Monday, October 3, 2011

Eksodus (III)

Salaam. Sebelum apa-apa, marilah kita merafakkan berjuta rasa syukur dan pujian kepada-Nya, Allah SWT. Inilah adab interaksi yang terbaik bagi semua umat Islam. Dengan berkat kudrat dan kekuatan yang Ia berikan, kita berjaya mengharungi lautan tugasan/assignments dengan jayanya. Alhamdulillah~

Kawan-kawan, kita masih ada banyak masa lagi!

Ndak pernah terfikir neh..

Bahawa saya akan sampai juga ke seberang setelah lenguh dan penat merenangi lautan assignment. Bahawa menggunung lambakan kerja akhirnya dihabisi dengan jayanya (walaupun kebanyakannya, tidaklah sempurna. Ehh, semua pun tidak sempurna). Puas hati kurang, tapi ketenangan tuu.. PERGH!

Peneman di saat ada assignment, mahupun tiada.
Masa saya mula-mula masuk maktab ni dulu, keinginan terbesar saya adalah untuk belajar. Yalah, setelah ditinggalkan selama lima bulan; buku-buku mula saya rindui. Saya menulis dan berlatih bercakap di depan cermin dalam tempoh masa bambongan tu, mengharap apabila apa-apa temuduga diterima, sapat diselesaikan dengan sempurna. Kiranya optimislah masa tu.

Sakkkkkkaliiiii---- sudah masuk maktab, keterujaan dan nafsu untuk menatap buku puas-puas itu bertukar angin. Kalau dulu rindu, sekarang rasa alah memandang buku revisi tu lama-lama. Pening kepala. Silap-silap boleh resdung (HaHaHa... me with my lameshitties, guys! Lemme be).

Ndataulah

Kalau kamu peminat setia saya (behh, mekirayou gilaa) but serious, kalau kamu pembaca blog saya sejak dari 'akusvenpencarikebenaran' edisi pertama, mesti kamu masih ingat entri ni. Entri pasal saya kena bubuh berabisan oleh seorang hamba Allah yang soleh berkenaan betapa mistiknya kehidupan ini. Bagaimana saya ulas panjang lebar tentang segelintir daripada kita yang lebih rela di"robot"kan. Fuhh-

Ikhlas neh, masih padu mesej anda, saudara. Masih berbekas. Cuma kesedaran yang masih banyak untuk diperbaharui, perlu ditazkirah bersungguh-sungguh. Kesongsangan, banyak saya lakukan dan kalau diceritakan di blog ini, mesti kamu semua terbeliak. Dahu jatuh pada lantai; terkejut.

Anyway, saya akan cuba sekali lagi, pada semester depan. Cuba untuk menyelami dan menghayati apa yang  telah anda sampaikan, inshaAllah.

OKlah... 

Saya mau cari juadah untuk berbuka lagi. Nantilah besok lusakah, nanti malamkan saya sambung penulisan. And please... please don't missed me people. I'll be coming back in a short while. And in conjunction to the examination to come, I give you this: and assalamualaikum to all of you.

Hahahaha.... jagalah kamu, examination is around the corner. Matilah...

Sunday, October 2, 2011

Eksodus (II)

Seorang pelajar perempuan bingkas bangun apabila mendengarkan sahaja kata-kata Steve Job itu tadi. Entahlah apa perasaan yang mendorongnya, namun dia sangat ingin meluahkan rasa. 
"I'm not quite agree with what that mat salleh said about living someone else's life. Because for you information, I'm living someone else's life, and I have no problem with it. Why? It is a personal matter..." 
-Konvensyen Guru-Guru Muda (KOGUM), 2011.
Salaam. Fuhh, ingatkan sudah siap semua kerja. Sekali dibelek balik senarai, ada satu lagi rupanya- maksud saya, dua. Ceramah dan kertas kerja ceramah tu. Tajuk gah gila, entahlah bolehkah saya sampaikan dengan betul. Ahh, layan blog dulu bha (beginilah baru gengster...)(habislah esok).

Frankly, this is not my house Tapi saya tetap rindu rumah saya, biarpun rumah saya ndak secantik ini.

Menanggung amanah keluarga

Percaya atau tidak, sayalah yang kedua dalam keseluruhan keluarga saya yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Melayu, selepas ibu saya. Kenyataan ini dianggap sebagai suatu junjungan keluarga yang agung. Sentimen di Sabah begitulah; siapa yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Semenanjung, tambahan lagi KL, maka dianggap berjaya. 

Apabila begitu, keluarga saya meletakkan suatu bebanan amanah yang berat ke atas bahu saya. Walaupun mereka tidak pernah memaksa (saya yang rela) saya untuk melakukan ini, rasa tidak enak akan bersarang apabila aspirasi keluarga tidak tercapai. Saya tidak suka bila terpaksa mengecewakan orang yang saya sayangi.

