Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Sunday, November 6, 2011

Seruan Ilahi: Qurban Mendekatkan Diri

A S S A L A M U A L A I K U M W A R A H M A T U L L A H

Fuhh~membengkak abdomen setelah perut diisi dengan pelbagai benda pada jamuan, selepas solat sunat Aidiladha pagi tadi. Ada mi kari, laksa, kek cawan Kelantan; macam-macam lagilah. Rugi gila buat yang tidak pergi tu <skil mencemburukan orang>. Serius bha!

Apapun, saya tertarik dengan isi khutbah yang disampai oleh khatib tadi. Tajuk khutbah adalah seperti tajuk yang tertera di atas. So, don't expect to read Maria Ozawa's literature in this very entry <... nanti, pada entri lain saya buat><Sven, today's raya. It's rude to say that>. Entri kali neh Islamik sikit, jadi yang rasa dirinya panas kalau baca benda-benda Islamik, sila keluar dari laman ini. Sekarang. 

Qurban

Ngeri tak? 
Pengertian perkataan qurban secara literal bukanlah bermaksud "berkorban apa saja, harta ataupun nyawa" seperti yang didendangkan oleh P. Ramlee itu. Maksud harfiahnya ternyata lebih bersifat spiritual <walaupun korban itu sendiri bersifat spiritual>, yakni bermaksud; mendekatkan atau mendapatkan. Asal perkataan qurban adalah taqarrub.

Justeru, senang untuk difahami mengapa Hari Raya Aidiladha penting buat umat Islam. Pertama sekali, pengamalan istilah mengorbankan sebagai suatu cara mendekatkan diri kepada Tuhan telah dilakukan seawal zaman Nabi `Adam a.s lagi, dan kedua; kerana hadith yang menyatakan bahawa daging qurban tidak akan sampai kepada Tuhan, tetapi keikhlasan dalam melakukan pengorbanan tersebut. Jelas?

Ditambah, qurban diertikan secara tradisional di negara kita sebagai suatu upacara simbolik pengorbanan Nabi `Ismail a.s dan Nabi Ibrahim a.s yang dituntut Allah SWT <yang kemudiannya digantikan dengan domba/kibas>. Pengagungan tidaklah diletakkan kepada Khalilullah tersebut, tetapi kepada Allah SWT yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Senang cerita: Hari Raya Qurban seharusnya menjadi titik tolak ketersedaran kita terhadap sifat Allah SWT yang Maha Bijaksana lagi Maha Penyayang.

Di sinilah, dengan bermakrifatullah secara sedar sendirian, kita mampu mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kan orang kata, tak kenal maka tak cinta. Kalau sudah kenal Allah, senanglah dan kuranglah konflik dalam melahirkan rasa cinta itu.

Dengan itu, sekaligus; maksud literal dan metaforikal perkataan qurban itupun, tercapai.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam, tidak kira dimanapun kamu berada.

Monday, September 26, 2011

Rumah Terbuka Puan Haslinah

Salaam. Tiba-tiba terbangun pukul lima ni, entah kenapa. Rasa mengantuk tu ada, apalagi rasa penat setelah seharian berjalan. 

Berjalan ke mana?

Ke rumah Puan Haslinah-lah, rumah terbuka beliau. OMG, OMG, OMG. I like the way she decorated her house, and the way she put things, and the way she arranged the plants (Ardie suggested that some of 'em were the results of Puan Haslinah's hybridization experiment. LOL). Liked all of them.

Sampai jaa sana, semua makanan sudah habis (I got the last sate). Di atas meja itu jugalah, saya menyaksikan kek paling cantik pernah mata saya lihat. Dan rupa dia betul-betul melambangkan kelazatan. Serius.

Selepas 'penat' makan dan bergurau-senda, kamipun pulang dan terharu sebab dapat duit raya oleh Puan Haslinah. Yalaa, semuanya grown ups, jadi bila dapat tu, rasa kekok (tapi sudah rezeki, kan). Lepas tu kan, kami bergambar sakan dan terus pulang. 

Arif, Syerah dan Nerah jalan dulu, katanya mau ke PWTC. Entah ada/buat apa.


P/S: Kesian kamu, ndak merasa sate Puan Haslinah!

Saturday, September 17, 2011

Hari Raya Aidilfitri Di Lorong Sepi Presint 17

Meriah.

Gembira di hari raya

Masih gembira di hari raya. Yang lain tidaklah seekspresif dia.

Bergandingan tangan.

Ada ratu dalam kalangan manusia ini.

Kawan baik selamanya.
Bergurau snda bersama teman lama adalah perkara trseronok dalam hidup.
Dengan posisi yang pelik, bergaya dan seduktif.

Lagi gaya badan yang sangat "dinamik".

Dia ini balik-balik dengan gelasnya. =.=

Salah fokus.

Gambar ini adalah ketidaksengajaan. 

Sumandak Sabah.

Gaman Sabah.

Pertemuan semula yang tidak berapa mengharukan, tetapi cukup bermakna. Terima kasih, kawan-kawan.

Barisan perwira sebenar. Tanpa mereka, sepuluh harilah terpaksa berlapar.

Hal-hal sampingan.

Rapat.

Budak Sains dengan keramahan yang ultra-tinggi.
Ralat adalah latar hidup manusia. Mereka berjaya realisasikan harfiah kata mutiara ini.

Nikmat.

Junior saya yang tinggi separas senior (berdehem). HAHAHA, tiada istilah senioriti dalam bersahabat.


