Showing posts with label lazat. Show all posts
Showing posts with label lazat. Show all posts

Sunday, November 6, 2011

Seruan Ilahi: Qurban Mendekatkan Diri

A S S A L A M U A L A I K U M W A R A H M A T U L L A H

Fuhh~membengkak abdomen setelah perut diisi dengan pelbagai benda pada jamuan, selepas solat sunat Aidiladha pagi tadi. Ada mi kari, laksa, kek cawan Kelantan; macam-macam lagilah. Rugi gila buat yang tidak pergi tu <skil mencemburukan orang>. Serius bha!

Apapun, saya tertarik dengan isi khutbah yang disampai oleh khatib tadi. Tajuk khutbah adalah seperti tajuk yang tertera di atas. So, don't expect to read Maria Ozawa's literature in this very entry <... nanti, pada entri lain saya buat><Sven, today's raya. It's rude to say that>. Entri kali neh Islamik sikit, jadi yang rasa dirinya panas kalau baca benda-benda Islamik, sila keluar dari laman ini. Sekarang. 

Qurban

Ngeri tak? 
Pengertian perkataan qurban secara literal bukanlah bermaksud "berkorban apa saja, harta ataupun nyawa" seperti yang didendangkan oleh P. Ramlee itu. Maksud harfiahnya ternyata lebih bersifat spiritual <walaupun korban itu sendiri bersifat spiritual>, yakni bermaksud; mendekatkan atau mendapatkan. Asal perkataan qurban adalah taqarrub.

Justeru, senang untuk difahami mengapa Hari Raya Aidiladha penting buat umat Islam. Pertama sekali, pengamalan istilah mengorbankan sebagai suatu cara mendekatkan diri kepada Tuhan telah dilakukan seawal zaman Nabi `Adam a.s lagi, dan kedua; kerana hadith yang menyatakan bahawa daging qurban tidak akan sampai kepada Tuhan, tetapi keikhlasan dalam melakukan pengorbanan tersebut. Jelas?

Ditambah, qurban diertikan secara tradisional di negara kita sebagai suatu upacara simbolik pengorbanan Nabi `Ismail a.s dan Nabi Ibrahim a.s yang dituntut Allah SWT <yang kemudiannya digantikan dengan domba/kibas>. Pengagungan tidaklah diletakkan kepada Khalilullah tersebut, tetapi kepada Allah SWT yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Senang cerita: Hari Raya Qurban seharusnya menjadi titik tolak ketersedaran kita terhadap sifat Allah SWT yang Maha Bijaksana lagi Maha Penyayang.

Di sinilah, dengan bermakrifatullah secara sedar sendirian, kita mampu mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kan orang kata, tak kenal maka tak cinta. Kalau sudah kenal Allah, senanglah dan kuranglah konflik dalam melahirkan rasa cinta itu.

Dengan itu, sekaligus; maksud literal dan metaforikal perkataan qurban itupun, tercapai.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam, tidak kira dimanapun kamu berada.

Friday, November 4, 2011

Jamuan Lajnah Akademik & Tarbiyyah (LAT)

A S S A L A M U A L A I K U M W A R A H M A T U L L A H

Semalam, lajnah saya <nama tertera di atas> mengadakan jamuan yang serba sederhana bagi meraikan setahun bekerjasama dalam satu lajnah, dan merayakan kejayaan akhi Razvi bin Musily <orang yang selalu saya pinjam DSLRnya> dan Kak Shaby, kerana mereka mengorak setapak lagi jauh dengan menjadi mas`ul dan mas`ulah secara respektifnya. Tahniah kamu dua, dan selamat menjalankan tugasan. I know you both can do it. :D

Walaupun jamuan sederhana sangat <zuhud, bha><bayarpun RM10.00>, saya sangat bersyukur sebab ianya sangatlah meriah. Ceria jaa lajnah kami neh. Dan lagi satu; saya rasa saya akan kekal untuk terus menerajui lajnah ini, walaupun sebagai ahli jawatankuasa biasa. Siapa setuju?

*angin bertiup perlahan, dedaunan kering berterbangan*

Ahh!

Merenung papan kenyataan. Banyak memoir ditampal di situ.
Abang Fariq. Ketua naqib dalam kumpulan `usrah saya. Tinggi ilmu beliau, percayalah.
Suasana Surau Asy-Syakirin. I didn't get the mode right. Will improvise this picture.
'Peace & Strangled' is this picture's name/title <inilah kesan kebosanan + kelaparan>.
Sedang membuat persiapan.
Khusyuk. `Ilmuwan memang tidak boleh berpisah lama-lama dari buku. Merana jiwanya.

