Showing posts with label kerjaya. Show all posts
Showing posts with label kerjaya. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

Realis

A S S A L A M U A L A I K U M W A R A H M A T U L L A H

Saringan
Huh. Sudah lama tidak menulis pos tl;dr dalam blog neh. Rasa macam mau buang jaa, semakin malas pulak menaip. Kalau dulu-dulu, seronok gila bila ada peluang untuk meletakkan jari di atas papan kekunci, memuntahkan pelbagai benda berkenaan hidup. Kebelakangan ini, tiada perkara yang menarik untuk dikongsikan, tambahan lagi tekanan peperiksaan yang sangat memeningkan kepala. Adoyai~

Mat Jenin bukan realis

Untuk siapa yang tidak tahu apa itu realis: ia adalah paradoks kepada perkataan idealis <sort of>. Orang sebegini mementingkan nilai praktikal sesuatu idea berbanding nilai estetik atau kefungsiannya. Tidak kiralah betapa hebat sesuatu idea, mereka akan tolak tepi kalau tidak boleh dilaksanakan. Seems familiar?

Mat Jenin itu bukanlah seorang realis, tetapi idealis. Dia bertenggek di pokok kelapa, lalu mengimaginasikan perkara-perkara yang sangat mengagumkan; memiliki ratusan ekor kambing, rumah bagai istana dan isteri yang cantik-cantik; namun apa yang didapatnya?

Heh, tiada. Itulah risikonya bila ingin menjadi idealis. Kadang-kadang, mereka terlalu mengimpikan yang indah-indah, tanpa sedar bahawa impian mereka itu tidak boleh dilaksanakan. Oh, tidak! Kamu tidak dilarang bermimpi~cuma kalau ingin berbuat demikian, biarlah memipi yang boleh dicapai.

Biasa-biasapun, sudah OK. Yang penting, hasilnya boleh dituai. :)

Friday, November 4, 2011

Perkara Yang Mengawal Kita

A S S A L A M U A L A I K U M W A R A H M A T U L L A H

Memandangkan janji untuk mengepos gambar sudah disempurnakan, kebosanan tahap gaban dan keinginan untuk belajar belum kunjung tiba, maka izinkan saya untuk berceloteh sedikit panjang petang ini. Amaran awal untuk kaki skip bacaan, lebih baik ditekan ikon 'x' di penjuru atas sebelah kanan sebelum anda naik darah. Tulisan ini baku dan formal, padanlah.

Saya tidak mau bercakap pasal kekotoran politikus, mahupun bersoal jawab isu Bani Tamim; kerananya, saya tidak mahir dengan kedua-dua topik ini. Sebagai guru pelatih, saya mau bercakap sesuatu mengenai dominasi. Diktatorial dalam kehidupan seorang penuntut kolej.

Menghantui

Saya selalu terfikir akan perkara ini, sejak dari semester dua lagi. Apakah hidup sebagai remaja yang memilih karier pendidik benar-benar bebas dari kongkongan yang mematikan jiwa? Sebabnya, ada sesetengah orang cakap, guru pelatih seperti sudah ibarat guru: punya pra-gaji <frasa buatan sendiri> dan bebas bersosial. Nampaknya, kenyataan itu benar. Atau adakah?

Dalam sistem di maktab, atau di mana-manapun organisasi yang berorientasikan pendidikan, saya mengesani suatu problema yang sangat tenat membarahi minda dan sentimen generasi kita. Bukanlah bersikap pesimis dengan sistem yang kita ada, namun, manakan bisa ditolak kenyataan bahawa semuanya ada kecacatan dan wajib ditegur. 

Masalah, kita terlalu bergantung dengan buku. 

Buku adalah alat intelek yang paling berpengaruh sepanjang perkembangan tamadun anak Adam. Berpuluh juta sudah diterbitkan, sejak manusia pertama kali mengenal cara menulis dan membaca. Malahan, dari bukulah, sebuah kerajaan sehebat Abbasid dan Omayyad berjaya dibina. Dari buku jugalah, dunia sekarang menjadi apa adanya sekarang.

Ya, saya tidak menolak kepentingan buku. Tidak sedikitpun juga saya menyanggah pendapat bahawa ianya jauh lagi berpengaruh dari segala macam perihal yang ada di Internet. Namun, umpama pisau, penyalahgunaannya pasti akan membuatkan seseorang berdarah. Negara kita ini, contoh nyata.

