Showing posts with label sensitif. Show all posts
Showing posts with label sensitif. Show all posts

Tuesday, November 8, 2011

Skandal Seks Baginda SAWS??

A S S A L A M U A L A I K U M W A R A H M A T U L L A H

Hari neh, acara qurban lembu diadakan di kolej kediaman, dekat surau, inshaAllah. Khabarnya, lima ekor akan ditumbangkan. Tapi apa yang saya nampak ada empat jaa neh. Ahh, khabar angin. Seronok bila dapat menglibatkan diri dalam temasya sebegitu meriah. Dengan gurau senda dan gelak ketawa pensyarah serta seluruh guru pelatih yang sanggup mengorbankan sedikit masa belajar untuk sama-sama melaksanakan aktiviti qurban.

Fitnah dari seorang pembenci Islam

Lately, I've been bombarded with a few questions<I'd rather call it 'doubts'>. During my prostration towards Him, I thought about so many things; the meaning of all this <the prayer>. Well, you can't stop one from being skeptical towards his own dogma. Even Darwin doubted his own theory.

Situasinya macam begini:- saya buka laman sosial Facebook, dan terjumpa seorang yang menggelar dirinya 'Kafirin Kafirun'. Pada agakan saya, dia seorang murtad, dan saya memberanikan diri untuk membuka segala nota dan albumnya. Sehinggalah saya bertemu suatu gambar bersiri yang mengandungi fitnah terhadap Nabi Muhammad SAWS. Biasalah kalau murtad, memang itu jaalah kerjanya. Memesongkan orang lain.

Namun, bila saya perhatikan semua gambar itu, beserta kapsyen yang ditulis, saya terkedu. Dia siap memuatkan lagi segala macam hadith sohih dan ayatul Qur`an untuk menyokong fitnahnya itu. Fuhh~kalau tiada asas agama yang kuat, boleh tertipu dengan penceritaan gambar tersebut.

Skandal Nabi Muhammad SAWS dan Maria

Huh. Saya perkirakan, tidak perlulah dimuat naik gambarnya di sini, kerana saya rasa tidak sesuai <lucah!>. Saya cuma berharap agar dia terbaca penerangan mudah saya ini dan berfikir lebih dalam sebelum membuat fitnah berkenaan Nabi Muhammad SAWS. 

Berkenaan skandal seks antara Nabi Muhammad SAWS, terdapat tiga keralatan dalam penceritaan si murtadin ini. Mungkin dia main cherry-pick saja, atau mungkin itu bukan miliknya, sekadar dia mengepos semula, tapi nampak ketidakadilan dalam menjustifikasikan keadaan sebenar.

Pertama:

Dalam Al-Qur`an, telah disebutkan bahawa Allah SWT menghalalkan persetubuhan dengan hamba abdi. Begitupun, setelah si tuan hamba memerdekakan hamba yang ingin dikahwinkannya. Kerana dalam Islam, adalah tidak patut seseorang untuk memperhambakan pasangan yang lagi satu. Tambahan pula, haram untuk memaksa hamba untuk menikahi si tuan hamba.

Dalam kes Maria, sewaktu Zainab r.a baru pulang dari rumah saudaranya, beliau kononnya ternampak Nabi Muhammad SAWS bersetubuh dengan Maria, si budak hamba. Kemudian, si murtadin in menambah lagi bahawa Zainab r.a marah dengan tindakan Nabi Muhammad SAWS.

Ralatnya, tidak ada dalam hadith penceritaan sedemikian  rupa. Kisah Nabi Muhammad SAWS menipu Zainab r.a dan perbuatan zina Nabi Muhammad SAWS cumalah suatu asumsi atau boleh diperkirakan sebagai suatu tanggapan. Semasa ketiadaan Zainab r.a, mungkin Nabi Muhammad SAWS boleh dianggap mengajarkan Maria Al-Qur`an, atau mengajarkan Maria sembahyang, atau memberikan tazkirah. Pelbagai tanggapan bisa dibuat. 

Kedua:

Jika benar dalam Al-Qur`an menghalalkan seks dengan hamba abdi, maka saya rasa para isteri Nabi Muhammad SAWS lah yang paling `arif dan faham akan hal itu. Jeleknya dalam narasi si murtadin laknatullah ini, beliau menggambarkan Zainab r.a marah dan tidak suka akan hal itu. Kalau betul begitu, hanya ada dua resolusi; Zainab r.a tidak tahu akan hukum itu ataupun Zainab r.a mengingkari firmanullah itu dan berasa cemburu. 

Jika benar demikian, maka mengapa tidak baginda SAWS memperbetulkan tanggapannya atau menghukumnya atau mungkin membunuh Zainab r.a <kerana siapa yang mengingkari ayat Al-Qur`an, boleh jatuh murtad dan dihukum bunuh>. Peliknya, perkara sedemikian tidak berlaku.

Ketiga:  

Si murtadin ini juga menggunakan taktik kotornya dengan memetik ayatul Qur`an untuk mendokong penceritaan mitosnya itu. Katanya, Zainab r.a menceritakan perihal hubungan seks itu kepada para isteri baginda yang lain. Namun, menurut si murtadin ini, menurut Al-Qur`an, para isteri dilarang untuk menceritakan skandal seks tersebut kepada sesiapa dan hanya dalam kalangan mereka saja yang tahu. Nabi Muhammad SAWS mengancam para isterinya bahawa barangsiapa yang menyebutkan hal itu lagi, akan dihukum di neraka kelak.

