Showing posts with label risau. Show all posts
Showing posts with label risau. Show all posts

Friday, November 4, 2011

Perkara Yang Mengawal Kita

A S S A L A M U A L A I K U M W A R A H M A T U L L A H

Memandangkan janji untuk mengepos gambar sudah disempurnakan, kebosanan tahap gaban dan keinginan untuk belajar belum kunjung tiba, maka izinkan saya untuk berceloteh sedikit panjang petang ini. Amaran awal untuk kaki skip bacaan, lebih baik ditekan ikon 'x' di penjuru atas sebelah kanan sebelum anda naik darah. Tulisan ini baku dan formal, padanlah.

Saya tidak mau bercakap pasal kekotoran politikus, mahupun bersoal jawab isu Bani Tamim; kerananya, saya tidak mahir dengan kedua-dua topik ini. Sebagai guru pelatih, saya mau bercakap sesuatu mengenai dominasi. Diktatorial dalam kehidupan seorang penuntut kolej.

Menghantui

Saya selalu terfikir akan perkara ini, sejak dari semester dua lagi. Apakah hidup sebagai remaja yang memilih karier pendidik benar-benar bebas dari kongkongan yang mematikan jiwa? Sebabnya, ada sesetengah orang cakap, guru pelatih seperti sudah ibarat guru: punya pra-gaji <frasa buatan sendiri> dan bebas bersosial. Nampaknya, kenyataan itu benar. Atau adakah?

Dalam sistem di maktab, atau di mana-manapun organisasi yang berorientasikan pendidikan, saya mengesani suatu problema yang sangat tenat membarahi minda dan sentimen generasi kita. Bukanlah bersikap pesimis dengan sistem yang kita ada, namun, manakan bisa ditolak kenyataan bahawa semuanya ada kecacatan dan wajib ditegur. 

Masalah, kita terlalu bergantung dengan buku. 

Buku adalah alat intelek yang paling berpengaruh sepanjang perkembangan tamadun anak Adam. Berpuluh juta sudah diterbitkan, sejak manusia pertama kali mengenal cara menulis dan membaca. Malahan, dari bukulah, sebuah kerajaan sehebat Abbasid dan Omayyad berjaya dibina. Dari buku jugalah, dunia sekarang menjadi apa adanya sekarang.

Ya, saya tidak menolak kepentingan buku. Tidak sedikitpun juga saya menyanggah pendapat bahawa ianya jauh lagi berpengaruh dari segala macam perihal yang ada di Internet. Namun, umpama pisau, penyalahgunaannya pasti akan membuatkan seseorang berdarah. Negara kita ini, contoh nyata.

Paranoia saya terhadap cengkaman diktatorial buku adalah apabila kami terpaksa tunduk kepadanya dalam apa-apa permasalahan. Apabila ditanya suatu soalan KBKK, kami dikecam untuk meluahkan pendapat sendiri. Sikit-sikit, selak buku. Rasa terperangkap jaa jiwa yang punya pandangan sendiri.

Saya ambil satu contoh, semasa saya menyiapkan tugasan. Dalam salah satu <dari puluhan> tugasan yang diberikan kepada kami, saya menuliskan pendapat saya berkenaan subjek terbabit mengikut cara saya. Dan apabila diserahkan semula folio tadi, saya terkejut; kenapa dibulatkan dengan pena merah? Adakah mempunyai pemikiran sendiri itu suatu jenayah?

Satu lagi contoh adalah ketika melakukan latihan intensif di dalam kelas. Seperti biasa, setelah satu topik berjaya ditamatkan, kami akan diminta untuk membuka halaman begini dan menyiapkan latihan nombor anu hingga/dan anu. Lepas itu, jawapan ada di belakang tu. Haha. Cubalah elak kalau boleh buat tanpa mengintai jawapan sebenar di belakang buku, sebelum indeks. Tipulah, kalau kamu tidak pernah buat neh <apalagi kalau kerja rumah>.

Di peringkat lebih rendah

Kalau kamu perasankan, keputusan SPM, PMR dan UPSR budak-budak sekarang neh, makin mantap Senang-senang jaa dapat A sebaris. Kalau dulu, punyalah mau susah jumpa pelajar yang dapat sekurang-kurangnya 5A dalam SPM. Tapi, taraf moral mereka jauh lagi teruk dari yang pernah berlaku. Kes rogol oleh remaja berumur 13 tahun bukan perkara yang canggung hari ini. Belum lagi kes pecah rumah, membuli, murtad dan seterusnya. Kita yang ada secubit kuasa autnomi cuma mampu menggeleng kepala, tanpa menyelidik punca.

Bagi saya, puncanya adalah program soalan ramalan yang dikeluarkan saban tahun oleh golongan kapitalis yang hanya mengenal untung sabut perniagaan mereka. Bunyinya sangat paradoks, bahkan, tidak berdosa untuk saya dilabel sebagai kontradiktif. Bukankah kesemua buku-buku ini membantu pelajar untuk jadi cemerlang?

