dalam konteks perhubungan>. Mereka dicintai atas dasar ingin mewarisi harta diraja dan memiliki sebuah mahkota berlian 200 karat. Alaa, macam dalam wayang  Indonesia tu bhaa. Aha; macam tulah. Sekadar ingin membolot kekayaan.

Well, if we put this in reality, it seems to be the opposite. Some would say that princes, any prince- will always be the most charming personalities on Earth. Their unpolluted skin, their constantly moisturized facial, their solid body due to free, royal training; all blend into something that we always call as beauty. A beautiful man.

Keturunan ternama lebih melibatkan ibu bapa, kerana merekalah yang menentukan pasangan hidup anak mereka. Contoh, "Ehh, baik kau kahwin dengan anak si Raden Wijaya daripada kau memilih Abdul si nelayan. Ibu bapa lebih matang, maka berbincanglah dengan mereka jika tiada keputusan yang menepati keinginan anak saya.

15. Serupa artis kegemaran

Ini adalah trend perempuan sekarang. Kalau mau cari BF melalui Facebook, habis dipulun semua gambar profil, diselak seluruh album untuk memastikan rupa mengatasi standard seorang artis favourite. Lepas tu, kalau sudah layak, di-chat, ditabur janji, saling menguntai kata-kata. Sampai ke syurgalah, sampai ke hujung dunialah bercinta. Mereka tau bahawa mereka saling menipu diri-sendiri, just i.o that they can get that Korean-looking guy.

Hot stuff hari neh, jika kau bukak balik gambar pada zaman kecilnya, ndak lebih dari seorang kanak-kanak yang ndakda ilmu esok dan semalam. Kapitalisme, dan sentimen budaya yang menyebabkan mereka berpindah pusat. Sang lelaki terpaksa bergaya mengikut arus, jika ndakmau tenggelam dengan kemodenan dan materialisme.

Lelaki yang sekadar memenuhi paras indah saja, yang sekadar menyalakan lampu skala ke-handsome-an pada tingkat yang memuaskan ndakkan mampu dibahagiakan mahupun membahagiakan. Hot stuff yang kita cari adalah mereka yang mampu untuk sedaya-upaya menyeimbangkan fizikal, spiritual dan mental. Ingat: macam mana kacakpun suamimu, ia tidak boleh menyuapkan kau dengan sesudu nasi. Perlu usaha, ini aturan alam!

Saturday, October 15, 2011

Kesia-siaan

Salaam Ini pos keenam untuk hari ini. Barang diingat, saya menyahut cabaran pada 11:59AM, 14/10/2011. Jadi, due date untuk cabaran 10 entri adalah pada jam 11:59AM, 15/10/2011. Gahahahah. Boleh bhaa, diruntuhkan rekod lama. Azwan Lai Azahari, you better take back your words. I am going to accomplish this challenge <10 entries in a day challenge>.

Huha Huha. Kalah BlogSerius dan ItsMeSaiful

Memang sayalah penulis blog paling sarkastik dan addicted. Untuk cabaran ini, saya main bersih, arh. Curi entri orang adalah perbuatan yang tidak macho, tahu. Gahh... empat lagi, kan? OK-lah, teruskan dengan tajuk yang tertera di atas nama pos. Saya tulis memang untuk bagi orang-orang berkenaan terasa dan buat yang mana patut.

Ini adalah blog sarkasme, tempat di mana pelaku maksiat akan dihentam teruk-teruk dengan jarum halimunan saya. No need to use harsh method. Words; they are more powerful than anything God has given all of us. 

But persediaan; tisukah, apakah... anda mungkin memerlukannya untuk mengelap air mata. Sakit woo, ayat saya <actually, ragu-ragu neh mau tulis, saya minta maaflah awal-awal, yah>. Bha, let the tear drops begin!

Kesia-siaan

Ndataulah sama ada kamu notice atau ndak, makin banyak neh couple di maktab kita <penuntut IPG Teknik>. Orang yang saya nda sangka ada special one-pun, sudah ada dalam hati. Ini, saya ndakkan perdebatkan. Cuma saya mau sentuh satu perkara.

Saya pernah bha, terdengar suatu tazkirah yang menyebut bahawa remaja yang menghabiskan masa mudanya dengan Allah SWT akan menjadi antara beberapa golongan yang diberi naungan `Arasy dari pancaran matahari yang sejengkal jauh dari ubun-ubun <susah gila untuk membayangkan siksa masa tu>. Lainlah kalau kamu yakin akan dapat perlindungan-Nya, tak perlulah buat seruan ni.

Sentimen umum golongan pencinta.
Mengapa saya pilih tajuk kesia-siaan? Sebab saya berani berkata; ianya adalah suatu kesia-siaan. Sebabnya saya tulis ringkas jaalah; dorang tu bukannya jodoh kamu. Seriously, cuba tengok mereka yang sudah kahwin dan bertahan perkahwinan mereka... semuanya jauh jarak umur <biasanya lelaki lebih tua minimum 3-5 tahun, berdasarkan observation saya>. Kamu neh? Masih muda, beza umur ndak sampai setahun. Dalam hubungan yang sihat, perlu ada seorang dari pasangan yang lebih matang.

