Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Sunday, November 6, 2011

Seruan Ilahi: Qurban Mendekatkan Diri

A S S A L A M U A L A I K U M W A R A H M A T U L L A H

Fuhh~membengkak abdomen setelah perut diisi dengan pelbagai benda pada jamuan, selepas solat sunat Aidiladha pagi tadi. Ada mi kari, laksa, kek cawan Kelantan; macam-macam lagilah. Rugi gila buat yang tidak pergi tu <skil mencemburukan orang>. Serius bha!

Apapun, saya tertarik dengan isi khutbah yang disampai oleh khatib tadi. Tajuk khutbah adalah seperti tajuk yang tertera di atas. So, don't expect to read Maria Ozawa's literature in this very entry <... nanti, pada entri lain saya buat><Sven, today's raya. It's rude to say that>. Entri kali neh Islamik sikit, jadi yang rasa dirinya panas kalau baca benda-benda Islamik, sila keluar dari laman ini. Sekarang. 

Qurban

Ngeri tak? 
Pengertian perkataan qurban secara literal bukanlah bermaksud "berkorban apa saja, harta ataupun nyawa" seperti yang didendangkan oleh P. Ramlee itu. Maksud harfiahnya ternyata lebih bersifat spiritual <walaupun korban itu sendiri bersifat spiritual>, yakni bermaksud; mendekatkan atau mendapatkan. Asal perkataan qurban adalah taqarrub.

Justeru, senang untuk difahami mengapa Hari Raya Aidiladha penting buat umat Islam. Pertama sekali, pengamalan istilah mengorbankan sebagai suatu cara mendekatkan diri kepada Tuhan telah dilakukan seawal zaman Nabi `Adam a.s lagi, dan kedua; kerana hadith yang menyatakan bahawa daging qurban tidak akan sampai kepada Tuhan, tetapi keikhlasan dalam melakukan pengorbanan tersebut. Jelas?

Ditambah, qurban diertikan secara tradisional di negara kita sebagai suatu upacara simbolik pengorbanan Nabi `Ismail a.s dan Nabi Ibrahim a.s yang dituntut Allah SWT <yang kemudiannya digantikan dengan domba/kibas>. Pengagungan tidaklah diletakkan kepada Khalilullah tersebut, tetapi kepada Allah SWT yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Senang cerita: Hari Raya Qurban seharusnya menjadi titik tolak ketersedaran kita terhadap sifat Allah SWT yang Maha Bijaksana lagi Maha Penyayang.

Di sinilah, dengan bermakrifatullah secara sedar sendirian, kita mampu mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kan orang kata, tak kenal maka tak cinta. Kalau sudah kenal Allah, senanglah dan kuranglah konflik dalam melahirkan rasa cinta itu.

Dengan itu, sekaligus; maksud literal dan metaforikal perkataan qurban itupun, tercapai.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam, tidak kira dimanapun kamu berada.

Thursday, October 27, 2011

Efek 'Swirl'

Salaam ... hello everyone! Hari neh, saya ajarkan satu lagi tutorial yang agak cun dan best <main dengan Photoscape memang best, kalau kamu pandai manipulate sana-sini>. I simply love this software :D

Ada orang katakan, Photoscape tidak setanding Photoshop. It can't do many things and to be sincere, it is true. Tapi ada satu trik yang orang-orang pro-Photoshop ni kata, software Photoscape ndak boleh buat. Agagaga. Lihat contoh di bawah, saya guna Photoscape jaa <nanti lagi banyak trik akan saya cuba korek>:

Hensemnya ... I mean, cantiknya efek ;P
1. Buka Photoscape, pergi Combine
2. Add gambar yang ingin diletakkan dengan swirl sebanyak dua kali, macam neh:
3. Pergi Edit
4. Object > Photo ... > Letakkan swirl yang diingini pada gambar sebelah kiri [kalau tiada, carilah di dalam Internet. Atau, boleh ambil ini:
Inipun saya cilok entah dari mana :P
5. Tekan butang Photo + Object
6. Tools > Clone Stamp 
7. Letakkan dua poin Clone Stamp pada kedudukan yang sama [ini part paling penting. Hati-hati. Jika anda adalah masalah, gunakan mata sebagai penanda. Kalau poin first letak di mata kiri gambar sebelah kiri, pastikan point kedua di mata kiri gambar sebelah kanan]. Letakkan poin pertama di gambar sebelah kiri dan poin kedua di sebelah kanan
8. Mulalah mengecat. Pastikan anda mengecat swirl yang ingin menutupi subjek jaa.
9. If (8.) is done well, you should get something like this:
10. Sekarang, crop gambar sebelah kiri, dan Save.
11. Siap :)
Ardie ... sorry bha, suka-suka jaa saya guna gambar kau. 

Wednesday, October 26, 2011

Efek 'Subject Projection' (SP)

Salaam ... malam neh, kita belajar satu lagi tutorial yang quite nice. Ianya saya panggil sebagai efek 'SP', sebabnya ia bertujuan untuk menonjolkan subjek sebagai seakan-akan terkeluar dari gambar. I'm quite a dipshit; I didn't really succeed in using this effect, below is the best I could do <please ... commandment is below the picture>.