Paranoia saya terhadap cengkaman diktatorial buku adalah apabila kami terpaksa tunduk kepadanya dalam apa-apa permasalahan. Apabila ditanya suatu soalan KBKK, kami dikecam untuk meluahkan pendapat sendiri. Sikit-sikit, selak buku. Rasa terperangkap jaa jiwa yang punya pandangan sendiri.

Saya ambil satu contoh, semasa saya menyiapkan tugasan. Dalam salah satu <dari puluhan> tugasan yang diberikan kepada kami, saya menuliskan pendapat saya berkenaan subjek terbabit mengikut cara saya. Dan apabila diserahkan semula folio tadi, saya terkejut; kenapa dibulatkan dengan pena merah? Adakah mempunyai pemikiran sendiri itu suatu jenayah?

Satu lagi contoh adalah ketika melakukan latihan intensif di dalam kelas. Seperti biasa, setelah satu topik berjaya ditamatkan, kami akan diminta untuk membuka halaman begini dan menyiapkan latihan nombor anu hingga/dan anu. Lepas itu, jawapan ada di belakang tu. Haha. Cubalah elak kalau boleh buat tanpa mengintai jawapan sebenar di belakang buku, sebelum indeks. Tipulah, kalau kamu tidak pernah buat neh <apalagi kalau kerja rumah>.

Di peringkat lebih rendah

Kalau kamu perasankan, keputusan SPM, PMR dan UPSR budak-budak sekarang neh, makin mantap Senang-senang jaa dapat A sebaris. Kalau dulu, punyalah mau susah jumpa pelajar yang dapat sekurang-kurangnya 5A dalam SPM. Tapi, taraf moral mereka jauh lagi teruk dari yang pernah berlaku. Kes rogol oleh remaja berumur 13 tahun bukan perkara yang canggung hari ini. Belum lagi kes pecah rumah, membuli, murtad dan seterusnya. Kita yang ada secubit kuasa autnomi cuma mampu menggeleng kepala, tanpa menyelidik punca.

Bagi saya, puncanya adalah program soalan ramalan yang dikeluarkan saban tahun oleh golongan kapitalis yang hanya mengenal untung sabut perniagaan mereka. Bunyinya sangat paradoks, bahkan, tidak berdosa untuk saya dilabel sebagai kontradiktif. Bukankah kesemua buku-buku ini membantu pelajar untuk jadi cemerlang?

Ironisnya

Buku soalan ramalan memalaskan pelajar untuk membaca dan betul-betul meneliti setiap pelajaran yang tersisip dalam buku teks sebenar. Mereka--untuk cemerlang--hanya perlu ke kedai berhampiran dan membeli senaskah dua buku semacam ini. Jawapan ada di belakang, jadinya, mereka cuma perlu menghafal. Lebih teruk lagi, bila kesemua soalan ramalan betul tebakannya. Najis!

Buku Georg von Welling yang diterbitkan pada 1735, berkulitkan
kulit manusia '
Opus Mago-Cabbalisticum et Theosophicum'
Di mana kedinamikan hidup? Di mana cabaran yang sepatutnya dihadapi oleh anak muda kita yang diomong boleh memantapkan peribadi hilang? Di mana proses pembelajaran yang panjang, rumit dan menguji kekuatan minda <yang sepatutnya berlaku> pergi?

Generasi kita sekarang ini, bagaikan robot sudah. Isikan otak dengan ilmu, pergi ke dewan peperiksaan, dan tuangkan semua ilmu itu pada kertas soalan. Lepas itu, lupakan semua, sebab mereka perlu menumpukan pada peperiksaan yang lebih "mempengaruhi hidup mereka". Begitulah seterusnya.

Ibu bapa pula, penting mereka glamor. Asaakan anak dapat A lagi banyak dari anak jiran sebelah, tiada apa lagi yang dikisah. Jiwa anak muda yang sepatutnya kaya dengan interpretasi sendiri, beku dihembus mistral kejumudan tunduk pada buku. 

Dan yang lagi menyakitkan hati:
Murid: Cikgu, kenapa  sigma tidak boleh dinegatifkan, sedangkan pada halaman seterusnya, boleh? 
Cikgu: Alaa, ikut jerlah buku tu. Hafal, jadi boleh lulus peperiksaan.
Neraka.

Wednesday, November 2, 2011

Berlawanan Dengan Realita

Salaam semua ... baru habis dua perjumpaan pagi ini. Dapatlah input sedikit <esp. masa ucapan Pengarah maktab><He's seriously a great man, with wisdom. I don't understand why people ignore him every time he talks>.

