Thursday, November 3, 2011

Prejudis

A S S A L A M U A L A I K U M W A R A H M A T U L L A H

Hari ini, saya mau membuat sedikit teguran kepada beberapa orang kawan saya yang saya perkirakan tindakan mereka agak tidak patut. Sekurang-kurangnya, sebagai warga Malaysia <saya jenis yang tidak pandai menegur secara berdepan, sebab itulah blog ini ditubuhkan pada awalnya>. 

Rahsia 

Kamu semua tahukah apa yang membina negara kita neh? Kamu semua tahukah apa yang merangkum dan membolehkan rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama hidup aman dan harmoni, sehingga mampu menjadi jisim merdeka? Kalau kamu tidak tahu, maka jujur saya katakan: keluar dari negara ini!

HAHAHAHA. Damn, I'm serious! Anyway, the secret was/is: no prejudice. People of the past didn't have prejudice among them. When one says it's red, then, it's red. No need to implicitly give meaning to their word. But people nowadays ah, they tend to do that. When an Indian says it contains no pork and completely safe for Muslims, some Muslims try their best in order to disbelieve that.

Hey, I'm a Muslim too, and I know things we shouldn't eat like alcohol, pork and et cetera. And I believe whenever my non-Muslim friends say the food that they're offering as halal. I think, they too, know that we Muslims cannot eat certain things.

Sungguh sedih apabila `amal semurah menerima pemberian orang lain tanpa rasa prejudis tidak mampu dilakukan. Sedangkan, benda-benda sekecil inilah yang membina sebuah tamadun kuat berlainan kefahaman. Cubalah fikir, untuk apa mereka menipu kita? Huh!

Sebuah kisah

Saya kongsi dua cerita ringkaslah pasal betapa kuatnya pengaruh non-prejudisme terhadap perpaduan dan sekali gus akidah saya. Baca ya, jadi pedoman.

Masa tu, perayaan Tahun Baru Cina baru saja habis. Kelas barupun bermula dan sedang asyik berbual dengan seorang kawan berbangsa Cina, mata saya tertangkap sebuah bungkusan yang tersisip pada beg kawan saya itu. Kuih bulan. 

Saya pun mintalah, sebab ayah pun dulu selalu bawa kuih bulan balik dari pejabat setiap kali Tahun Baru Cina berlangsung, bersama sekotak besar limau mandarin saiz L. Memang kegemaran saya bha, kuih bulan, khususnya yang berintikan kacang merah. 

Dia buka sudah begnya, untuk mengambil kuih bulan yang berwarna perang berkilat, sebelum geraknya terhenti. Saya hairan. Lepas itu, dia cakap dengan muka penyesalan <saya pasti itu bukan muka yang tidak mahu memberi>, dia cakap:
"Aiyya Yassin, saya tidak pasti ohh, halal. Sebab tiada tanda halal"
Harap jadi pengajaran. Wallahu`alam.

Meriah

Salaam dan selamat pagi ... huhuu~ceria jaa saya hari neh. Lagu blog kakak saya, kalau diputarkan pagi-pagi, memang sesuai. Menenangkan. 

Semalam

... merupakan malam terakhir di mana seluruh warga kolej kediaman boleh berkumpul. Sedih, sebab ia juga <mungkin> malam gala terakhir untuk maktab ini, sebab kami akan berpindah ke ENSTEK tahun depan. Gahh. Meskipun baru menetap kurang dua tahun di sini, pengalaman dan memori sudah banyak <bagaimana pulalah perasaan senior yang sudah jauhlebih lama membina masa muda di sini, lagilah menderita>. Rasa sedih pula mau meninggalkan teratak konkrit ini. 

<apa sudah saya mau cakap tadi *garu kepala*>

Oh ya, sekadar memberitakan: pada awal pesta, agak suram sambutannya. Yang paling meriahpun, semasa TaSeK mempersembahkan tarian mereka. Bersorak bagai sudah gila. But then, tonnes of appreciation I credit to Br. Razvi and Sr. Aina for their wonderful program hosting. Some parts of their hosting were funny and dang! He said he couldn't do it. 

Semakin lama, penonton semakin susut; semuanya yang sudah memenuhkan tembolok, pulang <adakah tarikan Facebook lagi kuat??>. Entahlah, mungkinkah tidak mau disuruh mengatur semula kerusi ATAU sebetulnya mau pulang memeriksa notifikasi 'Facebook'; saya tidak tahu. Biarlah mereka.

Yang ironisnya, bahagian paling meriah semalam adalah ketika sesi mengemas kerusi dilakukan. Kami bebas mengambil makanan dan meragut snek-snek yang masih bersisa. Lagu demi lagu rancak dipasang, sambil kami bergelak ketawa mengemas seluruh dewan. Dan kepada 'The Borneos': tahniah. You guys did a very wonderful job in entertaining me <it's not easy to entertain me, ya know?>.

Saya ada ambil gambar dengan menggunakan lensa Aizat. InshaAllah, saya akan cuba dapatkan beberapa keping daripadanya <janji dulu pun, belum tertunai lagi>.