  1. Buka Photoscape dan pilih gambar <pastikan gambar: berlatarkan langit biru dan ada subjek yang ketara. Sedia pada tab Home.
  2. Filter > Noise Reduction > Medium
  3. Filter > Graduated Tint > Letakkan cross hair pada kaki langit > Shade: 100%; Feather 20%
  4. Filter > Deepen > Medium
  5. Filter > Fake Tilt-Shift > Letakkan crosshair pada subjek > Contrast: 0%; Blur: 20% <optional percentage
  6. Filter > Texture > noise_hard_04.jpg
  7. Ready!
Advance

Kalau kamu mau kasi advance sikit proses neh, cari mana-mana gambar surat khabar <optional, tapi di-recommend. Kalau mau guna gambar lain pun boleh> di Internet dan pastikan subjek sudah di-crop dari gambar yang sudah di-edit. Sayugia diberi peringatan: lepas crop subjek, sila 'save as' dan jangan 'save'. Gambar yang sudah di-edit sebentar tadi diperlukan. Sila baca dan lihat contoh bawah:

  1. Buka Photoscape dan pilih gambar yang sudah di-edit dengan efek 'SP' tadik. Haa ... pandai!
  2. Pergi tab Object > Klik ikon gambar tu <alaa, yang ada mataharinya dan gunungnya tuu>, lepas tu > Photo. Pilih gambar surat khabar yang sudah di-download dari Internet.
  3. Tindihkan gambar yang ingin di-edit dengan objek surat khabar tadi > klik dua kali pada objek > opacity 64
  4. Pergi lagi tab Object > Ikon gambar > Photo. Pilihlah sunjek yang sudah di-crop tadi 
  5. Superimposed-kan dengan gambar yang ingin di-advance suntingannya. Pastikan subjek pada gambar betul-betul overlap dengan cropped subject.
  6. Save dan sedia.

Saturday, October 22, 2011

Why I'm a Pro-Government

Salaamu`alaikum warahmatullah ... today, 7.30 sharp; I will be going to Khalifa Institute to attend a seminar about 'Khalifah in Teaching Sector' <something like that-lah>. Well, I have been anticipating to get involve into things like that, considering that my leadership is in GRAVE shallow. Two inches shallow <imagine that??>

Talking about khalifah

Recently on Facebook, I spent a large chunk of my pathetic, teenage life to some debates, focusing on Islamic leadership. Since I am pro-Government, I had to answer countless accusations, slanders and attend an endless chain of arguments with them <the Opposition>. About the hudud case, specifically.

It have been quite a controversy about how, when and why this educational methodology <I prefer not calling it punishment>  should be implemented. The Opposition gives no space for people like me to talk about it, and they merely but abusing it again, and again, and again, as a modal to attract voters. They may have lied thousands or probably millions, but not me <not yet??>

Hududallah

Abu Syafiq in his writing criticized how the Opposition made fool of Allah's law by trading with votes. They said, "We will implement hudud", and used Tun Dr. Mahathir's objection letter sent to Tuan Guru Nik Aziz, to explain why their State Government didn't execute the said laws. Well hell. Tun Dr. Mahathir have retired like eight years ago. Why should the letter be considered as the refutation of hudud? <I invited one pro-Opposition to debate with me. Right until now, he's in total silence. Gahh>

The next thing was, they used the video of Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak saying, "UMNO is nowhere near to implement hudud ..." as a second contention to strengthen their stand. I'd say this, too,  was proven to be a very futile argument because it is cropped; the video. A pro-UMNO debater, well-known by the name PDS stated that in full-length video, Datuk Seri Najib did say things in accordance to the maqasid syar`iyyah. That was a turning point for some other participating debaters ... <so pathetic for the Opposition>.

I have errands, so let us just skip through and make conclusion ...

BN didn't implement hudud, because they know the difficulties of doing so in this multicultural mass. We need to teach the citizens first about this hukum, before we blindly implement it. It's a taboo for Malaysians for such things to happen. I personally, am a hudud struggler, I have debated with atheists about this issue some several hundreds hours. I say this is the best law there is.

I 1000% support hududallah. Problem?
Opposition is  aesthetically rhetoric and proactive in fighting for hudud. But, they forget one hadeeth, recorded by Saidina `Ali Karamallahu Wajhah about a greater priority in Islam. Unification. This is what they lack. The are subversive, divisive and yet still- without any embarrassment whatsoever, not even a smudge- they declare themselves jundullah. They know not if hudud is to be implemented, the first criminal that should be executed are of their own people; the Mujassimites, the Taimiyyites who say Allah as having mass, corners and vertices, and asserted Allah is doing 'istiwa in a literal sense. Na`udzubillah. Subhanallahi amma yushrikuun.

Want to know who are the Mujassimites? Check it out yourself

You shan't use hudud as goods to trade with. It's Allah's Right, and you can't just bargain it for some few thousands votes. All in all: "Alaih sallahu biahkamil hakimiin". Allah Punishes the transgessors, remember this. Wassalam

Thursday, October 20, 2011

20 Ciri Lelaki Ubërseksual (ii)

Adakah anda semua bersedia???
Salaam. Huh-- ada sepuluh lagi poin yang perlu dikomen. It's going to be a very long night for me KASK. Ndapa:- ganbatte!!! <Padahal esok MUET. InshaAllah, sudah training beberapa hari lepas. Dapat band 3, OK-lah sudah>.