Ironisnya

Buku soalan ramalan memalaskan pelajar untuk membaca dan betul-betul meneliti setiap pelajaran yang tersisip dalam buku teks sebenar. Mereka--untuk cemerlang--hanya perlu ke kedai berhampiran dan membeli senaskah dua buku semacam ini. Jawapan ada di belakang, jadinya, mereka cuma perlu menghafal. Lebih teruk lagi, bila kesemua soalan ramalan betul tebakannya. Najis!

Buku Georg von Welling yang diterbitkan pada 1735, berkulitkan
kulit manusia '
Opus Mago-Cabbalisticum et Theosophicum'
Di mana kedinamikan hidup? Di mana cabaran yang sepatutnya dihadapi oleh anak muda kita yang diomong boleh memantapkan peribadi hilang? Di mana proses pembelajaran yang panjang, rumit dan menguji kekuatan minda <yang sepatutnya berlaku> pergi?

Generasi kita sekarang ini, bagaikan robot sudah. Isikan otak dengan ilmu, pergi ke dewan peperiksaan, dan tuangkan semua ilmu itu pada kertas soalan. Lepas itu, lupakan semua, sebab mereka perlu menumpukan pada peperiksaan yang lebih "mempengaruhi hidup mereka". Begitulah seterusnya.

Ibu bapa pula, penting mereka glamor. Asaakan anak dapat A lagi banyak dari anak jiran sebelah, tiada apa lagi yang dikisah. Jiwa anak muda yang sepatutnya kaya dengan interpretasi sendiri, beku dihembus mistral kejumudan tunduk pada buku. 

Dan yang lagi menyakitkan hati:
Murid: Cikgu, kenapa  sigma tidak boleh dinegatifkan, sedangkan pada halaman seterusnya, boleh? 
Cikgu: Alaa, ikut jerlah buku tu. Hafal, jadi boleh lulus peperiksaan.
Neraka.

Thursday, November 3, 2011

Prejudis

A S S A L A M U A L A I K U M W A R A H M A T U L L A H

Hari ini, saya mau membuat sedikit teguran kepada beberapa orang kawan saya yang saya perkirakan tindakan mereka agak tidak patut. Sekurang-kurangnya, sebagai warga Malaysia <saya jenis yang tidak pandai menegur secara berdepan, sebab itulah blog ini ditubuhkan pada awalnya>. 

Rahsia 

Kamu semua tahukah apa yang membina negara kita neh? Kamu semua tahukah apa yang merangkum dan membolehkan rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama hidup aman dan harmoni, sehingga mampu menjadi jisim merdeka? Kalau kamu tidak tahu, maka jujur saya katakan: keluar dari negara ini!

HAHAHAHA. Damn, I'm serious! Anyway, the secret was/is: no prejudice. People of the past didn't have prejudice among them. When one says it's red, then, it's red. No need to implicitly give meaning to their word. But people nowadays ah, they tend to do that. When an Indian says it contains no pork and completely safe for Muslims, some Muslims try their best in order to disbelieve that.

Hey, I'm a Muslim too, and I know things we shouldn't eat like alcohol, pork and et cetera. And I believe whenever my non-Muslim friends say the food that they're offering as halal. I think, they too, know that we Muslims cannot eat certain things.

Sungguh sedih apabila `amal semurah menerima pemberian orang lain tanpa rasa prejudis tidak mampu dilakukan. Sedangkan, benda-benda sekecil inilah yang membina sebuah tamadun kuat berlainan kefahaman. Cubalah fikir, untuk apa mereka menipu kita? Huh!

Sebuah kisah

Saya kongsi dua cerita ringkaslah pasal betapa kuatnya pengaruh non-prejudisme terhadap perpaduan dan sekali gus akidah saya. Baca ya, jadi pedoman.

Masa tu, perayaan Tahun Baru Cina baru saja habis. Kelas barupun bermula dan sedang asyik berbual dengan seorang kawan berbangsa Cina, mata saya tertangkap sebuah bungkusan yang tersisip pada beg kawan saya itu. Kuih bulan. 

Saya pun mintalah, sebab ayah pun dulu selalu bawa kuih bulan balik dari pejabat setiap kali Tahun Baru Cina berlangsung, bersama sekotak besar limau mandarin saiz L. Memang kegemaran saya bha, kuih bulan, khususnya yang berintikan kacang merah. 

Dia buka sudah begnya, untuk mengambil kuih bulan yang berwarna perang berkilat, sebelum geraknya terhenti. Saya hairan. Lepas itu, dia cakap dengan muka penyesalan <saya pasti itu bukan muka yang tidak mahu memberi>, dia cakap:
"Aiyya Yassin, saya tidak pasti ohh, halal. Sebab tiada tanda halal"
Harap jadi pengajaran. Wallahu`alam.

Wednesday, November 2, 2011

Berlawanan Dengan Realita

Salaam semua ... baru habis dua perjumpaan pagi ini. Dapatlah input sedikit <esp. masa ucapan Pengarah maktab><He's seriously a great man, with wisdom. I don't understand why people ignore him every time he talks>.