Sempat pula berlagak ulat buku. XS
Akhi Husni yang tenang dan Akhi Razvi yang periang. Bagaimana ironis lagi ia boleh terjadi?
Turut serta <shuuh, shuuh!!!>.
Ceria dan bergelak-tawa. Some people say, "The smaller number yet the happier, is the better".
Semalam, baru saya nampak alibi penyataan tersebut.

Meriah, walaupun sebelas orang jaa. Paling mahsyuk masa makan ais krim tu. :9
Cenderakenangan. Sedihnya, nama saya dieja salah <hehehe, tapi nama tu macam sedap didengar ...Yasser>.
P/S: Buat ahli LAT... kamulah yang terbaik! Mari teruskan jihad ini demi menegakkan Islam. 

Seperti Yang Sudah Dijanjikan

A S S A L A M U A L A I K U M W A R A H M A T U L L A H

Berikut merupakan beberapa keping gambar yang berjaya saya peroleh <dalam komerib saya, ada 200 gambar yang setiap satunya bersaiz 3-4MB. Bayangkanlah, sampai lembap komerib neh><saya akan cuba muatnaik sebanyak yang saya mampu>. Malas mau membebel panjang malam neh, jadi tengok jaalah. Namun serius, ia mengingatkan saya dengan Hazel J20i. Rindu betul dengan HP yang itu.

Ardie, cool as always.
Mandarin guys and gals.
Saya suka ini.
Dia dengan senyumannya. Selalu.
Tarian mantap dari TaSeK. Tapi ...
VIP datang menjenguk.
Susah-payah fokus neh ... baru dapat.
Keramaian yang sesak sangat. Mau ambil makananpun, beratur bagai pergi mengundi.
Pasangan hos yang mantap.
Sibuk...tahun 2010 dulu, Ariff merupakan ketua aras.
Agagaga ... entah stail apalah posing budak neh.
Senior dan junior.
Mendapatkan kupon makan,
Maher Zain in the house.
Adess ... ngam-ngam pula Rusdi membelakangi lensa.
Ranggi dan bergaya. Inilah kasut yang saya suka dan kalau mau hadiahkan saya sesuatu, hadiahkanlah ini.
"Amer!!".
Imam.

Kawan...pendefinisiannya memerlukan pemerhatian.
Random shot.

Thursday, November 3, 2011

Meriah

Salaam dan selamat pagi ... huhuu~ceria jaa saya hari neh. Lagu blog kakak saya, kalau diputarkan pagi-pagi, memang sesuai. Menenangkan. 

Semalam

... merupakan malam terakhir di mana seluruh warga kolej kediaman boleh berkumpul. Sedih, sebab ia juga <mungkin> malam gala terakhir untuk maktab ini, sebab kami akan berpindah ke ENSTEK tahun depan. Gahh. Meskipun baru menetap kurang dua tahun di sini, pengalaman dan memori sudah banyak <bagaimana pulalah perasaan senior yang sudah jauhlebih lama membina masa muda di sini, lagilah menderita>. Rasa sedih pula mau meninggalkan teratak konkrit ini. 

<apa sudah saya mau cakap tadi *garu kepala*>

Oh ya, sekadar memberitakan: pada awal pesta, agak suram sambutannya. Yang paling meriahpun, semasa TaSeK mempersembahkan tarian mereka. Bersorak bagai sudah gila. But then, tonnes of appreciation I credit to Br. Razvi and Sr. Aina for their wonderful program hosting. Some parts of their hosting were funny and dang! He said he couldn't do it. 

Semakin lama, penonton semakin susut; semuanya yang sudah memenuhkan tembolok, pulang <adakah tarikan Facebook lagi kuat??>. Entahlah, mungkinkah tidak mau disuruh mengatur semula kerusi ATAU sebetulnya mau pulang memeriksa notifikasi 'Facebook'; saya tidak tahu. Biarlah mereka.

Yang ironisnya, bahagian paling meriah semalam adalah ketika sesi mengemas kerusi dilakukan. Kami bebas mengambil makanan dan meragut snek-snek yang masih bersisa. Lagu demi lagu rancak dipasang, sambil kami bergelak ketawa mengemas seluruh dewan. Dan kepada 'The Borneos': tahniah. You guys did a very wonderful job in entertaining me <it's not easy to entertain me, ya know?>.

Saya ada ambil gambar dengan menggunakan lensa Aizat. InshaAllah, saya akan cuba dapatkan beberapa keping daripadanya <janji dulu pun, belum tertunai lagi>.

Tuesday, October 18, 2011

Ke Pavilion Tanpa Hazel Macam Ndak Berjalan Sama Sekali. Saya serius rindu dengan Hazel J20i Saya.

Salaam kawan-kawan. Hehehe. Sudah nampak 'Real Steel' kelmarin. Well, I will comment on it but first, lemme tell you a brief about our trip <my first trip> to Pavilion. Sorry arh, descriptive essay memang favourite saya, jadi saya ndakmau lepaskan peluang untuk menerangkan memori yang ini.