Oh, jap... saya mau tambah announcement. Malam neh, saya tulis dan komen lima points dan selebihnya esok <OK tak?? OK.... <cara Ooi>>. Nice. Next up to be a ubersexual man:

11. Maskulin/berotot

Cute ... <lucu tengok badannya oversized baju tinju> XD
Well, this seemingly is more about the physical instinct <sila jadi matang>. Seperti yang kita tahu, sesuatu organisma yang bersaing dengan spesis lain akan sentiasa berusaha untuk mencari pasangan yang dirasakan oleh mereka sebagai terbaik. Hal ini bagi memastikan agar baka dan keturunan spesis lahir dalam keadaan yang baik, dari baka yang sihat. Dalam darah manusia, ada jugak sifat haiwani ini, ianya digelar nafsu.

Wanita lebih suka lelaki berotot kerana bagi mereka, these guys can give them some sorts of comfort and warmth every time something bad is trying to disturb her. A robust man does give even to male that sense of protection. But sadly, most of the time; men with hard packs also have hard-boiled heart. Most of the time, they don't have emotional equilibrium and can get enraged just seconds after an intense debate takes place.

12. Kaya

I have thick wallet and nice tuxedo. What's next?
Dunia ini memang ndak dapat ditolak dari keinginan lahiriah. Pada lapisan masharakat manapun kita, desakan harta dan kemewahan kita menjadi umpama sebuah perang saga yang tidak henti-henti. Kejayaan golongan kapitalis telah berjaya mencemar pandangan manusia <esp., orang Malaysia> dengan suntikan materialisme yang tiada jedanya <I sound like History lecturer> -- dan ketakutan kita terhadap sikap resistans kepada kapitalisme menjadikan kita selamanya tergari pada keperluan materii. Wanita- seperti yang kita tau, punya banyak cita-cita dan keinginan.


Serius dalam segala benda dan sangat berfikir dalam pasal masa depan mereka <lelaki buat cool jaa pasal masa depan>.  Perempuan selamanya: belum capai umur 20 tahun, sudah uruskan bajet harian keluarga untuk membina rumah tangga. Gahh, WOMEN!

Bukan mau tuduh sembarangan, tapi atas dasar inilah kadang-kadang, perempuan pilih cash love. Ndak kisahlah umur seabad beza, yang penting dapat kikis harta. But then, not all. And but then, more than the minority of women would choose a man whose financial state is stable.

13. Muzikal/Literatur

Salah satu atribut Hawa adalah mereka suka dibelai dan dipuja dengan kata-kata hiperbola dn metafora. "Kaulah bulanku," dan "Kan kurenangi jurang angkasa demi memetikkanmu sebutir bintang" adalah dua contoh. Walaupun mereka tau si lelaki ndakkan pernah mampu merenangi ruang angkasa tadi, perempuan terbabit tetap akan rasa bersyukur dengan kesanggupan si lelaki untuk berjanji.

Lelaki yang meminati sastera selalunya bersikap misterius.

Dan mereka yang punya kemahiran sastera atau muzikal ndakkan masalah dalam kes neh. Mereka pandai menyusun kata, merenggut kesadaran si Hawa dalam beberapa ketika. Ekspresi secara sastera dan muzikal adalah nilai tambah seorang lelaki sempurna yang menunjukkan bahawa dia akan melakukan apapun demi korang <gurls, listen up!>.

14. Keturunan ternama

Yang Mulia Putera Charles
Ada jugak lelaki yang diminati atas dasar nepotisme <dalam konteks perhubungan>. Mereka dicintai atas dasar ingin mewarisi harta diraja dan memiliki sebuah mahkota berlian 200 karat. Alaa, macam dalam wayang  Indonesia tu bhaa. Aha; macam tulah. Sekadar ingin membolot kekayaan.

Well, if we put this in reality, it seems to be the opposite. Some would say that princes, any prince- will always be the most charming personalities on Earth. Their unpolluted skin, their constantly moisturized facial, their solid body due to free, royal training; all blend into something that we always call as beauty. A beautiful man.

Keturunan ternama lebih melibatkan ibu bapa, kerana merekalah yang menentukan pasangan hidup anak mereka. Contoh, "Ehh, baik kau kahwin dengan anak si Raden Wijaya daripada kau memilih Abdul si nelayan. Ibu bapa lebih matang, maka berbincanglah dengan mereka jika tiada keputusan yang menepati keinginan anak saya.

15. Serupa artis kegemaran

Ini adalah trend perempuan sekarang. Kalau mau cari BF melalui Facebook, habis dipulun semua gambar profil, diselak seluruh album untuk memastikan rupa mengatasi standard seorang artis favourite. Lepas tu, kalau sudah layak, di-chat, ditabur janji, saling menguntai kata-kata. Sampai ke syurgalah, sampai ke hujung dunialah bercinta. Mereka tau bahawa mereka saling menipu diri-sendiri, just i.o that they can get that Korean-looking guy.

Hot stuff hari neh, jika kau bukak balik gambar pada zaman kecilnya, ndak lebih dari seorang kanak-kanak yang ndakda ilmu esok dan semalam. Kapitalisme, dan sentimen budaya yang menyebabkan mereka berpindah pusat. Sang lelaki terpaksa bergaya mengikut arus, jika ndakmau tenggelam dengan kemodenan dan materialisme.

Lelaki yang sekadar memenuhi paras indah saja, yang sekadar menyalakan lampu skala ke-handsome-an pada tingkat yang memuaskan ndakkan mampu dibahagiakan mahupun membahagiakan. Hot stuff yang kita cari adalah mereka yang mampu untuk sedaya-upaya menyeimbangkan fizikal, spiritual dan mental. Ingat: macam mana kacakpun suamimu, ia tidak boleh menyuapkan kau dengan sesudu nasi. Perlu usaha, ini aturan alam!