Sebelum tu, saya bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Sosial di Australia dengan mengharapkan tajaan MARA. Tidak dapat, and I was shocked. But then, as I re-thought about it; I whispered to myself, "Yassin, your life won't over if your don't get the offer". Well, somehow I managed to overcome the utter disappointment.

Alternatif lain

Selain Sains Sosial, saya juga meminati Kejuruteraan Sivil, Georfai dan macam tertarik mau jadi pustakawan. Seriously. It took me nearly a couple months before I made my decision. Dengan preskripsi ibu ayah, kakak and mostly me, I filled in the SPA application in Geology, Archaeology and Engineering. Gosh.

Lepas tu, ibu suruh isi borang maktab and to my filial, I did. Akan tetapi, saya tidak mengharapkan permohonan saya diterima sebab excited mau ambil Diploma SPA dalam Geologi. Jadi pembantu pegawai geologi pun, jadilah. Sadly, I got that maktab-thingy~

*self-slapping* Appreciate, Yassin. Appreciate!

FYI, saya dapat jugak matrikulasi, Sains Hayatkah (entah, ndak ingat). Tapi saya tidak pergi:- cool people do not go to such places! (saya dengar dengusan. Jangan sakit hati, matrikulasi-ans... terimalah kamu tidak cool). Uhm. Actually, I didn't quite remember this part. Move on.

Masa temuduga, sayalah manusia paling hiperak- salah, paling gigaaktif bersoal-jawab. Ngoll...

Amiinn... semoga dapatlah menjadi barang dalam gambar.
HaHaHaHa. Sangat lucu, but I did. Masa temuduga tu, saya dan lima lelaki lain dimasukkan di dalam sebuah bilik berpendingin hawa dan diberi sekeping kertas. Sebatang pen dihulurkan kepada setiap seorang. Silly tajuk perbincangan: peperangan.

Kami diberi seminit dua untuk menyenaraikan point, dan lepas tu, mamat di sebelah kanan saya mula. Bapak, cara dia bercakap macam pensyarah (okay, I made it up. Bukan macam pensyarah). Yeah, but so close to it. Dalam hati saya kata: "Shuuh, keluar kau... kau sudah confirm dapat". HaHaHaHa (okay, I made that up, too).

Masa saya bercakap: entah bagaimana semangat berkobar-kobar. Deep down 10,000 leagues under, I knew it was my parents' prayers that caused me to behave so. Masa temuduga tu, diorang sedang menunggu di dalam kereta, di bawah matahari. Oh gosh, saya rasa macam mau menangis bila teringatkan masa ni. Baru saya terfikir.

Lepas tu, temuduga sendiri: I was quite cool. Tajuk PPSMI di Malaysia dan perbandingannya dengan masharakat Jepun. Ambik engkau! Nasib baiklah ibu suruh bua preparation untuk tu awal-awal. Kurang sikit nervous. 

The best part pasal temuduga tu...

Dulu pernah fobia dengannya.
I met many friends (I even met my old, genius friend: Ismail Lapagang. Tell you, he is the most genius-est [to emphasize indefinitely] person I have ever encountered. Mengalahkan kawan saya yang dihantar di Rusia tu [LOL, kalau terasa, sorry]. Seriously, si Mail ni, kalau apply doktor, senang-senang jaa pass. Baru-baru ni, pointer semester dia 3.67. DEVILL!! [okay, jum keluar dari bracket]). *Bernafas* lebih selesa, di luar ni. Ahh, sambung!

Selain jumpa Ismail dan Rusdiansyah, perkara yang paling saya akan ingat adalah apabila ibu surh bawa senarai Menteri Kabinet Malaysia. HaHaHaHa-- yalah, beliau kan senior dalam hal perguruan ni (beliau sudah berkecimpung dalam bidang ni selama 18 tahun, tahu?). So, I did not question much about the significance of her action. I just go with the music.

Walaupun benda tu tidak termasuk dalam mana-mana slot temuduga, I'd say that it probably had influence towards my interview result. Imagine this; you are the interviewer and you see a candidate brings along that thing with clowns' faces on it. Sudah pastilah hati kau akan kata, "Wahh, budak ni betul-betul serius dalam memilih kerjaya guru. Sampai bawa senarai Menteri Kabinet segala". HaHaHaHa.

HaHaHaHa.... senarai yang saya bawa masa interview  buaknlah macam ni, dalam bentuk perkataan jaa.
Thanks ibu and ayah, and my fellow naughty siblings. Dan paling berterima kasihlah kepada Allah SWT. Kerana memberikan saya peluang untuk menjadi pendidik. Ini kerja nabi tau, bukan semua boleh jadi.

Untuk ibu, ayah; walaupun di sini aku main-main jaa kerja, tiada belajar dan tiada persediaan; I'll do my best. Aku akan buktikan bahawa aku anak Linda Arellano dan Mohd Yunus Abdul Hamit.