Showing posts with label moral. Show all posts
Showing posts with label moral. Show all posts

Monday, November 7, 2011

Terbang

A S S A L A M U A L A I K U M W A R A H M A T U L L A H

Photoscape can't do anything? Think again <I forgot the shadow>.
<But before I start my entry, I would like to congratulate Datuk Nicole Ann David for her sixth World Champion title in squash. Surely, a very prideful Malaysian>

Penghidupan : tahu semua?

Dalam hidup ini, perlukah kita mempelajari semua benda; yalah, sebagai proses mendewasakan diri? Maaf, tiba-tiba pos dituliskan sebegini. Soalan ini terdetik apabila saya tersedar dengan suatu perkara yang aneh sudah lama berlaku, yang sepatutnya saya perasan dulu lagi. Manusia lembapkan saya, faham-faham jaalah.

Saya punya seorang sahabat yang berpendapat bahawa hidup ini cuma sekali, dan kita perlu jadi semua, termasuklah jadi jahat <mungkin sedang membaca pos ini dalam berkerut tidak setuju pada akhir entri. Hehe>. Menurutnya, kita perlu sedaya-upaya menjadi semua, cari guru dan pelajari semua. Hidup ini cuma sekali bha, maka logik untuk berfikiran sedemikian.

Tidak pula dia berfikir bahawa itu bisa jadi kesia-siaan. Mana boleh tamak dalam hidup ni, kan?

Bagi saya

Orang kata, hidup ini adalah suatu proses membuat pilihan yang panjang, berterusan dan kadangkala berulang pilihan itu. Bagi suatu pilihan, seseorang cuma ada satu peluang untuk membuat keputusan. Menambah kerumitan, pilihan yang dibuat tidak boleh diundur <meskipun boleh diulang>. Kalaupun mau dipilih kedua-duanya, kualiti mesti berkurang.

Senang fikir; macam soalan SPM esei Bahasa Inggeris seksyen C. Ada dua pilihan, kan?  Kalau kita pilih satu soalan dan fokus pada soalan jaa, mesti boleh buat yang terbaik. Tapi kalau mau pilih dua-dua, mesti huru-hara sedikit esei, walaupun bagaimana hebatpun kau.

Tidak perlu tahu semua, yang penting, tahu apa yang kita buat dan gunakanlah sebaik-baiknya perkara yang kita tahu. 

I made this one, this early morning.

Sunday, November 6, 2011

Seruan Ilahi: Qurban Mendekatkan Diri

A S S A L A M U A L A I K U M W A R A H M A T U L L A H

Fuhh~membengkak abdomen setelah perut diisi dengan pelbagai benda pada jamuan, selepas solat sunat Aidiladha pagi tadi. Ada mi kari, laksa, kek cawan Kelantan; macam-macam lagilah. Rugi gila buat yang tidak pergi tu <skil mencemburukan orang>. Serius bha!

Apapun, saya tertarik dengan isi khutbah yang disampai oleh khatib tadi. Tajuk khutbah adalah seperti tajuk yang tertera di atas. So, don't expect to read Maria Ozawa's literature in this very entry <... nanti, pada entri lain saya buat><Sven, today's raya. It's rude to say that>. Entri kali neh Islamik sikit, jadi yang rasa dirinya panas kalau baca benda-benda Islamik, sila keluar dari laman ini. Sekarang. 

Qurban

Ngeri tak? 
Pengertian perkataan qurban secara literal bukanlah bermaksud "berkorban apa saja, harta ataupun nyawa" seperti yang didendangkan oleh P. Ramlee itu. Maksud harfiahnya ternyata lebih bersifat spiritual <walaupun korban itu sendiri bersifat spiritual>, yakni bermaksud; mendekatkan atau mendapatkan. Asal perkataan qurban adalah taqarrub.

Justeru, senang untuk difahami mengapa Hari Raya Aidiladha penting buat umat Islam. Pertama sekali, pengamalan istilah mengorbankan sebagai suatu cara mendekatkan diri kepada Tuhan telah dilakukan seawal zaman Nabi `Adam a.s lagi, dan kedua; kerana hadith yang menyatakan bahawa daging qurban tidak akan sampai kepada Tuhan, tetapi keikhlasan dalam melakukan pengorbanan tersebut. Jelas?

Ditambah, qurban diertikan secara tradisional di negara kita sebagai suatu upacara simbolik pengorbanan Nabi `Ismail a.s dan Nabi Ibrahim a.s yang dituntut Allah SWT <yang kemudiannya digantikan dengan domba/kibas>. Pengagungan tidaklah diletakkan kepada Khalilullah tersebut, tetapi kepada Allah SWT yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Senang cerita: Hari Raya Qurban seharusnya menjadi titik tolak ketersedaran kita terhadap sifat Allah SWT yang Maha Bijaksana lagi Maha Penyayang.

