LOL (not in topic context) |
Kehidupan saya sebagai seorang remaja tipikal nda boleh lari dari keperluan dan kemestian berkawan. Hidup remaja begitulah, dikelilingi kawan yang kadangkalanya miskin kaya ataupun biasa saja. Meskipun saya-bolehlah-diiktiraf miskin (and I'm not damn embarrassed about it), adalah ironis untuk berkawan dengan kawan-kawan yang kaya (yang kaya, sila terasa). Macam ndak sedar diri pulak. :S
Selalu jugak saya fikir pasal kehidupan bila begitu. Rasa macam dunia ini sangat tidak adil dan ada masa-masa tertentu saya menghabiskan selama sejam memikirkan perkara ni. Di mana keadilan?
Qur`an answered my doubts as in Surahtul `Alaa, chapter 87, verse 16-17: "Bal tus`iruul hayatdunya. Wal akhiratu khairun wa abqaa" Meaning: "You chose the goodness of dunya. As akhirat is the best and Permanent."
Jadinya, hati tenang semula. Best-nya ada Tuhan yang sentiasa memahami (I will never, ever pay His Gifts. Thanks Allah). Begitulah:- kawan yang kaya membuatkanmu memikirkan dalam pasal dunia and membuatkanmu lebih rajin selak Al-Qur'an (LOL).
Keadilan Allah ndak terbayar dengan kekayaan dunia, tetapi takwa. Dan harapnya saya adalah takwa tu, sedikitpun jadilah. Amiin.
^P/S: Nasihat saya, apapun kesusahan rujukilah Al-Qur'an. Setelah lebih tiga tahun menggunakannya sebagai referens, ndak pernah lagi ni, ndak terjawab.
No comments:
Post a Comment