Seperti dirancang

Sebenarnya, rancangan untuk menonton wayang neh dicetuskan oleh Aizat pada Hari Keluarga Asy-Syakirin, dua hari lalu. Katanya, belum nampak wayang tuh dan dia ajak kami dua. Razvi angguk dan setuju. Bila dorang dua sudah setuju, bhaa saya apalagi; turut mengangguk. Turut dijemput adalah Ardie dan Zudien, tapi dorang ada errands masing-masing Ndapalah, bukan saya  yang rugi <PERGH! Touching bhaa>.

Gambar tiada kaitan, abaikan.
Jadinya esok, sebaik saja kelas habis, kami berehat sebentar. Nampak si kawan di tingkat bawah dan saya masa tu di tingkat satu, saya jerit, "Zat, pukul 2.30PM!". Dia angguk. So, yeah. 2.30PM.

2.30PM: Mana Ewi??

Pukul 2.30PM, saya bangkit dari perbaringan dan sarungkan baju bola sepak biru dan seluar jeans hitam. Sisir rambut dan  buat sedikit exercise muka di depan cermin. Solek sana-sini, terus meluru ke tingkat atas untuk mendapatkan Ewi. And he wasn't there. Saya saspek dia di bilik Amat, jadi saya pergi sana tapi tiada juga. Masa tu, Aizat sudah bersiap, tolong ikut cari dia. Ke bilik Leroy, ke surau, bahkan atas keterdesakan; saya cari di tandas. Entah apa rasional tindakan tu.

Jam 2.45PM, Aizat gave up. Dia balik sudah ke biliknya dengan muka kecewa, tapi saya masih dalam pencarian. No way this gonna be cancelled. Saya pergi balik bilik Ewi, berharap dia tengah bertiarap di atas katil dengan laptop. But then, again, he wasn't there. Saya tanya roomate diapun, dia kata ndak nampak sejak dari tadi. And alhamdulillah, my sense guided me to the restroom. Baru teringat dia suka online sana. Dan Ewi memang ada di situ, snoring <gahh>.

Saya pukul dia, dan dia terus duduk beristighfar. Punyalah penat kami cari, dia boleh tidur depan laptop dengan software Cocoon terbuka pada skrin. Layan YouTube pulak tu. Kebetulan pulak tu, masa dia bangkit, telefonnya berdering. Angkat, and it was Aizat. Bhaa, terus dia hambur kata-kata manis mau pergi. Gahh. Saya suruh Ewi bersiap cepat, dan bagitau dia saya tunggu di bilik. Set.

Kami jalan

Mulanya, Ewi mau bawa DSLR beliau. It'll be a great thing, sebab saya suka. But gahh. Dia cancelled bawa sebab kad memori ada dengan Abang Aiman, dia pinjam. Jadi, tinggalkan si cantik DSLR dalam bilik, keseorangan <kamu taukah, saya jatuh cinta neh, dengan DSLR. Adakah bakal menggantikan Hazel kesayangan? Entahlah... inshaAllah, tolong aminkan untuk saya. Mau jadi jurugambar manusia><lari sudah cerita>.

Kami belum decide bhaa, mau tengok wayang di mana, jadi masa tengah dalam perjalanan ke stesen teksi, kami masih bertengkar <ndakla bha bertengkar in a sense of bertengkar. Sekadar berbalah kecik>. Akhirnya,  kami sebulat suara pilih Pavilion. Wahh~belum pernah pergi...

Peringatan #1: And for those who want to go to Pavilion via domestic transport: mula-mula, pergi  Stesen LRT Bandar Tun Razak.  Lepas tuh, anda ambil LRT ke jalan Hang Tuah dan upon arrival, ambil keretapi ke Jalan Imbi. Sudah sampai, bhaa, andai-pandailah cari <hey you 4S, nanti kita pergi, OK?>. Huuh~

Sampai

Beforehand, buat mereka yang sudah habes baca sampai sini tanpa skip, ketahuilah; kamulah kawan terbaik saya. Gahahah. Ndabhaa... kalau kamu skip pun, saya faham. It is a 'TL; DR' story, but then, suka hati sayalah bha, kan? Kannn???

Gahh. Masa sampai tu kan, dan turun dari stesen keretapi tu, my jaw dropped. Almost, literally. Saya sangatlah kagum dengan kawasan tu. Waah- this is what Malaysia is all about, supposedly. Serius, kenapalah ndak dibangunkan Kuala Lumpur seperti yang dilakukan dekat Pavilion tuh. Subhanallah, indah.