Di sinilah, dengan bermakrifatullah secara sedar sendirian, kita mampu mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kan orang kata, tak kenal maka tak cinta. Kalau sudah kenal Allah, senanglah dan kuranglah konflik dalam melahirkan rasa cinta itu.

Dengan itu, sekaligus; maksud literal dan metaforikal perkataan qurban itupun, tercapai.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam, tidak kira dimanapun kamu berada.

Saturday, November 5, 2011

Kepimpinan

A S S A L A M U A L A I K U M W A R A H M A T U L L A H

Mantapnya sudah belajar tiga subjek dalam sejam. Faham-fahamlah kalau ekspres begitu, berapa peratus jaa yang masuk <ada dekat tiga, empat subjek untuk diulang kaji. Yang baru dihabiskan inipun, perlu diulang ulang kaji><ya, ulangan perkataan 'ulang' itu disengajakan, bukan typo>.

Sebelum saya memulakan penulisan: maafkan saya sebab ada sesetengah pembaca yang terluka dengan maksud dan tujuan penulisan pos sebelum ini. Serius, itu tidak disengajakan. Niat saya cumalah untuk merubah tradisi jelek berpecah-belahm itu saja.

Tidak layak

Sebenarnya, saya memang manusia paling tidak layak menuliskan perihal seperti kepimpinan ini. Pertama; saya tidak pernah ada pengalaman memimpin <adalah, tapi tidak besar mana> dan kedua; sebab saya memang tidak berapa menggemari posisi pemimpin. Rimas, apalagi yang bercorak demokratik; di mana, semua kehendak pengikut perlu dipertimbangkan dan semua tanggungjawab seremeh jamuan akhir tahun terpaksa dikendalikan sendiri. Pendek kata: tidak suka! Apapun demi kawan.

Rindu pulak dengan junior tiga orang neh <yang selain dibulatkan, saya tidak berapa rindu>.
Pernah terjadi suatu insiden di mana saya dilantik menjadi ketua bagi sebuah persatuan GERKO di sekolah lama <Persatuan Petanque>. Gamaknya saya tidak pandai bermain petanque, apalagi mengajarkan undang-undangnya, semua orang bergantung kepada saya. Nasib baiklah cikgu masa tu jenis toleran, penyayang dan bertimbang-rasa <yang kebetulan cikgu Matematik Moden saya>. Jadinya, tidak perlu kelas teori, terus kepada praktikal. Senyum-senyum saya sendirian.

Memandangkan saya ketua, memang seronok boleh perintah orang lain kesana-kemari untuk saya. Suruh panjat tangga ambil bola petanque; suruh susun bola petanque; macam-macamlah. Nikmat siot! <Walaupun kadang-kadang, saya terpaksa guna teori 'do-it-yourself' untuk menjayakan aktiviti persatuan>.

Pengalaman [hidup itu roda, Yassin]

Ini Persatuan Bolasepak maktab. Tiada kaitan dengan pos.
Tapi apa nama, orang bilang: karma. Segala sikap zalim dan tirani saya itu berbalas apabila memasuki maktab ini. Atas kuasa demokrasi, saya dilantik menjadi orang kuat persatuan di sini. Wehh~jawatan yang paling saya bencilah: setiausaha.

Walaupun kapten persatuan kami tidaklah sezalim saya dulu <Healery orangnya bertolak-ansur dan komited, walaupun nampak ganas><hah, mengumpat!>. Hehehe... tapi serius, perangai dia jadi kapten jauh bezanya dari saya dulu. Begitupun, bebanan sebagai pengurus segala jadual persatuan, belum menyebut kesukaran saya yang agak <!?> buta IT neh, maka huru-hara jadinya. Baru saya rasa bagaimana bebanan orang bawahan. Teringat muka si Khairul Pidato, Jourdain Milkmaid dan Hafiz Angkasawan yang dahulunya kuli-kuli saya. 

Moral cerita saya

Menjadi pemimpin, kita perlu ada EMPATI yang tinggi. Cuba gambarkan bagaimana perasaan kamu bila dia di atas dan kamu berada di bawah naungannya. Cuba renungkan kemungkinan bahawa, pada masa akan datang--bila-bila saja--kamu pula yang akan berada di bawah, diherdik dan diperintah.