Saya tersentuh sedikit masa beliau meletakkan suatu soalan yang sangat retorik kepada kami. Entahlah, adakah saya jaa yang perasan, atau ada sebahagian lain yang berperasaan sama:- masa beliau berucap tu, macam mau isytiharkan perang. Saya macam pernah ada perasaan tu, long ago... anyway, persoalan beliau:
"Kita adalah umat yang terbaik. Maka, menjadi guru, kitalah sepatutnya yang menjadi guru terbaik".
Maaf, Tuan. Realitinya, cukuplah diperhatikan di maktab ini jaa, umat Islamlah yang terkebelakang dalam pelajaran <walaupun sebahagiannya cemerlang jugak> dan kurang teladannya <paling sakit hati tengok pasangan luar nikah tuu... adui, beginikah mau jadi pendidik?>

Something that we, teachers, need to fight against. Video games' influence.


Tuesday, October 25, 2011

Being Something ['Khalifah: Intrinsic Values That I've Learnt' iii]

Salaam all. Sorry-lah, I have to keep on writing about this whole Khalifah program. I have promised myself to finish it, no matter what. Besides, who are you to apprehend me from doing so? <kekejaman>

Inner speech

In our materialistic body, there is this one piece of solidified blood that works as the window between the world within you and the spiritual semantics of the outside world. It's heart:- the strongest piece of meat in our body. Heart has two main functions; to pump blood and metaphorically to create inner speech.

Majority of us don't realize how dominant we're upon our body/action. Before deciding something, have you ever realized how vigorous your heart battling your nafs. Actually, the nature of human is pure <just like John Rosseau said in his book 'Discours el Loix'>. It is the environment that influences our act and manner. In this world, we're constantly being tested and tempted. 

My understanding about world is quite easy; it is like khuldi to us. Taboo.

The biggest mistake that humans always do is, they ignore, neglect the dominance to nafs. They reject the dominance and got washed up the torrent, endless current of lust. They let the lust overcome their consciousness, and end up being ungrateful, unsatisfied being. 

Consciousness is the answer to all problems. When you have that consciousness imbues your every act and every breath of life; you'll always capable of handling/hindering all evil and badness. Of course, we couldn't get 100% in not being evil, but at least it'll help. Seriously.

Being khalifah. What it means?

The best quotation recited during this program was by Pua Badariah Ismail, Master holder in Syari`ah Islam <kahh??>. She who looks too young for her age <she's almost to golden jubilee> said;
"Allah itu Maha Sempurna. Semasa dia menciptakan manusia sebagai khalifah, Dia tidak silap. Dan semasa dia memilih kamu untuk menjadi- menurut Iqhbal- pegawai-Nya, Dia juga tidak silap."
I was like thunderstruck. It is from there, I thought as much of changing and be a real Muslim, real khalifah. But then, world's too beautiful to be overlooked <badass me>. 

<Alhamdulillah ... this is all that I want to tell you guys. Wait for another rant-ful blabbering, OK?>


Thursday, October 20, 2011

Unreleased Photos (Saja Jaa: Kurangkan Tekanan)

Salaam. Gahh. Ke-cuak-an melanda diri ini. MUET akan berlaku sejam 30 minit dari sekarang. Sudahlah semua candidates senior. Tapi ndapaa, latihan saya rasa dusah cukup and for that; thanks to all my friends who have been supporting me <esp., those who involved in MUET practices with me>.

Bencinya jadi kumpulan terlambat. Doakan saya berjaya dan dapat band cemerlang -- band empat pun, jadilah.

Saturday, October 15, 2011

Kesia-siaan

Salaam Ini pos keenam untuk hari ini. Barang diingat, saya menyahut cabaran pada 11:59AM, 14/10/2011. Jadi, due date untuk cabaran 10 entri adalah pada jam 11:59AM, 15/10/2011. Gahahahah. Boleh bhaa, diruntuhkan rekod lama. Azwan Lai Azahari, you better take back your words. I am going to accomplish this challenge <10 entries in a day challenge>.

Huha Huha. Kalah BlogSerius dan ItsMeSaiful

Memang sayalah penulis blog paling sarkastik dan addicted. Untuk cabaran ini, saya main bersih, arh. Curi entri orang adalah perbuatan yang tidak macho, tahu. Gahh... empat lagi, kan? OK-lah, teruskan dengan tajuk yang tertera di atas nama pos. Saya tulis memang untuk bagi orang-orang berkenaan terasa dan buat yang mana patut.

Ini adalah blog sarkasme, tempat di mana pelaku maksiat akan dihentam teruk-teruk dengan jarum halimunan saya. No need to use harsh method. Words; they are more powerful than anything God has given all of us. 

But persediaan; tisukah, apakah... anda mungkin memerlukannya untuk mengelap air mata. Sakit woo, ayat saya <actually, ragu-ragu neh mau tulis, saya minta maaflah awal-awal, yah>. Bha, let the tear drops begin!

Kesia-siaan

Ndataulah sama ada kamu notice atau ndak, makin banyak neh couple di maktab kita <penuntut IPG Teknik>. Orang yang saya nda sangka ada special one-pun, sudah ada dalam hati. Ini, saya ndakkan perdebatkan. Cuma saya mau sentuh satu perkara.