Beginilah, cuba duduk diam-diam, dan tutup mata, fikirkan; adakah betul dia akan jadi isteri/suami saya nanti? Apakah hubungan neh akan kekal, tanpa mengganggu komitmen, pencapaian dan segala apa yang saya patut capai? Dan paling penting, soalan neh: kalau saya posting nanti, adakah kami tetap akan bersama? Jika tidak, kenapa perlu bother ganggu hidupnya dan sakitkan hatinya?

Perkara beginilah yang paling dirisaukan. Kalau sudah kahwin, ndapalah. Memang sweet... tapi kalau belom?
I once have a friend during the time of our pre-SPM. Masa tu, kami duduk berborak pasal hubungannya dengan seorang sahabat. Boyfriend-nya tu sahabat baik saya juga. Begini saya runtuhkan "cinta" mereka:
"Z, kau yakinkah A to jodoh kau?""Eeeeeeeeeee... Yassin! Kenapa kau cakap macam tu!?""Yalah, kamu bercinta, kita neh SPM...""Jadi!?""Habis SPM, then what? Lagipun, saya nampak kau lagi rapat dengan dia apabila jadi kawan dari jadi girlfriend-nya." Z terdiam. 
-MRSM Kota Kinabalu, kelas 4 Mutiara, somewhere around 2009.
Satu lagi benda yang digunakan oleh golongan pencinta neh, adalah cinta itu fitrah. Manusia dilahirkan saling mencintai:- my reply is, "How can you be so sure that she's/he's your life partner? Bukankah jika hubungan kamu batal, kamu akan lebih menjauh dan menzalimi hati sesama kamu?"

Jangan lukakan hati manusia dengan harapan senipis helaian rambut.
Satu lagi: tolong jangan guna alasan "cinta itu fitrah" demi menghalalkan tindakan buas kamu <ARGH! Pedas gilaa>. Cinta itu suci, jernih, indah dan murni. Sepatutnya, cinta adalah apa yang mendekatkan kita kepada Tuhan, bukan yang menjauhkan kita dari-Nya. Ini indikator cinta sejati. 

Abang Akram, salah-seorang pentarbiyah kami masa kami melaksanakan `usrah pernah pesan; 
"Lebih baik cinta selepas kahwin, sebab kalau kita bercinta; kita sudah tahu perangai si perempuan. Lelaki neh, suka kejutan, kalau sudah tahu, mereka akan bosan. Sebab tulah banyak kes penceraian sekarang berlaku di KL". 
-Abang Akram dalam sesi tadabbur Surahtun Naas. 7:45PM, 12/10/2011. Surau Asy-Syakirin.
Fikir semula, memang betul cakap Abang Akram. Zaman Nabi, kebanyakan pemuda dikahwinkan dulu setelah ta'aruf <bukan setelah sebulan dua bercinta>. Zubair Al-Awwam, anak angkat Baginda SAWS sebagai contoh. Saya berpegang kepada ini; bercinta selepas kahwin. Ustaz Khairi pernah cerita bagaimana indahnya perkahwinan selepas kahwin. Memang romantik gila-gila. Kalau kamu dengar cerita dan berita dari beliau pasal munakahat, mesti kamu rasa mau kahwin sebelum bercinta.

Resolusi

But no worry! Setiap perkara ada penyelesaiannya <mati jaalah, yang tiada penyelesaian>. Biar saya utarakan beberapa resolusi. 
Pertama: Break up jaalah. Lagi lama kamu simpan hubungan tu, semakin sakit untuk tinggalkannya. Macam addiction bha, cinta palsu neh Semakin lama, semakin susah mau berhenti.
Kedua: Kalau berkeras jugak, bhaa; packing barang, balik kampung dan minta tok kadi kahwinkan. Ini bersesuaian dengan hadith Nabiyullah SAWS yang menyarankan para remaja untuk bernikah awal. Jangan disimpan, kalau sudah serius-merius. Sebab takut diambil orang, takut fitnah dan takut berlaku sesuatu yang tidak diingini. Kot-kot terlanjurkah, apakah... hah, kan susah.
Kalau betul kamu appreciate cinta kau dan percaya apa yang kamu perjuangkan sebagai tulus dan benar, mengapa takut menghadapi dunia? Mengapa takut untuk memberi konformasi kepada si dia dengan meminangnya? Nda perlu majlis besar-besar, cukup kenduri KFC <jemput saya sekali>. Pasal nafkah, saya rasa, RM430/bulan cukuplah. Lagipun, makruh jaa. Ndak haraam.

Yaa, saya ndak layak memberi nasihat sebab saya ndakda pengalaman dan saya bukan berada di kasut kamu, merasai getarannya cinta <ptuih!>. But at least I know the garrison of life, and I managed <so far, alhamdulillah> to adhere to it. So, lucky me!

So, are you brave enough?




Gahh. I knew it. Awak ayam. Ayam yang gemuk dan besar <translate ke English, yaa> Wallahu`alam bi tsawwab.