Lautan manusia berlainan kulit, agama, adat budaya dan keturunan, beralun seakan lautan sebenar. Di kiri dan kanan, kedai-kedai tersusun rapi; ada kedai Arab, kedai arak, kedai makan dan restoran dengan binaan sangat eksklusif <Sephora paling mantap rekaannya><tiba-tiba cita-cita dulu untuk menjadi arkitek menggelodak>. Teksi berjejeran, begitupun pemandunya berkumpul, bercerita topik hidup. Ada pemandu teksi bergaduh dengan seorang pak Arab dalam bahasa Inggeris. Pasal mazhab, kot <sebab saya tangkap dialog sipemandu teksi, "Yes... in Malaysian... yess, I am a Muslim. Now, in Malaysia...">.

Trafik tidak berhenti mengalir, mengairi tempat itu dengan bunyi hiruk-pikuk dan bingit bunyi hon. Mendongaklah ke atas untuk melihat keindahan menara yang seakan ingin mencabar ketinggian syurga. Pelbagai bentuk dengan pelbagai warna. Pelbagai rupa dan tema, dan semuanya berpadu jadi suatu identiti yang saya tidak berapa pasti untuk menggelarnya apa. Satu perkara pasti: sepanjang perjalanan, saya ndak berhenti-henti memuji bahagian ini yang lebih aman- jauh lagi aman dan bahagian lain di KL <bhee, macam sudah teroka semua>.

Saya rayu Kerajaan untuk bangunkan Tawau seperti itu, if ever, they want to do it. Cuma part kedai-kedai arak tu, tolong buang. Ndamau Tawau tercemar dengan air kencing syaitan tu. 

Pavilion

Syurga di dunia... ndak kekal semua neh <ada macam Ustaz Kazim tak??>

Melangkah masuk ke dalamnya, saya rasa suatu derauan yang cukup kuat. Bersyukur sangat dengan keharmonian negara Malaysia. Kami pergi tingkat empat dan tingkat tiga. Ewi mau ambil duit. Sayapun ambil duit, takut terpokai pulak nanti. Lepas tu, kami jalan-jalan sekitar kedai outfit Converse dan Adidas <kahh?? Ndak ingat>. Well for a village boy like me, I can do nothing but to observe. Or in a much "kampung" term; cuci mata. Harga tali pinggang, RM189.90 dan saya maki dalam hat, "WOI! Kamu, pinggang kamu tu pinggang apa oh, pakai macam tu. Boros betul!" <cehh, emosi lebih. Biarlah bhaa, bukan duit kau>. Gahh, saya dihina miskin. But out of three of us, Aizat went out of that shitty <mind my manner> shop with something in hand. Lucky him.

Ehh, wait... saya lupa bagitau yang sebelum tu, kami pergi cari kedai makan dan ingatkan balik tu, saya gelak besar. Cari kedai makan murah di Pavilion saya rasa macam cari sebutir garam dalam gula <seriously, ndak jumpa, oewh>. Kami round itu Pavi and saw nothing but alcohol stalls and shops. Bila tengok dua orang pasangan Inggeris yang sudah tua pesan arak warna hijau, saya berkerut. Sedapkah? <Alhamdulillah dilahirkan Muslim> Di Pavilion, semua jenama khamar ada, Carlsberg, Tiger, vodka, tequila; you name it.  Sudah penat memerhati gelagat dan ragam manusia, dan berjalan turun naik tingkat, kami berhenti di tingkat lima dan membeli popcorn plus minuman lembut dan saya kawankan Ewi ke tandas.

Asar <kamu masih membaca? Thanks... and proceed, please>

Masa tengah syok menunggu lampu nombor panggung bernyala, tiba-tiba saya dipukul sesuatu- dan- oh ya... ah, betullah: Asar! Gelap dunia bila tersedar bahawa saya sudah lupa kewajipan. Astaghfirullah, memang Pavilion-lah paling seduktif. Sampai lupa obligasi dan hak Tuhan; Pemilik sebenar kompleks suka ria neh. Bagitau Aizat, bagitau Ewi; dan mereka pun serba-salah. Jam 4.55PM <dekat-dekat macam tulah>, wayang mula jam 5.00PM. Kalau cari surau, maka kami pasti missed sedikit. And you should know how much I hate that when it happens. Gahh. Tapi, suruhan tetap suruhan. Kalau kami masuk, dan layan dua jam; bhaa, terpaksa qada'. And you guys should also know how much more I hate qada'-ing my prayer. Aizat cadang begini dan begitu, dan kami setuju. Panggilan Tuhan didahulukan, dan diutamakan. 1Allah! 

Peringatan #2: Oh ya, kalau kamu jalan di sini dan mau bersolat, ada dua surau. They are not in the map, jadi kami perlu ingat, satu di B12, dan satu di tingkat lima. Di tingkat lima, dekat satu kedai permainan dan patung-patung beratus. Ah, situlah <I didn't quite remember the detail, but you can check out Level 5, Part A>.