Saya pernah bha, terdengar suatu tazkirah yang menyebut bahawa remaja yang menghabiskan masa mudanya dengan Allah SWT akan menjadi antara beberapa golongan yang diberi naungan `Arasy dari pancaran matahari yang sejengkal jauh dari ubun-ubun <susah gila untuk membayangkan siksa masa tu>. Lainlah kalau kamu yakin akan dapat perlindungan-Nya, tak perlulah buat seruan ni.

Sentimen umum golongan pencinta.
Mengapa saya pilih tajuk kesia-siaan? Sebab saya berani berkata; ianya adalah suatu kesia-siaan. Sebabnya saya tulis ringkas jaalah; dorang tu bukannya jodoh kamu. Seriously, cuba tengok mereka yang sudah kahwin dan bertahan perkahwinan mereka... semuanya jauh jarak umur <biasanya lelaki lebih tua minimum 3-5 tahun, berdasarkan observation saya>. Kamu neh? Masih muda, beza umur ndak sampai setahun. Dalam hubungan yang sihat, perlu ada seorang dari pasangan yang lebih matang.

Beginilah, cuba duduk diam-diam, dan tutup mata, fikirkan; adakah betul dia akan jadi isteri/suami saya nanti? Apakah hubungan neh akan kekal, tanpa mengganggu komitmen, pencapaian dan segala apa yang saya patut capai? Dan paling penting, soalan neh: kalau saya posting nanti, adakah kami tetap akan bersama? Jika tidak, kenapa perlu bother ganggu hidupnya dan sakitkan hatinya?

Perkara beginilah yang paling dirisaukan. Kalau sudah kahwin, ndapalah. Memang sweet... tapi kalau belom?
I once have a friend during the time of our pre-SPM. Masa tu, kami duduk berborak pasal hubungannya dengan seorang sahabat. Boyfriend-nya tu sahabat baik saya juga. Begini saya runtuhkan "cinta" mereka:
"Z, kau yakinkah A to jodoh kau?""Eeeeeeeeeee... Yassin! Kenapa kau cakap macam tu!?""Yalah, kamu bercinta, kita neh SPM...""Jadi!?""Habis SPM, then what? Lagipun, saya nampak kau lagi rapat dengan dia apabila jadi kawan dari jadi girlfriend-nya." Z terdiam. 
-MRSM Kota Kinabalu, kelas 4 Mutiara, somewhere around 2009.
Satu lagi benda yang digunakan oleh golongan pencinta neh, adalah cinta itu fitrah. Manusia dilahirkan saling mencintai:- my reply is, "How can you be so sure that she's/he's your life partner? Bukankah jika hubungan kamu batal, kamu akan lebih menjauh dan menzalimi hati sesama kamu?"

Jangan lukakan hati manusia dengan harapan senipis helaian rambut.
Satu lagi: tolong jangan guna alasan "cinta itu fitrah" demi menghalalkan tindakan buas kamu <ARGH! Pedas gilaa>. Cinta itu suci, jernih, indah dan murni. Sepatutnya, cinta adalah apa yang mendekatkan kita kepada Tuhan, bukan yang menjauhkan kita dari-Nya. Ini indikator cinta sejati. 

Abang Akram, salah-seorang pentarbiyah kami masa kami melaksanakan `usrah pernah pesan; 
"Lebih baik cinta selepas kahwin, sebab kalau kita bercinta; kita sudah tahu perangai si perempuan. Lelaki neh, suka kejutan, kalau sudah tahu, mereka akan bosan. Sebab tulah banyak kes penceraian sekarang berlaku di KL". 
-Abang Akram dalam sesi tadabbur Surahtun Naas. 7:45PM, 12/10/2011. Surau Asy-Syakirin.
Fikir semula, memang betul cakap Abang Akram. Zaman Nabi, kebanyakan pemuda dikahwinkan dulu setelah ta'aruf <bukan setelah sebulan dua bercinta>. Zubair Al-Awwam, anak angkat Baginda SAWS sebagai contoh. Saya berpegang kepada ini; bercinta selepas kahwin. Ustaz Khairi pernah cerita bagaimana indahnya perkahwinan selepas kahwin. Memang romantik gila-gila. Kalau kamu dengar cerita dan berita dari beliau pasal munakahat, mesti kamu rasa mau kahwin sebelum bercinta.