Saya tersentuh sedikit masa beliau meletakkan suatu soalan yang sangat retorik kepada kami. Entahlah, adakah saya jaa yang perasan, atau ada sebahagian lain yang berperasaan sama:- masa beliau berucap tu, macam mau isytiharkan perang. Saya macam pernah ada perasaan tu, long ago... anyway, persoalan beliau:
"Kita adalah umat yang terbaik. Maka, menjadi guru, kitalah sepatutnya yang menjadi guru terbaik".
Maaf, Tuan. Realitinya, cukuplah diperhatikan di maktab ini jaa, umat Islamlah yang terkebelakang dalam pelajaran <walaupun sebahagiannya cemerlang jugak> dan kurang teladannya <paling sakit hati tengok pasangan luar nikah tuu... adui, beginikah mau jadi pendidik?>

Something that we, teachers, need to fight against. Video games' influence.


Monday, October 31, 2011

Perisytiharan Gelaran Guru

Salaam. Waduh, waduh ... malas betul mau buka buku. Apalagi mau membaca dan memahami setiap baris kata dan erti bahasa. Bosan dan menyakitkan, bila teringat segala subjek, subtopik dan subsubtopik yang sudah lama tidak dibelek. Matilah saya <orang kata, budak aliran sains paling genius dan pintar dan rajin dan hebat dan kuat dan mantap dan NERD. Saya perlu akui itu dengan sejujurnya, tapi sisi gelap semua kelebihan itu mereka tidak nampak:- kami paling tertekan dengan major ni> Gahh. Kita beralih dari situ, menuju ke asalan entri.

Jangkaan terlalu tinggi

Kadang-kadang, jadi psiko dengan perangai dan ekspektasi masyarakat <kenapa bunyi terlalu matang??>.
16 Jun 2010... adalah waktu keramat yang sangat membekas di hati saya. Pada tanggal keramat ini, saya menyerahkan segenap pelusuk diri untuk menjadi guru, atau lebih baik; GURU. Tambahan lagi, terpaksa berdepan dengan subjek maha gila, sains. 

Seperti yang saya selorohkan di atas, prospek manusia sekeliling terhadap guru sains sangat tinggi <tidak faham kenapa ada subject-biased sebegini>. Bilamana kamu berjaya, dianggap normal. Tapi bilamana kamu gagal atau teruk dalam mana-mana subjek <walaupun subjek seremeh Bahasa Melayu Kontekstual>, langsung dilabel pemalas dan tidak belajar <baiklah, itu perlu diakui>. Tapi janganlah sampai melihat kami seperti ahli neraka yang dijamin. Rasa rimas.

Sebagai rubrik, sains bukanlah pasal praktikal dan teoretikal. Ia menjalar jauh daripada itu; pengertiannya, pengamalannya dalam kehidupan seharian dan kegunaannya <mau hujat subjek lain, tapi tidak payahlah. Lebih baik tonjolkan kebaikan diri-sendiri>. Bhaa.

Guru

Foto: Hazwan Zulkifli. Kamera: Razvi Musily. Suntingan: Sven <saja-saja jaa bha neh>.

Saya rasa, gelaran di atas umpama sebuah pakej hidup yang lengkap. Dalamnya, ada disertakan gari dan rotan sekali. Bukan untuk kita gunakan ke atas anak murid, tetapi akan kita gunakan terhadap diri-sendiri. menjadi guru, kita terdesak untuk menjadi teladan lantas terkurung dalam topeng adab susila. Dan seperti yang diungkapkan El Hafiz Jaini, manakan mungkin rutin tidak jadi keikhlasan?

Suka buat-buat komik macam ni. Rasa puas melayan sisi humoris saya yang tersembunyi.

Kadang-kadang, inilah yang saya bangga sangat dengan profesion keguruan <uhm, jangan terasa pejuang karier lain. Perspektif berbeza, kita kongsi bersama>. Selain menjadi pendidik manusia, kita didik diri-sendiri. Jadi baik, dan lawan entropi sikap manusia. Saya tidak berapa nampak nilai ini dalam kerjaya lain <sekali lagi: maaf>.

OK-lah, sekadar itu jaa untuk hari ini. Kalau saya rajin, saya tulis lagi. Persoalan sama ada dibaca atau tidak, kita tolak tepi. Siapa tahu, dua puluh tahun akan datang seseorang tersesat memilih kerjaya? Entri ini mungkin dapat membantu mereka.

Heyy, saya tidak belajarlah hari neh. Waah~ <matilah bakal guru yang satu ini>.