Monday, September 5, 2011

Lama Ndaa Update

Salaam. Huhuu~lama gilak ndak update blog ini. Adalah sedikit kesukaran yang saya alami semenjak ni yang sangat membebani. Tapi benda-benda seprivate itu ndapatut kali diberitakan di sini. Sekarang saya mau kasi cerita kejutan-kejutan yng saya hadapi time balik raya.

1. Masa jumpa sepupu saya....punya makin tergezutt. Sudah besar panjang dan lebar budak ni. Sama makin hensem lorh. Ndaboleh kalah oh, mesti cari akal untuk rebut title tu. HAHAHA; abaikan, miscellaneous case. Cuma memang nda puas hati sebab di kampung, ada sudah pencabar.

2. Adik saya....semakin besar dan semakin tinggi. Rumah macam sangat sesak rasanya, mau limpang pun, mesti tengok bawah dulu. Sebab takut terduduk (sebenarnya, ndakla bha seekstrem ini). Apapun, kakak sayalah paling beda. Sudah makin cantik; mana boleh, adik mesti ikut berevolusi.

3. Rumah....dicat dengan warna favourite yakni warna biru langit. Rasa luas jaa rumah dengan wallpaper bunga-bungaan yang menggoda. Memang pandai kakak saya hias rumah, boleh jadi bakal isteri mithali. kalau berjalan denagn sekilas, rasa macam dalam kebun bunga, serius.

4. Hazel....dia hilang dari genggaman saya. Ndataulah, merajuk kali bila dengar saya mau beli Satio. HAHAHAHAHAHAHAHA. Seriously, I missed her and her attitude. Sekarang tengah matahari terbenam, mesti dia suka.




^P/S: Khurafat...

Saturday, September 3, 2011

Bergembira Di Rumah YB Datuk Taufik

Terima kasih, Datuk~alhamdulillah, semalam daat merasa rumah terbuka seorang tokoh yang hebat. Walaupun ndadapat duit raya, masih bersyukur dengan kemurahan hati wakil rakyat di sini.

Wednesday, August 31, 2011

Raya Kedua

Salaam. Hmm, raya kedua agak seronok + memenatkan. Dapatlah jugak sedikit duit raya (walaupun memang ndak layak sudah sebab dah besar). Apa boleh buat, sudah rezeki; bantai jaalah. Gambar lagi kali ni, malas mau tulis. 
Gambar profil terbaharu dengan kapsyen:
 "Kemeriahan tidak merubah skeptisisme sesetengah orang".
Dibuli??? Anak saudara yang berkacuk (Cina + Bugis = manusia sempurna).
Ah Chai, namanya.
Wahahaahahaha~curi gambar dari album adik. Macam anggur, kan?
Fotogenik + narsisisme
Itu jaalah. Bye, selamat malam. Saya belum solat Isya' ni (maluu~) gara-gara tunggu turn guna lappy. Hey... dunia, dunia. Wassalam. =)


^P/S: Esok inshaAllah, lagi seronok~~~~~

`Aidilfitri

Salaam. Sorry guys, lambat update. Was having loads of fun with my family. Pos kali inipun ditulis dalam keadaan kelam-kabut dan berseloroh sikitlah, boleh? HeHeHe~buat apa tanya, kan? Ini punyaku. Naah, beberapa gambar beserta kapsyen; malas mau cerita panjang-panjang. Layann~

Oh jap, jap, jap... mau bagitau, tahun ni tiada pasang pelita. Adat bha jak tu, sempurna jugak raya tanpa kehadiran pelita. Dan mercun... mercun, adik saya jaa yang main. Saya sudah tua kunuun, ndak boleh main sudah. Tengoklah jaalah. Dan dengar. Ok, layan~

Saya dan adik nombor tiga...cepat gila dia membesar, hampir sama tinggi ni
(tapi hensem, saya masih menanglah. Poyo, I know).
Banyak orang kata, kembar. Samakah? HAHAHA, kami adik-beradik layan
jaa apa orang cakap. Janji hepi hidup.
Cehh.. posing khusyuk dengar khutbah lagi. Padahal mengutuk orang.
Oh BTW, I have a story that needs to be told. It hapened during the khutbah.
Akan tulis nanti, inshaAllah.
My sisters. Tema kami tahun ini ungu...kalau duduk rapat-rapat, macam anggur Ribena.
Kan, anggur~~
Lovely...my lovely siblings (gambar satu family belum ada rupanya, baru perasan. Sibuk
betul pagi tu).
Maaflah. Adik-beradik saya ni, fotogenik semuanya. Bergambar truss~

Yang berbaju selain warna ungu bluberi adalah sepupu-sepapat kami. Semuanya single lagi, bagitau jaa kalau berkenan (AHAKS)

Anggur muda, anggur tua. Semuanya ada. Hey, they (us) look kinda cute, don't you think? HAHAHA, just. No!

Okaylah, itu jaa. Kalau mau cerita detail, entah bila habisnya. Jadi, tunggu ja pakej gambar seterusnya (raya ni ndabanyak masa isi blog. Kesiaan blog ni). Wassalam.



^P/S: Raya tahun ni, rapat semakin rapat dengan keluarga dekat, mahupun jauh. Ketiadaan nenek membawa beza sangat. Sebab time ada Allahyarham, mesti ramai orang datang rumah. Al-Fatihah untuk beliau. Semoga bahagia di alam sebelah sana.