Dengan popcorn yang menyejuk dalam jinjingan, kami round dan tanya banyak orang tentang di mana surau, dan yes... sampai. Ambil wudhu dan solat, lupakan sekejap dunia fana neh. Allah... nikmat. Lepas tu, doa ekspres dan berselipar. Badan disetkan ke mod turbo, and off we went. Berlarian seperti apa jaa. Dalam hati, berharap agar janganlah mula dulu. Dipujuk hati untuk tidak risau <saya risau ketinggalan minit pertama wayang>.

And guess what... masa kami sampai, jam sudah pukul 5.10PM. Kami dengan bangganya pergilah ke tempat ticket boy tu. Dia tengok tiket dan kemudian ucapkan ayat terindah: "Uhm... wait for 25 minutes". Saya rasa ada sedikit masalah teknikal dan saya macam mau sujud jaa sana. Alhamdulillah, sekali lagi Kau tunjukkan Kekuasaan-Mu. Memang betul, kalau kita ikut Tuhan dan suruhan-Nya, tiada yang mustahil. Dia siap boleh tundakan lagi untuk kami wayang tu <inshaAllah begitu>. So, we waited. Sambil-sambil tu, tangan merayap ke dalam plastik popcorn, dan OMNOMNOM. Yeah, we OMNOMNOM-ed the popcorn. Ndak sabar-sabar. Sambil-sambil tu, kami bincang mau ke mana lepas tengok wayang dan tengok trailers wayang yang disiarkan di LCD tersedia di sana. Mengkritik <huhh~saya mula tengok semua benda dengan serius dan dalam:- adakah ini tanda ketuaan? Oh no...>

OMNOMNOM <just to get your eyes active>
Balik. Solat, makan dan balik

Lepas tengok wayang, kami pergi tandas untuk membersihkan diri. Mengusir suatu rasa yang saya pendam sejak dalam panggung lagi LOL. Cuci muka dan buat sedikit senaman muka <you know what I mean>. Bersihkan muka yang penuh jerawat dan kawah. Keluar dari sana, masa Maghrib hampir tamat. Kami rushed pergi cari surau dan nasib baik jumpa. Solat ekspres dan keluar dari Pavilion.

Ewi memilih untuk makan KFC, so kami cari. Habis satu kawasan kami putar, penat. Masa tu jugak classmate Aizat telefon: ada latihan puisi bhaa pulak dorang. And it struck me, too. Ya bha... malam neh latihan. Why didn't I think of that? Bhaa, rasa bersalah menjalar. Astaghfirullahal aziim... kawan-kawan, sorry.

Dan...

Baru jaa kami menyerah kalah untuk mencari KFC, satu keanehan berlaku <cehh>. Kami berdiri di tepi jalan bhaa, Aizat surah give up, begitupun Ewi. Bila saya toleh kanan, ya... rupanya di kanan kami jaa benda tu. Bhaa, apalagi, melantak. Saya mau cuba KFC Tom Yam, but hellish delicacy it is. RM11.00!? Saya buat muka shrieked. Gila kentang pukul punya mahal. Saya cancelled, dan order KFC Rice Plate Combo. Mula-mula mau ambil burger, tapi bila tengok dorang ambil nasi, saya rasa tamahak. Mau jugak. Sakkali, ndak habis ahh...

OMNOMNOM KFC
Balik. We  went by train, cause harga teksi ke maktab RM25.00. Gahh, geli perut saya teringat harga tu. Boleh layan satu lagi wayang oh, kalau harga begitu. Naik train, salah stesen, pergi tandas dan sampai. Dan ambil teksi, bercerita dengan pemandu teksi, dan sampai. Dan buat latihan puisi selama 20 minit.

Naik bilik, mandi solat dan tidur. Penat gilaa, itulah baru mau start posting things neh. Sorry- no pictures. And one more thing; kalau kamu baca neh tanpa skip, tolong komen saya sudah habis baca. I'll appreciate it. Thanks.

Monday, October 17, 2011

Akhirnya Terlaksana

Salaam. Alhamdulillah, akhirnya siap jugak tugasan laporan KBBM. Fuhh~penat kowt, walaupun benda tu guna jari-jemari jaa pun. Now that I have one more task to go, but heck- I'll save it for my boring class, later.

The thing I wanna share to you guys is...

HaHaHa. Ini mana boleh jadi, ni. Blog sekarang sudah mencuri hak peribadi saya, mana bolehh!!  KASK. Saya yang relakan, bha untuk buat semua neh. Jadi jangan kisah. Kalau boleh hiburkan hati yang larakan mahupun dijadikan panduan riwayat jiwa, maka apa salahnya. Al-Qur`an sendiri selalu bercerita pasal kisah hidup satu-satu manusia. Lihat kisah `Imran dan Qarun, sebagai contoh.