Ralat di sebalik poin ketiga ini ada dua lagi: jika benar katanya mereka taat, dan tidak menceritakan perihal tersebut kepada sesiapa, bagaimana boleh cerita ini tersebar? Jelas sekali, si murtadin tidak boleh menolak bahawa segala penceritaannya cuma asumsinya saja, yang lahir dari kebencian. Satu lagi, jikalau kita anggap pun bahawa para isterinya membelot dan menceritakan kisah skandal itu kepada Para Sahabat atau tabi` tabi`in, maka seharusnya Para Sahabat mengecam tindakan si isteri yang memberitakan perkara tersebut. Heh, tidak pernah pula saja dengar perkara sedemikian berlaku.

Kesimpulan:

Fikirlah dahulu semasak-masaknya sebelum membuat fitnah sebegitu. Kalau pembaca kamu seorang yang tidak mudah ditipu, makin jauh orang dari kamu. Katanya kamu objektif, tapi perkara persangkaan yang sangat kabur berani pulak kamu buat. 

<Petang neh, pos kurang serius dan kurang formal akan saya buat. Tunggu~>

Wednesday, October 19, 2011

Kesia-siaan

Tunggu, yah!
Salaam. Kita berhenti rehat dulu dari sekuel kedua '20 Ciri Lelaki Ubërseksual', yah! Dengar dulu bisik hati saya <sengaja saya tulis bold>.



Alhamdulillah... beberapa hari ini, saya diuji dan diuji lagi. Saya sudah masak dengan kerenah hidup neh, saya kira. Didikan ayah ibu dan panduan Al-Qur`an yang berterusan meneguhkan pendirian saya, menjadi aset kebangkitan. Dugaan baru-baru ini saya rasakan amat berat. Huh~

Anak saudara...
Kadang-kadang, saya rasa mustahil juga untuk bertahan dengan sepak terajang minda dari orang lain ke saya. Yang diperlekeh itu bukan zahir, melainkan jiwa dan prinsip saya. Ndapalah, semoga Allah menyedarkan orang-orang sedemikian.

Saya selalu bertanya kepada diri, kenapa terlalu takut untuk berhadap semuka dengan orang yang engkau ada konflik... kenapa saya terlalu pengecut untuk cuba mencungkil kemungkinan yang sudah terang-terang terhidang peluangnya di depan mata. Sebenarnya, kamu tidak akan faham. Kamu tidak lalui apa yang saya terpaksa lalui untuk terus menjadi manusia.

Saya- seperti yang kamu tahu, adalah manusia hiper-sensitif dan sangat tidak ekspresif <melainkan di dalam blog>. Saya hanya tahu menangis dan menangis di dalam kamar sendirian, dan bila orang mengetuk pintu bilik, saya cepat-cepat lap air mata.


Kadang-kadang, saya rasa itu egoisme yang membendung diri dari memperkatakan apa yang patut saya perkatakan. Kalaulah kamu tahu betapa perit saya bunuh diri saya berulangan kali, menghijab realiti dengan jerit kehendak hati- pasti kamu turut menangis. Saudara sekelas, Arif pernah nasihat,
 "Kalau kau mampu lepasi semua tu, bukan maksudnya kau malang. Maksudnya kau sangat kuat. Kalau aku di tempat kau, mungkin aku dah takde dah!"
Nasib baik ada kawan-kawan yang membantu saya mengharungi hidup.

Saudara, terima kasih atas motivasi. Tapi itupun belum cukup untuk menghentikan tangisan saya bila terkenangkan betapa bertuahnya orang sekeliling dengan kemewahan serta kehebatan mereka. Betapa saya terbeban sangat-sangat dengan rasa cemburu sebagai manusia yang punya banyak cia-cita; Saya tabahkan ini juga. Namun umpama empangan, kadang-kadang air mata akan berderai juga. 

Saya selalu pujuk diri untuk tidak mengeluh, kerana mengeluh itu tandanya tiada kesyukuran. Mengeluh itu tanda kita lemah mengalah. Tidak mungkin ahsani takwiim seperti saya <dan kamu semua>boleh dikalahkan dengan kehendak membuta. Bil saya fikir balik semua ni, saya cepat-cepat lap air mata. Saya bisik, 
"Bukan ini caranya!"
Tadi pagi, saya bentak lagi diri sebab saya sudah mensia-siakan sesuatu yang sangat bernilai. Atas memoribilia tiga tahun lepas, saya undur setapak kebelakang dan amalkan prinsip orang `Arab, yakni 'berikan kepada mereka yang lebih mahu dan lebih layak' Saya hanya mampu melihat ianya berundur dengan wajah marah disia-siakan. Menjauh dari saya.

OK-lah

Maafkan saya ya, kawan. Sebab kamu terpaksa mendengar kesia-siaan ini. Hidupilah hidup kamu, bernafaslah dengan ceria. Jangan jadi seperti saya yang menyerahkan diri pada kelemahan dan akhirnya hilang arah tuju. Wassalam...