Wednesday, October 19, 2011

20 Ciri Lelaki Ubërseksual (i)

Salaam semua. Harini saya mau kongsi satu sesuatu berkenaan lelaki. Well, if you can manipulate it somehow, you may get some advantages, like for women; they can use this as guidance to look up for their life partner, and men can follow this list to be a hot stuff <seemingly>.

NadJoliey pernah menulis dalam blognya pasal 'Facts About Girls?: Let's See Berapa Yang Kena'. It is quite an interesting thing to be read with a mug of coffee in hand. To be pondered upon, to be implemented. Memang kebanyakan fakta pasal wanita yang dia tulis berlawanan dengan persepsi saya sebelum neh. 

So, lemme counter her entry. We'll see which gender is weirder. Gahahah. OK-lah, be serious. Uhm <tarik nafas dan lepaskannya, merasionalkan pemikiran>. Saya ada terbaca bha, somewhere somehow these points about man. I mean, about true man and what kind of man women crave for <macam pelik jaa "crave for" o.O>. Saya mau komen, and kongsi pendapat.

1. Tanned-skinned man is way sexier

Well, this seems to be a bit apartheid. Sebenarnya, point neh bergantung kepada faktor budaya dan negara jugak bhaa. In Korea, for instance; they adore men with tanned skin, instead of white beings. Albeit we here lionize them for their whiteness, we here have been envied for such beautiful skin. Orang kata sawo matang dan hitam manis. It's all about Sod's Law, right?

Dalam negara kita, terdapat jugak sebahagian wanita yang prefer tanned-skinned men. They think it is cool to have a tall man of that type, sebab lelaki yang berkulit putih ternyata nampak agak "auwwwiiyy!" dan djambu. Gahh <sorry farahida ibrahim, BF kau gagal point pertama>.

2. Lelaki yang berbutang baju sehingga ke atas sekali nampak provokatif
Imma nerd, and I buttoned my shirt up to the top... problem??
Waahahah. Lucu oh, neh fakta. Kalau macam neh, saya seksilah tuu <gahh. :D> I'm not sure about it's validity and the truth behind it, but lets just assume it is true. What can we extract out of it?

Well, as far as I could think of, man who button his shirt up to the top is rather conservative/secretive. They hide 'something', and won't let others see what he has under his sleeve. Some suggests this man is typical of having pets or liking children, not because of wanting to have one. But affection. They simply like children. But ultimately, it's up to their reason in being so. I mean, buttoning up.

Going back to the point, I bet it does not happen in our society. Orang Malaysia lebih beranggapan bahawa pemakaian sedemikian sebagai polos dan kolot, ketinggalan zaman yang memang tidak mengikut arus perdana. Gahh. Hard time for those Malaysians who like to button up.

3. The hottest man is the one that will never touch you, until he got your ringer with silver ring 

Indeed. In Islam itself, we're allowed to touch ajnabi ONLY when we have married that particular girl. Proposal is not valid enough to be used as reason to verify our lust upon the said girl. Saya terbayangkan begini bhaa: kalau sudah pasti itu jodoh, kenapa perlu bertindak terburu-buru, memegang sana-sini? Bolehkan, buat benda tu lepas kahwin nanti.

The logic behind 'men fumbling over' is that, those men are not ready yet to take you as their partner. They know the relationship won't last and are afraid that they may leave without having/enjoying something in the girl. It's hard to find a male of such who will never take any physical and financial advantages from you <girl>.

4. Lelaki yang unik: tersenyum dalam keletihan dan menangis ketika perlu

Saya ndakdapat bayangkan oh, lelaki macam neh. Tersenyum dalam keletihan tu OK lagi, boleh lagi komen sikit-sikit. Tapi kalau menangis tu, bukan childish-kaa? <blurred>. OK-lah, I'll try to comment as reasonable as I can.

Lelaki yang tersenyum meskipun seharian bekerja/belajar/berjalan melayan naluri ber-shopping perempuan adalah mereka yang sangat komited dan tolak-ansur. Percayalah, lepas kahwin nanti, mereka akan jalankan tugas dengan sangat baik, bahkan akan membantu isteri mengemas rumah dan memasak <guhh. Memang bukan ciri saya LOL>. Bila berkeringat begitu, isteri tanyak, "Abang penat tak?". Kalau dia unik, maka dia akan tersenyum sambil menggeleng instead of saying, "Yaa.." atau "Tidak, sayang. Perkare kecik jee...".

Lelaki yang sebenar, IOW, maskulin ndakkan menahan emosinya, bagi memelihara keegoan. Meluahkan emosi melalui tangisan dan ketawa kuat adalah tanda bahawa mereka tidak dipengaruhi oleh dunia sekitar; they have their respective thought about how life should be and what it should mean. Unprovoked and stern. 

"Hahaha.. buruknya rupa dia nangis!", as to some would say <me too ;P>
<gahh, people's thougts. You could never satisfy 'em. Just cry, if you need to.
A man with this sort of attribute will have no problem building their own life. They know the bounds and limits, and they have no problem of adhering to the most recent renewal of it. In marriage, they can control emotion and not getting into outrageous state easily <gahh. Hate abusive men>.