Saya tidak menganjurkan prinsip karma seperti boddhisvatta mengajar di bawah pokok bodha pasal nirvana, tetapi saya mengajarkan Sunnatullah alam. Yang baik, akan dibalas baik juga akhirnya, dan yang jahat: pasti akan dihambat setimpalnya. Saya kira, semua agama mengajarkan ini, jadi pos ini sesuai untuk setiap manusia < =.=' macam promosi blog jaa??>. 

Hehe, tidaklah. Saya ikhlas :) <Lagi ralat. Orang ikhlas mana ada beritahu dia ikhlas. Aduhailah>.

Si diktator yang insaf <insaflah sangat>.


Thursday, November 3, 2011

Prejudis

A S S A L A M U A L A I K U M W A R A H M A T U L L A H

Hari ini, saya mau membuat sedikit teguran kepada beberapa orang kawan saya yang saya perkirakan tindakan mereka agak tidak patut. Sekurang-kurangnya, sebagai warga Malaysia <saya jenis yang tidak pandai menegur secara berdepan, sebab itulah blog ini ditubuhkan pada awalnya>. 

Rahsia 

Kamu semua tahukah apa yang membina negara kita neh? Kamu semua tahukah apa yang merangkum dan membolehkan rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama hidup aman dan harmoni, sehingga mampu menjadi jisim merdeka? Kalau kamu tidak tahu, maka jujur saya katakan: keluar dari negara ini!

HAHAHAHA. Damn, I'm serious! Anyway, the secret was/is: no prejudice. People of the past didn't have prejudice among them. When one says it's red, then, it's red. No need to implicitly give meaning to their word. But people nowadays ah, they tend to do that. When an Indian says it contains no pork and completely safe for Muslims, some Muslims try their best in order to disbelieve that.

Hey, I'm a Muslim too, and I know things we shouldn't eat like alcohol, pork and et cetera. And I believe whenever my non-Muslim friends say the food that they're offering as halal. I think, they too, know that we Muslims cannot eat certain things.

Sungguh sedih apabila `amal semurah menerima pemberian orang lain tanpa rasa prejudis tidak mampu dilakukan. Sedangkan, benda-benda sekecil inilah yang membina sebuah tamadun kuat berlainan kefahaman. Cubalah fikir, untuk apa mereka menipu kita? Huh!

Sebuah kisah

Saya kongsi dua cerita ringkaslah pasal betapa kuatnya pengaruh non-prejudisme terhadap perpaduan dan sekali gus akidah saya. Baca ya, jadi pedoman.

Masa tu, perayaan Tahun Baru Cina baru saja habis. Kelas barupun bermula dan sedang asyik berbual dengan seorang kawan berbangsa Cina, mata saya tertangkap sebuah bungkusan yang tersisip pada beg kawan saya itu. Kuih bulan. 

Saya pun mintalah, sebab ayah pun dulu selalu bawa kuih bulan balik dari pejabat setiap kali Tahun Baru Cina berlangsung, bersama sekotak besar limau mandarin saiz L. Memang kegemaran saya bha, kuih bulan, khususnya yang berintikan kacang merah. 

Dia buka sudah begnya, untuk mengambil kuih bulan yang berwarna perang berkilat, sebelum geraknya terhenti. Saya hairan. Lepas itu, dia cakap dengan muka penyesalan <saya pasti itu bukan muka yang tidak mahu memberi>, dia cakap:
"Aiyya Yassin, saya tidak pasti ohh, halal. Sebab tiada tanda halal"
Harap jadi pengajaran. Wallahu`alam.

Wednesday, November 2, 2011

Berlawanan Dengan Realita

Salaam semua ... baru habis dua perjumpaan pagi ini. Dapatlah input sedikit <esp. masa ucapan Pengarah maktab><He's seriously a great man, with wisdom. I don't understand why people ignore him every time he talks>.

Saya tersentuh sedikit masa beliau meletakkan suatu soalan yang sangat retorik kepada kami. Entahlah, adakah saya jaa yang perasan, atau ada sebahagian lain yang berperasaan sama:- masa beliau berucap tu, macam mau isytiharkan perang. Saya macam pernah ada perasaan tu, long ago... anyway, persoalan beliau:
"Kita adalah umat yang terbaik. Maka, menjadi guru, kitalah sepatutnya yang menjadi guru terbaik".
Maaf, Tuan. Realitinya, cukuplah diperhatikan di maktab ini jaa, umat Islamlah yang terkebelakang dalam pelajaran <walaupun sebahagiannya cemerlang jugak> dan kurang teladannya <paling sakit hati tengok pasangan luar nikah tuu... adui, beginikah mau jadi pendidik?>

Something that we, teachers, need to fight against. Video games' influence.