Sunday, October 16, 2011

Pengiktirafan

"What it is in our body is more than what it is outside it"
-deux, ex machina, 16/10/2011.
Ugh. Penatnyaaa~~

Salaam, saudara-saudari para hakim yang adil lagi bijaksana, dan audiens yang dikasihi sekalian <$&#@#@$%#; kenapa macam pidato pulak neh. Tukar, tukar!!> Ahahaha. Yassin poyo.

OK-lah, malas mau tulis yang ndak-ndak. Pagi ni, kami mengadakan sukaneka anjuran Asy-Syakirin di court tenis. Aktiviti best belakalah! Wahahaha- but serious. Serius seronok <besides mengurangkan lemak di badan neh><ehh, saya ada lemakkah? Check japp...manada!>. DUH, masih merepek.

Aktiviti yang dijalankan ialah perah span, konda-kondi versi Asy-Syakirin, kepit kelapa, dan imbang guli. Ada jugak Frisbee, bola keranjang dan bola tampar + sepak takraw, tapi tiada dalam tentatif. Bida`ah! Ahahahaha.

Hari ini adalah hari rekreasi/riadah paling seronok oh, saya rasa. Ndatau kenapa, mungkin sebab peserta ahli muttaqin semuanya <except me, that's obvious>. Tapi ndak kira panaskah, rintik-rintikkah, semuanya seronok dan memorable. YassinYunus AnimaFidelis IudexFinalis wants another round!

Kumpulan kami, Kumpulan Empat <terdiri dari: Abang Naqib, Abang Fariq, Abang Aiman, Akmal dan saya sendiri> kalah neh. Mungkin kedudukan ikot nama kumpulan kot. Gahh, benci kalah. Disebabkan mata skor terlalu jauh bezanya, saya prejudis. But then, saya terima jaa bha. Saya sendiripun, noob gila-gila neh.

Yang paling ndapuas hati tu, masa lawan konda-kondi dengan kumpulan 3 <ehem, ehem>. Habes... tiga puluh beza markah. Gahh, teruk kot. Tapi ndapalah, saya cakap dengan seorang peserta, "Kita ada Hakim di atas". Waah, padahal saya pun menipu bhaa main <tapi bukan menipu tuu. Saya patuhi semua syarat, bhaa>

Sorry-lah tiada gambar. Time nilah paling saya ndak boleh tahan. RINDU DENGAN HAZEL!! Wahai beloved, manakah sudah engkau? Mengapa kauulang sejarah Fatimah yang pergi jauh dariku. Serius, saya rindu. :'[

Sudahlah, pergi topik sebenar

Sebenarnya, saya cuma mau ucapkan beribu terima kasih kepada manusia-manusia mulia yang memberikan saya motivasi untuk meneruskan lagi minat saya. You guys are great, I give that to you. Terutamanya senior yang sedap suaranya tuu, memang terbaiklah nasihat. Demi mendapatkan sebuah personal DSLR, I will! InshaAllah...


 Dan sedikit nasehat untuk kalangan pembaca. Semoga Allah menunjuki kita. Wallahu`alam.

Saturday, October 15, 2011

Secangkir Ucapan Terima Kasih

Salaam semua. Nampaknya, cabaran '10 Pos Sehari' ndak dapat dilaksanakan. Ugh. Bencinya perasaan gagal tu. Ndapa, lain kali kita try <gemo arh kau, emosi!>

Gahh. Menormalkan diri selepas confession depan NadJoliey & FarahFoxy

Woi kamu dua- HaHaHaHa. Jangan bagitau orang lain pasal apa yang saya confessed tadi pagi, arh! Mulut ni perlu dicabai bha, sekali-sekala. Ndak boleh terlampau jujur begini <jujurlah sangat>.

<Sebelum tu, saya mau ucapkan terima kasih kepada Bro Nad dan Kak Rahi kerana sudi menemankan saya yang fragile dan tidak berdaya ini *mata dikelip-kelipkan dengan lajunya*. Okay, I think this does it. Mari kembali kepada posting><oh ya, lain kali kalau mau pergi KFC, inform. Sama kalau diajak sudah, jangan jual mahal>

Saya sebenarnya tadi mau mengelakkan diri dari terus diasak dengan sangkaan dan pertanyaan yang bukan-bukan dari Bro Nad. Jadinya, itu jaa modal yang saya ada untuk mempertahankan diri dari berterusan dipasang-pasangkan dengan orang sembarangan. Frank; I hate it! DX

Mungkin sukar untuk ramai percaya kalau saya cakap "I'm taken" atau "I already have someone", jadi saya ndakkan buat statement macam tu. Kalaupun buat, kepada orang-orang yang saya betul-betul have faith on. And Farah, Nadiah; you guys are deserving my secret. Do not betray *sharp gaze*


Tuesday, October 11, 2011

Jangan




"Untuk mendapatkan sesuatu, ia tidak semestinya perlu dikejar. Umpama rama-rama, ia akan datang kembali kepada bunga,
Apabila bunga berhenti bergoyang." 
-Anonymously Me
Salaam. Kaifa haluki? Na`am? Auka ma khair? Agagagagaga~Arab Fushah yang sangat failed.