5. Men are way hotter if they put God before anything

Yaa... cuba kamu tanya perempuan di luar sana bhaa, apa pengertian berpasangan buat mereka. Majoriti akan jawa, "Untuk memimpin saya" atau, "Untuk membawa saya ke syurga" atau, "Untuk mendidik saya" dan sebagainya yang mempunyai konotasi serupa. Ndak kiralah bagaimana rock atau grunge-nya seorang wanita, semuanya yang begitu pasti menjadikan perkahwinan sebagai jalan untuk mula berbuat baik; mula menambah iman dan bertanggungjawab. Ada bhaa, satu saying ni:
"Marriage is the end of life for men and the beginning for women"
Gahahh. Second thought, it's rather true. Perempuan neh, mereka lemah, perlukan perlindungan berterusan dari lelaki. Yang mampu menyelamatkan mereka adalah keegoan lelaki. Keegoan itu pula perlu dikawal <kalau ndak, habes dideranya isteri>, dan agama menyediakan undang-undang tertentu dalam mengawal keegoan itu.

So yeah, religion is part of a sexy man.

Ashraff Muslim is the best model for all young Malaysian male artists to follow. He's kinda religious. Well, kinda.


6. Lelaki yang seksi adalah lelaki yang membuatmu teruja bukan dengan sentuhan manja dan bisikan asmara, tetapi kata-kata biasa.

Gahh. Ini point buat saya rasa loya dan tidak berdaya. Bukan sebab terasa, tapi frasa tu bha... "sentuhan manja"?? "Bisikan asmara???? What the he-!?!? Anywa, saya perlu komen jugaklah, just to be fair with all the points.

Bagi saya, point ini boleh difahami melalui karisma <seingat saya, saya pernah tulis pasal karisma di blog lama. Malas neh mau cari, kamu bongkar sana>. For me, machismo is a matter of interpersonal skills. Some men out there do have the looks, but as they lack the charisma, they turn sour <jahat gila-gila statement>. Well, accept it, dude. You're not hot stuff <hell you, Sven. Wait.... SVEN!?>.

Melalui kata-kata biasa, seorang lelaki yang digelar hot stuff mampu menawan hati wanita. Kalau dia bercakap, mata seorang wanita pasti akan merenung bibirnya, ekspresi mukanya, gerak badan dan matanya. Apapun ceritanya, wanita tadi akan taat mendengar, sebagai alasan untuk terus memerhatikan kecantikan si lelaki. 

Nama lain bagi lelaki sebegini adalah si romantis, pujangga konvensional. Tidak perlu puitit gubahan ayatnya, yang penting dia bersuara, beratus wanita datang berbaris, sekadar untuk mendengar hembus nafas si lelaki tadi <gahh, saya boleh tulis novel lucah oh KASK LOL>. Lelaki berkarisma, kalau cerita pasal dusun buahnya di kampungpun, akan dipandang seksi. Sad thing I don't posses such attribute. OK, move on. Jangan layan sangat saya neh <crying>. Gahh.

7. Funny men are hot
If funny is the scale of man's hotness, then Jim Carrey is certainly the hottest guy around.

Kadang-kadang wanita ni sukar betul difahami. How can humorous guys look sexy!? I cannot brain!!!!!!

Actually, I can. Women are more to entertainment sometimes, and some of them think that sense of humor is a big chunk of entertainment. As women tend to see everything quite meticulous, quite serious, they can easily break down or having conflict <esp. women with career nowadays> within them. At this stage, they really need someone to- at least- erase those dilemmas, just for awhile. And that is why, nowadays, humorous guys always steal the spotlight.

Perfect countenance is nothing, when you lack the inner entity to entertain women <sounds playboy>.

8. Lelaki yang pernah mengalah dalam satu-satu pergaduhan (tapi tidak akan mengalah dalam pergaduhan main-main): jika kamu temuinya, maka cepat-cepat rebut. He's limited version!

We always fight and make peace. It's a circle of which, none
could escape. :D
This is real... maybe. Men have been created to have a higher dose of egoism than women. It is to constantly injects them with the sense of defensiveness from Nature's fury and to protect women <particularly, their possible mate><wait, why I sound so scientific??>.

But then, this is not an excuse for men to have authority upon women. Males are solely to protect, and not control over. Women are humans, ya see. So, we should not shackle them right to the tree of our own desire. Let them go, for women have so many dexterity than any other men have <excluding the Prophets>.

To respond to the point above, I would say, giving up for men is quite a hard thing to do. Whence he raise white flag in his debate with women, he will have the tendency to feel wrecked and worthless. This is not it. The coolest man ever, Prophet Muhammad SAWS never slain those who voiced their opinion in front of him. Yet, he was a strong leader.

So guys, giving up is not a sign of defeat; it is merely a symbolic of strong heart, acceptance towards defeat. Winning over is not the truest glory to man, but winning for. That's what counts. And girl, if you ever, by anyway- meet this kinds of man, grab him. He's the strongest.

9. Men who install retro or ridiculously weird fashions are charismatic

This does occur in America and all over the world. The indie in Malaysia:- is an exemplary for an edited version of retro, metro style. Girls nowadays are crazy about men with checkered shirt and fit jeans, and rug outfits, don't know why. Men with pompadour, quiff, slicked-back hair comb over hairstyles have people's thumb-ups now. The retrogression of hairstyles has brought upon new decadence of black metal, punk whatsoever ridiculous trend. Good thing.

