Saturday, September 17, 2011

Bercerita Mengenai Pengalaman

Salaam. Hei~semenjak dua menjak ni, jiwa saya rasa ndak tenang, oh. Ada jaa perkara yang menggusarkan fikiran; pasal assignments-lah, pasal forum punya video lah- pening kepala. Akhirnya tiada bendapun yang dapat dibuat (nota: bukan disiapkan). Saya rasa malu dengan diri-sendiri. Yes, I do.

Muka itik adalah trend zaman sekarang, faham?

Telah mengalami banyak perkara.

Anyway, sedang menyaksikan sesi penceritaan pengalaman Aizat (di MRSM) dan Ewi (di asram SMKA). Pada keadaan seperti ini, saya lebih selesa menjadi pendengar dan penilai. Mengevaluasi diri-sendiri berdasarkan apa yang sedang mereka berborak. Refleksi.

Dalam banyak-banyak cerita tu, ada genre tersendiri. Sedih, gembira, takut, lucu; tiada yang terlepas dari penceritaan mereka. Bab genre sedih saya paling suka dengar, tentang bagaimana sukarnya memikul harapan keluarga untuk belajar berdiri atas kaki sendiri dan bangkit sesudah jatuhnya mereka. Tentang bagaimana mereka berhadapan dengan situasi yang menekan diri antara pengekspresian kendiri dan tolakan orang sekeliling. Dan tentang bagaimana asrama merubah mereka menjadi hidupan yang lebih berharga dari sebelumnya.

Bersama Prof Helfren....serius, budak ini tahu banyak pasal Fizik.


Well, jujur saya katakan: their stories are no match for the life that I had in my dorm (MRSM Kota Kinabalu). Semasa sedang bercerita kisah sedih mereka, saya terimbau kisah sedih saya sendiri dan tidak diduga air mata datang mengempang. Mengingati segala payah dan duka saya lalui dahulu, tidak sangka saya pernah pergi sejauh ini (HAHA, tidaklah sejauh manapun).

Saya tidak boleh melupakan saat terakhir bersama keluarga di dalam bilik dorm saya sebelum mereka bertolak pergi kembali ke Tawau setelah selesai menghantar saya. Wajah ibu saat menghulurkan RM30 serta ayah yang cuba mengatasi air mata degan keegoan sebagai seorang bapa yang masih kuat, sangat melekat dalam fikiran saya. Bagaimana saya yang mengharapkan pelukan terakhir dari adik bongsu yang dibawa bersama tidak dihiraukan malah sibuk dia berlari mendapatkan ibu yang masih teresak-esak menahan tangis, sambil melambai saya. Berdiri kejanggalan, saya usir rasa terkilan jauh-jauh.

Di suatu masa yang lain, saya pernah diserang secara psikologi oleh senior. Saya tutup diri dengan pintu loker, cuba untuk tidak bertentang mata dengan dia. Bagaimana saya gagal dalam subjek Matematik Tambahan dan sangat takut untuk memberitahukan hal demikian kepada ahli keluarga. Saya rahsiakan perkara itu dan belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya lulus tipis.

Namun, semua itu tidak mampu menandingi kesedihan menerima gulungan konvokesyen saat ibu bapa tiada di sisi. Saya hanya mampu menjadi saksi kepada drama ibu ayah berpeluk esak dengan anak-anak masing-masing. Sedih saya melihat senario itu. Bukan terharu dengan mereka, tetapi menangisi diri-sendiri. Saya berlari ke bilik, cuba menghibur hati dengan bergambar sendiri-sendiri, sambil tersenyum memegang segulung ijazah, membayangkan ayah dan ibu turut bergamar bersama. Saya buang HP ke katil dan menekup muka dengan bantal. Menangis. Rasa pahit itu sangat sukar untuk dilawan.

Dunkin Donut....masih tidak mampu menandingi kelazatan Big Apple, walaupun Big Apple lagi mahal.
Saya ingat lagi kisah sendiri dalam Tingkatan Lima. Waktu itu,saya seperti jiwa yang lain sedang asyik berlayar dalam lautan mimpi apabila HP berdering. Ayah menelefon saya memberitahu bahawa nenek sudah tiada. Bertemu Allah SWT Sang Khaliq. Betapa pedih dan sendatnya hati menahan rasa sedih kerana tidak dapat mengucup dahi nenek sewatu hari akhirnya di muka bumi. Betapa janji saya untuk menebus segala kesusahan yang saya timpakan kepada Allahyarham tidak sempat dilaksanakan. Teringat saya bisikan/pujukan terakhir nenek kepada saya sebelum saya berangkat balik ke MRSM setelah tamat cuti semester. Waktu itu, Allahyarhamsudah sangat tenat, hanya mampu berbaring. Bisikannya masih menghantui saya dalam beberapa kali semasa sedang bersimpuh menghadap Tuhan. Malu kerana tidak mampu menunaikan bisikan itu, lantaran kejahilan dan kefasiqan yang dalam.


Azan ketika itu berkumandang dan nenek tiba-tiba mengetuk dinding biliknya dengan tongkat. Saya yang berada di ruang tamu masuk dan mengeluh, “Apa lagi yang nenek mahu!?”. Dia balas,

“Sin, ajarkan nenek sembahyang ketika sakit”.


P/S: Al-Fatihah untuk Allahyarham Minah bte Rasid.

4 comments:

zudien said...

Al-fatihah....
cemburu pada orang yang masih ada nenek... :'(

Azwan Azahari said...

Sedih.... walaupun aku masih ada nenek kedua-dua belah parent, tapisaya paham perasaan kamu tu. sabar ja la ya...
Al-Fatihah...

Azwan Lai Azahary said...

happykan ahli keluarga kamu yang masih ada, masih hidup... puaskan mereka sementara mereka masih ada...

Pencabar Samudra said...

InshaAllah. Tapi kadang-kadang bisikan itu datang.

Tidak pernah saya tidak menangis bila mengingatinya.