Di sini, saya ingin memberi sedikit peringatan kepada seorang saudara/brother. Kau-- saya malas mau tegur depan-depan sebab kau jenis yang keras kepala. Kau susah mau consider others' opinion, apalagi opinion tu berbentuk nasihat. Seperti yang saya bagitau di kotak sebelah kanan blog, di bawah header 'Apa Fungsinya', saya harap kamu semua paham kenapa saya lebih suka meluahkannya di sini. Saya pemalulah~AUWW!

Pesanan tulus ikhlas dari hati yang chomel d " TT " b 

Teruslah kepada tujuan entri, malas mau simpang-siur sebab kalau macam tu, last-last, penat jaa menaip; mesej ndak sampai. Jadi, bersedia semua pembaca dengan benteng hati masing-masing <memegang Tommy gun>. Mesti 40% terasa. percayalah.

KAUUU!!!
Sebenarnya, sudah lama bhaa saya simpan ni perasa- maksud saya, pesanan. Ya, pesanan. Tapi mulut ni paling buruk tahap bau longkang HUKM gamaknya, malas betul mau bukak mulut untuk luahkan pesanan yang tersimpan tadi. Kalau bergurau sakan sampai ketawa mengalir air mata sayalah yang paling pakar. Tapi bila bab-bab kebaikan, naa... berbisiklah hati suruh tangguh nasihatlah, suruh jangan jaga tepi kain oranglah. Gahh. Besalah, mulut douchebag, kan? (Hmm, sudah mula melencong).

To make the short story to become even shorter, saya cuma mau pesan satu benda ni. Tolong jaga hati orang. Berapa kali bhaa sudah saya tulis dalam blog ni dan blog yang sebelumnya berkenaan jangan ganggu sensitiviti orang lain. 

Kalau aku nampak orang macam nda suka, JANGAN buat sama sekali. Atau dua kali. Atau tiga, empat dan lima kali. Untuk selama-lamanya. Taulah kau tu hebat macam Merong Mahawangsa, bhaa; dengan kehebatan itulah patutnya kau bela yang tertindas. Ini ndak, dialah yang pencetus perbuatan tindas-menindas.

Kau, sifat kau memang saya ndak boleh komen sudah. Perangai tikus, bak kata Ewi. Kick gam, gam pun karing. Saya pernah nasihat dulu, jaga sensitiviti orang lain, sampai kita quarrel dekat sebulan. Now you have done it again. Kali ni, saya pulak yang jadi mangsanya. Ndapala.

Bila kena tindas oleh kau:

Saya rasa awkward gila-gila. Muka gengster akan beransur-ansur hilang, sebaliknya ditukar dengan muka janggal. Canggung sesangat, sampai mulut kaku untuk membela diri. PERGH! Tadi pagi sudah kena, arh satu kali oleh kau. 

Satu lagi: stop boasting

Unless you have this, you do not
deserve the proper title of bragger
Saya ndataulah sidang pembaca, but I personally have this high tendency to hate braggers, boasters and fellow think-he-is-perfect guys. They are so not realistic, jika kita bandingkan dengn hakikat hari ni. Ambil satu poin-lah: Keagungan untuk dipertontonkan.

Ah, shoot kalau berfikiran begini. Cuba kita imaginasikan keagungan sebagai permata; kalau ianya betul-betul berharag, apakah kau akan tunjukkan selalu atau simpan? Jeng-jeng-jengg.. fikir sendirilah ging. Like adults used to say, "You have been living for 19 years, and I trust your maturity".

Jujur biskut Merry-lah ah, semakin hilang neh, rasa percaya saya dengan kamu. Yang benaran. Sedikit demi sedikit, fragmen hipokrasi semakin luntur menampakkan kilas wajah kau. your trus color. Kau boleh tipu seluruh dunia belemon-lemon kali, tapi kau ndaboleh tipu saya. Seriously-

And this is not for Nadiah, Farah dan Zudien. So, jangan pandai-pandai terasa

Dan satu lagi: comelkan, anjing prairie tu... and the post is rather ironic. Terasa owh, dengan entri sendiri.

Monday, October 10, 2011

Hidup Penuh Kejutan

My tribute to Steve Jobs. Apple will no longer be as exciting as when you were around.

Salaam semua. Semoga ibu-ibu dan bapak-bapak sihat-sihat aja gitu, donk!

Apakah??

Hari ni, dua surprises paling WIN-lah saya bilang. Ada dua ujian yang susahnya... indescribable. Ujian Kimia boleh-boleh lagi bhaa jawab. Soalannya: apakah kepentingan dan keadaan ozon dan penerangan secara ringkas tindak balas ozon dengan prop-1-ene. Nennek susah, tapi dapat jugaklah. Alhamdulillah...

The second quiz... this is what really tackled me till I smacked my face on the ground. Nampak soalan pertama jaa, terus blank maut. Soalan, "Sebutkan jenis kacukan yang digunakan untuk mengenal pasti genotip bagi alel yang homozigus".

And I was like, "Buckshot." Mau jaa saya jawab, "Entah, kacukan Pranakan kot?"