So frankly, saya suka untuk terus berkongsi pasal kisah hidup saya <dan berharap agar Fatimah baca? Begitukah pelan awak?> Gahh Sembarangan semberono jaa buat konklusi. I simply like it-lah. Dunno why.

My picture with miniature effect on it. Did it really make it to be called as one? <I'm asking FarahMusa>


Back to the storyboard, semalam kami Asy-Syakiriin ada buat makan malam perdana sempena bagi menyempurnakan watikah perlantikan mas`ul-mas`ulah baru. Saya tersentuh apabila rakan selajnah bertukar lajnah, bahkan jadi mas`ul. Buat saudara Razvi dan saudari Nurul Syahirah <PERGH! Dua-dua klasmet>, selamat menjalankan tugas. Harap Asy-Syakiriin akan jadi lagi mantap dengan pimpinan kalian. Kak Engku Fazedah, mas`ulah Lajnah Akademik & Tamrin, atau LAT> pulak resigned dari jawatannya. Mestikureng meriah LAT nanti, sebab Kak Engku-lah ya selalu membawa keceriaan ke dalam perbincangan lajnah.

Malam tu, sesiapa yang mau ikut sepatutnya bayar RM25.00. Jadinya, saya sudah bhaa, bagitau Abang Haniff, saya ndak pergi sebab saya ndak bayar <saya pun sebenarnya masih bingung kenapa saya ndakmau pergi>. Sakkali, masa saya pergi mintak itu 'barang panas' sama Ewi-meaning, saya pergi biliknyalah-Ewi sudah bersiap. Naah... bercerita jap, sambil saya usik dia yang belum hantar 'barang' yang sudah lama saya minta. Masa bercerita tu, dia tengah bersiap. And he said he forgot about the 'stuff'. Ndapala, saya bilang. Lepas tu, dia tanya lagi:
"Yassin, kau ndak pergi??""Malulah Wi... saya belum bayar neh.""Pigi sejak!!""Ishh...""Eee Yassin, pigi sejak. Kamu ambil gambar.""Bahh..."
Atas keminatan mengambil gambar, saya relakan diri. Ditauliahkan DSLR is not something everyone can get everyday. You must be trustworthy for someone to do that thing, so...  rasa bangga. Thanks, Wi. Saya pun pergi berturutan dengan Ewi. Dia masyk dulu, sebelum saya masuk. Malu kowt... <ehh, gengster mana pandai malu. OK, I take back my words. Imma gangster! LOL

Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan. Bahkan Dia berikan pula peluang untuk saya menjamah makan di sana <ndapa, nanti saya bayar. 25 ringgit, kan? Okehh...>. Saya jarang buat macam ni. Namun demi kawan bhaa, bak kata Ardie- I'll do anything for them <sudah masuk bahagian poyo, sudah dia>. Makan saya... kalah orang yang membayar. Siap makan tiga mangkuk bubur jagung dan dua gelas dadih lagi. Astaghfirullahal aziiim...

Lepas bhabis, bergambar sakan and turut juga menolong mengemas apa yang patut dikemas. Serius; nasib baik pergi, kalau ndak... I would certainly missed the memory. And one more thing; hos kami pada malam tu adalah Abang Naqib <wuhuu, my ex-naqib> and Abag Matnor <wuhuu, my coursemate>. 

Menyiapkan tugasan <plagiat ekstrim... jangan tiru aksi ini yah, kawan-kawan>
I plagiarized assignments... problem, bro?
<alaa, semua kitapun pernah buat, even once. Betul ndak??>
<langsung ndaktakut dengan Tuhan>
<Tapikan, kalau saya buat research pun, hasilnya tetap sama>
<sudahh.. sudah bertengkar. Jadikan ini pengajaran>
Gosh... you sure do have problems, dude.
Lepas tu, saya Isyak jap <jam 12.30AM punya Isya'... boleh qiam terus. Gahh, orang kurang imannya mana berqiamullail, kan? Sebab tu saya ndakbuat. Layan Facebook. And before long, saya teringat laporan yang peru dihantar hari Isnin nih. Bhaa, belum apa-apa. Templat <format> pun ndatau. Jadinya, layan lagi Facebook.

...saya bukak Gmail, keluar nama Ardie. Saya buka, ada attached file, pasal laporan and unattached in <download>. Jadi saya saya buka, and mau edit sana-sini. Tapi, Facebook dan blog menjadikan saya hilang interest, bahkan lenyap langsung ingatan untuk hantar benda tu esok. Ditambah penat pagi dan malam tadi yang belum reda <sampailah sekarang, saya rasa>, maka saya lentokkan kepala pada bantal yang dari tadi menjeritkan nama saya. Kick bhaa, kalau tiada tugasan, ndakpulak bantal neh berperangai begini. Apalagi Mr. Crab tuu-

And so... I failed to overcome the utterance of nature. I was defeated. Totally, being defeated. Saya bisik diri, 30 minit jak arh, tidur. Lepas tu bangun and do your darn work! Gahh. Proceed.