Installing retro style needs a very high confidence. I mean, to walk with those- some would say- nerdy, birdy and boyish looks- really needs high self-esteem. That's why, I prefer to call these guys <the retro guys> as something of confidence, a conviction of a true hero. A manifestation of freedom.

Intrinsically, women prefer over retros because of that. Or is it because of the aesthetic values that this trend has? <Gotta re-think the point>. OK, move on.

10. Lelaki yang fokus satu soalan dengan muka serius adalah comel. Serius.


Saya blushing neh, baca point yang ini <kehh-terasa ndak bertempat>. Hahahah. Above is one example of a guy who focuses on a question by one of his fans. Does man really look beautiful when they focuses on something? <esp., question>. Kamu jawablah sendiri, wanita. Yang neh, saya malas sudah menulis <tunggulah bahagian ke-2>. Wassalam.

Tuesday, October 18, 2011

Review Wayang: 'Real Steel'

Salaam. Baiklah... seperti yang dijanjikan, saya akan buat review pasal movie yang telah saya tonton semalam, iaitu 'Real Steel' <cut off that formal slang>. OK, tapi sebelum tu, saya mau ingatkan: ini bukan main-main punya komen. Ini kritis punya... <gahh. Bragging much!?>

1/5?? Why!?

Hebat kot.. grafik dia.
Heh. Ramai terkejut bila saya bagi 1 daripada 5 bintang, apabila diminta pendapat untuk menilai. Seriously, saya ndaklah begitu kejam bhaa. 1/5 adalah skor bagi kebolehdugaannya. Bingung? OKlah. Let us make this simple. 

Saya secara peribadinya mempunyai teknik sendiri dalam menilai sesuatu filem; aya ada beberapa aspek yang saya adili Bukan berlagak analitik, tapi begitulah; bila kawan tanya, saya boleh komen setelus-telusnya. Only several movies have made it through. I mean, through my judgment <saya intrikat, OK? And I'm also meticulous>. So, what aspects do I criticize? You'll see as you read through. 

1. Goosebump effect

Perkara pertama yang saya akan kritik adalah efek emosional filem tersebut kepada diri saya. Berapa kali saya rasa mau menangis, berapa kali saya rasa berdiri bulu roma dan berapa kali saya rasa marah. Jaranglah filem mampu pengaruhi saya <wayang Malaysia, satupun ndak pernah berjaya dalam aspek neh. Ketawakan mereka.. HaHaHaHaH> dan most of the time, filem dari Hollywood jaa yang mampu buat. 'Flipped' dan 'Mr Magorium's Wonder Emporium' adalah dua contoh filem yang mempunyai goosebump effect yang baik. Sangat baik.

Untuk Real Steel, saya bagi 9.87 dari 10. Sangat menarik. Emosi saya terpengaruh dengan mudah, pengarahnya pintar dalam memanipulasi nilai empati manusia untuk mengasihani beberapa watak dalam filem tu, terutamanya Atom. Atom... dia robot hero yang berupa humanoid. Ketaatannya terhadap Max, si budak penemunya betul-betul menggoyang rasa. Masa dia ditemui dalam kawasan junkyard dan masa dia tengok diri-sendiri dengan cermin umpama memberikan dia suatu kesedaran manusiawi, macam benda tu hidup.

Ohh.. inilah Atom, robot humanoid paling kool pernah saya nampak.

Babak yang paling meninggalkan kesan adalah apabila Max tanya dia, "Do you understand me?". Atom- yalah robotkan- diam jaa. Dan peliknya, saya nampak dia macam mengangguk and I think all the audience expect it to do so. Bila kamera zoom dekat muka, wau... sangat memberi kesan.

Ni robot masa Noisy Boy <milik Charles> lawan Midas. Bapak senang dikalahkan. Kahahaha... itulah, tamak biar bertempat.
Serius kool. PERGH!

Part lain yang turut memberi kesan adalah masa mereka menangi hati penonton dalam pertandingan WRB. Walaupun bukan juara, tapi Charles dan Max berjaya menemukan semula apa yang mereka selama ini kurang; hubungan anak dan bapa <mereka yang bergelar bapa, patut tengok filem ni>.

2. Adrenaline effect

Adrenaline effect hanya dapat dilihat pada wayang-wayang aksi dan thriller. Romantik dan kisah sedih tiada dan kalaupun ada, jarang. Bagi sesetengah orang, inilah yang paling penting, sebab ianya mampu menyebabkan penonton berfikir bahawa filem yang ditonton bersifat realistik. Adrenaline effect mampu menyebabkan orang melompat, bertinju dan berteriak di tempat duduk mereka dan wayang yang baik untuk dijadikan contoh adalah 'The Commander', sebuah wayang sci-fi dan 'Harry Potter: The Deathly Hallow'.

Untuk 'Real Steel', saya bagi 7.9 dari 10. Ndak padat dengan aksi, tapi lebih banyak percakapan demi percakapan; konflik kewangan dan sebagainya, which is quite good. Filem neh, kalau capai 10 dari 10 pada skala adrenaline effect jarang dapat markah tinggi untuk goosebump effect. Nampak terlalu rigid, teknikal dan kurang emosi. 'Real Steel'- walaupun agak teknikal, mampu memberi punchlines yang kuat pasal adrenaline effect. Berjaya, saya patut kata. Tahniah Steve Levy dan Steven Spielberg.