Siapakah??

Saya sudah jugak check kumpulan MUET tadik, semasa pulang dari sejam <kuiz> yang menyiksakan itu. Yet, another surprise: all my teammates are TESL-ians, and to add to that: two of them are senior.Senior TESL-ians. GoshGoshGoshGoshGosh~ it's gonna be a bumpy road.

But then, I take it positively. I mean, it'd be better if I consider this as a challenge, and not as a burden or something to that effect (gWaHaHaHa. You're dead meat, Yassin. Dead meat).

Kenapakah??

Tolonglah, stop making random assumptions. Should ya have any doubt and unverified rumor about me, jumpa depan-depan. Tanya. And if I answer it with a darn serious face, it means I am serious. 

Sunday, October 9, 2011

Thursday, October 6, 2011

Bertarung Sama Hebat, Akhirnya Saya Yang Tunduk Kalah

Salaam...

Menentang bukan maksudnya bermusuh, kerana inilah nilai persahabatan sebenarnya.

Saudara-saudari sekalian (PERGH... Macam dalam TV!), dalam kehidupan, you can't expect to not having any companion. No man can live his life happily and successfully without someone who he calls as friend. Friendship is one of the most important essences of success; portante chaussée it constantly gives us motivation, strength and hope at times when there is not even a spark of it at hand. Friendship is our secondary motivation generator, I think. Hey, just look at Prophet Muhammad SAAS; he even needed friends on his noble endeavor.

(switching language)

Fitrah manusia adalah untuk berbedza, maka jangan risau

Kalau kamu dicop sebagai penjahat, pembuli, pengkritik pedas malahan anarkis, jangan gabra. Kalau kamu berpijak pada kenyataan yang pada kamu realistik, logik dan bertepatan, apa yang perlu ditakutkan? Perasaan sendiri? Heh.

Others will think the same-lah, when they do/say/think something that is rather true, but offensive to others. Ini hukum interaksi, jadi jangan risau. Pertelingkahan, sakit hati, amarah, benci dan dendam adalah perencah hidup. Kadang-kadang pedas, pahit, masam dan manis... but in the end, it worth. Very much.

Beginilah, kamu sudah minta maaf; sudah menyesali perbuatan (walaupun BUKAN salah kamu, cuma sesetengah orang yang mengapi-apikan kamu berdua [sayalah tu]) dan sudah berjanji tidak akan mengulangbuat perkara yang kamu janji tidak akan buat. Finished. 

In the end, get back to normal, would ya?

Sincerely, friend you can keep. 

Sunday, October 2, 2011

Eksodus (II)

Seorang pelajar perempuan bingkas bangun apabila mendengarkan sahaja kata-kata Steve Job itu tadi. Entahlah apa perasaan yang mendorongnya, namun dia sangat ingin meluahkan rasa. 
"I'm not quite agree with what that mat salleh said about living someone else's life. Because for you information, I'm living someone else's life, and I have no problem with it. Why? It is a personal matter..." 
-Konvensyen Guru-Guru Muda (KOGUM), 2011.
Salaam. Fuhh, ingatkan sudah siap semua kerja. Sekali dibelek balik senarai, ada satu lagi rupanya- maksud saya, dua. Ceramah dan kertas kerja ceramah tu. Tajuk gah gila, entahlah bolehkah saya sampaikan dengan betul. Ahh, layan blog dulu bha (beginilah baru gengster...)(habislah esok).

Frankly, this is not my house Tapi saya tetap rindu rumah saya, biarpun rumah saya ndak secantik ini.

Menanggung amanah keluarga

Percaya atau tidak, sayalah yang kedua dalam keseluruhan keluarga saya yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Melayu, selepas ibu saya. Kenyataan ini dianggap sebagai suatu junjungan keluarga yang agung. Sentimen di Sabah begitulah; siapa yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Semenanjung, tambahan lagi KL, maka dianggap berjaya. 

Apabila begitu, keluarga saya meletakkan suatu bebanan amanah yang berat ke atas bahu saya. Walaupun mereka tidak pernah memaksa (saya yang rela) saya untuk melakukan ini, rasa tidak enak akan bersarang apabila aspirasi keluarga tidak tercapai. Saya tidak suka bila terpaksa mengecewakan orang yang saya sayangi.

Sebelum tu, saya bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Sosial di Australia dengan mengharapkan tajaan MARA. Tidak dapat, and I was shocked. But then, as I re-thought about it; I whispered to myself, "Yassin, your life won't over if your don't get the offer". Well, somehow I managed to overcome the utter disappointment.

Alternatif lain

Selain Sains Sosial, saya juga meminati Kejuruteraan Sivil, Georfai dan macam tertarik mau jadi pustakawan. Seriously. It took me nearly a couple months before I made my decision. Dengan preskripsi ibu ayah, kakak and mostly me, I filled in the SPA application in Geology, Archaeology and Engineering. Gosh.

Lepas tu, ibu suruh isi borang maktab and to my filial, I did. Akan tetapi, saya tidak mengharapkan permohonan saya diterima sebab excited mau ambil Diploma SPA dalam Geologi. Jadi pembantu pegawai geologi pun, jadilah. Sadly, I got that maktab-thingy~

*self-slapping* Appreciate, Yassin. Appreciate!