Resolusi

But no worry! Setiap perkara ada penyelesaiannya <mati jaalah, yang tiada penyelesaian>. Biar saya utarakan beberapa resolusi. 
Pertama: Break up jaalah. Lagi lama kamu simpan hubungan tu, semakin sakit untuk tinggalkannya. Macam addiction bha, cinta palsu neh Semakin lama, semakin susah mau berhenti.
Kedua: Kalau berkeras jugak, bhaa; packing barang, balik kampung dan minta tok kadi kahwinkan. Ini bersesuaian dengan hadith Nabiyullah SAWS yang menyarankan para remaja untuk bernikah awal. Jangan disimpan, kalau sudah serius-merius. Sebab takut diambil orang, takut fitnah dan takut berlaku sesuatu yang tidak diingini. Kot-kot terlanjurkah, apakah... hah, kan susah.
Kalau betul kamu appreciate cinta kau dan percaya apa yang kamu perjuangkan sebagai tulus dan benar, mengapa takut menghadapi dunia? Mengapa takut untuk memberi konformasi kepada si dia dengan meminangnya? Nda perlu majlis besar-besar, cukup kenduri KFC <jemput saya sekali>. Pasal nafkah, saya rasa, RM430/bulan cukuplah. Lagipun, makruh jaa. Ndak haraam.

Yaa, saya ndak layak memberi nasihat sebab saya ndakda pengalaman dan saya bukan berada di kasut kamu, merasai getarannya cinta <ptuih!>. But at least I know the garrison of life, and I managed <so far, alhamdulillah> to adhere to it. So, lucky me!

So, are you brave enough?




Gahh. I knew it. Awak ayam. Ayam yang gemuk dan besar <translate ke English, yaa> Wallahu`alam bi tsawwab.

Friday, October 14, 2011

'Gahh'mophobia

"Siapa nak saya??. Diam. Diam dan sunyi; "Gahh."
-singly me, 6:53AM, 15/10/2011.
Salaam. Wahahaha~abaikan petikan di atas, mikirayou jaa tu. Hari ni, saya mau buat confession berani mati. Orang matipun ndak berani begini, AHAHAHAHAHA *no one's laughing, not even smiling. Everyone look at me with one eyebrow tilted, whilst another one, curved down* bad joke, I know.

Naluri. <Gahh, goli-nya topik. Tapi sudah janji dengan diri, mau tulis jugak. Lepas ni kalau berjalan, terpaksalah tutup muka>

Dulu saya ingat, saya pernah cakaplah dengan Farah, Dien dan Nadiah pasal pendapat saya mengenai perkahwinan and about having babies <seriously, I want to throw up. Japp..>

*#$&%^#@$#^&%$#&$%##* <sipping Nescafe. Try to stabilize self>

Ahh, okay. Sudah tenang, sudah. Gahh. Topik neh memang menyiksa. It's gonna be a looooooooooong journey for me. Ndapa, sambung!

Jadinya, saya pernah bagitau dorang di KFC Jusco beberapa bulan dulu that I have exactly no interest in matrimony/marriage. Ardie pernah jugak tanya kenapa, kehairanan dia. Saya pun ndatau mau jawab macamana. Saya sedih, ndatau jawab. Gahh, Yassin. 

Kawan-kawan bagi nasihat berlambak, but I'm still with my stance. Kalau betulpun saya akan kahwin, mungkin dalam umur 40 tahun. Atau 35 tahun. I think my life; many people depend on it. Adik-beradik saya masih banyak bersekolah, mau bantu ibu bapa lagi yang semakin uzur <tapi masih sweet 18 oh, dorang. Kehkehkeh>

Selena Gomez... remaja perempuan kedua terkaya di Hollywood.
Dia pernah neh, minta ber-couple dengan saya, tapi saya tolak :D
<oh how I wish this is true>
Lepas kahwin dia, cekik sampai mati and hijack harta-benda beliau.
<wow, that seems to be a plan>
Saya kira, kalau dorang masih perlukan bantuan; dan saya kahwin, tiga pihak akan didzalimi. Pertamanya; family. Punyalah selfish kalau kahwin, sedangkan komitmen dengan keluarga masih belum selesai. Kedua; si isteri <Fatimah, I wish I'll be seeing you, somehow. Seriously, still have heart  towards you :D>. Dan ketiga; saya. Jadinya, bukankah perkahwinan yang bernatijahkan kezaliman haram?

Lagipun, kalau belum ada keinginan untuk kahwin, lepas tu kahwin; hilanglah maksud nikah. Hilang maksud bersatu. Betul ndak?

Satu hari, di Velo....

Beberapa hari lalu, saya dan Dien pergi Velo untuk dinner <padahal kafe bukak>. Lepas menunggu order, cerita sikit pasal kucing di sana dan pasal seorang budak gemuk macam Shin Chan yang limpas depan kami. Before long, I saw this midget. A small and cute infant, carried pickaback by a woman. Bulat gilaa muka, lepas tu senyum dengan senyuman yang sangat menenangkan. Saya tercakap;
"Best-nya kalau ada anak, kan?"
"Ada anak kandung best"
, balas Dien dengan statement serius goli. Saya cuba elak topik marriage.
"Nanti saya mau ambil anak angkat banyak-banyak. Kalau sudah besar, saya lepaskan dorang". Dien senyum.
Seriously, betullah apa yang orang cakap; anak mata memang menenangkan. Seolah-olah hidup kau sudah perfect bha, kalau begitu. But then, again; I am gamophobic. There's nothing much I could do to change that.

Gamophobia!? Adakah awak kekacang!? Awak sedang pergi pisang! <sila translate ke Bahasa Inggeris kalau mau tau maksud>

Gahh. Sweet-nya. Why I have absolutely no feeling towards being/having one??