Kanak-kanak, buat perisian?? Hmm... who knows, right?
3. Audio effect

Audio effect- as its meaning says, is a quality that any film should aim high. Good audio and music blend will create certain atmospheres and if it can be synchronized well with the visual transitions, will be audience a smack. Quite a number of films can do this right, and again- in Malaysia, no film, I repeat, NO FILM can do it. They're all failed and foiled stuffs. Included in this audio effect are background music, conversation volume, emotion and vividness, sound effects, songs and setting sound, like the sound of rolling tires, et cetera, et cetera. If you ask my which movie have a very high mark on this, it is again, 'Mr Magorium's Wonder Emporium' and also, 'Das Fliegende Klassenzimmer'.

'Das Fliegende Klassenzimmer' bermaksud, 'The Flying Classroom'.
Serius best neh wayang. I'd even can conclude that this is
German's best motion picture <the nearest contender is 'Pan's Labyrinth'.
'Real Steel' has it, but is lacking. At the very beginning, I was anticipating the sound of wheat being blown by breeze and the sound of the truck's tires, driven by Charles. Potholes crossing gives an advantage and it pretty much symbolizing typical outskirts'  road. Heck. They're good at this.

Max pujok Charles untuk bawa Atom pergi satu pertandingan. Kiutt~~

Serius... saya macam mau peluk oh, ni benda. Macam manusia neh, kiut lagi <Wehh!? Adakaa robot cute??>.

But as the film progresses, all the components go banana. Background music dwindles, songs and setting sound effects reduce. Albeit, sound effects of actions:- especially when the robots are fighting really give me an adrenaline rush all over. Those mechanical SFX are Hollywood's expertise. No need to emphasize on that. Overall, I give 'Real Steel' 7.6 out of 10. Quite nice-lah.

4. Unpredictability

Ketidakbolehramalan adalah aspek yang agak penting jugak. Ianya adalah aspek di mana manusia/penonton tidak dapat meneka sama sekali pengakhiran filem dan plotnya. Sebabnya kalau terlalu mudah diramal, orang akan rasa bosan dan boleh tidur neh dalam panggung. Dua contoh yang sangat bagus adalah 'Bridge to Terabithia' dan 'Scream 4'.

'Bridge to Terabithia'. A must-see-seriously. Cari DVD dia capat!!

Nasib baiklah 'Real Steel' neh aspek lainnya cemerlang, sebab saya bagi 2.3 dari 10. Kalau ndak, habis muflis sipembuat filem. Jalan ceritanya sangat ringkas dan boleh diagak plot demi plot <mungkin disebabkan saya sudah nampak trailer-nya, kot>. My anticipation upon this film is a bit too high. Melainkan mereka buat sekuel, 'Real Steel: The Return of Zeus'; hah, baru best. Itu barulah nafas baru.

"Look at me!", kata Charles <tengok Max senyum, chomel neh>.
5. Cultural effect

Sesuatu filem merupakan identifikasi kultural mereka sendiri. Wayang yang baik <cehh, macam betul jak bhaa> adalah wayang yang mampu memperwakilkan budaya mereka. Contohnya; wayang Amerika perlu mewakili budaya Amerika; cara hidup dan keutamaan mereka dalam hidup. Wayang kultural yang baik kebiasaannya datang dari Timur <kecuali Malaysia. Mereka mau sangat meniru cara Barat, sehingga mmbunuh identiti mereka sendiri>. Wayang Amerika yang berjaya menonjolkan budaya Amerika adalah High School Musical', 'Flipped' dan 'Hairspray'.
Congratulation: 'HSM3,' 'Hairspray', and 'Flipped' kerana berjaya melepasi saya.
Untuk 'Real Steel', saya bagi 6.47 dari 10. Sungguhpun ketamadunan Jepun moden lebih terlihat, nilai kapitalisme, rutin makanan ringan dan sejarah tinju sangat bersifat Amerika. Paling best masa awal-awal, yang dorang masukkan lagu bergenre country. Sangat Amerika.

Saya suka owh, wayang neh. Masalahnya...


6. Visual effects


In Hollywood, none can exceeds Spielberg's visual quality. He's the best in it <cute bhaa, si Max neh>.




Saya malas mau cakap panjang pasal benda neh. Steven Spielberg knows his stuff. Anything that he does with camera and his CGI staffs proved to be perfect. I've got to say, 8.57 out of 10.


Kesimpulannya...

'Real Steel' dapat 7.12 dari 10. Saya sukakannya, apatah lagi goosebump effect dia terlalu tinggi. Namun malang; judgment is judgment. Mungkin analisis saya betul dan mungkin salah, sebab ndakboleh jugak terlalu kritikal dan analitik. Movies are to be watched and learned, not evaluated and criticized <though sometimes, it is necessary>. Kalau terlalu robotik pun, maksud 'enjoy wayang' tiada. It's up to someone to really decide what this movie deserves. I would say that it is a highly-recommended film; a must-see. 

That's all from me, wassalam.

Monday, October 10, 2011

Motorsikal Idaman

Salaam. OK-lah, ini pos terakhir. Sekadar ingin menunjukkan kepada kamu semua, motor paling kool pernah dua biji mata saya ini saksikan:

Ini adalah Moonrider Bike, motorsikal yang berdasarkan konsep levitation. Though it is yet to be built, I have good feeling about this. The design just... it made me dumbfounded. So unique and mysterious. So vague.