FYI, saya dapat jugak matrikulasi, Sains Hayatkah (entah, ndak ingat). Tapi saya tidak pergi:- cool people do not go to such places! (saya dengar dengusan. Jangan sakit hati, matrikulasi-ans... terimalah kamu tidak cool). Uhm. Actually, I didn't quite remember this part. Move on.

Masa temuduga, sayalah manusia paling hiperak- salah, paling gigaaktif bersoal-jawab. Ngoll...

Amiinn... semoga dapatlah menjadi barang dalam gambar.
HaHaHaHa. Sangat lucu, but I did. Masa temuduga tu, saya dan lima lelaki lain dimasukkan di dalam sebuah bilik berpendingin hawa dan diberi sekeping kertas. Sebatang pen dihulurkan kepada setiap seorang. Silly tajuk perbincangan: peperangan.

Kami diberi seminit dua untuk menyenaraikan point, dan lepas tu, mamat di sebelah kanan saya mula. Bapak, cara dia bercakap macam pensyarah (okay, I made it up. Bukan macam pensyarah). Yeah, but so close to it. Dalam hati saya kata: "Shuuh, keluar kau... kau sudah confirm dapat". HaHaHaHa (okay, I made that up, too).

Masa saya bercakap: entah bagaimana semangat berkobar-kobar. Deep down 10,000 leagues under, I knew it was my parents' prayers that caused me to behave so. Masa temuduga tu, diorang sedang menunggu di dalam kereta, di bawah matahari. Oh gosh, saya rasa macam mau menangis bila teringatkan masa ni. Baru saya terfikir.

Lepas tu, temuduga sendiri: I was quite cool. Tajuk PPSMI di Malaysia dan perbandingannya dengan masharakat Jepun. Ambik engkau! Nasib baiklah ibu suruh bua preparation untuk tu awal-awal. Kurang sikit nervous. 

The best part pasal temuduga tu...

Dulu pernah fobia dengannya.
I met many friends (I even met my old, genius friend: Ismail Lapagang. Tell you, he is the most genius-est [to emphasize indefinitely] person I have ever encountered. Mengalahkan kawan saya yang dihantar di Rusia tu [LOL, kalau terasa, sorry]. Seriously, si Mail ni, kalau apply doktor, senang-senang jaa pass. Baru-baru ni, pointer semester dia 3.67. DEVILL!! [okay, jum keluar dari bracket]). *Bernafas* lebih selesa, di luar ni. Ahh, sambung!

Selain jumpa Ismail dan Rusdiansyah, perkara yang paling saya akan ingat adalah apabila ibu surh bawa senarai Menteri Kabinet Malaysia. HaHaHaHa-- yalah, beliau kan senior dalam hal perguruan ni (beliau sudah berkecimpung dalam bidang ni selama 18 tahun, tahu?). So, I did not question much about the significance of her action. I just go with the music.

Walaupun benda tu tidak termasuk dalam mana-mana slot temuduga, I'd say that it probably had influence towards my interview result. Imagine this; you are the interviewer and you see a candidate brings along that thing with clowns' faces on it. Sudah pastilah hati kau akan kata, "Wahh, budak ni betul-betul serius dalam memilih kerjaya guru. Sampai bawa senarai Menteri Kabinet segala". HaHaHaHa.

HaHaHaHa.... senarai yang saya bawa masa interview  buaknlah macam ni, dalam bentuk perkataan jaa.
Thanks ibu and ayah, and my fellow naughty siblings. Dan paling berterima kasihlah kepada Allah SWT. Kerana memberikan saya peluang untuk menjadi pendidik. Ini kerja nabi tau, bukan semua boleh jadi.

Untuk ibu, ayah; walaupun di sini aku main-main jaa kerja, tiada belajar dan tiada persediaan; I'll do my best. Aku akan buktikan bahawa aku anak Linda Arellano dan Mohd Yunus Abdul Hamit.

Tuesday, September 27, 2011

Just Do It

Salaam. This is a quick response to FarahMusa's comment in regards to the intention of mine in getting myself into elocution/allocation (I don't know which one). Firstly, I would really like to thank you for such uplifting comments. You are one of the best commentators there is. HAHAHA. Exaggeration, exaggeration.

Actually sister (mind if I use this term??), I have trauma and thus, phobia towards audition. It all began about three years ago, when I dared myself to enter a tournament. Here we go:
-------------------------------------------

It was 10 o'clock. All my friends had left, enjoying their breakfast. Some stayed in the class, probably were fasting. And there was I, sitting alone in the middle of the class, warring within. Constant fights congested my breath, and my thoughts. Should I do this? What if I fail? Will, all the lecturers laugh at me and making me as a laughingstock for the whole year? What if I say something rude unintentionally, because my mouth is very hard to control?