Ndataulah. Gahh; saya ndatau sejak bila saya dapat keabnormalan neh. Saya tau kahwin sunnah Nabiyullah SAW. Atas sebab inilah, saya ndamau kahwin. Ndamau mencemarkan Sunnah baginda. Saya bukan benci kahwin tu, cuma... cumanya, saya rasa tiada feeling langsung untuk ber-couple, apatah lagi having one as my soulmate. Satu-satunya makhluk yang boleh saya jadikan soulmate adalah si Kiko, yakni kucing saya. Dia... macam memahami jiwa saya. Kalau adalah tekanan dalam keluarga <alaa, biasalah tu> saya akan jumpa dia. Tarik dia dari bawah katil and put her on my chest. As I caress her fur, I whisper all my problems to her. Tau dia ndakkan respon; and it is better that way. <Uish, macam luar tabi'i jaa, saya baca <gahh, jangan fikir bukan-bukan, arh!>

Serius rindu dengan Kiko. 

I missed this view. From my house yard.

I supposed, I will be the last in my family to have "someonse special". Adik saya ada yang sudah berpunya LOL.
Ada juga kata nikah penyempurna iman. Penerus legasi "kepintaran" saya. Saya sukak bagi respon pendek jerr. Imam Nawawi r.a ndak kahwin sepanjang hidupnya. Ndakkanlah imannya ndak sempurna- gahh. 

Sudahlah weh, makin intense debat. Biarlah, kalau jodoh tu mau datang, kita ndakperlu duduk bincang-bincang begini. Kalau ada, adalah. Kalau tidak, harap dapat yang di syurga.

AND one more thing, if you wanna try your luck, just take the application form there <pointing one table>. Before filling in the form, make sure kamu lebih atau sama cantik dari tiga gambar di bawah:

I like hijabist. They're always soothing to the eyes.
My love... fantasilah. Emma Roberts.
Ratu Jordan... Queen Rania. She's elegantly elegant.
So??

Saturday, October 8, 2011

Bersabarlah [For Two Strongest Women]

"Be patient and understanding. Life is too short to be vengeful or malicious."  
-Phillips Brooks 
Salaam. Pos ini ditujukan kepada dua orang sahabat seperjuangan. Setiap satu dari mereka sedang mengalami dilema dalam hidup mereka. Looking and observing the way they handle themselves despite the constantly bleeding pain and agony within, I'd say you both are the strongest women around.

For kawan #1

It had never been in my thought that you're hiding something agonizing within. Di sebalik langsir senyuman, dan sebalik keceriaanmu, ada luka yang tertanam. Yang terpendam jauh di dalam. Subhanallah, you're such a strong woman. 

Sister, be strong. Kawan-kawanmu akan sentiasa di sini, bila kauperlu. Walau ndak kenal rapat/kerap, I can already feel the pain that you've to get through to stay breathing, everyday. I couldn't imagine if I were on your shoes (wiping tears).
Just... be strong, okay?

For kawan #2

Adat bersahabat, sememangnya menuntut kesabaran. Dan kesabaran kau... it goes way beyond my perception and understanding. I will never be as patient as you, dear sister. Despite those harsh critiques, despite all those bad things people said unto you; like, "You're like a tomboy", or, "You're to hard to be a woman", you have been very resilient. Dan kau ndak boleh memenuhi kehendak semua orang.

Heck. We're not lovers, but we've become more than that. We are FRIENDS... and SIBLINGS. And understand one thing:- I will do anything in order to satisfy all my friends/siblings. Come on, ask me!

Sister, actually I've lied to you in many things. Saya cuma terlalu takut untuk bagitau. Maafkan saya, jika dalam diam sayapun salah-seorang musuh kau (baru timbul kesedaran untuk ini, masyaAllah).


Thursday, October 6, 2011

Bertarung Sama Hebat, Akhirnya Saya Yang Tunduk Kalah

Salaam...

Menentang bukan maksudnya bermusuh, kerana inilah nilai persahabatan sebenarnya.

Saudara-saudari sekalian (PERGH... Macam dalam TV!), dalam kehidupan, you can't expect to not having any companion. No man can live his life happily and successfully without someone who he calls as friend. Friendship is one of the most important essences of success; portante chaussée it constantly gives us motivation, strength and hope at times when there is not even a spark of it at hand. Friendship is our secondary motivation generator, I think. Hey, just look at Prophet Muhammad SAAS; he even needed friends on his noble endeavor.

(switching language)

Fitrah manusia adalah untuk berbedza, maka jangan risau

Kalau kamu dicop sebagai penjahat, pembuli, pengkritik pedas malahan anarkis, jangan gabra. Kalau kamu berpijak pada kenyataan yang pada kamu realistik, logik dan bertepatan, apa yang perlu ditakutkan? Perasaan sendiri? Heh.

Others will think the same-lah, when they do/say/think something that is rather true, but offensive to others. Ini hukum interaksi, jadi jangan risau. Pertelingkahan, sakit hati, amarah, benci dan dendam adalah perencah hidup. Kadang-kadang pedas, pahit, masam dan manis... but in the end, it worth. Very much.