Tiba-tiba...

Terbangon jam 4.30AM... and... and I.... I haven't done anything yet. Putih bersih jaa Microsoft Word. WARGH!!!!! I HAZ RAGEEEEEE!!!!!!!!!!!!! Gahh. Kenapalah kautidur, mata. Naah~
Why???????????? But then, alhamdulillah. When you put all trusts to your
Creator, nothing is impossible. Seriously, you've got to believe what I'm saying.
But in the end, siap jugaklah. Ngam-ngam azan Subuh neh. Ingat balik, I thank God for waking me up. Memang selalu terbangun 4.30AM kalau ada tugasan belum siap. Entah kenapa macam tu, I bet I have this sort of alarm clock in me. And again, I praise God, the Most Merciful and the Most Bounteous. Alhamdulillah, siap kowt. Sekarang tunggu Bro Nad print-kan untuk saya. Dialah my printing agency; thanks bro.

 And poster for today, for you guys <who read this blabber till its very end. Gahh, love you guys sooo much><credit again to Ewi. This picture is just...>:


Saturday, October 15, 2011

Secangkir Ucapan Terima Kasih

Salaam semua. Nampaknya, cabaran '10 Pos Sehari' ndak dapat dilaksanakan. Ugh. Bencinya perasaan gagal tu. Ndapa, lain kali kita try <gemo arh kau, emosi!>

Gahh. Menormalkan diri selepas confession depan NadJoliey & FarahFoxy

Woi kamu dua- HaHaHaHa. Jangan bagitau orang lain pasal apa yang saya confessed tadi pagi, arh! Mulut ni perlu dicabai bha, sekali-sekala. Ndak boleh terlampau jujur begini <jujurlah sangat>.

<Sebelum tu, saya mau ucapkan terima kasih kepada Bro Nad dan Kak Rahi kerana sudi menemankan saya yang fragile dan tidak berdaya ini *mata dikelip-kelipkan dengan lajunya*. Okay, I think this does it. Mari kembali kepada posting><oh ya, lain kali kalau mau pergi KFC, inform. Sama kalau diajak sudah, jangan jual mahal>

Saya sebenarnya tadi mau mengelakkan diri dari terus diasak dengan sangkaan dan pertanyaan yang bukan-bukan dari Bro Nad. Jadinya, itu jaa modal yang saya ada untuk mempertahankan diri dari berterusan dipasang-pasangkan dengan orang sembarangan. Frank; I hate it! DX

Mungkin sukar untuk ramai percaya kalau saya cakap "I'm taken" atau "I already have someone", jadi saya ndakkan buat statement macam tu. Kalaupun buat, kepada orang-orang yang saya betul-betul have faith on. And Farah, Nadiah; you guys are deserving my secret. Do not betray *sharp gaze*


Friday, October 14, 2011

Craving

Salaam. I am craved to have all of the below. 

Gahh. The look, the colors, the textures... they're simply awesome! I miss Tawau, I miss everything about its delights and delicacies. Still could remember the taste of each and every food in this frame. Someone please cook/make them from me.. I beg you guys.. <dahh, banyak lagi posting yang perlu dibuat untuk memecahkan rekod. Teruskan ke pos seterusnya>


Dari atas kiri ke kanan:
roti murtabak <empat kali ganda lebih besar dari yang ada di sini, dengan dua kali ganda harga>, ABC jagung <dessert paling masyhuk di seluruh semesta. RM 2.30, endless enjoyment>, nasi kuning <gahh. Tiada nasi kuning di Semenanjung yang boleh di-compare-kan dengan nasi kuning Komfa>

Kiri ke bawah: roti John <kenapa namanya roti John? Entah. Tapi satu benda yang saya tau, roti John Tawau eksklusif dan bombastik>,  keropok bawang <gilalaah, makanan favourite kami sekeluarga>

Gambar besar: bubur jagung ibu <simply the best food around. Ndaksabar rasanya mau balik and have a big bowl of this splendid thing by myself XP>

Wednesday, October 12, 2011

Kakak Terbaik Abad Ini (I)


Salaam and a very good morning, guys.

Gahh. Saya suka perkataan 'gahh' ni. Kredit diberikan kepada NadJoliey sebab you're the one who first  introduced this word to me. Lavya! :D (let see how many times I use this word in this entry).