Loads of questions, turned into boulders of a biblical scale and and proportion. My shoulders felt unease, as my heartbeats beat as hard and as fast as it could. As if it will explode in any second. And a pal (whose name is better to be saved) came to me and ask the nearest to near-death experience I ever had.
"Don't you go to the poetry audition? You should give it a go.."
And that question was like a thunder, blasted my innate into millions of burnt and toasted pieces. I could hear my flesh being ripped apart, in the most metaphorical sense. Did not he/she have any other question than this?
"I wanna go, but..." I replied. Albeit it was hard to.
He/she shook her/his head in disappointment, and I could sense the sincerity of her/his action. So, I stood up and as if understanding what I was intended to, she/he gave me way. He/She even stood by me and smiled in a way, it supported me. I went.

I took a poem, I recited it with full emotion and expression (probably that was the ugliest ten minutes of my life). I even shouted, tried to impress the judge. I held the book with one hand, and was trying to make body language with the other hand.

And after about three minutes of ordeal, I managed to finish the whole poems and she commented (I could not remember any, but her critiques were something to the effect):
"Your voice, you need to show it. If you refused to, then I'm afraid this is the end of road for you. Try next time." *smiling*
KABOOM!! She nailed the comment right on my chest. Extremely painful and 'inspiring'. But I should not get angry with her. It was all my faults. Why did I bothered trying? Hush~
-----------------------------------------------

So, that is my story and why I always have this turbulence in me whenever I see lecturer, esp., Language lecturers. They are quite strict in terminology and words choices.

GuruJiwang, pinjam gambar kau.

Gangsterkah Kita??

Salaam. Selamat petang, anak-anak buahku sekalian. What's up!

Gengsterlah sangatt...
Wuhuu~*3*... kecewa gila hari ni. Sebab saya kurang gengster. Sebab saya nda melibatkan diri dalam slot pidato dan syarahan tadi. Sebenarnya, saya sudah janji dengan diri mau participate, dari sebulan lalu menyimpan keinginan.

Jadinya tadi, menunggu peluang dipanggil ke hadapan. Saya, kalau ndak didorong, maka ndaklah bergerak. Bad boy, I know. Bad boy.

Sekarang baru kechelek (kecewa) apabila mengenang balik peluang yang Puan Rahmah bukak seluas-luasnya tadi. Menampar-nampar diri: kenapa ndak bangun dan bersyarah di depan tadi?

Manalah gengster kalau begini. Gengster mesti pandai berpidato/bersyarah sebab itu aset memenangi hati anak buah. Sekarang gigit bantallah, menangis. Kecewa dengan diri sendiri.

(Waiiiiiiiiiiiiiiiiii.............. gengster mana menangis. Gengster mesti kuat #lapmanlytears)

...dan masa balik dari lunch, nampak notis: 

'Pidato Kebangsaan. Setiap kelas diminta untuk menghantar seorang wakil dan nama diserahkan kepada En.Radzi.'

God, is this a hint?

Thursday, September 22, 2011

OMG~

Salaam. Apa masalah saya sebenarnya, ah, dalam berkomunikasi? Saya selalu gegar tahap dewa and kehilangan idea yang sepatutnya saya cakap. Tergagap-gagap dan rasa cuak. Heilah



^P/S: I'm not done with you, Bro Nadz...

Saturday, September 17, 2011

Bercerita Mengenai Pengalaman

Salaam. Hei~semenjak dua menjak ni, jiwa saya rasa ndak tenang, oh. Ada jaa perkara yang menggusarkan fikiran; pasal assignments-lah, pasal forum punya video lah- pening kepala. Akhirnya tiada bendapun yang dapat dibuat (nota: bukan disiapkan). Saya rasa malu dengan diri-sendiri. Yes, I do.

Muka itik adalah trend zaman sekarang, faham?

Telah mengalami banyak perkara.

Anyway, sedang menyaksikan sesi penceritaan pengalaman Aizat (di MRSM) dan Ewi (di asram SMKA). Pada keadaan seperti ini, saya lebih selesa menjadi pendengar dan penilai. Mengevaluasi diri-sendiri berdasarkan apa yang sedang mereka berborak. Refleksi.

Dalam banyak-banyak cerita tu, ada genre tersendiri. Sedih, gembira, takut, lucu; tiada yang terlepas dari penceritaan mereka. Bab genre sedih saya paling suka dengar, tentang bagaimana sukarnya memikul harapan keluarga untuk belajar berdiri atas kaki sendiri dan bangkit sesudah jatuhnya mereka. Tentang bagaimana mereka berhadapan dengan situasi yang menekan diri antara pengekspresian kendiri dan tolakan orang sekeliling. Dan tentang bagaimana asrama merubah mereka menjadi hidupan yang lebih berharga dari sebelumnya.

Bersama Prof Helfren....serius, budak ini tahu banyak pasal Fizik.


Well, jujur saya katakan: their stories are no match for the life that I had in my dorm (MRSM Kota Kinabalu). Semasa sedang bercerita kisah sedih mereka, saya terimbau kisah sedih saya sendiri dan tidak diduga air mata datang mengempang. Mengingati segala payah dan duka saya lalui dahulu, tidak sangka saya pernah pergi sejauh ini (HAHA, tidaklah sejauh manapun).