Beginilah, kamu sudah minta maaf; sudah menyesali perbuatan (walaupun BUKAN salah kamu, cuma sesetengah orang yang mengapi-apikan kamu berdua [sayalah tu]) dan sudah berjanji tidak akan mengulangbuat perkara yang kamu janji tidak akan buat. Finished. 

In the end, get back to normal, would ya?

Sincerely, friend you can keep. 

Saturday, October 1, 2011

Eksodus (I)

Seorang mufti `Arab menangis apabila ditanyakan sebuah soalan oleh seorang pemuda Somalia.Soalannya:  
"Adakah sah puasa kami yang tidak bersahur dan tidak berbuka?".
-petikan Facebook status seorang saudari
Salaam... ugh. (Tarik nafas, dalam-dalam. Ini perlu).

Sudah dekat 17 bulan saya menjadi penuntut di Institut Pendidikan Guru Teknik, rupanya. Bila selak-selak balik keseluruhan diri saya, sudah terlalu banyak saya berubah. In other words; I have lost so much of myself.

16 Jun 2010 itu, adalah titik mula pencarian

Saya ingat lagi tarikh keramat ni. Masa tu, saya tinggal bersama seorang mak saudara saya yang memang sudah tinggal lama di KL (beliau berhijrah ke sini lebih sepuluh tahun dulu demi mencari rezeki. Paling tidakpun, mencari diri-sendiri). Saya menumpang tinggal dengan beliau sehari kerana penerbangan ke KL masa tu, tanggal 14 Jun, subuh. Jadinya, hidup serumah buat sehari dan berbelanja sakan untuk persediaan di kolej kediaman maktab. Seronok bila dapat ketemu orang yang hanya wujud melalui penceritaan ibu, apalagi orang itu murah hati.

Apapun, itulah pertama kali saya hidup bukan senegeri dengan keluarga. Rasanya bercampur: seronok sebab dapat belajar budaya baru, dan; takut, sebab takut terpengaruh dengan keganasan sosial di sini. Saya panjatkan syukur jugalah, karena dalam beratus ribu memohon (batch saya jaa, 109 ribu pemohon maktab), saya yang terpilih. Walaupun saya sedar, ada ribuan yang lagi di luar sana yang layak dan memerlukan peluang ini, saya suka juga leka. Teruskan bacaan.

Setelah 17 bulan 15 hari menjadi guru pelatih...
Saya tidak pasti jika saya seorang jaa di maktab ini, yang berasa begini. Terkontang-kanting.

Banyak sudah berubah dalam diri saya. Serius. Pertama, fizikal semakin membesar (yakah?? Sebab keluarga kata saya makin kurus dT.Tb), dikarenakan saya menelan suapan Kerajaan berupa elaun. Sebulan RM430.00, siapa yang tidak makmur badannya bila dapat begini. Inilah yang selalu buat saya rasa bersyukur dan bersalah. Di Somalia sana, sudahlah tiada pendidikan percuma, yang dimakan pun lumpur. Tapi semangat untuk hidup mereka paling tinggilah dari saya. Saya??

Keduanya, dan yang paling utama adalah perubahan minda. Kematangan diri, saya rasa semakin meningkat dan keyakinan juga begitu. Honestly, saya adalah pelajar paling pemalu di MRSM dulu dalam bab-bab memberi pendapat. Tanyalah El Hafiz atau Wawan Chacho. Mereka rakan terbaik saya dan mereka pasti nampak. Eksodus minda saya banyak, sebenarnya. Tetapi lebih banyak untuk diperbaharui.

Bertemu masharakat baharu/budaya baharu/dinul hayat yang baru, saya...

...baru tau rupanya ada benda di Malaysia ini yang bernama 'shisha'. Rupanya KTM itu gunakan kad dan rupanya Alamanda di Putrajaya. Sudah menjejakkan kaki ke sini, baru saya sedar betapa kecilnya Tawau: dunia saya dahulu. Subhanallah~

Sungguh sosial di sini jauh bezanya dengan di Tawau. Maksud saya, dari segi intensitinya. Kecurian, pembunuhan, penculikan, dsb.; semuanya membawa makna hidup baru buat saya. Cuba juga untuk menjadi resistan, cuba bersifa konservatif dengan segala tentangan serta cabaran ini- I failed.

Rupanya, di sebalik topeng konservatif itu (ini), saya sudah banyak berubah. Jauh lebih banyak dari bahagian diri saya yang masih kekal. And it is here I learned that in order to survive, you do not have to fight against, nor be conservative. You just have to be versatile and adaptable. Maintaining the 'old' while making the 'new' you. 

Maksud
Kamu semua mesti (pernah/sedang/telah) tertanya-tanya kenapa saya namakan halaman blog ini sebagai 'akusvenpencarikebenaran2.blogspot.com', kan? It's a rather long story which I can put into six words. I whisper:
"I am searching my truest being..."
Ya. Seperti mak cik saya yang melakukan eksodusnya mencari kehidupan, saya melakukan eksodus untuk mencari diri-sendiri. Itupun, kalau adalah.