Friday, October 7, 2011

Eksodus (III)

"Teruslah bergaul dengan khalayak ramai dengan baik. 
Lebihkan masa untuk masa untuk rakan berfikir sebelum menilai dan membuat keputusan untuknya. 
Teruskan keberanian untuk menunjukkan perkara yang betul dengan hikmah. 
Manfaatkan waktu berfikir tentang agama dengan menggunakan kelebihanmu [cari sendiri]." 
-Aizat Akram, Mei 2011.
Salaam semua. Salam perpaduan, salam 1Malaysia (LOL) dan salam Wawasan 2020 (yeahh!!).  Punyalah main best hari ni bila kelas mula jam 02:30PM. Keadaan menjadi bertambah best apabila ujian yang dicanang-canang untuk dilaksanakan rupanya hanya latihan berbentuk diskusi/referensial. GaHaHaHa~I love Miss Dayang.

Baiklah, terus kepada topik tanpa penyimpangan (an inch divergence can cause a million miles' off course. #credit: Shafwan Nizam. Add-lah dia). Malas jugak mau menulis ni, tapi demi kawankan... OK bha kalau ko!!

Punca

Setiap apa yang berlaku ada punca. Sunnatullah memang begitu, setiap perbuatan dan kejadian ada puncanya. Kalau sesuatu itu jatuh ke bumi, puncanya graviti. Kalau sejilid buku habis dibaca, puncanya komitmen dan kesungguhan. Kalau blog ini habis diteroka, puncanya rasa cinta/sayang dengan penulis (gahh).

Tidak susah untuk kita menerangkan mengapa perkara ini termaktub dalam undang-undang Allah SWT jika kita mempelajari ilmu mantiq (saya pun tidak banyak tau pasal ilmu ni; sikit-sikit bolehlah). Lihat contoh di bawah:

"When a thing is the cause for  several things, then eventually we will end up with One Cause. In Islam, that Cause is Allah. The absence of one thing can also means a cause for the secondary generation of it to not exist. For instance; the absence of goodness is the cause of the absence of trust/betrayal. Refer Surahtul Mulk, verse 24.
Keperluan teori Punca

Saya percaya, selain untuk menuju makrifatullah, teori teofilsafat ini juga diciptakan oleh Allah SWT untuk mempermudahkan makhluk-Nya menyelesaikan segala kekusutan dalam kehidupan harian. Dalam otak manusia ni, ada satu bahagian (bahagian kortikel) yang berfungsi untuk membuat pena`akulan (reasoning). 

Bayangkan jika Allah tidak menjadikan bahagian itu... maka apalah bezanya kita dengan haiwan? Apalah bezanya kita dengan makhluk lain yang hanya tahu membiak, meragut di perumputan dan menetekkan anak? Justeru itulah, Allah SWT menempelak manusia yang tidak menggunakan otak mereka untuk menemukan kenyataan wujud-Nya. Buka Surah At-Tiin, ayat 5 dan 6; Surahtul Mulk, ayat 10.

Menyangkut fungsi lebih dalam

Dalam kehidupan ini, adalah penting untuk kita mena`akulkan sesuatu sebelum menerimanya bulat-bulat. Perihal reasoning dan mengetahuilah yang menjadikan kita khilafah di muka Bumi ini. Buka Al-Qur`an, Surahtul Baqarah, ayat 30 sehingga 34.

Saya percaya, berfikir adalah salah-satu proses keagamaan, bahkan dari situlah iman dapat diperoleh. Ingat, iman adalah pencarian yang aktif, bukan warisan tradisi/zaman-berzaman.

Konteks dengan kehidupan saya

Apabila saya melakukan sesuatu, saya mempunyai kecenderungan untuk memikirkannya dalam-dalam, sampai ada yang mengatakan saya lembap. Saya tidak kisah. Bak kata Tun Dr Mahathir Muhammad saat visi beliau dikritik "Biaq pilah depa kata apa!" dan "I do it my way". Dan lagi satu; saya jarang berfikir dengan emosi. Salah guna tu... dalam Islam, penyalahletakan kegunaan dengan alat adalah suatu kezaliman. 

Instead of making accusation, vilification and yada, yada; I'd be better if I could find meanings behind all things. Membuang masa untuk menghukum orang lain, lebih baik digunakan masa itu untuk meningkatkan iman saya. InshaAllah...

Maksud saya tag-kan label 'kawan' dalam pos ini adalah untuk mengingatkan diri dan kawan-kawan agar sentiasa mencari punca and once finding it, nail it. Do not let things rust away without care. Karat dalam hati, kalau ditompokkan akan meracuni hati. 

Punca saya di sini adalah secara mutlaknya kerana Allah SWT, begitu juga anda semua. Memandangkan kita datang dari satu Punca, maka tidak salah untuk saling menasihati, saling menegur. Bersaudara adalah kita. Ingat kisah Nabi Adam, kan? Wassalam.

....tidak diciptakan langit ini sia-sia. Kesempurnaan langit adalah manifestasi sebuah Penciptaan oleh yang Maha Sempurna. Buka Surahtul Mulk, ayat 3. [Gambar diambil menggunakan SE J20i Hazel pada  07:34AM, 18 Mei 2011].

Thursday, October 6, 2011

"Sometimes when you innovate, you make mistakes. It is best to admit them quickly, and get on with improving your other innovations."            -Steve Jobs 
"Innovation distinguishes between a leader and a follower."                       -Steve Jobs
"Design is not just what it looks like and feels like. Design is how it works." -Steve Jobs  
"Be a yardstick of quality. Some people aren't used to an environment where excellence is expected.-Steve Jobs