Saya tidak boleh melupakan saat terakhir bersama keluarga di dalam bilik dorm saya sebelum mereka bertolak pergi kembali ke Tawau setelah selesai menghantar saya. Wajah ibu saat menghulurkan RM30 serta ayah yang cuba mengatasi air mata degan keegoan sebagai seorang bapa yang masih kuat, sangat melekat dalam fikiran saya. Bagaimana saya yang mengharapkan pelukan terakhir dari adik bongsu yang dibawa bersama tidak dihiraukan malah sibuk dia berlari mendapatkan ibu yang masih teresak-esak menahan tangis, sambil melambai saya. Berdiri kejanggalan, saya usir rasa terkilan jauh-jauh.

Di suatu masa yang lain, saya pernah diserang secara psikologi oleh senior. Saya tutup diri dengan pintu loker, cuba untuk tidak bertentang mata dengan dia. Bagaimana saya gagal dalam subjek Matematik Tambahan dan sangat takut untuk memberitahukan hal demikian kepada ahli keluarga. Saya rahsiakan perkara itu dan belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya lulus tipis.

Namun, semua itu tidak mampu menandingi kesedihan menerima gulungan konvokesyen saat ibu bapa tiada di sisi. Saya hanya mampu menjadi saksi kepada drama ibu ayah berpeluk esak dengan anak-anak masing-masing. Sedih saya melihat senario itu. Bukan terharu dengan mereka, tetapi menangisi diri-sendiri. Saya berlari ke bilik, cuba menghibur hati dengan bergambar sendiri-sendiri, sambil tersenyum memegang segulung ijazah, membayangkan ayah dan ibu turut bergamar bersama. Saya buang HP ke katil dan menekup muka dengan bantal. Menangis. Rasa pahit itu sangat sukar untuk dilawan.

Dunkin Donut....masih tidak mampu menandingi kelazatan Big Apple, walaupun Big Apple lagi mahal.
Saya ingat lagi kisah sendiri dalam Tingkatan Lima. Waktu itu,saya seperti jiwa yang lain sedang asyik berlayar dalam lautan mimpi apabila HP berdering. Ayah menelefon saya memberitahu bahawa nenek sudah tiada. Bertemu Allah SWT Sang Khaliq. Betapa pedih dan sendatnya hati menahan rasa sedih kerana tidak dapat mengucup dahi nenek sewatu hari akhirnya di muka bumi. Betapa janji saya untuk menebus segala kesusahan yang saya timpakan kepada Allahyarham tidak sempat dilaksanakan. Teringat saya bisikan/pujukan terakhir nenek kepada saya sebelum saya berangkat balik ke MRSM setelah tamat cuti semester. Waktu itu, Allahyarhamsudah sangat tenat, hanya mampu berbaring. Bisikannya masih menghantui saya dalam beberapa kali semasa sedang bersimpuh menghadap Tuhan. Malu kerana tidak mampu menunaikan bisikan itu, lantaran kejahilan dan kefasiqan yang dalam.


Azan ketika itu berkumandang dan nenek tiba-tiba mengetuk dinding biliknya dengan tongkat. Saya yang berada di ruang tamu masuk dan mengeluh, “Apa lagi yang nenek mahu!?”. Dia balas,

“Sin, ajarkan nenek sembahyang ketika sakit”.


P/S: Al-Fatihah untuk Allahyarham Minah bte Rasid.

Thursday, August 18, 2011

Sepatutnya Ndak Berlaku (Pos Serius)

Salaam..

Alhamdulillah.. hujan turun jugak. Tadi tengah hari punyalah main panas, sampai penng kepala saya. Kawan-kawan pun komplen dengan suhu yang melampau panas. Sakkali hujan turun.. adeddaa~memang paling best, arr. Bersyukur sangat dapat hidup di Malaysia ni..

Newai, bukan ini bha yang saya mau bagitau~yang saya mau bagitau adalah pasal perbuatan sesetengah kawan-kawan (terutamanya Muslim) semasa kelas Puan Mahani tadi. Saya kesal gilaa bila ada orang:

Mentertawakan amalan agama lain.. malah membuat perkara yang mem-vilify agama. 

Agama ni bukan main-main. Ia prinsip hidup yang perlu dipelihara dan sangat berharga; kenapa diketawakan? Qur`an ajar, dalam Surahtul Kafiruun ayat 6, "Bagimu agamamu dan bagiku agamaku". Bab mana dalam Islam yang menghalalkan perbuatan mentertawakan ajaran serta amalan orang lain?

Kita melatah bila agama dipersenda, bila hukum Islam dipinggirkan pemimpin. Tapi benda minor macam ni pun, kita ndakmampu buat.. haiyya. Dan satu lagi; taulah kamu gurau jaa. Naa~namanya pun agama, mana boleh buat gurau-gurau. Beringat bha..

Saya mengaku, sayapun ketawa jugak. tapi bila tengok ekspresi Kodi, saya rasa malu dan sedih dengan saudara sendiri. Kalau tengok dari sudut moral, dia menanglah--dan terdetik dalam hati saya, "Patutlah Islam susah mau berkembang sekarang...". Kita sudah hilang adab dalam berbeza agama.
Kodi... on the behalf of my fellow faith-mates, I beg pardon if you were--in anyway--hurt earlier on. It is truly a humanistic error and not of Islam. I'm sorry..



^P/S: Imagine your religion and your religious practice being laughed by them. what would you feel?