*sesuatu menerpa otak*

Bila cakap pasal NadJoliey, fikiran saya terus melayang kepada seorang wanita yang sangat, sangat saya sayang. Gahh* <tengok, saya guna lagi>, rindu mahu bertumbuk berpukul dengan dia. Remaja paling hot abad ini.
Perkenalkan...

Kenal tidak, perempuan di atas? Kalau kamu ndak kenal, memang kamu belum kenal saya deep enough. Saya sedih bila orang ndak kenal saya deep enough <gahh*, poyo gila>. OK-lah, jum kenal this beautiful lady.

Dia adalah my one and only kakak. Namanya Nur Atieka binti Mohd Yunus dan berusia 20 tahun 6 bulan <sorry-lah Ardie>. Menyambung pelajaran di Politeknik dan status... saya pun ndak pasti. Mungkin sudah divorced, kot. Bha, siapa mau borang?? <Pandai-pandai jaa buat hipotesis. Mesti dia pukul nanti>

Dia adalah kakak terbaik di dunia. Dia sporting gila-gila-gila, dan selalu pos di 'Wall' saya, bertanyakan khabar saya. Saya suka kalau dia buat lawak, lucu bhaa manusia neh. Kalau nda percaya, cuba buka blog dia and baca. And laugh as loud as you can!

Sekarang neh, dia menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan di Politeknik Kota Kinabalu. Ibu kami kata kami terbalik kerjaya; si perempuan ambil engineer, si lelaki pulak ambil perguruan. Gahh*, ironis gila. Tapi yalah, sudah dia keras sikit dan saya... hm. ..saya kurang keras (kalau bergaduh bertumbuk, mesti dia yang menang. Heh).

Bhaa, siapa kasi nangis anak orang neh?? Gahaha, it shows right; betapa SUAVE-nya saya dibandingkan dengan kakak saya. Sejak kecil lagi :|) <I was cute; really really cute, back then> Heh, masihlah.

Apa yang saya suka dengan dia adalah kasih-sayang tidak berbelah bagi dengan family. Dia jarang tunjukkan sayang dan cintanya, tapi kalau sudah jauh dari mata, habis dirisaukannya semua. Caring sangat dan memahami saya. I mean, none understands me better than her <of course, after my God, and parents>. She's like a whole world for me.

Kenangan bersama dia... gahh*, kalau mau cerita kenangan, sampai Hari Raya Aidil Adha ndakkan habis. Saya ceritakan secara ringkas jaala arh, sebab mengejar masa. Mau kuliah sudah. Untuk entri neh, saya cerita memori di KFC. Jangan marah, ya kak! 

Naa... paling basar mulut, sampai boleh telan bhaa tangan sendiri. Chomelnya kakak saya dulu <sekarang kureng sudah! Hahahah :D Kiddin', bro>

Saya sangat rindu masa kami kecik-kecik dulu, pergi ke KFC bersama family. Tujuan utama bukanlah KFC, tapi mainan yang ada di situ. Kamu ingatkah lagi kalau dulu-dulu, ada ruang untuk pelanggan kanak-kanak. Hah, di situlah kami main puas-puas. Bhahahaha~paling saya ndak boleh lupa tuu, kami pakai baju yang sama. Garis-garis warna-warni yang mendatar. Ajajajajajaja-

Kami biasanya pergi malam. Naik pick-up ayah <sekarang pick-up tu ndaktau mana sudah>. Lepas ratah ayam KFC laju-laju dan minum air merah laju-laju <F&N kot, airnya tu. Ndak pasti>, kami terus berebut ambil buaian. Padahal ada dua buaian, saja jaa. Sama jugak kalau main gelongsoran tu, bhaa berebut. Bertolak-tolak memanjat tangga besi berantai. Saya ingat, pernah bhaa saya jatuh ditolak oleh dia. Kahkahkah, padan muka saya, erk! <Huh, dari kecil memang nampak sudah siapa lagi ganaz dan gangsta>

Pose maut, yaww!
Inilah yang selalu kami rebutkan. Kamilah adik-beradik yang conquer KFC. Budak-budak lain takot dekat <gangsta>




Die hard fan Pak Cik Colonel Sanders

Kakak saya minat dengan Pak Cik KFC tu. Asal pergi KFC, msti mau bergambar dengan patung replika yang di-install di depan restoran. Siap buat isyarat tangan finger lickin' good lagi. Muka kanak-kanak Ribena. Japp, saya cari dulu dalam desktop saya, ada kali.

Senyuman Darlie <selipar paling manang!!>
Bhaa, ingat cincai! GAH*AHAHAHAHAHAHAHA... .. .-_-. I miss you, sister. Sangat rindu zaman kita dulu. Huhuu~ <saya serius menangis>

Bhaa, tangguh dululah. Nanti sambung lagik. Wassalam.