Thursday, September 29, 2011

Love Is Not Goli

Salaam. PERGH!! Gila hot topik (saja jaa, mau pancing trafik). Wei, saya ikhlas tau tulis benda ni. Tiada niat langsung mau menambah rating atau apapun. Mau be-rating kesiann~blog ini hanya picisan. Anyway, let us get back to the intention of this topic. Half English, half Bahasa Melayu, OK?

LOVE = GOLI? Well, not actually. In fact, it is to the contrary. Bila kita cakap pasal benda euw-wy dan ndak gengster langsung ni, jangan sempitkan fikrah pada perhubungan "ehem-ehem" jaa. Buka mata pada prospek yang jauh lebih besar. Yakni pada ruang lingkup kehidupan. Seorang optimis romantika akan melihat cinta lebih dari sekadar keinginan lahiriah tetapi fitrah juga. And when we're talking about fitrah, it is in the blood of all of us. Mengaliri setiap gerak-geri.

Love is not a goli at all, not until you put it lower than desire, disgracing this holy noun. Cinta adalah tangga ke syurga, jika dikendalikan dengan niat serta wadah yang betul. Cinta itu menyegarkan jiwa yang berlumpur, membernafaskan hati yang lemas diasak dunia dan desakannya. Orang yang paling ndak romantik serta yang paling gengster pun nda boleh menolak keinginan untuk dicinta dan mencinta (OMG, did I really said that?)

(Tentulah jawaban ini membosankan, sebab ini jaalah jawaban yang paling rasional)

Cuma sedih apabila sesetengah daripada kita mengorbankan prinsip demi menghalalkan cinta Islamik: yalah, sentimen berubah. Masa mula-mula melihat, mesti anggap najis. Bila sudah ikut tersiram nafsu, baru menghalalkan. Begitulah lucunya manusia.

Di sini, saya belajar banyak benda.
Tidak salah bercinta, memang tidak salah. Asalkan jaga adab, jauhi dari sebarang zina hati (bolehkah tiada zina hati bila bercinta dengan ajnabi berlawanan jantina?). Seingat saya, kalau dulu-dulu terus dinikahkan. Entahlah, malas mau komen, takut terasa tahap naga Pompeii.

Sudahlah. Tiba-tiba hilang mood. (mengalirkan air mata [kununlah])

Tenang, kan?

Tuesday, September 27, 2011

Memilih...

Salaam. Let see... saya ada 18 cita-cita, seperti yang pernah saya bagitau beberapa bulan lalu. Antaranya:

Pelukis. Though I'm extremely bad in painting.
Geologis. Suka gali fosil dan segala benda yang terkubur di dalam perut Bumi.
Jurugambar a.k.a in a more commercial term: photographer. Well, it's vivid, isn't it?
Ini bukan penidur. Dia ni social scientist. Saya berminat gila dengan benda ni.
Historian. Cuba membongkar kisah El Dorado.
Penulis. I like writing/typing.
Bahagian yang sedih adalah apabila mengenangkan semuanya. Kenapa tidak dapat capai walau satupun yang di atas!!?!?!?!?!?!?! (blinking query and exclamation mark means extra-confused, remember).

Dan kemudian saya berpaling, melihat kepada segala usaha yang ditaburkan demi mencapai kesemua lapan belas cita-cita tu and I whispered to myself, "Boy, you sure do not deserve it". I jinxed my life: sekarang biarkan saya yang menanggung kesakitan dan kesedihan apapun.

Anyway, bukan ini yang mau saya kongsikan.

Tadi petang, kami mengadakan satu kelas ala-ala MUET. Diberikan pelbagai isu dan topik, diberikan peranan dan akhir sekali giliran untuk masing-masing meluahkan buah fikiran dan perasaan. Satu topik caught my attention: karier.

Well, it was not the kind of topic I have always anticipated. Masa tu rawak gila tajuk, jadi ketidaksengajaan memang ndak disengajakan. But the best part was when we were asked to debate (kind of) about, who has more right in determining our career.

Bercakap dengan jujurnya, saya berdiri di sini atas kegemaran kedua ibu bapa. Ironis bila memikirkan bahawa saya menyokong penuh, seratus persen tanpa ada satu persenpun kurang bahawa semua manusia ada hak atas kehidupan and thus masa depan mereka sendiri.

You see, future is not something that you can play and have a test with. It's the real thing of life, meaning, will never return, once it turned into present, and the past present became the past and not present. So, though perplexing, being serious is something that we should consider upon before making- or even thinking- about anythings and everythings in life.

Saya sebenarnya memilih kerjaya ini bukanlah kerana pilihan ibu bapa. Ini adalah pilihan sendiri: guru? Not my style. But I let me mom decide, and she decided to make me as a teacher. Sekali lagi, ini bukan pilihan dia, tapi pilihan saya, dan saya membenarkan dia memilih untuk saya. Fair~


P/S: Puas hati oh, dengan templat terbaru blog ini. It took me almost an hour to finish it.